Showing posts with label EMO. Show all posts
Showing posts with label EMO. Show all posts

Saturday, November 10, 2012

Lucky Day

7 November 2012

Entah kenapa aku rasa hari ni rasa bahagia dan gembira sangat, 
walaupun hati aku sentiasa terasa tak pernah gembira..

Aku bersyukur dengan berita dan aktiviti harini...
Terima Kasih Tuhan!

Benda-benda yang buat tersenyum sepanjang hari adalah . . .

1. Dapat call dari UnikL sebab dapat tawaran untuk aku terbang lebih jauh.. One off my dream will come true and akhirnya dapat naik flight for the first time in my life.. wehoo..

2. Sebabkan kegembiraan itu aku rasa nak reward diri dengan belikan hadiah yang dah lama aku nak beli, tapi aku tak termampu lagi, dan tak terbeli.. so harini jugak aku dapatkan.. Allhamdulillah.. 
 Novel yang dah lama nak beli.. =)

3. Diwaktu malamnya pulak pergi sambut birthday party my roommate, dinner with nasi arab.. thanks untuk birthday girl punya boyfriend sebab sponser dinner harini.. Syukur, moga dimurahkan rezeki kalian berdua..  
Nasi arab untuk 4 orang..

4. Lepas saja dinner kami terus cari 7E untuk dapatkan sebanyak yang boleh slurpee.. 
Nasib tak bawak baldi.. Sebelum keluar rumah lagi dah prepare bawak bekas besar-besar..
1 bekas besar hanya rm2.20 jee.. rugi kau kalo tak pegi serbu..
so inilah hasilnya..
Minum ramai-ramai baru meriah.. =)


5. Lepas dapat slurpee, pergi midnight movie pulak, cite James Born - Skyfall aksi habis citanyaa.. 
Itu pun kitorang pergi, sebabnye, dah dekat 2 bulan tak layan wayang.. mane taknye semua sebok dengan FYP masing-masing + mini project lagi.. so bila banyak kerja da siap.. inilah masanya..

6. Sementara nak tunggu time masok hall wayang tu.. ternampak pulak tempat game kat sebelah beli tiket tu.. Apa lagi semua serbu masok situ jap, layan game.. yang paling excitednya aku lah! lagi-lagi nampak game misen kat bawah nii.. lama gila tak excersize tangan ni.. bila dah dapat main.. memang tak sedar diri.. tapi aku agak seday sebab prestasi markah aku semakin jatuh.. sooooooo sad!  
129 ja score?

Balik rumah ja terus tumbang.. Penat sangat okeyh! 
Tapi aku rasa ia sangat berbaloi untuk hari itu..
but banyak habiskan duit jugak!
huh! 
ok takpe berusaha cari duit lagi..
okbye!


Friday, November 2, 2012

Persoalan..

Persoalan?

Persoalan yang sedang bermain dalam fikiran,
hinggakan aku tak tahu apa yang aku fikirkan,
apa yang orang cakapkan,
apa yang orang cuba sampaikan..
apa yang aku cuba sampaikan,

kemana pun aku berjalan, aku tak pernah terfikir akan keselatan diri..
aku hanya pasrah andai apa-apa saja musibah yang akan menimpa aku..
mungkin aku takkan sakit, walau ia berdarah sekali pun..
kerana abagi aku, sakit hati yang aku sedang tanggung kini, lebih pedih lebih tersiksa sakitnya..

persoalan yang bemain diminda, seperti menghantui diri ini..
persoalan ini, mungkin tiada jawapan, entah lah sampai bila aku harus tunggu jawapan ini..
persoalan ini, seperti menghukum diri aku ini..

aku tak tahu dimana salah aku..
aku tak apa yang aku boleh lakukan..
aku tak tahu sama ada kesetian aku ini masih belum cukup..
aku tak tahu sama ada kasih sayang aku ini masih belum cukup untuk dihargai..
aku masih tak tahu banyak tentang kehidupan ini..
aku masih belum cukup jujurkah?

aku sering berfikiran posotif, sedangkan aku nampak pengakhiran ceritanya bagaimana..

aku dah semakin malas untuk memikir,
aku dah semakin malas mahu menaip,
aku dah semakin malas mahu bercakap,

dan tapi aku tahu, aku masih belum cukup untuk bertindak..
aku akan bertindak, tindakan aku tidaklah sedrastik orang lain..
yang pastinya, aku akan bertindak..

sekarang aku hanya bersabar dan terus bersabar,,
aku tahu Tuhan sentiasa bersama aku, tak kira dimana jua aku berada..

