Demam Iron Man 3, sapa yang dah tengok? mesti best an?
kalau kat Malaysia penuh panggung semua orang nak tengok Iron Man 3.
Aku dan kawan-kawan dekat South Korea ni pun dah gedik-gedik nak pegi tengok wayang jugak.
Salah seorang kawan aku ni, memang kaki wayang, hari first cerita ditayangkan time tu dia nak pegi tengok.
Konon nak jadi orang yang pertama yang tengok cerita tulah.
Katanya kalau tengok 3D dan tambah lagi dengan iMax la best! dan ada yang menyokong.
Bila di tengok-tengok semua ada 4D iMax.
dengan kata sepakat membawa berkat, dan disebabkan dekat Malaysia takde lagi 4D iMax, semua pakat-pakat setuju nak merasai akan kehebatan 4D iMax.
Jom kita layan sikit cerita si kaki demam Iron Man 3 dekat korea ni.
Kami dari Dong-seoul sebab turun bas dari Jecheon City memang berhenti dekat situ.
Dari stesen subway Dong-seoul >> Gangbyeon >> City hall >> Yongsan.
Kami mengambil masa 30 minit untuk sampai kedestinasi.
Dekat bawah ni map sabway dan tempat tempat yang korang boleh pergi.
nak tukar train dekat mana semua dia ada bagi tawu.
Cara dia macam kita naik train Kuala Lumpur jugak. tak susah pun. Cuma kena fokus dan pandai baca saja.
kalau tak sesat jugak la, sesat pun sekejap ja. lepas tu pandai lah.
Orang kata kalau sesat tulah yang kita akan mahir selok belok jalan.
Belajar dari kesilapan.
So tengok map bawah ni. Pandai baca tak??
hahaha.. diorang takde lah kejam sangat semua pakat tulisan korea, ada jugak dalam bahasa orang putih.
senang untuk orang yang kaki travel berjalan-jalan.
Atau untuk lebih senang korang boleh install apps dalam handphone smart korang tu, yang android tu lah.
Google play >> subway >> download
Nama train dekat korea ni orang panggil subway, bukan subway makanan roti sandwich tu ya.
Kalau kat Malaysia yup, subway sandwich tu. kalau dekat korea train kereta api ya!
(sebenawnya aku yang pernah terfikir subway tu adalah kedai roti sandwich tu. hehe)
Untuk kaki travel memang bagus ada apps subway ni. Mudah nak kemana-mana saja dalam korea ni.
Inilah orang-orang yang nak pergi tengok Iran Man tu. termasuklah dengan cameragirl nih.
Inilah Yongsan mall. Nampak tak CGV kat papan tanda tu? situlah yang bakal kami tuju.
Masih tercari-cari arah untuk ke Cinema. Ok sesat dalam mall.
Akhirnya!!
Chak!!
Sebelum apa-apa terjadi, check-in tiket dulu, sebab kitorang beli tiket online.
So kena dapatkan tiket dulu kalau tidak berputih mata nanti.
Yeah! ini dia tiket 4DX plus VVIP lagi. Mid-night ok.
sementara tunggu show time kami harus dan wajib bergambar dulu.
Amir and Poji
Me and Unni Za
Unni Za and Alan
Sengal lagi.
We will see you letter.
Nampak tak muka excited nak tengok 4D, haw haw haw..
Jangan dilihat pada muka yang kabur dan gambar yang tak cantik ini.
Just nak tunjuk "Fun it" tu je.
so rasanya harini aku kena dan mesti rasa akan kenikmatan keseronok-ronokkan itu.
Masanya sudah tiba! dup dup dup dap!
Cermin mata serupa awesome, nak tunjuk sikit seat 4Dplex tu.
Memang terbaiklah rasa 4D + imax movie.
Korang nak tawu rasanya macam mana?
hah! celayan sikit video bawah nih.
Apa macam best tak?! Kalau dekat Malaysia buka 4D memang terbaiklah ceritanyakan.
Cukuplah sudah cerita tentang 4D disini, agak-agak kalau korang nak layan 4D datanglah South Korea,
haw haw haw, semata-mata nak nengok wayagn terbang sampai ke korea? ada logickah?
Cerita dikali dan ketika ini, adalah trip ke Everland !
Meh nak cerita sikit Everland ni tempat apa, dan bagaimana.
Tempat ni orang panggil Everland, tapi nama penuh dia adalah Everland Resort ia adalah team park dekat Yongin, dekat dalam Gyeonggi-do province, South Korea.
