Lately ni, aku rasa kesihatan aku semakin weak, nak buat kerja sikit, aku cepat letih, cepat penat. Aku pegang kaki rasa tulang, pegang tangan rasa tulang, pegang bontot sendiri pon rasa tulang, tengok jari rasa kurus runcing jee. Seluar yang selalunya aku pakai muat-muat pinggang, bontot dan kaki, sekarang dah longgar, kadang rasa melondeh jee, siap kena pakai tali pinggang lagi . . kalau tak steady je seluar tu, tak payah aku nak tarik-tarik betolkan.
Persoalan: Adakah aku yang semakin kurus atau seluar yang semakin mengembang/membesar?
Seluar longgar? atau besar?
Tangan kurus, Jari runcing . .
Aku cuba untuk kautkan tangan . .
dengan harapan akan beketol-ketol tangan aku lepas tu . .
dan kadang-kadang jugak aku rasa malas gila nak berjalan pun, even beli makan dekat kedai depan rumah kritikal sangat dah tu kan? mungkinkah aku yang malas? nak exercise lagi lah aku rasa tak terdaya. Mungkin aku harus memulakan rutin untuk kesihatan badan aku, supaya mengembalikan tubuh badan yang sihat . . =)
Apa yang aku perlu buat adalah:
- Makan makanan yang berkhasiat.
- Minum susu suam.
(aku tak suka susu ok!) - Makan buah-buahan.
(Jangan buat hiasan sudahlah!) - Makan sayur-sayuran.
(Makan pulak aku!) - Simple Exercise.
- Buat worming-up sudah.
(Jangan lupa sudah!) - Lompat bintang 5-10kali.
(Begegar rumah orang bawah!) - Rajin berjalan-jalan diwaktu petang.
(cuci mata, cari bofwen, baru semangat!) - Ubat yanag baik untuk kesihatan.
- Vitamin C.
(untuk mencantikkan kulit yang tak cantik!)
- InnerShine Pati Prun. dah lama aku stop makan InnerShine ni, so rasanya dah boleh start balik kot kalau ada $ lebih. Nak tawu kelebihan InnerShine? klick sini, aku rasa ia baik untuk menambahkan tenaga aku. Tak akan cepat penat/letih.
- Lain-lain belum ada yang memberi saranan untuk aku lagi. =)
Semuanya untuk mengembalikan kesihatan badan aku, supaya aku lebih bersemangat waja untuk menjalankan tugasan harian aku sebaik mungkin. Kalau belajar pun aku tak delah malas nak mampus tok study or buat assignment. Sebab aku dah last year dah, time ni ja nak upkan pointer aku yang selalu up and down tu..
#bagi sesiapa yang nak ikot "cara untuk kembali sihat" cara aku ni, boleh! silalah . . kalau ada side effect yang positif Alhamdulillah . . bagi yang negatif side effect jangan salahkan aku yaa . . aku hanya cuba yang terbaik saja . . yang baik sila ikut, yang tak baik jangan ikut ok?!
No comments:
Post a Comment