Friday, April 27, 2012

Langit yang cerah, kini gelap,
Sunyi sepi, tanpa kata, tanpa bunyi,
tanpa burung yang menyanyi.
Tuhan itu maha adil,
takkan biarkan malam yang gelap,
sunyi lagi sepi itu begitu saja.
Dia hadirkan bulan dan bintang sebagai penyeri
dan juga teman.
Bigitu juga kau dan aku sentiasa nantikan sinaran
dan kegelapan agar kita dapat rasakan kebahagiaan
siang dan malam bersama.

Si Perindu,
xoxo!

Friday, April 20, 2012

Cinta Hati!


Dia didalam gua hati yang penuh dengan kata kunci dan security. 
Sebelum menghadapi security, harus membuka gengaman tangan yang erat lagi.
Dia sentiasa dibawa kemana jua akan ku pergi.
tak siapa yang tahu betapa rapinya dia disimpan didalam Cinta Hati.
Semoga ianya kekal abadi dalam hati.
Walau dia hilang hari berganti hari.
tapi aku pasti dia utuh dalam memory.
Dialah Cinta Hati yang telah terkunci.



Saturday, April 14, 2012

FYP presentation day!

Firstly, Syukurrrr Alhamdulillah kehadrat ilahi .. syukur sangat sesi prezentation Final Year Project (FYP) telah berjaya aku tempuh dengan pelbagai perasaan .. Takut, risau, cuak, gelabah, suma lah! aku rasa korang pon penah rasa macam yang aku rasa ni kan? kan? kan? tolonglah cakap ya! .. 

lagi menyebabkan gelabah poster aku hari nak prezent pon tak print out lagi.. Memang gila perasaan itu.. siap nak prezent dah bukan main lagi, apa yang nak dibentangkan takde depan mata.. Pergi kedai printer, ada ja masalah tak boleh nak print pulak, size paper takde pulak.. aduuh!! siyess gelabah tak hengat.. nasib baiklah Lin pun tak print lagi dia pon runnerlah dengan boyfwennya tok cari kedai printer lain.. Syukuralhamdulillah, poster telah pun berjaya dipirint.. nasiblah diorang ada, kalau tak, menangis tak berlagu  aku dibuatnya.. Soo ini lah hasilnyaa..

Setempek je lekat kat dinding, tak sempat nak lekat dekat mounting board pon..
Cantik tak poster gue? wiwiitt kan? bergaya gitu..


Inilah hasil kerjanya aku buat sorang-sorang.. cuak habis tawu..
first time ni menghasilkan kerja sorang diri.. 
bangga dengan diri sekejap..

Ini sahabat-sahabat seperjuangan ku yang present project masing-masing..
Pasti mereka pun rasa apa yang aku rasa..

Lepas present jaa, bagai jantung nak luruh.. sebab banyak sangat pendapat, pandangan, idea dan komen-komen membina untuk successkan project aku ni, and aku dapat reader yang tak cerewet, dua-dua lelaki, so takde lah nak tengok teliti sangat, sbb aku ada perasan poster aku tu ada kesalahannya.. 

Seusai melepaskan keluhan lega, aku sedikit terhibur dengan kehadiran ahli mytv3 yang datang kempus on that day! soo memang release sekejaplah semua perasan yang hadir dari sebelum dan selepas presentation tadi.. Jadi dengan tidak rasminya dapat aku bergambar dengan artis-artis yang hadir..

Ini adalah penyayi baru .. nama yang pelik .. Santhawan nama die.. pelikkan? 

Ini pulak, yang semakin femes ni.. yang femes selepas filem hantu bonceng tu..
Ape celop tooqq!

Ini pulak panjang, yang belakon drama 3 janji dengan Liyana Jasmi, 
die pegang watak jahat, takut jugak aku nak bergambar dengan dia.. 
memang menjadi watak die jadi budak skema yang berdendam, diam-diam ubi berisilah..
cuma isi die tak sebaik yang kita jangkakan jee..

So itulah pengalaman yang aku hadapi pada hari ini..
check it out!
nak kena edit report FYP banyak lagi .. dan assignment lain pun sedang menanti ..
Bye!


Monday, April 2, 2012

Aku Tulang Rusuk Kiri Kepada Siapa?


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

#iLovIslam.com