Showing posts with label KATA-KATA. Show all posts
Showing posts with label KATA-KATA. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Insan yang Jahil disisi Tuhannya memberi nasihat.

Aku punya kawan, yups! ramai kawan dan aku sayangkan mereka.
Biar seburuk mana perangai dan kata-kata mereka.
Untuk aku, bila dah kawan tetap kawan.
Yups, dan yups juga even dia pernah buat taik dengan aku sekali pun.
Kerana kawanlah mengajar aku lebih banyak tentang kehidupan.

Family tak ajar?

Yups, family memang ada. Family ajar aku macaaamm-macam.
Macam mana nak masak, hormat orang tua,
cakap benda baik-baik, jangan keluar malam, jangan buat itu dan jangan buat ini.
tapi kenapa family tak bagi aku buat itu dan ini?
Yupss, setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya.

Tapi apa sebabnya???

Bila aku ada kawan, dan bila aku berkawan.
Bila aku lihat dan hadapi sendiri dunia luar, luar dari family sendiri.
Kini aku tahu apa sebabnya bila family aku cakap,
Belajar ini, Belajar itu, Jangan buat itu dan Jangan buat ini.

Bila berkawan aku rasa apa itu relationship yang sebenar.
Susah senang kita tetap bersama.
Berkongsi suka duka tangis dan tawa.
Kita semua serupa, punya masa silam yang berbeza.
Aku dengan masa silam aku, mereka dengan masa silam mereka.
Tak siapa yang tahu, hanya kita! yup hanya kita!
dan hanya mereka yang sudi mendengar apa yang kita hadapi dan apa yang kita rasa.

Masa silam memang akan sentiasa bersama kita selamanya.
Selamanya dalam hati dan fikiran kita.
Pendek kata SAMPAI MATI ia akan tetap bersama.

Mahukah kita bawa bersama masa silam itu SAMPAI MATI??!
Bagi aku, aku akan tinggalkan masa silam itu,
biar tertinggal jauh dibelakang.
walaupun aku tahu ia sentiasa ikut dari belakang,
kadang-kadang kita tak pernah sedar yang ia sedang mengejar kita dibelakang.

Wahai kawanku yang ku sanyangi.
Dengarlah nasihat ku ini.
Walaupun aku tahu, aku manusia lemah lagi jahil disisi Tuhan dan sentiasa melakukan dosa.
Aku tak layak mengatakan dan menasihati.
Tapi percayalah yang kita semua serupa, cuma cara kita berbeza.

Ini nasihat dari aku wahai kawanku.

Manusia memang macam tu, memang cepat berubah,,
tak kisahlah, dari sayang jadi benci, dan dari benci jadi sayang,,
kadang-kadang dari segi warna pun, harini suka warna buru esok lusa kita suka warna pink.
Pelik manusia ni memang pelik. Jadi jangan kita pelik bila sesuatu yang tak pernah kita sangka jadi,
tapi ia terjadi. Pelik tapi itulah sebenarnya itulah kenyataannya,
kita kena bersedia dengan apa saja yang bakal belaku,
kerana sesuatu yang berlaku memang kita tak akan pernah sangka.

Ulang lagi.. Kita tidak akan pernah sangka!
Bersedialah dari semua segi.
Fizikal dan mantal.
Kadang-kadang memang kita sakit bila ditinggalkan atau dipulaukan atau dilupakan.
tapi diri kita sendiri punya cita-cita yang menggunung tinggi.
sanggupkah kita tinggalkan cita-cita kita?
biarlah yang lalu terus berlalu,
Jangan biar kisah silam menghantui diri.
Banyakkanlah bersolat dan berdoa.
Mohon Tuhan beri kita kekuatan.
Insyaallah dalam masa yang sama Tuhan akan beri kita kebahagian yang tak pernah kita sangka.
Percayalah Tuhan itu Maha Adil dan Bekuasa.
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Carilah cahaya kebahagian, demi masa depan yang sempurna.

Untuk kamu.
-Diana

Friday, December 7, 2012

Feel free with your life!

