Sunday, May 13, 2012

Fresh Anggur !

Haii, Lamanya terasa aku tak mengepost kat blog aku ni . .
bila buka blog sendiri jaa . . rasa kelam dan suram . .
mana taknye, tiada yang mengupdate kan?
kalau bukan aku sape lagi yang nak mengupdate . .

so, kini aku kembali dengan cerita cuti-cuti dan jalan-jalan . . .
jalan-jalan time study week . . kononnye lah! nak study sambil ambek ketenangan . . 
kononnye lah! tapiiii hareeeemmm . . 
1 note pon tak bawa, nak study benda hapenyeee . . ??
lepas tu bila nak jawab exam lagi sehari dua . . 
baru nak hegeh-hegeh baca itu dan ini . .
pada muka akuu . .

sem ni aku ambek 4 paper tok exam . .
3 sudah lepas, tinggal lagiiii satuuu ja lagi . .
lepas tu boleh cuti-cuti dan jalan-jalan lagi . .
kopak lagi dowet akuh! 
konon nak berjimat!
chooii!!

eh! banyak pulak membebel, biasalah . . dah lama tak menaip . .
banyak je lah yang nak di taipkan dan nak diceritakan . .

ok, ok, ok, kita teruskan dengan cerita cuti-cuti . . 
kali ni aku pergi bercuti tempat yang paling tenang, simple dan syok!
serta sertaaa . . romentik . .

Tahukah anda . . Adanya Ladang Anggur dekat Malaysia ni ?
Mungkin sesetengah orang tahu dan setengah orang mesti tak tahu . .
jadi disini, aku nak bagi tahu lah! 
memang ada Ladang Anggur dekat Malaysia ni . .

Gambar bawah ni, adalah buktinyaa . . =)
Sign board Ladang Anggur Tasik Beris, sik kedah . .
Mungkin ramai yang dah tawu, cuma aku yang lambat bagi tawu . .
mane taknyaa, ini kali pertama pergi Ladang Anggur . .
Ladang Strawberry pon aku tak pernah pergi lagi . .
seday betol . . oneday mesti pegi jugak !
Impian!

Ladang Anggur Tasik Beris . .


Sebelum masuk, sila beli tiket dulu . . 
jangan main redah je yee!
Dewasa/Adult: RM4.00
Kanak-kanak/Children (7-12 tahun): RM2.00
sudah naik hargadah nii .. 
dulu Dewasa RM3.00 dan Kanak-kanak RM1.50
mungkin barang dah naik kot..



Pintu masuk ladang . . 
Tengok ada akak dah tunggu kat dalam, nak check tiket . .
aku pulak dah tak sabar-sabar nak masok nih . . 







 Aku dan Anggur, pastikan tak gugur anggur itu . .
kawasan die memang luas . .
4 ekar, kata pekerja ladang ni . . tapi yang 4 ekar ni untuk melawat jaa . .
ada lagi 130 ekar atas bukit sana . .
waaww!! lagi besar . . lagi banyak!!
Anggur memang kena duduk tempat-tempat sejuk . .
baru menjadi-jadi . . 

Tengoklah abg ni, bukan main lagi begambar . . .
teruja dapat tenggok Anggur fresh dari ladang lah katakan . .
0.~


Kolam ikan koi, hiasa di depan ladang . . 
cantikkk!! 
nanti aku ada rumah, aku nak buat kolam ikan depan rumah . .
impian !
tenang tau tengok ikan renang-renang . .
tambah-tambah tengah strees . . hilang sekejap jee . .


Apa yang tersirat pada gambar ni ? =)


 Ladang Anggur ni letaknya ditepi tasik . .
Seriousss . . Sangat sangat sangat tenang dan cantik . .
Tak jemu mata memandang . .

Ini apa yang aku lihat . .
Kerusi tu, tempat dating yang owhsem!
romantik habislah . .

Cantikkan rumah ni? Rumah inddah ini pemilik Ladang Anggur nilah!
En. Iqbal dari Pulau Pinang . .
bangga sekejap aku sebagai orang Pulau Pinang . .
Rumah ni dibelakang ladang ni jaa . .
Style kan?
Nak jugak rumah macam ni . . impian lagi!
Semua kau nak dena . . 

Antara pengunjung yang datang melawat . .
sambil berekriasi . .
uncle and makcik-makcik . .
nanti kalau aku dah tua, aku pon nak datang sini . .
datang dating masa tua pulak . .
mesti lagi romentik !
impian lagi lagi lagi dan lagi!
-_0


Jum! pegi ladang anggurrrr . . .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekangan / Error
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mesti ada yang tercari-cari dan tertanya pasal entry ni . .
haritu bukan dah post ke? tetiba takde pulok . .
itu maknanya aku terpost . . padahal belom lengkap lagi . .
banyak lagi gambar-gambar yang aku tak lekat dalam ni . .
so now sudah lengkap cerita yang ingin disampaikan . .
dan
syukuralhamdulillah, aku dah pun selesai final exam untuk semaster ini . .
sempat lagi aku sambung cerita . . yang atas itu cerita semalam . .
sekarang ni cerita harini . . nggeee . .
Alhamdulillah . .
Doakan keputusan aku cemerlang, Gemilang dan Terbilang . .
kononnye!

Sekian,
Diana.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment