Showing posts with label TENTANG KITA. Show all posts
Showing posts with label TENTANG KITA. Show all posts

Monday, February 18, 2013

3rd Time at Broga Hill


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hai!
Hah! bukan main lagi cuti raya cina haritukan.
Sambut CNY pum pang pum pang main bunga api sana sini.
Siap makan besar-besar sampai buncit. Itu alkisah orang yang sambut CNY lah.
Tapi aku sambuat CNY lain sikit. CNY aku disambuat dengan kawan-kawan terchinta hati ku. 
Mereka sentiasa buatkan aku tersenyum bahagia. 
Alhamdulillah.

Kami sambut raya di Broga Hill. 
Activity yang memang kami suka. Memanjat, mendaki, kah kah gelak.

Untuk nak broga ni yang pastinya bukan plan aku, tapi plan otak gila girlfriend aku sorang ni.
Aku pun layankan aje, sebab idea dia sangat ohsem!
Sebab dapat bersuka ria tanpa menggunakan duit!
itu sangat aku suka. bukanlah tak guna duit langsung.
guna jugak tapi tak banyak. habis dekat transport dan isi perut sendiri ja.

Kali ni adalah kali ke 3 aku naik Broga Hill ni.
Dan kali ni Misi nak naik sampai level 3 atas punjak!
sebabnya sebelum ni sampai level 1 ja. itu pun dah mengah.
Sebelum sampai destinasi aku siap makan sampai perut senang hati, dan hati pun bergembira.
hope sangat kali ni tenaga aku berganda.
Misi yang seterusnya adalah ambil gambar atas bukit tu.
view ofcouselah ohsem! lagi.
lepas tu masok insta-insta.

Eh! one more thing.
Kami mendaki petang pulak kali ni. pukul 4 petang.
selalunya orang akan naik Broga Hill ni pukul 2-3 pagi sebab nak tengok Matahari naik. 
Lepas tu pukul 8 pagi turun.
Tapi kali ni kami dapat tengok Matahari turun. Then pukul 8 malam kami turun.
Itu yang mencabar. kalau salah langkah, mau masuk lubang.
turun kena lebih berhati-hati, dah tak boleh layan nak lari turun bukit, kerana  ianya sangat gelap!

Memang ohsem! lagi lah.
lain dari yang lain. tapi itulah yang kami mahu.

ok moh! kita layan gambar yang terhebat dibroga.
hehehee..

Mari kita mulakan kawan-kawan. Naik pakai jeans ja ape adahal,aku nak pegi shopping ja atas tu.
Korang jangan tak tahu atas tu ada ECONSAVE. hahahaa..

Aku suka singgah main buai tali rafia dekat sini dulu, then baru sambung mendaki or turun bukit.


Ini lah kawan gue yang baru firstime naik broga! welcome bebee!

Hampir sampai, tapi rehat kejap penat naik bukit curam.

Lepak menyembang dengan uncle yang sambut CNY bersama kami atas Broga ni.


Yeeaahh!! dah samapai level 1 angin yang sangat terbaik!!!
rasa bagai diatas awan.

Sedang menikmati angin yang owhsem! 
sini kita rasa sama-sama angin dia.

nih video untuk korag rasa akan kenikmatan angin dipetang hari.
siap video lagi taw! haha.. terimalah..


Apa macam bole play tak videonya?
bestkan?!
kalau tak dapat nak play video tu maaflah ya! sila cuba lagi nanti. =)

sedap punya ambik angin dekat level 1 tu.
kaki aku dah rasa gedik-gedik mintak gerak panjat lagi.
so mari kawan-kawan kita naik lagi.
kita tunggu jaja n fatty suma dekat level 2 okyh.
tampak tak ada orang yang dah kena tinggal nun jauh dekat bawah tu.


Berjalan ditengah lalang!

selepas 5 minit.
Hah! berehat dibatu sambil layan perasaan.
Hah! layan perasaanlah sangat! layan phone insta-insta lew kerjanya tu.
sambil tunggu fatty, jaja and the gang sampai.

selepas 15 minit lebih kurang lew..

Akhirnya kami bertemu dilevel 2!
cayalah! rehat jap, then kita sambung naik sampai ke garisan penamat.

selepas 2 minit.

 Okey Jaja this is not good for you, batter you waiting us at level 2 with Yan and Azrin. 
Sorry to say my dear.

