Monday, December 31, 2012

2012 yang awesome!

Terima Kasih 2012 kerana kau telah berikan sebuah kenangan yang amat bermakna dalam hidup ini.
Jalan cerita tahun 2012 itu semuanya manis-manis berlaka, setiap apa yang berlaku, sering mengajar aku erti kehidupan, membuatkan aku lebih matang, bersabar, berusaha dan berdoa. 

Memang kadang-kadang dalam kehidupan ini kita kena rasa akan kepahitan, baru kita akan menghargai kemanisan. Biar ada pelbagai rasa, masam, manis, tawar, pahit semuanya itulah rencah kehidupan yang pasti akan dilalui setiap hambaNya.

Dia hari terakhir tahun 2012 ini, aku belajar apa itu rasa perpisahan, perpisahan yang amat aku terasa sangat! menusuk! tersusuk jiwa raga. Perpisahan diantara aku dan kawan-kawan sekampus aku. Perpisahan diantara aku dan kawan sekerja aku. Perpisahan antara aku dan perhubungan cinta untuk selamanya.

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan."

Itulah ayat yang selalu ada bersama aku dan kebenarannya adalah benar! 
walaupun sakit, semua orang, pasti akan rasa, akan pertemuan dan perpisahan.
tak boleh lari! siapa pun tak boleh lari! 

Untuk tahun 2013, azam dan impian telah aku tetapkan suatu ketika dahulu.
dan ada lagi beberapa impian aku setelah impian yang satu itu berjaya aku lakukan.
Semuanya dalam perancangan. Semuanya atas diri aku sendiri untuk menjadikannya reality.

Harap semua yang aku inginkan dan aku impikan untuk tahun baru orang putih nih tercapai hendaknya.
Semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan aku, dan memberi kebahagian dan kejayaan dalam kehidupan aku, dan kehidupan rakan-rakan serta orang-orang yang aku sayang. Aminn..

"There's Nothing Impossible in Life!"

  
Picture taken at tingkap dapur rumah sewa aku. 

Happy new year! 

Sunday, December 23, 2012

Keputusan PMR vs. Keputusan Final Exam

"Keputusan PMR akan diumumkan esok, diminta semua calon pergi mendapatkan keputusan disekolah masing-masing" ~ Wehh! esok keputusan PMR keluar laa.. hah! dulu masa sekolah, bila esok keputusan PMR terus call and message kawan-kawan. (Ambik phone abah, masa ni takda handphone sendiri lagi.. tapi budak-budak sekarang bukan main.. baru nak UPSR dah ada handphone sendiri. haish! jeless!).

Hari untuk ambil slip keputusan rasa seram sejuk ja tangan-tangan semua. Belajar main-main saja konon seram sejuk sangat lah kan. Sabar je lah. 

Dapat ja slip keputusan, senyuum dekat cikgu yang bagi slip exam tu. Terus pegi jauh-jauh sikit dari cikgu dengan kawan-kawan tengok result sendiri. Muka aku senyum ja even keputusan teruk. Pasrah je lah. Apa yang aku berlajar dan usahakan itulah aku dapat. Keputusan aku tak berapa ok, tapi boleh la jugak aku masuk sekolah teknik. Kira pandai jugak la kan? haharharharr... 

Sekarang ni keputusan PMR tak perlu pun nak pergi sekolah mengadap muka cikgu lagi dah. dah boleh check guna SMS saja. nak tawu cam mane? macam nii..


Hah! zaman aku dulu takda okeh.. untung budak sekarang dah berteknology tinggi, dan banyak kemudahan. Apa-apa pun berterimakasih la dekat orang-orang lama yang berusaha memudahkan kerja adik-adik kita ni.

Tahun ni anak buah aku yang sulung Fatin ambik keputusan. sebelum keluar keputusan macam-macam dia mintak, kalau dapat 8A dapat apa? kalau dapat 5A dapat apa? haish.. kalau dapat straight A baru boleh dapat apa-apalah.. Alhamdulillah pagi-pagi bangun ja dapat massage dari anak buah aku bagi tawu pasal result dia. Terus tersenyum ada 1 saja C, terus aku tanya subject apa yang C tu? ahahahaa.. tak tanya pulak aku apa yang A tu? so result anak buah aku ok la dari pada acu dia ni. Tapi takpa, biar mereka lebih pandai, sebab suatu hari nanti Malaysia akan datang memerlukan perlapis yang bijak pandai.