Monday, October 29, 2012

Perempuan Memang Begitu..

Perempuan memang cepat marah dan cepat melenting..
Tapi kenapa dia marah? dan kenapa dia melenting?
Semua itu bersebab..

Perempuan diciptakan Tuhan dengan penuh kasih dan sayang..
Hatinya lembut dan sangat penyayang..
Sebab itu Tuhan jadikan perempuan seorang ibu..

Perempuan, Tuhan anugerahkan sekeping hati yang istimewa..
Dapat merasakan sesuatu yang telah terjadi pada orang-orang yang disayang..
Mudah kesan kecelakaan, mudah rasa keburukan..
Anugerah yang sangat istimewa..

Perempuan mepunyai hati yang sangat sensitive..
cepat terasa, cepat cemburu, mudah rapuh, mudah hancur..  
Kerana hatinya sangat halus..

Perempuan memang suka mencintai dan dicintai..
Dan harapan perempuan sangat tinggi..
setinggi yang boleh kita gapai.. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengapai..

Perempuan bila dah sayang, sayangnya sangat kuat,
kuat sehingga siapa pun tak boleh halang..
Sayangnya dia kepada Tuhan, begitulah sanyangnya dia kepada makhluk Tuhan..

Perempaun akan menghormati, andai dia dihormati..
Malah dia akan beri lebih lagi penghormatan itu kepada yang betul berhak..
penghormatan yang bisa diberi hingga dia menjadi hamba..

Perempuan juga sangat kuat, walau hatinya sangat halus, sensitive..
Tapi ia kuat mencantumkan semula bila hatinya telah hancur bekecai..
Serpihan hati yang berkecai itu ada pada yang menghancurkan ia..

Perempuan mudah suka bila memakan gula-gula yang manis..
kadang terselit semut pun, sanggup ia kesat, bersihkan..
Asal kemanisan itu tetap dia rasa..

Perempuan memang kuat menangis..
Menangisnya hanya sekejap.. tapi tangisan yang betul-betul tangisan..
Bila tangisan itu hilang, tak mungkin dia akan menangis lagi, kerana benda yang sama..


Perempuan anugerah Tuhan yang istimewa, perlu dijaga, perlu ditatang, perlu dimanja, perlu dibelai..
bukan untuk dipijak sesuka hati, bukan dicampak-campak bagai kain buruk, bukan dijadikan barang mainan.. Bukan mudah untuk menjaga perempuan.. Kuatkan iman, penuhkan ilmu, berikan kasih sayang, kuatkan diri jasmani dan rohani, supaya mudah menjaga insan yang bernama perempuan.


Tuesday, October 23, 2012

Sakit

Sakit. Lately ni aku rasa sakit saja..

rasa nak nangis..
rasa nak tak sedap badan..
rasa tak senang duduk..
rasa gelisah..
rasa resah..
rasa tak keruan..
rasa macam orang bodoh..
rasa habar..
rasa kecewa..
rasa nak marah..
rasa suka..
rasa perit..
rasa pahit..
rasa itu dan rasa ini..

hah! sakit.

Sakit, tapi tiada darah..
Sakit, tapi tiada luka..
Sakit, tapi tiada calar..
Sakit, tapi tiada lebam..

Sakit, mungkin sakit dalaman..
Sakit, mungkin sakit urat?
Sakit, mungkin sakit angin?
Sakit, mungkin sakit jantung?
Sakit, hati?

sakit apa sebenarnya ni?

eeeemmmm...

mungkinkah sakit rindu?
Tuhan kau berikanlah aku sedikit kekuatan..

T.T

Monday, October 8, 2012

Sayang.

Sayang,

Maafkan aku, andai aku tidak pernah jadi yang terbaik dalam hidup you.
Sayang, aku tak tahu mana lagi hendak aku luahkan rasa ini.
Mungkin disini. disini saja aku mampu luahkan rasa hati.
Kerana bibir ku ini tak mampu lagi mengeluarkan kata-kata.

Hati selalu kata aku RINDU!
tapi apakan daya aku untuk sampaikan?
Adalah rasa rindu itu terubat jika aku melaungkannya keseluruh alam.
Aku kecewa bila rasa itu tak sampai untuk aku sampaikan.

Hati selalu kata, aku mahu kamu selalu!
Tapi aku tak terdaya untuk lakukan itu.

Hati selalu kata, aku mahu akan perhatian dari mu!
Tapi aku rasa hampa, tiada apa yang aku rasa.