Multipurpose Shoes,
 with shoes can make me feel confidence, active, smart and feel-free to do anything..
peaceful! 

I really-really-really-really love this shoes.. 
Simple and nice right? I'll ware it for travel.

The advantages:
  • Rubber shoes.
  • Cover your entire foot.
  • Waterproof.
  • Not easily damages.
  • Can ware for the informal event.
  • Feel-free to walk. 



I'm ware it for hiking.


I'm ware it for sport activity. 

The Disadvantages:
  • Not suitable for formal event.
  • Skid, when you at wet place.
  • Easy impenetrable pebbles and water into shoes. (this shoes have a hole).


See how active i am.
Eh! one more thing, I'll ware this shoes for working too..
hehee.. not nice right, but yes! ill do it..
hahaha...

I love to be simple and nice..

Don't let yourself be controlled! your life is your choice to be what you will be.


8 December 2012.
Happy Birthday to Me!


Tuesday, November 6, 2012

Tuesday, October 30, 2012

Saturday, June 2, 2012

Ayat DIA suatu ketika dahulu.

Sedang aku mengimbau kembali kisah-kisah dulu, 
untuk aku tuliskan semula dimana kisah kita sebenarnya bermula.
Banyak benda yang aku jumpa dari yang aku tak tawu, sampailah memang aku dah tawu,
dan ada yang memang aku tahu tapi aku sendiri tak pernah perasankannya.
Ada juga yang menimbulkan tanda tanya ????! pada aku .
Apa yang aku jumpa semuanya aku senyum saja.
Semua yang terjadi ada hikmahnya.


dari hasil pengembaraan aku, aku terjumpa kata-kata yang mungkin juga,
 dia cipta sendiri atau dia copy from somebody.
tapi hati aku kuat mengatakan dia yang cipta sendiri.
mana aku tahu?
sebab kami sudah bertukar hati dan kini telah bersatu hati. 
(gatai gedik-gedik)
^_^


Ayat mula-mula kita jatuh hati dulu, hampir 1 tahun yang lalu.  




Selama hampir 1 tahun ini, aku sedar, aku nampak kesungguhan dan ke ikhlasan itu.
Ayat-ayat yang di coretkan itu, adalah yang mendorong dia, bersabar, menerima segala kerenah yang telah aku ciptakan sama ada dengan sengaja atau pun tidak. 
Aku sangat suka mengguji, tujuan untuk menilai hati budi.
Bila aku telah miliki hati dia selama setahun ini, harapan aku untuk tahun-tahun lain adalah untuk memiliki hatinya buat selama-lamanya. 
Supaya ia dapat membawa aku ke Syurga yang hakiki.
Thanks Dear!


Monday, May 28, 2012

Ayat Bertulisan Hijau dalam Notes.

Nota yang berisi ayat-ayat entah jenis perasannya, sama ada sedih, pilu, resah or bahagia.
Anda tentukan sendiri. Ayat ini aku tulis sebelum nak tidur, selalu waktu malam ja ayat-ayat macam ni selalu keluar, kalau tidak ditaip, aku menulis seperti dalam notes dibawah.
Setelah ditenung diteliti, dibelek-belek, dizoom sampai tak boleh nak zoom lagi dah,
masih jugak tadapat nak bacakan? 
so sini aku translatekan. =)
Selamat Membaca dan Selamat Malam!!


