Untuk sekian lama dia terlantar dihospital, sememangnya aku tak senang duduk,
tak senang untuk melakukan kerja harian aku, apatah lagi melakukan kerja-kerja sekolah aku.
tapi apakan daya aku?! Life must go on, even anything happen.
Bukan kerana itu aku melupakan dia yang sakit dan aku bersuka ria dan gembira tanpa hiraukan dia.
Sesungguhnya anggapan itu SALAH!
Kalau diizinkan Tuhan hendak saja aku terus pulang dan duduk disampingnya selalu.
Tapi aku tak mampu, masih banyak urusan yang aku harus siapkan tambahan pula aku sudahpun ditahun akhir. Apakah ujian ini diterunkan untuk aku, semasa aku ditahun akhir?
Aku tak kisah apa jua ujian yang Tuhan berikan, Insyaallah akan aku hadapi dengan tenang dan sabar. Aku juga bersyukur kerana keadaan ini berlaku, kerana dengan cara ini aku akan sentiasa ingat dan sentiasa mendekatiNya selalu.
"Hanya padaNya aku berserah, dan aku memohon padaNya agar jagakan dia untuk aku."
Walau aku jauh darinya, aku juga mahu dia rasakan yang aku sentiasa disisi untuk dia terus kuat menghadapi kesakitan yang ditanggung. Aku kirimkan sejambak bunga dan coklat serta kiriman doa agar dia cepat sembuh dan rasa disayangi selalu walau apa jua keadaan dia.
Aku mengharap sesuatu yang baik akan berlaku nanti..
AMIN!
#Luahan Hati
Get well soon... =D always pray for both of u... saya mendoakan jodoh dan kebahagiaan anda berdua.. Amin =)
ReplyDeleteAmin ya robbalalamin.. Thanks Lin.. =)
ReplyDelete