Nak naik ke level 3 ni kena naik dengan tali saja, agak susah untuk yang berbadan besar. 
Kami tak nak menanggung risiko itu.
but gambar ni yang aku sangat suka! style bukan?


So ini buktinya aku dan kawan-kawan berjaya samapai ke atas.
untuk yang baru first time memang agak pancit dan cungap lah.
bila dah biasa, alah bisa tegal biasa.
0_*

Dalam group ni kami je lah perempuan yang sampai puncak. 
muka bajet nak poyo je. belagak gila! ceh!

Kami yang telah berjaya! cheesssss.... 


Pasing balik dekat level 2 nih. tunggu masa nak turun lagi.

Okey guys get ready. matahari dah nak turun, kita pun dah nak kena turun.
nice kan?!

Kegelapan hampir tiba.


Posing untuk yang terakhir kali. 

Bye Broga Hill panjang umur kita jumpa lagi.

Turun kami semua dah tak ambik gambar lagi.
Takut tersnap gambar yang tidak tidak.
Kami berdoa agar perjalanan turun bukit dalam gelap selamat.
kami adalah team yang terakhir sekali yang turun dari broga ni.
dan kami lebih bekerjasama untuk turun bersama, yang lebih bahagia Jaja.
semua jaga dia baik punya. takut lah jadi apa.
Aku bangga ada team ni. 
Apa yang penting kerjasama.
terbaik!!

Alhamdulillah kami berjaya turun dengan selamat.

Thursday, December 13, 2012

Lapan . Disember . Dua Belas


Sesuatu yang aku memang tak sangaka dan tak harapkan berlaku.. 
tapi itulah yang berlaku..
Surprise birthday cake!

Selalunya aku buat dekat kawan-kawan aku masa dekat Univeersiti tu haaa..
ada ja mangsa-mangsa yang akan kena, and yang best tu aku lah perancangnya..
ahahhaaa..

Setiap tahun birthday aku disambut, biasa-biasa saja..
tahun lepas punya birthday pon sangat best!
Tapi untuk umur yang 23 tahun ni..
lain macam sikit,,,
harapan untuk kawan-kawan baru sambut birthday aku ni,
memang aku tak harapkan apa-apa, 
yang aku harap wish sudah laa..
seperti biasa birthday bulan 12 mana ada kawan sangat yang nak sambut birthday kita ni kan..
inikan pula nak celebrate, jauh sekali la kan..
tapi kali ni lah lain macam, rasanya..
pandai semua FA crew berlakon..
  
 masok saja storr.. tadaaa,,, Emy and Emira dah ready cake berlilin tu dah..
terjerit jugak laa kau, sebab terkezuutt,,, 
aku baru ingat nak pergi buat kepala melepak dalam stor ni haa..
sebabnya dah dapat green light dari mr. tok rehat kejap..
rupenyeeeee.. green light ada maknaa...
kalau tak pantang hilang sikit, ada ja yang mencari.. 
saba jee lahh..


 Disebabkan keterujaan itu, dan excited aku disitu..
Aku langsung takde wish apa-apa masa menghembuskan angin itu..
rasanya bagai, yang lalu biarlah berlalu.. 
yang datang aku harapkan yang terbaik untuk aku..
serious speechless!!

dalam keadaan speechless tu jugaklah aku terkinja-kinja..
macam apa lagi tah..
Kau gilaaa! tak suka benda-benda cam ni???
Suka sangat laa gilaaa...

ok, i'm going crazyyyyyyy....
   

 Terbaik!



 Thanks for the owhsome! cake FA crew..




Kami!


 Masa pembahagian..


eeemmm,, rasanya luar biasaa..

Thanks kawan! dari jauh pun sudi datang nak wish untuk birthday aku,,
terharu gila vavih lah!!


Friend: Dena, hang nak apa utuk bifday hang ni?
Aku: Aku tak nak apa-apa pun,,
Friend: Alaaa.. cakap ja la nak apa,, tapi yang aku mampu saja laa.. kalau nak barang-barang kat kLcc memang aku tak mampu laa..
Aku: Haish! Aku tak nak apa-apa pun,, betul.. tapii aku cuma nak mintak satu saja.. Aku nak mintak ang doakan aku, supaya aku dapat pergi Korea, dipermudahkan segala urusan aku, selamat pergi dan balik, semoga aku berjaya dalam hidup dan mendapat jodoh yang baik. =)
Friend:Alaa,, yang itu hari-hari pun aku doakan hang..
Aku: Alhamdulillah, amin.. semoga termakbul..