Dalam kesibukan budak PMR ambik keputasan diorang. Aku pulak digemparkan oleh kawan-kawan aku  ni semua yang mengatakan result final exam dah keluar.. haish! hasih! hasih! dup dap dup dap.. cebuka online tengok betul ka cerita yang digempar gempur tu?



Haah! dah ade dah status baru disitu. Dup dap dup dap lagi... 


Yeaahh! dah keluar dah result. Dua-dua subject sem akhir ni lulus/pass alhamdulillah, insyaallah tahun depan aku boleh naik pentas ambik sijil Degree!!! yeeaahh! tak sabar.. Tapi ada keputusan keseluruhannya adalah? haih! seperti biasa, result aku tak segempak kawan-kawan aku yang lain. 

Sekarang ni result dah tak perlu tengok menggunakan SMS lagi, sekarang ni aku lebih advance dari tengok result guna SMS, sekarang tengok online saja.. haha..

Jadi apa yang kita usaha itulah yang kita dapat. Usaha jangan putus asa, berdoa meminta bantuan darinya untuk menjadikan usaha kita itu berbaloi.. Insyaallah, dengan izin Allah s.w.t semuanya akan dipermudahkan. Amin.


Wednesday, December 19, 2012

Nonena Namilah Syarany Diet Plan

Ramai yang dah tegur, kenapa kurus sangat ni diana? dah semakin-semakin kurus ni.. sihat tak ni?
makan ke tak ni? ok ke tak ni? kenapa ni? huh! huh! huh! banyak betol soalan yang diajukan.. dah macam polis, dah macam CSI dah diorang ni.. tapi tidak mengapa.. itu semua bagus jugak untuk aku mengetahui keadaan fizikal aku yang aku sendiri kurang jelas.. so bila dah ramai yang tegur, memang jelaslah,, ia tenyata benar belaka.. Mungkin keadaan ini berlaku disebabkan kesibukan aku dalam menyiapkan final project dan dalam masa yang sama juga in broken heart mood.. Makan semua tak terjaga waktu tidur bersepah, kepala semua serabut.. Allahmdulillah semakin hari 1 demi 1 masalah selesai dan berlalu pergi.. Lalu keputusan mencintai diri sendiri itu kini bermula.. so aku mula ambil dari teguran kawan-kawan semua untuk naikkan berat badan aku ke tahap normal weight.. So mula lah mencari maha guru hebat dalam membina badan, alhamdulillah ada jugak kawan-kawan aku yang kaki bina badan ni, kesihatan diutamakan, kehenseman dikekalkan.. so aku pun harus lahh bergitu bukan.. so masterji dah tolong aku buat diet plan,, jom tengok sikit..

Tinggi : 164cm =65 inchi
Berat : 50kg = 110lbs ,1861.7 kalori stiap hari

Target :55kg =121lbs, 1908.5 kalori stiap hari
Carbohydrates = 255 grams stiaph hari
Fat = 64grams stiap hari
Protein =98 grams stiap  hari


MEAL PLAN

MORNING BREAKFAST

OATMEAL (KUANTITI BYK)+MILK+ TEH O


MID MORNING SNACK

CHICKEN BREAST OR PROTEIN POWDER+GREEN APPLE + VEGETABLES(KUANTITI YG BYK)+ROTI BAKAR 4KEPING

AFTERNOON LUNCH

CARROT+TOMATO+FISH OR MEAT +NASI+GREEN APPLE

LATE AFTERNOON SNACK

ORANGE OR STRAWBERRY+ GRAPE + TEH O OR GREEN TEA+ ROTI BAKAR 4KEPING

DINNER

SALAD + +1TBSPOON OLIVE OIL + CHICKEN BREAST OR MEAT +ROTI BAKAR 4KEPING

Tips HOT: Makanan yg dapat membantu hilangkan lemak bahagian perut ialah :-
Oat meal, Protein, Green Tea , Kalsium , Makanan yg  kaya  dgn  serat, Cili
Air Mineral = 2.5 Liter Sehari
Kalau dapat follow makan mcm ni insyallah berat ko akan naik ,pastikan smua makanan dlm menu tu ade klau nak gantikan dgn makanan yg lain inform ok.
Pastikan Ko  xkerap minum air manis,klau nk minum air jus ok tp jgn jus yg campur gula byk,atau ko uat  1minggu skali je ko minum air manis better  untuk kurangkan lemak bhgn perut.