Hati selalu kata, aku perlukan kata semangat dari mu selalu!
kerana aku selalu alpa dan leka didalam setiap langkahku.
sebab itu aku perlukan kamu selalu.
Aku tunggu sentiasa, setiap masa dan setiap saat ku!
Akhirnya aku sendiri mencari kata-kata untuk menaikkan semangat sendiri.
"You can do my sweet heard, I always with you for ever and ever!"

Tapi hati selalu memahami you sayang.

Katanya lagi..
Takpe sweet heard, keadaan dia tak normal lagi, sabar ok..

Katanya lagi..
Takpe sweet heard, jangan ganggu dia nak rehat, nanti dia dah betul-betul ok, ok lah nanti.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, kalau rindu hantar je message selalu.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, kalau tiada replay message panjang sikit. mane tahukan.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, jangan ambil hati, smile =) rindu dia sederhana saja ok. mungkin akan terubat penyakit rindu tu.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, call bila perlu saja.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, jangan call die ok, bimbang dia akan bertambah sakit.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, nanti dia sihat dia akan call selalu.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, munggkin dia akan kembali.

Katanya lagi..
Aku tak tahan lagi,,

*calling...

Me: "Haii sayang.. baibai sayang.."


You: "ok sayang, bye.. I text u letter"

*end call

tanpa aku sedari air mata mengalir di pipi.
Apakah tandanya itu?
suka? gembira? sedih? mungkin teluah sedikit rasa rindu?

Katanya lagi..
Aku nak call lagi..

*calling...

Me: "I tak sihat =( "

You: "Rehat ok.. makan ubat eh."

Me: "eeeemmm, ok. bye."

You: "Love you."

Me: "Love you too"

You: "Miss you."

Me: "Miss you too."

*end call

Air mata mengalir tanpa aku sedari..

Setelah sekian lama aku menunggu kata-kata itu, sehingga aku binggung ayat pakah yang diungkap itu benar atau atau palsu. pelbagai rasa yang berputar-putar.

Geram! Marah! Suka! Gembira! Benci! Jemu! Bosan!

Semakin lama, semakin tiada kata untuk aku luahkan. Kenapa ia begini..
eerrrhhh!!
Rasa mahu bunuh diri. Nanti Tuhan yang sangat mencintai aku melaknat aku pula.
Aku memohon hanya pada Tuhan membersihkan hati aku dari merasakan sesuatu yang tidak baik.

semakin hari semakin aku lemah menghadapi situasi begini..

mengapa kita jadi begini sayang?
mungkin aku adalah punca utama kita begini.
Maafkan aku sayang.



Saturday, September 22, 2012

Aku seorang penipu!

Aku tipu!
kalau aku cakap, aku tak pernah rasa kecewa untuk hidup

Aku tipu!
kalau aku cakap, aku tak pernah persoalkan kenapa semua ini harus terjadi pada aku?

Aku tipu!
kalau aku cakap, aku boleh harunggi semua ni dengan tenang.

Aku tipu!
kalau aku cakap, aku tak perlukan sesiapa untuk terus kuat untuk hadapi semua ini.

Aku tipu!
kalau aku cakap, aku kuat! aku tak nangis.

*T.T

Aku tipu!
kalau aku cakap, aku tak pernah bosan dengan apa yang aku ada sekarang.

Aku tipu!
kalau aku cakap, takpe aku faham, semuanya ujian dan dugaan dalam hidup.

Aku tipu!
kalau aku cakap, takpe biarlah die, nanti dia ok lah tu.

Aku tipu!
kalau aku cakap, aku sedang bergembira dimasa dan ketika ini.

Aku tipu!
kalau aku cakap, aku tak sakit, aku baik-baik saja selalu.

Aku tipu!
kalau aku tak pernah cakap apa-apa.

Ya! Aku memang seorang penipu! setiap masa aku tipu dan menipu. 
Semua yang disekitar aku semuanya tertipu!

Pernahkah kau menjadi penipu seperti aku?!


Friday, June 29, 2012

Rules for Happiness.

When my head worried. 
When my heart dup dap dup dap not in the peace mood.
When my hand don't know what to touch.
When my leg walk without way.

It mean i'm not in the Happiness mood.
I need someone or something to make me cheer up.
I take this rules to make my happiness back!



































Monday, May 28, 2012

Ayat Bertulisan Hijau dalam Notes.

Nota yang berisi ayat-ayat entah jenis perasannya, sama ada sedih, pilu, resah or bahagia.
Anda tentukan sendiri. Ayat ini aku tulis sebelum nak tidur, selalu waktu malam ja ayat-ayat macam ni selalu keluar, kalau tidak ditaip, aku menulis seperti dalam notes dibawah.
Setelah ditenung diteliti, dibelek-belek, dizoom sampai tak boleh nak zoom lagi dah,
masih jugak tadapat nak bacakan? 
so sini aku translatekan. =)
Selamat Membaca dan Selamat Malam!!