Memang aku tak mengharapkan apa-apa, yang aku mahu hanya doa dari kawan-kawan..
Insyaallah aku juga tak pernah lupa doakan kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat kepada sahabat-sahabat dan kepada orang-orang yang aku sayang didalam setiap solat aku.. Amin..

Happy Birtday to Me! 

Thursday, September 6, 2012

Untuk Dia Hey!

Untuk sekian lama dia terlantar dihospital, sememangnya aku tak senang duduk, 
tak senang untuk melakukan kerja harian aku, apatah lagi melakukan kerja-kerja sekolah aku.
tapi apakan daya aku?! Life must go on, even anything happen.
Bukan kerana itu aku melupakan dia yang sakit dan aku bersuka ria dan gembira tanpa hiraukan dia.
Sesungguhnya anggapan itu SALAH!
Kalau diizinkan Tuhan hendak saja aku terus pulang dan duduk disampingnya selalu.
Tapi aku tak mampu, masih banyak urusan yang aku harus siapkan tambahan pula aku sudahpun ditahun akhir. Apakah ujian ini diterunkan untuk aku, semasa aku ditahun akhir?
Aku tak kisah apa jua ujian yang Tuhan berikan, Insyaallah akan aku hadapi dengan tenang dan sabar. Aku juga bersyukur kerana keadaan ini berlaku, kerana dengan cara ini aku akan sentiasa ingat dan sentiasa mendekatiNya selalu.

"Hanya padaNya aku berserah, dan aku memohon padaNya agar jagakan dia untuk aku."

Walau aku jauh darinya, aku juga mahu dia rasakan yang aku sentiasa disisi untuk dia terus kuat menghadapi  kesakitan yang ditanggung. Aku kirimkan sejambak bunga dan coklat serta kiriman doa agar dia cepat sembuh dan rasa disayangi selalu walau apa jua keadaan dia.




Aku mengharap sesuatu yang baik akan berlaku nanti..
AMIN!

#Luahan Hati

Saturday, June 2, 2012

Ayat DIA suatu ketika dahulu.

Sedang aku mengimbau kembali kisah-kisah dulu, 
untuk aku tuliskan semula dimana kisah kita sebenarnya bermula.
Banyak benda yang aku jumpa dari yang aku tak tawu, sampailah memang aku dah tawu,
dan ada yang memang aku tahu tapi aku sendiri tak pernah perasankannya.
Ada juga yang menimbulkan tanda tanya ????! pada aku .
Apa yang aku jumpa semuanya aku senyum saja.
Semua yang terjadi ada hikmahnya.


dari hasil pengembaraan aku, aku terjumpa kata-kata yang mungkin juga,
 dia cipta sendiri atau dia copy from somebody.
tapi hati aku kuat mengatakan dia yang cipta sendiri.
mana aku tahu?
sebab kami sudah bertukar hati dan kini telah bersatu hati. 
(gatai gedik-gedik)
^_^


Ayat mula-mula kita jatuh hati dulu, hampir 1 tahun yang lalu.  




Selama hampir 1 tahun ini, aku sedar, aku nampak kesungguhan dan ke ikhlasan itu.
Ayat-ayat yang di coretkan itu, adalah yang mendorong dia, bersabar, menerima segala kerenah yang telah aku ciptakan sama ada dengan sengaja atau pun tidak. 
Aku sangat suka mengguji, tujuan untuk menilai hati budi.
Bila aku telah miliki hati dia selama setahun ini, harapan aku untuk tahun-tahun lain adalah untuk memiliki hatinya buat selama-lamanya. 
Supaya ia dapat membawa aku ke Syurga yang hakiki.
Thanks Dear!


Monday, May 28, 2012

Ayat Bertulisan Hijau dalam Notes.