Workout :
·         Seminggu 2kali g jogging (30 minute  dah cukup dh)
·         Setiap  hari sebelum  tidur uat sit up 4 set 20 rep stiap 1 set,rehat 50saat stiap set jgn lama


·         Setiap hari sebelum  tidur uat Push Up 3 set 10 rep stiap 1 set,rehat skjb je jgn lama




·         Kalau g gym uat senaman aerobic selama 30minute ,n lastly ko xperlu  jogging slalu cuz nti kalori ko akan bakar byk,bila dah turun nti ko kena tambah makanan lagi untuk naikan berat badan
·         So pastikan ko uat sit up n push up slalu cuz sit up utk bakar lemak bhgn waist n push up untuk Chest..=)
·         3 yg penting utk workout senaman aerobik (untuk workout seluruh badan ) ,Sit up (untuk  Waist),Push Up (untuk Chest)




Mengikut dari gambar rajah diatas, aku ditahap underweight, so mengikut masterjie cakap, berat yang sesuai  dengan aku adalah antara 60-70 kg, hoii! agak laa, macam berat sangat jaa.. takot pulak aku.. nanti dah tak boleh turun baru padan muka aku.. Aku just nak maintain jaa.. but it's ok aku try dulu diet paln yang musterjie bagi.. target 55kg saja! if berjaya aku hebat!

so misi bermula..

Survey timetable gym untuk perempuan bila.. 
aku pergi gym kampus saja senang, free and privacy sikit, nak pergi titiwangsa jauh sangat nak lari 30 minit saja pun.. so okay saja gym kampus ni.. selagi nama student gunakan laa kelebihan yang ada tu kan?
  

Ini pulak time larian dan speed yang sesuai untuk kita berlari.. so ikut je lah.. 
see time 30 minit saja.. sesuai dah la tu..


Setelah sekian lama tak timbang berat, last timbang rasanya time tu 48-49 kg, tapiii sekaranngggg sudah turun.. memang nampak sangatlah kurusnya tuu...


Tengok pinggang ni, kurus sangat tak? sangat kan?


Inilah dulu yang aku mampu untuk makan makanan yang menambahkan protin..


Bila dah bertekat haruslah kena buat, guide pun dah ada, terpulang pada diri sendiri saja nak buat or tak..
disebabkan aku sendiri pun dah bising-bising nak naikkan berat badan..
sedikit tersentap bila ada yang mencabar,

"I give you, a year to make a change with your body, than I will belanja makan, apa macam boleh?"

"ok, set!"

tampa sebarang ragu-ragu aku set aja.. aku pun agak risaulah sebenarnya.. boleh ke badan aku nak naik.. paling berat pun penah naik 52 saja.. aku bukannya nak naikkan badan ni sebab kena cabar or what, but memang aku sendiri pun nak rasa sedikit perubahan itu, but dengan cabaran itu jugaklah yang akan membuatkan aku bersemangat untuk aku menambahkan lagi berat badan.. kan?


Persoalan: "Mampukah aku makan mengikut jadual yang ditetapkan? nak kerja lagi kan?"

Thursday, December 13, 2012

Lapan . Disember . Dua Belas


Sesuatu yang aku memang tak sangaka dan tak harapkan berlaku.. 
tapi itulah yang berlaku..
Surprise birthday cake!

Selalunya aku buat dekat kawan-kawan aku masa dekat Univeersiti tu haaa..
ada ja mangsa-mangsa yang akan kena, and yang best tu aku lah perancangnya..
ahahhaaa..