Maafkan jika aku menyakitkan hati..
Kerna kita telah bertukar hati..
Kita sama-sama menjaga hati..
Agar ia tidak disakiti..
Tuhan telah menetapkan janji..
"Setiap yang hidup pasti akan mati.."
Kita merancang untuk hidup sama sampai mati..
Tapi kau jangan makan hati..
Andai aku pergi dulu nanti..
Tuhan juga berjanji..
"Setiap kehilangan pasti akan berganti.."
Dan Tuhan akan beri bonus lagi..
"Akan KU gantikan dengan yang lebih baik nanti.."
Bersyukurlah kita kehadrad Ilahi..
Kerna memberi kita peluang bersatu hati..
Walau apa yang dirancang tidak menjadi..
Andai kita tabah menghadapi..
Andai kita tidak bersama didunia ini..
Mungkin di Syurga nanti..
Jangan kita berhenti berdoa pada Ilahi..
Sampai impian ini jadi realiti..
Kita tidak pasti dengan apa yang akan terjadi..
Apa yang pasti kita berusaha jadikan ia realiti..
Jangan bersedih hati..
Tuhan juga mengerti..
Apa yang kita inginkan kini..
 Hanyalah bersatu hati..
Menyemai kasih suci..
Dan berjanjilah agar kau akan menyayangi..
Biar apa pun yang terjadi..
Kerna aku sentiasa disi..
"Walau Jauh Dimata, Namun Dekat Dihati!"

Diana
3/2/2012
2:39am



Friday, April 27, 2012

Langit yang cerah, kini gelap,
Sunyi sepi, tanpa kata, tanpa bunyi,
tanpa burung yang menyanyi.
Tuhan itu maha adil,
takkan biarkan malam yang gelap,
sunyi lagi sepi itu begitu saja.
Dia hadirkan bulan dan bintang sebagai penyeri
dan juga teman.
Bigitu juga kau dan aku sentiasa nantikan sinaran
dan kegelapan agar kita dapat rasakan kebahagiaan
siang dan malam bersama.

Si Perindu,
xoxo!

Monday, April 2, 2012

Aku Tulang Rusuk Kiri Kepada Siapa?


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

#iLovIslam.com

Monday, February 21, 2011

apakah tajuk untuk entry ini ?


begitu lega, begitu bahagia, begitu tenang aku rasakan walau mata sentiasa mengalikan airnya. Aku pasrah dan akur akan ketentuan Tuhan untuk hidup aku, yang begitu menguji hambanya ini untuk menjadi seorang yang sangat kuat dan tabah mengharungi segala ujiannya.

Sesungguhnya Tuhan menguji hambanya setakat hambanya mampu mengharunginya.”

Ya! Siapa yang tak sakit bila patah hati, siapa yang tak sakit diinayai, siapa yang tak sakit bila tidak dihargai, siapa yang tak sakit bila tiada yang memahami, siapa yang tak sakit bila terluka dan siapa? Siapa? Yang tak sakit bila tiada tempat untuk diluah segala perit dihati??

Walaupun aku mempunyai masalah yang bertingkat-tingkat, akan aku jadikan itu satu pengalaman dan pemangkin hidup buat diri ini sungguh pun aku jelous gila vavi pada orang-orang yang senantiasa senang tampa masalah untuk ditanggung dan mempunyai kelebihan yang aku tiada. “Kenapa ya! Ak tak macam dia? Dia ada hand phone mahal, kecik lagi dah ada kereta sendiri, Wah pandainya dia, Wah! Sedapnya suara dia,Wah! Cantiknya dia.. pandai dia berfesyen, Wah! Dia ada boyfriend handsome, Wah! Dia ada boyfriend kaya, baik bla bla bla . . . .” aku ?? apa yang aku ada??

Memang aku tiada apa yang mereka ada, aku tak cantik seperti mereka tapi aku masih ada rupa yang maseh boleh dipuji, aku tiada hand phone mahal macam dia, tapi aku ada hand phone yang sentiasa berbunyi untuk bertanyakan khabar aku setiap hari. Aku tak pandai macam dia, tapi aku berusaha untuk mendapatkan markah macam dia. Meraka menyanyi sedap merdu aku kagum!, dan bila aku menyanyi taklah sangat seperti katak panggel hujan. Wah cantiknya dia berpakaian up.to.date , aku pun cantik . . . kalau aku ada duit boleh beli pakaian lagi lagi up.up.up.date dari dia, mesti lagi lagi lagi cantik aku dari dia. Wah! Handsomenya boyfriend dia, tapi aku tak hengen pon kalau perangai macam Setan. Wah! Kayanya dia, tapi apa gunanya dia kaya tapi dengan duit haram?