Nota yang berisi ayat-ayat entah jenis perasannya, sama ada sedih, pilu, resah or bahagia.
Anda tentukan sendiri. Ayat ini aku tulis sebelum nak tidur, selalu waktu malam ja ayat-ayat macam ni selalu keluar, kalau tidak ditaip, aku menulis seperti dalam notes dibawah.
Setelah ditenung diteliti, dibelek-belek, dizoom sampai tak boleh nak zoom lagi dah,
masih jugak tadapat nak bacakan? 
so sini aku translatekan. =)
Selamat Membaca dan Selamat Malam!!


Maafkan jika aku menyakitkan hati..
Kerna kita telah bertukar hati..
Kita sama-sama menjaga hati..
Agar ia tidak disakiti..
Tuhan telah menetapkan janji..
"Setiap yang hidup pasti akan mati.."
Kita merancang untuk hidup sama sampai mati..
Tapi kau jangan makan hati..
Andai aku pergi dulu nanti..
Tuhan juga berjanji..
"Setiap kehilangan pasti akan berganti.."
Dan Tuhan akan beri bonus lagi..
"Akan KU gantikan dengan yang lebih baik nanti.."
Bersyukurlah kita kehadrad Ilahi..
Kerna memberi kita peluang bersatu hati..
Walau apa yang dirancang tidak menjadi..
Andai kita tabah menghadapi..
Andai kita tidak bersama didunia ini..
Mungkin di Syurga nanti..
Jangan kita berhenti berdoa pada Ilahi..
Sampai impian ini jadi realiti..
Kita tidak pasti dengan apa yang akan terjadi..
Apa yang pasti kita berusaha jadikan ia realiti..
Jangan bersedih hati..
Tuhan juga mengerti..
Apa yang kita inginkan kini..
 Hanyalah bersatu hati..
Menyemai kasih suci..
Dan berjanjilah agar kau akan menyayangi..
Biar apa pun yang terjadi..
Kerna aku sentiasa disi..
"Walau Jauh Dimata, Namun Dekat Dihati!"

Diana
3/2/2012
2:39am



Friday, April 27, 2012

Langit yang cerah, kini gelap,
Sunyi sepi, tanpa kata, tanpa bunyi,
tanpa burung yang menyanyi.
Tuhan itu maha adil,
takkan biarkan malam yang gelap,
sunyi lagi sepi itu begitu saja.
Dia hadirkan bulan dan bintang sebagai penyeri
dan juga teman.
Bigitu juga kau dan aku sentiasa nantikan sinaran
dan kegelapan agar kita dapat rasakan kebahagiaan
siang dan malam bersama.

Si Perindu,
xoxo!

Friday, April 20, 2012

Cinta Hati!


Dia didalam gua hati yang penuh dengan kata kunci dan security. 
Sebelum menghadapi security, harus membuka gengaman tangan yang erat lagi.
Dia sentiasa dibawa kemana jua akan ku pergi.
tak siapa yang tahu betapa rapinya dia disimpan didalam Cinta Hati.
Semoga ianya kekal abadi dalam hati.
Walau dia hilang hari berganti hari.
tapi aku pasti dia utuh dalam memory.
Dialah Cinta Hati yang telah terkunci.



Saturday, February 11, 2012

Berbincang Sebelum Tidur

Pernah tak dengar ayat ni "Berbincang Sebelum Tidur"? Aku pernah dengar tapi itu digalakkan bagi orang sudah berkahwin . . suami isteri menyelesaikan masaalah rumah tangga sebelum tidur . . itu apa yang aku baca dan tahu . .  bagi aku itu yang memang yang terbaik . . even bagi orang yang tengah hangat berchenta, then tiba-tiba ada yang tersalah anggap or tersentap dengan pasangan . . yang mana belom kawen better selesaikan masalah baik-baik , memanglah tak tidur serumah sebantal sekatil , time same-same dah nak tidur tu, time nak wish good nite, sweet dream, bebagai tu . . sebelum wish tu sebaiknya selesaikan dulu masalah tak puas hati or sebagainya . . agar tidur malam kita nanti sentiasa indah . . otak lapang . . jiwa tenang . . esok bangon pagi senyumm sampai ke telinga . . itu lah rahsia awek muda  =). .  esok dah boleh fikirkan benda baru . . dan hadap dengan tenang sekali . .

 Berbincang atau meluahkan dan memaafkan itu lebih baik. .
kerana kita sendiri tak pasti apa akan jadi pada esok hari . .
belajar memaafkan orang sebelum tidur itu lebih baik sebelum terlambat . .