Setiap tahun birthday aku disambut, biasa-biasa saja..
tahun lepas punya birthday pon sangat best!
Tapi untuk umur yang 23 tahun ni..
lain macam sikit,,,
harapan untuk kawan-kawan baru sambut birthday aku ni,
memang aku tak harapkan apa-apa, 
yang aku harap wish sudah laa..
seperti biasa birthday bulan 12 mana ada kawan sangat yang nak sambut birthday kita ni kan..
inikan pula nak celebrate, jauh sekali la kan..
tapi kali ni lah lain macam, rasanya..
pandai semua FA crew berlakon..
  
 masok saja storr.. tadaaa,,, Emy and Emira dah ready cake berlilin tu dah..
terjerit jugak laa kau, sebab terkezuutt,,, 
aku baru ingat nak pergi buat kepala melepak dalam stor ni haa..
sebabnya dah dapat green light dari mr. tok rehat kejap..
rupenyeeeee.. green light ada maknaa...
kalau tak pantang hilang sikit, ada ja yang mencari.. 
saba jee lahh..


 Disebabkan keterujaan itu, dan excited aku disitu..
Aku langsung takde wish apa-apa masa menghembuskan angin itu..
rasanya bagai, yang lalu biarlah berlalu.. 
yang datang aku harapkan yang terbaik untuk aku..
serious speechless!!

dalam keadaan speechless tu jugaklah aku terkinja-kinja..
macam apa lagi tah..
Kau gilaaa! tak suka benda-benda cam ni???
Suka sangat laa gilaaa...

ok, i'm going crazyyyyyyy....
   

 Terbaik!



 Thanks for the owhsome! cake FA crew..




Kami!


 Masa pembahagian..


eeemmm,, rasanya luar biasaa..

Thanks kawan! dari jauh pun sudi datang nak wish untuk birthday aku,,
terharu gila vavih lah!!


Friend: Dena, hang nak apa utuk bifday hang ni?
Aku: Aku tak nak apa-apa pun,,
Friend: Alaaa.. cakap ja la nak apa,, tapi yang aku mampu saja laa.. kalau nak barang-barang kat kLcc memang aku tak mampu laa..
Aku: Haish! Aku tak nak apa-apa pun,, betul.. tapii aku cuma nak mintak satu saja.. Aku nak mintak ang doakan aku, supaya aku dapat pergi Korea, dipermudahkan segala urusan aku, selamat pergi dan balik, semoga aku berjaya dalam hidup dan mendapat jodoh yang baik. =)
Friend:Alaa,, yang itu hari-hari pun aku doakan hang..
Aku: Alhamdulillah, amin.. semoga termakbul..


Memang aku tak mengharapkan apa-apa, yang aku mahu hanya doa dari kawan-kawan..
Insyaallah aku juga tak pernah lupa doakan kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat kepada sahabat-sahabat dan kepada orang-orang yang aku sayang didalam setiap solat aku.. Amin..

Happy Birtday to Me! 

Friday, December 7, 2012

Feel free with your life!

Multipurpose Shoes,
 with shoes can make me feel confidence, active, smart and feel-free to do anything..
peaceful! 

I really-really-really-really love this shoes.. 
Simple and nice right? I'll ware it for travel.

The advantages:
  • Rubber shoes.
  • Cover your entire foot.
  • Waterproof.
  • Not easily damages.
  • Can ware for the informal event.
  • Feel-free to walk. 



I'm ware it for hiking.


I'm ware it for sport activity. 

The Disadvantages:
  • Not suitable for formal event.
  • Skid, when you at wet place.
  • Easy impenetrable pebbles and water into shoes. (this shoes have a hole).


See how active i am.
Eh! one more thing, I'll ware this shoes for working too..
hehee.. not nice right, but yes! ill do it..
hahaha...

I love to be simple and nice..

Don't let yourself be controlled! your life is your choice to be what you will be.


8 December 2012.
Happy Birthday to Me!


Tuesday, December 4, 2012

I'm FA crew!

I'm as a FA crew just now! Yeah!
 Sesuai tak muka ni nak jadi FA? =P


Cukup sebulan aku kerja as a part-time FA crew, FA mean Famous Amos yaa..Saja gedik-gedik nak jugak letak FA,, nampak sikit macam kerja as Flight Attendant. Perasan lebih ja aku nih kan? Layakkah aku nak jadi FA (Flight Attendant) tu? Tapi itu adalah salah satu cita-cita dan impian aku. Mungkin bukan sekarang, dan mungkin suatu hari nanti, siapa yang tahukan? so sekarang ni, jadi Famous Amos punya staff pon ok lah dulukan? asal aku bahagia sudah..