Everland adalah team park yang terrrrrrbesarrr di South Korea. (bercerita sambil melebarkan tangan)
Everland ni boleh menerima pengunjung seramai 6.6 million orang taw! Everland berada di tangga yang ke-13 dunia dan ia dibuka pada tahun 2011. Kira dah tiga tahun dah buka ni.
Apa yang menarik dekat sini,dia bukan sahaja sekadar team park untuk permainan kanak-kanak, tapi dia juga ada permainan untuk pelbagai peringkat umur, tak kira tua, muda, remaja atau kanak-kanak, semua ada. Memeang sesuai untuk bercuti-cuti, untuk lepaskan stress, untuk berdating-dating dan macam-macam lagi. Sebab dia adalah satu kawasan team park yang sangat besarrrrr.. penat taw aku nak pusing last-last kaki sakit melecet lagi. Hadei..
Everland Map, silalah tatapi, bukan meratapi ye.
Nampak kecik kan? Tapi nauzubillah memang besar gila! tak habis pusing bai, rasa nak kena pegi lagi.
Pusing 1 hari dalam sini insyallah boleh pegi disetiap pelosok tempat yang ada dekat sini.
Tapi, dalam masa 1 hari tu tak termasuk untuk bermain/mencuba semua permainan yang ada, untuk menikmati keindahan dan kecantikan yang ada serta kehidupan semula jadi yang bagai nak gila.
Meh nak tunjuk sikit kemana aku pergi dan aku berjalan dekat team park yang super larger nih.
Welcome to Everland.
Oh! tentang tiket masok, harga normal macam ni, kalau korang pergi time ada discount, it's lucky to you!
Kira aku dan kawan-kawan memang lucky sangat lah, bayar just 25,000 won je.
Kalau price Malaysia rm75 aje lah! (haah murah sangat! boleh pensan.)
But fikir-fikir balik just one time in my life, maybe no more this memory after.
and you can play every thing that you want! except souvenirs and food.
(but I still hope that I have another chance to come here again.)
Agak-agak berbaloi tak??? lupikir lah sendiri.
- Time of Use / Tickets Price
Ticket Usage Guide
Admission hours : Day Ticket - Opening ~ 30 Minutes before closing,
Night Ticket – 5 p.m. ~ 30 Minutes before closing
Operating hours : Day Ticket - Opening ~ closing.
Night Ticket – 5 p.m. ~ closing
Everland Resort entrance 1
Everland Resort entrance 2
My trap member!! Kami dah dapat tiket anda bila lagi?! hahahaa..
Inilah pelancong dari Malaysia, hahahaa.. yang hat depan tu tak tau motif apa yang dia nak buat sebenarnya.
Mungkin takot tak masok dalam frame kot. ~.~
(dah macam kanak-kanak riang dah nampaknya.)
Ok, moh kita masok dalam pulak, ada ape ye?!
Kita layan gambar je lah okeyh?
Meriahnya dan unik rasa.
Ini adalah pokok ala-ala fairy tail yang terbesar dekat sini.
Rolling X-Train adalah permainan roller coaster ke-2 terbesar dekat Everland ni.
Mesti best punya, tanggok queue pon dah tahu dah.
Disebabkan queue yang panjang aku tak berapa nak ada hati nak mencuba,
sebabnya masa dan nanti aku mabok, pening, termuntah, agak-agak sempat tak aku nak berjalan-jalan dan pusing satu Everland tu? memang taklah kan.
Akhirnya benda yang cool, relax and steady menjadi pilihan aku. hahaa..
Inilah die, benda yang paling relax dan cool sekali,, ;)
naik benda ni, kita akan sangat teruja ok! nak tawu kenapa?
Tadaa.. hah! ni lah sebabnya, nampak tak besi-besi yang tinggi, rendah, lengkang lengkok tu?
itulah roller coaster yang gila awesome paling besar tu. Namanya adalah T-Express, Memang terbaiklah!!
Nak tahu rasa awesome dia macam mana?
Hah! macam itulah rasa dan perasaannya.
Tergedik-gedik rasa nak naik, tapi fikir lagi, kalau roller coaster yang ke-2 terbesar tu queue dah panjangnya berjela, agak-agak roller coaster yang super-duper besar tu panjang manalah gamaknya queuenye tu ye?
untuk pengetahuan youalls, semua jenis permainan extreme aku tak cuba pun, kawan-kawan aku yang lain yups, diorang rasa naik T-Express nih.
Masa menunggu: Lebih kurang 3-3 setengah jam.
Tidak sesuai kepada: Kanak-kanak bawah umur dan warga tua serta orang yang lemah semangat dan berpenyakit lemah jantung. kalau rasa degil nak naik jugak silakan. segala kebarangkalian yang akan berlaku tidak akan ditanggung mana-mana pihak. (Tolong jangan degil, banyak lagi benda boleh naik.)
