Sunday, March 17, 2013

Insan yang Jahil disisi Tuhannya memberi nasihat.

Aku punya kawan, yups! ramai kawan dan aku sayangkan mereka.
Biar seburuk mana perangai dan kata-kata mereka.
Untuk aku, bila dah kawan tetap kawan.
Yups, dan yups juga even dia pernah buat taik dengan aku sekali pun.
Kerana kawanlah mengajar aku lebih banyak tentang kehidupan.

Family tak ajar?

Yups, family memang ada. Family ajar aku macaaamm-macam.
Macam mana nak masak, hormat orang tua,
cakap benda baik-baik, jangan keluar malam, jangan buat itu dan jangan buat ini.
tapi kenapa family tak bagi aku buat itu dan ini?
Yupss, setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya.

Tapi apa sebabnya???

Bila aku ada kawan, dan bila aku berkawan.
Bila aku lihat dan hadapi sendiri dunia luar, luar dari family sendiri.
Kini aku tahu apa sebabnya bila family aku cakap,
Belajar ini, Belajar itu, Jangan buat itu dan Jangan buat ini.

Bila berkawan aku rasa apa itu relationship yang sebenar.
Susah senang kita tetap bersama.
Berkongsi suka duka tangis dan tawa.
Kita semua serupa, punya masa silam yang berbeza.
Aku dengan masa silam aku, mereka dengan masa silam mereka.
Tak siapa yang tahu, hanya kita! yup hanya kita!
dan hanya mereka yang sudi mendengar apa yang kita hadapi dan apa yang kita rasa.

Masa silam memang akan sentiasa bersama kita selamanya.
Selamanya dalam hati dan fikiran kita.
Pendek kata SAMPAI MATI ia akan tetap bersama.

Mahukah kita bawa bersama masa silam itu SAMPAI MATI??!
Bagi aku, aku akan tinggalkan masa silam itu,
biar tertinggal jauh dibelakang.
walaupun aku tahu ia sentiasa ikut dari belakang,
kadang-kadang kita tak pernah sedar yang ia sedang mengejar kita dibelakang.

Wahai kawanku yang ku sanyangi.
Dengarlah nasihat ku ini.
Walaupun aku tahu, aku manusia lemah lagi jahil disisi Tuhan dan sentiasa melakukan dosa.
Aku tak layak mengatakan dan menasihati.
Tapi percayalah yang kita semua serupa, cuma cara kita berbeza.

Ini nasihat dari aku wahai kawanku.

Manusia memang macam tu, memang cepat berubah,,
tak kisahlah, dari sayang jadi benci, dan dari benci jadi sayang,,
kadang-kadang dari segi warna pun, harini suka warna buru esok lusa kita suka warna pink.
Pelik manusia ni memang pelik. Jadi jangan kita pelik bila sesuatu yang tak pernah kita sangka jadi,
tapi ia terjadi. Pelik tapi itulah sebenarnya itulah kenyataannya,
kita kena bersedia dengan apa saja yang bakal belaku,
kerana sesuatu yang berlaku memang kita tak akan pernah sangka.

Ulang lagi.. Kita tidak akan pernah sangka!
Bersedialah dari semua segi.
Fizikal dan mantal.
Kadang-kadang memang kita sakit bila ditinggalkan atau dipulaukan atau dilupakan.
tapi diri kita sendiri punya cita-cita yang menggunung tinggi.
sanggupkah kita tinggalkan cita-cita kita?
biarlah yang lalu terus berlalu,
Jangan biar kisah silam menghantui diri.
Banyakkanlah bersolat dan berdoa.
Mohon Tuhan beri kita kekuatan.
Insyaallah dalam masa yang sama Tuhan akan beri kita kebahagian yang tak pernah kita sangka.
Percayalah Tuhan itu Maha Adil dan Bekuasa.
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Carilah cahaya kebahagian, demi masa depan yang sempurna.

Untuk kamu.
-Diana

No comments:

Post a Comment