Sepanjang sebulan aku kerja ni, alhamdulillah, takda la tekanan sangat, just relex, cool and enjoy saja working with all staff.. All my friend very supper duper sporting.. Ada adik-adik, ada akak-akak, bestlah..


With shikin kecik. 

With hansomeboy, Bikram.

 My friends at Sogo outlet. Abby, kak lila, kak Mai and Anis.
  
 Anis, pemalu orangnya,, choii pemalu la sangat..

My friends at MJ outlet. Budak serabut and Dayat.. kelaka diorang nih.. tak kering gusi bila jumpa diorang ni.. 

Bila dapat bekerja ni, memang banyak pengalaman yang dapat aku rasa, pengalaman mengenali lebih ramai orang, boleh jumpa pelbagai ragam manusia, semuanya berbeza-beza.. Ada yang menyakitkan hati, hada yang menyenangkan hati, ada yang sedap mata memandang, ada yang mendengki, ada yang baik, ada yang hebat.. jadi terpulang pada diri aku pulak untuk mengawal semua situasi yang datang.. Insyaallah aku mampu.

Kadang-kadang tu, kita kena jugak curi tulang! untuk kenangan masa depan.. 

Kalau kerja serious saja selalu tak syok meh, tak da corak, tak da color, tak da cerita..
Meh kita lukis sikit, dan beri sedikit cerita, agar semua orang pon dapat ingat kita..

Cerita aku yang mereka tak dapat lupakan..
1st day masok kerja, lepas sejam bekerja, terus aku sakit sampai tak boleh jalan, tak boleh bangun lagi dah..
Rasa macam nak mati dah pun ada jugak.. Hanya Tuhan saja yang tahu rasa sakitnya macam mana. Alhamdulillah, seorang hamba Allah ni, sanggup tolong aku untuk pergi check docter segala, so dapat 2 hari MC. Peace! . Esokan harinya Jupun datang pasang bendera Merah. That's why la rasa sakit gila, jepun datang serang tiba-tiba, mana pernah dia nak bagi salam.. haish!
Paham-pahamlah ye sakit ape tu..


Last but not lest, kalau nak jumpa aku datang la ke Famous Amos KL**, datang bawakan buah tangan sekali yaa,, and jangan lupa datang beli cookis juga okyh! see you there.. bye!



Friday, November 30, 2012

Homesickness


YaAllah, sesungguhnya aku rindu kampung halamanku..
kau berilah aku kekuatan untuk menempuhi halangan dan rintangan ini..
Sesungguhnya aku rindu akan keluarga ku, sahabat-sahabat ku, dan kenangan aku disana..
Disana tempat aku dilahirkan, disana tempat aku bermain, disana tempat aku belajar, disana tempat aku jatuh dan bangun, dan disana jugalah tempat aku mengenali hidup..
Untuk harini, untuk perancangan ini, aku akan pulang dengan senyuman yang disulami kenangan..
Aku mahu pulang untuk melepaskan rindu!
Biarpun hanya sekejap, asal ada kebahagian disitu..

Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri,
Lebih Baik Di Negeri Sendiri..

 Sesungguhnya aku rindu!

Semoga Tuhan selamatkan perjalanan aku ini..

Thursday, November 29, 2012

Shit! Sakit!


#Sakit

Memang sakit bila menyimpan perasaan,
Memang sakit bila dilukai,
Memang perit untuk dilalu,
Memang pedih belia ditinggalkan,

#titis

Memang aku tak kuat untuk hadapi kenyataan ini..
Memang aku tak dapat lupakan apa yang terjadi..
Memang aku tak dapat buang rasa ni..
Memang susah, memang payah!

