Thursday, May 28, 2009

~RaHsiA ****a TidUr~


Secara purata jika dalam tempoh seminggu anda mengamalkan satu ****a tidur selama 5 malam, itulah ****a tidur yang melambangkan peribadi anda.


JANIN PENUH (****a tidur merengkok)
Anda seorang yang sangat sensitive dan pemalu. Anda ingin yakin betul sebelum menghabiskan tenaga kepada seseorang atau projek tertentu. Pasangan sesuai anda ialah pemuda yang boleh memberi ketenangan perasaan kepada anda. Kalau pemuda ini anda temui, anda sangat bahagia.


TERLUNGKUP (Biasanya dengan tangan menekuk di bawah kepala)
Anda orang yang sangat teratur, bertenaga, rajin bangun pagi bagi menghadapi kehidupan. Bagi anda segala sesuatu harus dirancang dengan teliti. Anda membenci sesuatu yang mengejutkan. Kekasih yang suka bersikap jinak-jinak merpati membuat anda sering geram. Jadi, carilah pasangan yang mahu bekerjasama dengan cara yang anda kehendaki.


PARUH JANIN (Anda tidur dengan lengan dekat ke tubuh dan kaki agak menekuk)
Hidup anda terasa nyaman dan siap mencari peluang baru. Itu kerana anda yakin mampu menerima ramai orang. Anda seorang yang boleh berkompromi. Bagi kebanyakan orang, anda sangat menarik kerana mempunyai sikap sensitive terhadap perasaan orang lain. Anda lebih suka mengambil sikap terbuka berbanding menyimpan di dalam hati.


ROYAL (Tidur terlentang)
Anda penuh percaya diri, yakin dan berasa selesa kerana menjadi perhatian. Biasanya ****a ini dimiliki oleh anak tertua atau terkecil dalam keluarga dan selalu memilih pekerjaan bersikap kreatif. Dalam urusan cinta, anda perlu berasa bebas, kalau tidak, anda susah hati.


FLAMINGO (Posisi miring dan agak terlungkup dengan satu lutut menekuk sedang yang lain lurus)
Anda mudah bersahabat, tetapi juga bersikap bergantung kepada orang lain. Bagi anda hidup itu mengasyikkan kerana pengalaman. Dalam berkomunikasi, anda kurang mahir. Anda cenderung memendam masalah sehingga masalah menimbun.


PENUNGGANG (Sebarang posisi dgn satu tangan menyentuh bahu yg lain atau kaki menekuk hingga lutut saling bersentuhan)
Anda ingin bereksperimen dalam hidup. Namun anda sukar menyampaikan keinginan hati. Bahkan kadang sampai tak tersentuh. Kejayaan mudah menghampiri anda.


m/s:apakah yg dimaksudkan dengan 4*1a=****a bg ayat diatas??

Tuesday, May 26, 2009

~siApA kAw??~

kaw oh kaw..
kenapa lah kaw menyiksa aku..
menyiksa aku dari mendapat kaw..
aku cari, kaw pergi..
aku tak cari, kaw datang..
bila dah datang memeningkan plak..
sebabnya banyak pulak yang datang..
tak tawu mane satu yang nak di pilih...
memang memeningkan aku...
bila da pening mula la aku ambek jalan mudah...
tak perlu er tuk pilih mana..
biar jek kaw tuh yang cari aku...
tapi aku perlu sedar...
macam mana kaw tu nak cari aku??
isk.. mula la nak perasan aku ni..
weeakk!! tak malu btol aku ni..
macam er kaw tu kenal aku..??
aku ni bukannya famous pon...
apa kelebihan aku untuk kaw cari aku??

kalo la aku pandai memasak ke,
pandai melukis ke,
pandai bermain dengan kata2 ke,
boleh mencipta sesuatu yang tak pernah dibuat orang ke,
or suara aku lebih sedap dari Dato Siti Nurhaliza ke..
tak pe la jugakkan..
heemm.. kalo aku ada semua tu tak perlu lah aku sibuk cari kaw..
walau ekonomi negara kita tak stabil..
tak kiralah apa pon mesti kaw akan cari aku..
e2 kalo aku memiliki keistimewaan e2..
kalo aku tiada keistimewaan e2..
siapa pon tak akan pandang aku..
kaw lagi lah.. tinggal aku jauh dibelakang..
walaupon aku tidak mempunyai kaw..
aku akan tetap dapat kaw suatu hari nanti..
bagai mana aku boleh dapat kaw..??
aku akan dapat kaw..
kalo aku bersungguh2..
aku mempunyai usaha yang lebih..
aku ingin mendapat sesuatu dari kaw..
kalo aku nak lagi.. lebih dari apa yang aku inginkan dari kaw..
aku mesti berlipat kali gandakan usaha aku untuk dapat kan kaw..
sebenarnya bukan senang nak dapat kaw kan...??
kAw mesti tolong aku..
tolong aku mencapai impian aku..
supaya kaw dapat memberikan apa yang aku inginkan..
kaw mesti tolong aku MERIALISASIKAN IMPIAN KU..


kErjA oH kErjA akU pErLukAn KAW tOlonglah akU...