Maafkan jika aku menyakitkan hati..
Kerna kita telah bertukar hati..
Kita sama-sama menjaga hati..
Agar ia tidak disakiti..
Tuhan telah menetapkan janji..
"Setiap yang hidup pasti akan mati.."
Kita merancang untuk hidup sama sampai mati..
Tapi kau jangan makan hati..
Andai aku pergi dulu nanti..
Tuhan juga berjanji..
"Setiap kehilangan pasti akan berganti.."
Dan Tuhan akan beri bonus lagi..
"Akan KU gantikan dengan yang lebih baik nanti.."
Bersyukurlah kita kehadrad Ilahi..
Kerna memberi kita peluang bersatu hati..
Walau apa yang dirancang tidak menjadi..
Andai kita tabah menghadapi..
Andai kita tidak bersama didunia ini..
Mungkin di Syurga nanti..
Jangan kita berhenti berdoa pada Ilahi..
Sampai impian ini jadi realiti..
Kita tidak pasti dengan apa yang akan terjadi..
Apa yang pasti kita berusaha jadikan ia realiti..
Jangan bersedih hati..
Tuhan juga mengerti..
Apa yang kita inginkan kini..
 Hanyalah bersatu hati..
Menyemai kasih suci..
Dan berjanjilah agar kau akan menyayangi..
Biar apa pun yang terjadi..
Kerna aku sentiasa disi..
"Walau Jauh Dimata, Namun Dekat Dihati!"

Diana
3/2/2012
2:39am



Sunday, February 19, 2012

Saturday, February 11, 2012

Berbincang Sebelum Tidur

Pernah tak dengar ayat ni "Berbincang Sebelum Tidur"? Aku pernah dengar tapi itu digalakkan bagi orang sudah berkahwin . . suami isteri menyelesaikan masaalah rumah tangga sebelum tidur . . itu apa yang aku baca dan tahu . .  bagi aku itu yang memang yang terbaik . . even bagi orang yang tengah hangat berchenta, then tiba-tiba ada yang tersalah anggap or tersentap dengan pasangan . . yang mana belom kawen better selesaikan masalah baik-baik , memanglah tak tidur serumah sebantal sekatil , time same-same dah nak tidur tu, time nak wish good nite, sweet dream, bebagai tu . . sebelum wish tu sebaiknya selesaikan dulu masalah tak puas hati or sebagainya . . agar tidur malam kita nanti sentiasa indah . . otak lapang . . jiwa tenang . . esok bangon pagi senyumm sampai ke telinga . . itu lah rahsia awek muda  =). .  esok dah boleh fikirkan benda baru . . dan hadap dengan tenang sekali . .

 Berbincang atau meluahkan dan memaafkan itu lebih baik. .
kerana kita sendiri tak pasti apa akan jadi pada esok hari . .
belajar memaafkan orang sebelum tidur itu lebih baik sebelum terlambat . .



Thursday, February 9, 2012

Bersyukur tanpa disedari, kerna ada rasanya cinta

Hari-hari aku buka dan tutup blog . . bila sign-in jee . . tetiba aku blank, aku nak tulis ape sebenarnye ni . . tapi sebelum sign-in dan time tak berkesempatan nak sign-in lah itu ini idea mencurah-curah keladang gandum  . . tapi koko crunch tak jadi-jadi juga . . tiba-tiba mood nak menaip termati bila dah sign-in . . pelik amat . . tapi sekarang aku taip jelah ape yang aku rasa aku nak taip asal aku bisa melatih jari untuk cepat menaip . . tapi aku rasa korang suma lagi laju menaip dari aku kan? . . tak kisah lah ape-ape pon . . sebab aku banyak lagi benda yang nak kena fikirkan . . dan hari ini aku nak mengucapkan syukurrr pada Ilahi kerana memberi kejayaan kepada dia yang dicintai peluang untuk die terus maju dalam hidup dia . . aku bersyukur sangat kerana Allah s.w.t telah menunjukkan kekuasaan-NYA dengan menunaikan permintaan aku didalam setiap solat ku . . Allah s.w.t itu maha berkuasa . . Allhamdulillah . . Bangga sangat sampai nak menitis tapi aku tahankan jee . . maybe dia takkan dapat bertahan lama sebab sekarang pon dah titis  . . its ok, sekarang pun aku tak berhenti mengucapkan syukur tanpa pengetahuan sesiapa, yang tahu hanya pada mereka yang membaca . . tapi lepas dah bace jagan lupa rahsiakan taw . . shuuuttt . .  

ok jum kita layan lagu ni . . then kita chooww . .  tiba-tiba terjatuh cinta dengan lagu ni . . 
if lagu ni fully English that's more better . . lagi aku suka . . sebab sekarang pun dah terjatuh cinta . . 