Yang kanak-kanak boleh naik kereta nih. syokk oww..
Untuk warga tua boleh naik kuda pusing-pusing nih, syok jugak owh!
Kalau agak nak extreme dan scary sikit kanak-kanak dan warga tua serta muda remaja sesuai pegi sini.
Rotating House,
rumah ni terasa agak ngeri sikit, boleh rasa rumah tu pusing-pusing, nama pun rotating house .
Begini rasa scarynya, kalau ada anak kecik yang masih baby rasanya tak sesuai masok sini, takut nanti kena sampuk pulak, susah nanti nak kena pegi cari Ustat untuk berubat, ini korea sayang oii. Melainkan ada suami or ahli keluarga yang boleh melindungi dan mengubati, oklah cun amat. Tapi tak payah nak pegi cari penyakit lah kan, banyak lagi tempat boleh pegi. Banyak lagi pemainan boleh main.
Contohnya macam ni.
Melawat binatang-binatang peliharaan dan juga binatang-binantang liar yang amat susah kita jumpa.
Ayam kampung! hah! ayam susah ke kita nak jumpa? tapi seriously aku tak pernah jumpa ayam hidup dekat korea ni lagi. Dekat Everland ni baru nampak rupa ayam. Terasalah jugak macam ada dekat Malaysia.
Kura-kura tertua di dunia, aku tak ingat dah berapa umur dia.
Tengok tu, tempat seorang isteri harus sentiasa disisi suaminya.
hahahaaa..
Apa yang korang nampak dalam gambar ni?
Cuma cari binatang yang tersembunyi dalam gambar ni.
Kalau jumpa anda pandai! Senang je jawapannye.
Ini binatang ape?
Ini adalah binatang yang paling aku suka, ikan koi! cantik kot!
Penguin!
Polar bear, aku tak pernah tengok live lagi, ini kali pertama.
Bear ni tengah nak sambut apple dari tuan dia.
Swan!
Lepas tu dah tak tawu dah nk pergi mana banyak sangat tempatnya.
Dekat sinilah tempat king kong tinggal. Petama kali jugak aku tengok live Gorilla live depan mata, tapi jauh lah, kalau dekat mau kena baham baru taw.
Teringin gila nak naik benda ni, rupanya benda ni tak function pun, hanya tinggal hiasan saja.
Dah penat berjalan rasa lapar pulak! pekena cotton candy yang paling besar jap lah!
kalau boleh pekena nasi kandar, cotton candy memang dah tak nampak dah lew.
Tengah sedap ngap-ngap cotton candy, terjumpa nampak la pule akak cantik dan abang-abang hensome sedang menari-nari dan melambai-lambai di tengah jalan.
Sila berhenti dan beri laluan kepada train untuk lalu. Terima kasih.
Hoyehh!! something awesome lagi cantik telah aku temuai disini, itulah hasil dari kesabaran untuk berjalan dan terus berjalan pusing Eveland nih.
Secret Garden!
Ada gaya Miss Universe tak? hahaa weak!
Sekarang akak nak posing pulak dengan bunga bungaan yang cantik dan harum nih.
Mus. Ameniacum Tulip.
Muka happy gila dapat jumpa bunga tulip hidup, kalau tak semua palsu belaka!
Ini pulak bajet teruja lah konon.
Duduk jap, kaki gue dah sakit dan laparrr..
hahaha..
Nampak tak bagaimana gembiranya kanak-kanak ini, begitu jugalah perasaan aku bila dekat sini.
Disebabkan aku ni bukan lagi kanak-kanak, kenalah control sikit, kalau tak memang lagi gila lah jadinya.
Now! I'm waiting for someone to pick me up and kaki aku dah sakit gila berjalan dan terus berjalan-jalan.
Akhirnya balik berjalan sendiri jugak.
This is my cute friends, semua dah penat gila. Tunggu masa nak balik saja..
Sebelum tu seperti biasa take a picture for our memory!
To make a live view.
Sampai sini saja aku tinggalkan korang ya. Kalau nak cerita memang banyak sangat, itu baru sikit tempat yang aku lawati, sebenarnya banyak lagi tempat yang aku tak sempat pegi, besarnya tempat dia memang tak mampu untuk aku habiskan dalam satu hari.
So aku harap korang dapat rasa serba sedikit pengalaman aku ketika di Everland Resort, South Korea ni.
Nanti korang punya turn pulak!
Insyaallah.
Assalammualaikum dan baibai!
Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh kelaman web rasmi Everland.