Life Study
Life study sekarang ni membuatkan aku sangat tertekan, tambah-tambah dah semester akhir ni, nak siapkan project akhir aku yang vogue lagi bergaya tu.. Lebih tertekannya bila masa untuk presentation project lagi 3 minggu. Equipment project semua tak beli lagi. Project oh! Project please be nice to me. Aku rasa sekarang jantung, hati, jiwa raga semua macam nak tercabut. Aku sentiasa berdoa agar Tuhan mempermudahkan jalan yang sedang aku lalui sekarang. Biarlah aku usaha lebih sikit, agar aku puas sebab aku mengerahkan apa yang aku ada untuk project akhir ini. Aku harap aku berjaya lakukan ini sebaik mungkin. Disebabkan takut dah 3 minggu aku tak jumpa advisor FYP aku tu, tak tawu nak update ape lagi dah. Nak tunjuk barang-barang, barang pun tak nampak rupa. Tunjuklah ajelah muka yang manis lagi sweet ni. Insyaallah Mdm. saya akan berikan apa yang termampu. Doakan saya bertambah semangat dan rajin ok. Kerja banyak macam ni akan membuatkan aku lebih menghargai masa yang ada dan akan lebih bersungguh-sungguh dalam life study aku. eh! satu lagi, resume untuk ke Korea sudah aku hantar, cuma nak tunggu pergi interview saja. Berdebar ok! rasa nak gila sekarang ni..
Life Family
Life family aku pulak so far so good. Mak aku pun sudah semakin sihat, dah boleh masak untuk suami, anak dan cucu-cucunya semula. Alhamdulillah syukur sangat. Semoga mak sentiasa sihat selalu. Dan sekarang aku sedang mendera semua ahli keluarga aku untuk bekerja keras untuk kumpul doit banyak-banyak supaya aku dapat pergi prektikal dekat korea sana tu. Hope mereka memahami dan akan tunaikan permintaan aku yang satu ini.
Life Love
Life cinta sekarang ni agak semakin low sikitlah, tapi alhamdulillah semuanya berjalan seperti biasa. Si dia pun masih menanggung kesakitan, alhamdulillah tadi si dia dah pergi check docter, docter cakap dah 90% sembuh. dan MC dia bertambah lagi sampai hujung bulan ni. Makanya disini awal bulan 10 ni, dia akan mulakan kerja dengan normal. Untuk hubungan ini, aku ada rasa sedikit kejanggalan disini, kerana aku dapat rasakan kelainan. Kelainan yang mungkin sesetengah orang rasakan ia adalah negatif dalam perhubungan tapi aku mahu fikirkan ia ada positif, kerana kerenggangan yang berlaku akan menguatkan lagi hati kami untuk masa akan datang, lebih sempurna, lebih bahagia dan lebih gembira. Jodoh antara kami sangat aku harapkan semuanya atas kentuan Tuhan. Kalau dah jodoh tak kemana. Yakin!
good luck dena..kite pon stress banyak bnda nak buat ni...baju da jemor? hikhik ;)
ReplyDelete