Monday, January 30, 2012

Ujian Kasih . .


Kita sentiasa diuji untuk tidak berdekatan selalu . .
Kita diuji dengan pelbagai cara untuk bersatu . .
Kita diuji untuk melihat bertapa sabarnya hati yang ingin bersatu . .
Kita diuji supaya menerima ujian itu . .
Kita diuji untuk setia bersatu . .
Kita diuji untuk cinta yang satu . .
Kita diuji dengan masa dan waktu . .
Kita diuji supaya kita ingat pada Yang-SATU . .
Semoga kita kekal hingga kesyurgaNya itu . .

Terima Kasih TUHAN atas ujian kasih itu . .



*titis dalam hati, tiba-tiba tertitis dipipi . .

Monday, January 16, 2012

Masa Kita.



Kita berjumpa tanpa diduga.
Kita juga terlanjur cinta tanpa diduga.
Kita mula jatuh cinta tanpa dipaksa.
Kita terpikat pada masa yang berbezza.
Kita tidak mempunyai masa untuk mengenal  lebih dalam.
Kita mengambil masa yang lama untuk mengenali.
Kita mengambil masa yang lama untuk benar-benar bersatu dan memahami.
Kita mempunyai kehidupan yang berbeza.
Kita juga ada tanggungjawab yang sama.
Kita tidak mempunyai masa yang lama untuk bersama.
Kita berjumpa hanya seketika cuma.
Kita hanya bertemu suara tiap masa.
Kita berjauhan setiap masa.
Kita mesti bersatu setiap masa.
Kita harus memahami sentiasa.
Kita harus memberi kepercayaan sepenuhnya.
Kita bersama berdoa akan kekal sentiasa.
Kita sama satu hati.
Kita sama rasa getar rindu dihati.
Kita sama merasa lambatnya masa.
Kita sama rasa hangatnya cinta.
Kita sama menanti masa bersama.
Kita sama menghargai Masa Kita.

Thursday, November 17, 2011

Warni Warna Kasih . .


Maafkan aku andai kau tak selesa dengan perangai mengada tak semena ini . .
  • bukan tak paham, sengaja buat tak paham, sebab aku nak faham betul-betul supaya aku tak tersalah..
  • kadang-kadang aku buat tak tahu, sedangkan aku tahu, sebab aku mahu
    kan kepastian itu..
  • kadang-kadang aku faham apa yang kau maksudkan, tapi sengaja aku tidak memahami apa yang kau maksudkan, sebab aku mahu ia lebih tepat..
  • aku tahu apa yang kau mahu, tapi sengaja aku buat tak tahu apa yang kamu mahu, kerana aku mahu tahu kemahuan apakah itu . .
  • aku tahu apa yang kamu buat, tapi sengaja aku buat tak tahu apa yang kamu buat, sebab aku mahu ia lebih jelas dalam apa yang kamu buat. .

Maafkan sekali lagi, agar kamu mengerti bahawa aku mahu kamu kuat dan tenang "seperti air dilautan yang tenang, dan bila ribut melanda, kamu boleh jadi seperti tebing ditepian pantai, kuat bila dipukul ombak.". Aku harap aku juga boleh menjadi air dilautan yang tenang dan kuat seperti tebing ditepian pantai.

Aku adalah aku, yang harus kamu ketahui . .
Aku juga tahu, kamu tahu apa yang aku mahu . .




#warnakasihsayang..

Friday, November 4, 2011

Terima Kasih TUHAN.


Terima kasih TUHAN kerana engkau masih memberi peluang kepada kami untuk berjumpa lagi walau ia hanya sekejap cuma. Ia begitu bermakna dalam hidup kami, walau mulut berkata jangan lakukan itu tapi hati "semoga kau selamat sampai". Terima Kasih TUHAN.

Terharu memang amat terasa kerana kamu sanggup mencari alasan untuk menunaikan hajat yang satu itu. Syukur alhamdulillah akhirnya bersua jua kita.

Berpisah itu perlu, supaya kita lebih kuat untuk menghadapi kehidupan duniawi dengan lebih cekal. Insyaallah jika di izinkan Tuhan bertemu lagi kita.

Pergilah dan bawa hati ini sekali.
Supaya rindu aku sentiasa bersama kamu.

#terimakasih29OCT11 =)