Mesti ada yang tak sabar nak tawu apa Impian aku tahun depan kan?! kali ni adalah entry sambunggan dari yang entry sebelumnya. Seperti yang telah aku katakan, berceloteh, melompat-lompat, gedik-gedik, dan sebagainya yang menunjukkan aku sedang terkinja-kinja untuk memastikan impian aku menjadi kenyataan. Serious tak main-main ni.
Ok, sebenarnya tawaran yang diberikan aku dah lama dengar, ini berkaitan pelajaranlah. Kalau untuk budak-budak network UnikL (universiti yang aku tengah belajar sekarang ni) ada menawarkan tempat prektikal ke luar negara, dulu masa first time aku dengar, aku just ack like "ow, ye ke? ok." respond yang sangat tak berminat. Apa yang aku fikir masa tu adalah..
"Layak ke aku? aku belajar pun tak pandai, speaking tah apa-apa jaa.. kadang aku tak faham pun apa diorang cakap main ia kan aje lah, sampai orang pon pelik dengan aku. Faham ke tak budak ni.. tapi kalau orang puteh tu cakap slow-slow sambil menunjukkan lagak. aku rasa aku faham je apa yang dia cakap, cumanya aku rasa aku yang tak tawu nak replay apa dan macam mana." so sad! kan?
Tapi sekarang aku rasa speaking tu Insyaallah aku boleh belajar pelan-pelan, rasanya aku pernah memahamkan orang dengan speaking. Sebabnya aku pernah ada boss yang 100% speaking jaa, even aku tersasul BM pon dia tak kisah sebab dia tahu aku boleh bagi dia paham dengan mudah. Dia sentiasa bagi aku masa untuk bercakap. Walaupun dia sendiri cakap bukan main laju. kalau dapat, dapatlah, kalau tak aku tanyalah orang lain apa yang boss aku cakap tadi. Boss aku orang Filipin or Germen kalau tak silaplah, aku bekerja dengan dia dekat 5 bulan jugak laa. orang-orang yang datang beli barang-barang dia pon macam-macam orang. biasalah pelanggan kat kLCC kebanyakan orang luar. sooo speaking is important! on that time. Insyaallah Tuhan akan permudahkan urusan aku untuk itu.
Poster International Mobilisation Programme 2012
Poster atas ni, universiti aku tawarkan 2 tempat ni untuk intra July 2012. Cambodia dan Korea. Agak-agak korang, korang nak pilih yang mana? aku rasa jawapan kita sama =) mestilah koreakan? Mingikut kabar angin insyaallah untuk Jan 2013 diorang nak buka lagi banyak negara untuk intra, itu aku tak sure negara mana lagi. so I hope sangat that Korea will available on Jan 2013, time aku intra nanti.
Orang yang pertama, aku selalu minta pendapat untuk kebaikan masa depan aku mestilah abang aku Angah. Dia dah support aku 100% untuk aku pegi intra luar negara. katanya..
Tersenyum aku tau, tak kisahlah orang lain cakap apa pun, apa nak jadi sekali pun, Insyaallah mesti ada yang akan backup aku dari belakang. Atlist kalau aku down ada yang akan up kan balik semangat aku. Bab kewangan itu number dua, yang penting pastikan dapat dulu. Insyaallah rezeki ada mana-mana saja.
Orang yang kedua, (kekasih hati aku) sahabat terbaik aku yang paling disayangi, dia pun dah kasi green light, katanya buat apa yang terbaik untuk hidup aku, yang penting kejar cita-cita baru kejar cinta. macam dalam filem pulak gamaknya. tapi aku tahu, ada sedikit keberatan dalam hati dia untuk lepaskan aku pergi. Apa yang penting sabar. kalau dah jodoh, lari beribu batu pun akhirnya bersama jugak. =)
Orang yang ketiga, Mak, ayat pertama yang keluar dari mulut aku, untuk mintak keizinan
Aku: "Mak nanti orang nak pektikal kat korea."
Mak: "banyak duit pulak nak pi kerja sampai sana, sini-sini takdak ka?"
Aku: "Alaa mak, depa bagi tiket flight pergi balik."
Mak: "Berapa lama tu?"
Aku: "4 bulan duduk sana mak."
Mak: "Isk! Tak payah laaa.. nnti aku mati, mana nak cari duit tiket flight semua? bla bla blaa.. "
Aku: terdiam aku seketika...
Aku: "Mak janganlah mintak sampai macam tu,,"
Mak: "Bukannya mintak, kalau jadi macam tu macam mana?"
Aku: terdiam lagi . . mak ni macam tak bagi ja aku pegi . . memang mak tak bagi pon.. duduk KL 2 bulan tak balik pun dah tanya bila nak balik, inikan pula 4 bulan . . nantilah aku pujuk lagi . .
Orang yang keempat, kelima, abang-abang aku yang lain . . Abah? orang yang last aku akan tanya . . sebab abahkan ketua, kalau aku ada orang backup mesti on punya, kalau takdak backup, aku lumpuh lah jawabnya.. nak fight pon tiada daya . . kehkeh . .
Antara sebab-sebab aku memilih korea sebagai tempat prektikal adalah:
1. Challenge myself to make a successful person.
2. Make a new experience.
3. Polish my communication in English.
4. I love to travel.
5. I use this opportunity to make my dream come true. =)
6. Orang korea tak pandai sangat speaking English, so samalah macam aku, jadi kita sama-sama belajarlah.
7. Negara korea, teknology dia lebih upgrade dari cambodia.
8. Penggunaan mata wang lagi murah dari cambodia. belanja lebih kurang sama dengan KL jaa setiap bulan..
9. Lebih senang dapat makanan halal dari cambodia, tapi kena ada yang guide dulu lah, kalau tak susah jugak.
10. Korea lagi comel + romantic dari cambodia.
Sekarang ni, aku sedang bersiap sedia dari banyak segi, untuk membolehkan impian ini tercapai . . kalau aku tak dapat pergi tu, aku redha jee. mungkin bukan rezeki aku. rezeki ada ja dimana-mana. yang penting aku berusaha dulu. soo untuk anda, anda, anda, anda yang bersabar membaca impian aku sampai kesudah ni, hope korang doakanlah aku supaya impian aku yang satu ni tercapai. ok?! thanksss all . . love u lah! byeee..
#Restu mak ayah itu penting dalam apa jua yang kita ingin lakukan.
No comments:
Post a Comment