#titis

Memang rasa sangat kuat,
Memang rasa ini member kesan yang amat ketara,
Memang rasa ini tak dapat nak disembunyi lagi..
Memang wajah tak dapat menyimpan rahsia,

#sinis

Memang aku cuba lupakan,
Memang aku cuba untuk kuat,
Memang aku cuba berbahagia,
Memang aku cuba buang,
Memang aku cuba pergi jauh,
Memang aku cuba ketawa,
Memang aku cuba selamba,
Memang aku cuba menerima,
Memang aku cuba mengerti,
Memang aku cuba sedaya yang mampu,

#sinis

Ternyata aku belum mampu!

#shit!

Saturday, November 17, 2012

Song For You, Give your heart a break..

The day I, first met you, 
You told me you'd never fall in love.
But now, that I get you, 
I know fear is what it really was.
Now here we are, so close, yet so far. 
Haven't I passed the test?
When will, you realize, 
Baby I'm not like the rest?

Don't wanna break your heart, 
Wanna give your heart a break.
I know you're scared it's wrong, 
Like you might make a mistake.
There's just one life to live 
And there's no time to wait(to waste).
So let me give your heart a break, 
Give your heart a break, 
Let me give your heart a break, 
Your heart a break, 
Oh yeah yeah.

On Sunday, you went home, alone, 
There were tears in your eyes.
I called your cell phone, my love, 
But you did not reply
The world is ours, if we want it, 
We can take it if you just take my hand.
There's no turning back now, 
Baby try to understand.
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/d/demi_lovato/give_your_heart_a_break.html ]
Don't wanna break your heart, 
Wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong, 
Like you might make a mistake
There's just one life to live 
And there's no time to wait (to waste)
So let me give your heart a break, 
Give your heart a break, 
Let me give your heart a break, 
Your heart a break

There just so much you can take. 
Give your heart a break, 
Let me give your heart a break, 
Your heart a break, oh yeah yeah.

When your lips are on my lips, 
And our hearts beat as one
But you slip out of my finger tips 
Every time you run, whoa-oh-whoa-oh-whoa-oh-ahhhh

Don't wanna break your heart, 
Wanna give your heart a break
I know you're scared it's wrong, 
Like you might make a mistake
There's just one life to live 
And there's no time to wait (to waste)
So let me give your heart a break

Cause you've been hurt before, 
I can see it in your eyes
You try to smile it away, 
Some things you can't disguise
Don't wanna break your heart, 
Baby I can ease the ache (the ache)

So let me give your heart a break, 
Give your heart a break, 
Let me give your heart a break, 
Your heart a break
There just so much you can take. 
Give your heart a break, 
Let me give your heart a break, 
Your heart a break, oh yeah yeah.

The day I first met you, you told me you'd never fall in love


Wednesday, November 14, 2012

satu pergi, ramai yang datang..

Baru-baru ni, tetiba rasa nak tukar status dari "in open relationship" to "single".
Gatai tangan la katakan..
Bukannya nak buka cerita, or nak cari isu baru..
Tapi aku rasa aku dah takkan tukar lagi status yang agak penting ni..
Bagi aku ia bukan satu permainan..
Ini laman sosial ja kot..
Life is life..
Sosial is sosial..

baru ja tukar tak sampai seminit dah macam-macam yang comment, 
like tak tau nak kira berapa..
sebab tak sampai seminit aku dah delete status yang aku change tu..

haisshh tak sempat nak sembunyik..
ramai pulak yang tak tido lagi..
aku ingat aku ja yang belom tido..

but it's ok, isu ni sekejap saja..
tapi banyak jugak la yang tetiba meroyan, dan muncul dengan sesuatu yang aku sendiri pun tak sangka..
tengoklah niii..


Orang ni tengah meroyan, like semua status-status aku..



Ini yang paling comel, dalam diam-diam die, request terus..

ada jugak yang  bertanya dan nampak akan perubahan dalam diri..
thanks la kawan sebab perihati dekat aku nii.. 
terima kasih jugak sebab banyak tolong aku bila aku dalam kesusahan..


Walaupun jauh, dia sentiasa ada dengan aku, walau tak hari-hari massage and call..
dia jugak selalu bagi moral support dekat setiap apa yang aku hadapi..
walaupun dia sendiri pun bermasalah dalam hidup..
but we need each other..
Love you friend!