Aku bersyukur dan terima dengan apa yang aku ada, segala perit yang aku lalui, kerana

aku percaya Tuhan akan menyediakan kebahagian yang mutlak untuk aku kelak”

dan dalam kesakitan ini Tuhan telah memberi aku sedikit kemanisan supaya tidak terasa akan kesakitan itu dengan menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang sangat memahami dan ingin berkongsi segala kesakitan ini. Kini aku tahu siapa? Siapa? Siapa? Sahabat yang sentiasa disisi even jauh dari pandangan mata. Kini aku tahu siapa yang sangup bersusah senang bersama aku. Aku bersyukur ~ ~

Aku bersyukur lagi kerana aku mampu sentiasa tersenyum, mampu menghiburkan hati orang-orang disekitar aku ini, aku mampu tidak menyusahkan orang-orang sekeliling aku ini, aku masih mampu memberi walaupun aku sentiasa menerima.

Aku bersyukur lagi kerana aku ada orang-orang sentiasa sayang aku yang nakal ini. Aku bersyukur aku mempunyai fizikal dan mental yang sempurna. Aku bersyukur aku bukan seorang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aku bersyukur aku tak jadi orang gila. Aku bersyukur aku mampu melanjutkan pelajaran sampai degree (hope I will finish my study very well.) Aku bersyukur aku mampu memijak dikaki sendiri dari aku sentiasa memijak kaki orang. Kasihan orang yang dipijak itu (kadang-kadang aku sendiri yang dipijak. Owcha! Sakit doh! Baik tolong jangan pijak orang.)

Sepanjang kehidupan ini mempunyai pelbagai kepahitan dan kemanisan hidup, kenalilah hidup ini kerana ia begitu indah kata orang tak kenal maka tak cinta. Kenalilah diri kita kerana diri kita begitu berharga. Peliharah diri sebelum menyesal kelak.

"Hargailah diri kerana orang lain juga menghargainya juga."

Carilah kebahagian jasmani dan rohani sebelum ia lenyap dari bumi yang nyata ini. Bukan mudah unutk kita mencapai kebahgian dan kejayaan dunia dan akhirat, yang penting kita ingat pada Maha Pencipta kita..


p/s :: kata-kata yang hadir untuk menenagkan diri sendiri dan maybe untuk anda juga..

Thursday, February 17, 2011

Tampa Aku Sedar

Tampa ak sedar ak mengingatimu . .
Tampa ak sedar ak tersebut namamu . .
Tampa ak sedar ak mencarimu . .
Tampa ak sedar ak termimpikanmu . .
Tampa ak sedar ak ingat tahu tentangmu . .
Tampa ak sedar ak cemburukanmu . .
Tampa ak sedar ak merinduimu . .
Tampa ak sedar ak mencintaimu . .
didalam sedar ak tahu kaw bukan untuk . .
benarkan kejadian tampa ak sedar ini sentiasa disini mekar diHati ini . .
kenangan yang tercipta tampa ak sedar ini tak akan ak lupa hingga akhir anti . .

Thursday, November 11, 2010

Bukan Milik Ku & Bukan Milik Mu Jua

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .

Si dia kepunyaan mu ...

Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya.. .

Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...

Hukum alam menyatakan.. .

Mencintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura ...

Berlakon di pentas dunia...

Dan bertopeng menutup rahsia..

Tetapi hati...

Tidak pernah berdusta pada empunya...

Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...

Mungkin si dia melafazkan.. .

Ungkapan cinta pada mu ...

Tetapi hati dan perasaannya. ..

Tidak pernah berniat begitu...

Dia hanya berselindung. ..

Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...

Begitu jujur dan setia mencintainya. .

Sehingga terlupa..

Hukum alam menyatakan..

Mencintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya. ..

"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."

"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah. ..

Kita sebenarnya kepunyaan..

Yang Maha Esa...

Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...

Kecuali Dia...

Dia mengasihi hamba-Nya...

Dia memiliki hamba-Nya...

Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....