Friday, May 22, 2009

~tAkdA kErjA cAri kErjA~


aiii... sampai suda ak kat Queensbay Mall.. time to jalan2..


haaa.. sebelum jalan2 mesti nak kena ada doit..
kalo takda doit tak best er jalan2..
kan..kan..kan..


heemm.. doit da ada.. time tu cuci2 mata lew... ngee..
eemm.. dah nampak dah.. wahh!! banyak tu...
canteeekkk... suke suke suke...

haa.. nie lah salah satu kedai yang menjadi mangsa kami...
wahahaaa...
kedai ni nama nya.. "mamae"..

cantik tak beg nie...??
ak nak cari beg yang lebih kurang cm nie jgk..
tapi pesen len sket...
beg ni dari kedai "mamae" jugak..
banyak jgk barang2 yang ada kat kedai ni, telah menarik minat ak..


card birthday gergasi, kami tangkap gamba curi jek ni..ngeeee...
sebenarnya datang kedai ni bukannya nak beli card or benda pe pon..
kami datang kedai ni nak datang mintak kerja..
kat depan kedai nie ada tulis "vacancy". ngee..


ni lak kedai sebelah card gergasi tu..
ada gak kerja kosong..
kami mintak gak kedai nie..
takpe dapat ke tak dapat ke asalkan dah cuba..



baiknya jalan2 tejumpa lak AyOng (nama sebenar dia Syara Syazlina)
da kuros da die..ngeee...
ak pon kuros gak an.. wakaka..


haa.. kami singah kat kedai "Hinode shop"
buat gila kat sana.. kedai ni la ak pernah kerja dulu..
kami kacaw kawan kami tengah kerja nie...
sempat lagi begamba ngn dia..
nasib mr.botak n mr.sato tak call..
kawan ak yang maseh setia kerja kat sini namanya.. Linda..



masa utunk buat kecoh kat kedai nie..
bukannya nak beli sangat pon..
nak main2 jek..
sempat lagi begamba dengan cermin mata hitam nie..
nggeee... bukan selalu nak buat kacau kat kedai orang..
shhuuuttt!!! jangan kasi tawu org kami bukannya shoping paper pon..
just g beli barang kat "hinode" ja..
kawan ak lagi best.. g tebus barang free jek..
huhuhuuuu...


Thursday, May 21, 2009

~kOleksi cOrak kAsut~




corak kulit kuda belang..















kasut yang bercorak abstract berwarna hitam dan putih








corak kasut ala-ala musical, sesuai juga untuk orang2 yang gila kan muzik..













kasut yang bercorakkan "beads galore",













kasut yang bercorakkan tapak kaki harimau serta sesuai dengan warnanya hitam dan oren.










kasut yang berlatarbelakang putih dan dicampurkan dengan garisan yang hitam serta bercorakkan yang agak meriah tapi simple yang berwarna-warni









kasut yang bercorak cartoon "oddday",














kasut untuk kanak-kanak, yang bercorak lOve yang bewarna pink.






tujuan aku meletak koleksi kasut di sini, sebabnya..
aku sedang mencari inspirasi corak yang aku inginkan...
dalam banyak2 corak yang ak letak kat sisni,
aku minat kasut yang bercorakkan muzical tu..
so korang minat corak yang mana??
sebenarnya banyak lagi corak yang ada dalam simpanan ak..
(jgn sala faham ak simpan pic jek,,,ngeee...)
so nnti kalo korang ada nak share koleksi kasut ngn ak..
hemm.. bagus gak tu an...


Wednesday, May 20, 2009

bajU t untuk "DIELADALILA"

Bahagian depan baju
Bahagian belakang baju..
commet ak untuk baju ni:-
ia nampak simple but nice, tapi ak tak berap minat sangt
bila ia terlalu simple..
ak suka akan sedikit gambar berimeginasi...
macam ada corak2 yang agak simple siket pon da ok...
but gOod jOb abg nAs..
usAha kamu tak sia2...
all the best tO u..


Monday, May 18, 2009

~mAksUd bAJu T~

Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.

Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.

Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock
Sudah menjadi perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.

Gambar Iklan
Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.

Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan

Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.

Gambar Kolej Atau Universiti
Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.

Lukisan Tangan
Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.

Gambar Dengan Warna Neon
Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu

Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun
Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.

Kemeja T Yang Ketat
Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.

Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak
Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.

Baju T Kosong
Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah.

Saturday, May 16, 2009

~aF~

ak nAk tengOk aF awi ni..

siapA kah akan menjadi juara AF7 kali ini..??

>hAfiZ
>yAziD
>isMa
>aril
>akim
mana satu pilihan anda...
yah kita nantikan ya...

kalo bola yang menang tahun nie..
ak rasa macam da compom MU..
sebab ak dengar 1 mata ja lagi dia akan menang keseluruhan...
kalo tak sala ak la.. kalo sala tolg la betolkan ek...
daarrr..
AF da start da niee...
daarrr...