Ada lagi yang sentiasa ada dengan aku,, 
Yang selalu massage dan direct cakap dengan aku, bagi kata-kata hebat dan peransang,,
semuanya untuk masa depan aku sendiri..

Aku sangat menghargai mereka..
Tanpa mereka entah kemana aku hanyut tah..
nasib jugak laa hati aku kuat!
dan tak pernah memberi harapan setinggi gunung, sebab aku takut bila berada ditempat yang terlalu tinggi..
gayat! tapi aku mahu dan suka akan cabaran..
hidup hanya sekali..

tak salah mencuba apa yang kita mahukan dalam hidup ini..
tapi ingat pada batasan yang telah ditetapkan Tuhan..

Disetiap kejadian pasti ada sebab dan alasannya..
tak perlu lari dari kenyataan.. 
kerana ia akan sentiasa menghantui diri, selagi kita tak selesaikan masalah itu sendiri..

wahai wanita-wanita seperti aku, kalau orang yang kita rasa baik dan sayang itu hilang,
percayalah bahawa Tuhan nak beri kita yang lebih baik dari apa yang kita pernah miliki..
tapi yang pasti, yang kita pernah miliki, takkan pernah sama dengan orang yang bakal kita miliki kelak..

Tuhan lebih mengetahui..  


Monday, November 12, 2012

12/11/12

12/11/12

It's nice date right?

Our story..




I'm waiting for a long time! to get the answer, but today I get it!
Thanks a lot!
but for me this is not the exact answer for my question!

I can't stop waiting for the exact answer..

Saturday, November 10, 2012

Lucky Day

7 November 2012

Entah kenapa aku rasa hari ni rasa bahagia dan gembira sangat, 
walaupun hati aku sentiasa terasa tak pernah gembira..

Aku bersyukur dengan berita dan aktiviti harini...
Terima Kasih Tuhan!

Benda-benda yang buat tersenyum sepanjang hari adalah . . .

1. Dapat call dari UnikL sebab dapat tawaran untuk aku terbang lebih jauh.. One off my dream will come true and akhirnya dapat naik flight for the first time in my life.. wehoo..

2. Sebabkan kegembiraan itu aku rasa nak reward diri dengan belikan hadiah yang dah lama aku nak beli, tapi aku tak termampu lagi, dan tak terbeli.. so harini jugak aku dapatkan.. Allhamdulillah.. 
 Novel yang dah lama nak beli.. =)

3. Diwaktu malamnya pulak pergi sambut birthday party my roommate, dinner with nasi arab.. thanks untuk birthday girl punya boyfriend sebab sponser dinner harini.. Syukur, moga dimurahkan rezeki kalian berdua..  
Nasi arab untuk 4 orang..

4. Lepas saja dinner kami terus cari 7E untuk dapatkan sebanyak yang boleh slurpee.. 
Nasib tak bawak baldi.. Sebelum keluar rumah lagi dah prepare bawak bekas besar-besar..
1 bekas besar hanya rm2.20 jee.. rugi kau kalo tak pegi serbu..
so inilah hasilnya..
Minum ramai-ramai baru meriah.. =)


5. Lepas dapat slurpee, pergi midnight movie pulak, cite James Born - Skyfall aksi habis citanyaa.. 
Itu pun kitorang pergi, sebabnye, dah dekat 2 bulan tak layan wayang.. mane taknye semua sebok dengan FYP masing-masing + mini project lagi.. so bila banyak kerja da siap.. inilah masanya..

6. Sementara nak tunggu time masok hall wayang tu.. ternampak pulak tempat game kat sebelah beli tiket tu.. Apa lagi semua serbu masok situ jap, layan game.. yang paling excitednya aku lah! lagi-lagi nampak game misen kat bawah nii.. lama gila tak excersize tangan ni.. bila dah dapat main.. memang tak sedar diri.. tapi aku agak seday sebab prestasi markah aku semakin jatuh.. sooooooo sad!  
129 ja score?

Balik rumah ja terus tumbang.. Penat sangat okeyh! 
Tapi aku rasa ia sangat berbaloi untuk hari itu..
but banyak habiskan duit jugak!
huh! 
ok takpe berusaha cari duit lagi..
okbye!


Tuesday, November 6, 2012