Be Mine =)


#terfikir, bila agaknya kejayaan aku eh? kejayaan orang aku dah nampak . . Insyaallah Tuhan itu maha adil . .dia lebih mengetahui segala yang tersurat dan tersirat . . apa yang penting sabar dan usaha . . Amin . .

Monday, January 23, 2012

Serabut!

Semenjak datang KL nih, semakin serabut rasanya aku, bukan setakat dalaman je, luaran pun same . . Orang kate kalau cantik dalam, cantik juga luarnya even luarnya taklah macam model-model yang ada . . eemm . . semakin suram aje hari-hari dekat sini . . ada beberapa benda yang aku harus fikirkan . .

FYP:
First sekali aku nak ucap Syukur kehadrat Ilahi sebab banyak sangat halangan aku untuk masuk degree nih, tapi atas kekerasan aku dan sabar . . aku berjaya sampai ketahun akhir jagak akhirnya . . ALhamdulillah! Ye! FYP adalah Final Year Project . . nak kena fikirkan tajuk yang betul-betul aku boleh buat . . FYP degree tak sama dengan FYP masa diploma dulu . . diploma siap boleh buat group 4 orang sekali . . and share 1 report 4 orang . . but now , no no no no . . no way anymore! buat single or group 2 orang 1 project . . if group report asing-asing . . same macam buat single lah kan . . adooii . . idea itu ada . . tapi tajuknye maseh bersepah . . terkapai mencari yang sesuai untuk aku . . -semoga Tuhan mempermudahkan jalan aku dan memberi peluang untuk aku sekali lagi naik pentas untuk mengambil segulung Ijazah. =)


Tikus:
Tikus merupakan salah satu masaalah yang aku dan kawan-kawan hadapi . . huh! parah . . bila tinggal rumah sebulan lebih . . tikus-tikus bandar ni mulalah buat parti dalam rumah . . sakitnya hattiii . . berak habis satu rumah! sebab tikus jee . . kitorang dah la penat-penat baru sampai rumah . . bertambah penat tengok rumah berselerak dengan busuk tikusnye lagi . . mane boleh tahan!! lagi tak boleh tahan almari baju aku dijadikan jamban die . . wtf!!  sakit sangat ulu hattii . . termasuk dengan kepala effectnye . . sudahlah aku ni berkulit sensitif, buatnya kena kuman + air kencing tikus . . nauzubillah mintak dijauhkan . . risau amat nih . .  mana aku nak lari?? kecuali pindah rumah!!


Cari Rumah Baru:
Disebabkan masalah tikus yang berleluasa ni . . masalah nak cari rumah sewa barulah pulak . . kalau boleh nak yang dekat dengan kempus jugak . . penat dah nak naik tren duduk umah jauh-jauh . . buat masa dan tenaga aku jee . . biar mahal sikit dari masa and tenaga habis banyak . . kalau boleeh nak duduk seecepat mungkinnye . . Mak and Abang-abang aku pun simpati tengok rumah yang aku duduk sekarang . ." dah sewa murah macam tu lah yang dapatnye mak . . nak lebih-lebih selesa mahal lah mak . . " . -semoga aku dapat rumah yang lebih selesa dari sekarang . .


Sakit:
Sakit urat sendi semua menahan sakit . . lebih seminggu dah tidur tak nyenyak sebab sakit lah! . . macam mane nak pergi kempus kalo sakit macam ni . . nasib baik cuti CNY isnin and selasa sekali . . hope sangat dapat sembuh secepat mungkin sepuaya aku mudah untuk bergerak . . mana nak cari ubat ni ?? jalan pun susah . . solat pun dah solat cara orang sakit . . -YaAllah kau berilah kesihan pada ku . . Amin . . 


Emm . . banyak lagi yang nak fikir tapi yang ada sekarang ni aku mesti fikirkan dulu, sebelum assignment yang banyak akan tiba nanti . . =|

#Semoga urusan ku dipermudahkan oleh-NYA. 

Wednesday, January 18, 2012

Our MON,TUE,WED,THU,FRI..

Witch one we today?


Friday, October 21, 2011

Emosi Ketika Ini.

Banyaknye nak fikir dalam Engineering nih.
Pasrahhh . . nama pun student.