Terima Kasih 2012 kerana kau telah berikan sebuah kenangan yang amat bermakna dalam hidup ini.
Jalan cerita tahun 2012 itu semuanya manis-manis berlaka, setiap apa yang berlaku, sering mengajar aku erti kehidupan, membuatkan aku lebih matang, bersabar, berusaha dan berdoa.
Memang kadang-kadang dalam kehidupan ini kita kena rasa akan kepahitan, baru kita akan menghargai kemanisan. Biar ada pelbagai rasa, masam, manis, tawar, pahit semuanya itulah rencah kehidupan yang pasti akan dilalui setiap hambaNya.
Dia hari terakhir tahun 2012 ini, aku belajar apa itu rasa perpisahan, perpisahan yang amat aku terasa sangat! menusuk! tersusuk jiwa raga. Perpisahan diantara aku dan kawan-kawan sekampus aku. Perpisahan diantara aku dan kawan sekerja aku. Perpisahan antara aku dan perhubungan cinta untuk selamanya.
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan."
Itulah ayat yang selalu ada bersama aku dan kebenarannya adalah benar!
walaupun sakit, semua orang, pasti akan rasa, akan pertemuan dan perpisahan.
tak boleh lari! siapa pun tak boleh lari!
Untuk tahun 2013, azam dan impian telah aku tetapkan suatu ketika dahulu.
dan ada lagi beberapa impian aku setelah impian yang satu itu berjaya aku lakukan.
Semuanya dalam perancangan. Semuanya atas diri aku sendiri untuk menjadikannya reality.
Harap semua yang aku inginkan dan aku impikan untuk tahun baru orang putih nih tercapai hendaknya.
Semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan aku, dan memberi kebahagian dan kejayaan dalam kehidupan aku, dan kehidupan rakan-rakan serta orang-orang yang aku sayang. Aminn..
"There's Nothing Impossible in Life!"
Picture taken at tingkap dapur rumah sewa aku.
Happy new year!
No comments:
Post a Comment