Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hai!
Hah! bukan main lagi cuti raya cina haritukan.
Sambut CNY pum pang pum pang main bunga api sana sini.
Siap makan besar-besar sampai buncit. Itu alkisah orang yang sambut CNY lah.
Tapi aku sambuat CNY lain sikit. CNY aku disambuat dengan kawan-kawan terchinta hati ku.
Mereka sentiasa buatkan aku tersenyum bahagia.
Alhamdulillah.
Kami sambut raya di Broga Hill.
Activity yang memang kami suka. Memanjat, mendaki, kah kah gelak.
Untuk nak broga ni yang pastinya bukan plan aku, tapi plan otak gila girlfriend aku sorang ni.
Aku pun layankan aje, sebab idea dia sangat ohsem!
Sebab dapat bersuka ria tanpa menggunakan duit!
itu sangat aku suka. bukanlah tak guna duit langsung.
guna jugak tapi tak banyak. habis dekat transport dan isi perut sendiri ja.
Kali ni adalah kali ke 3 aku naik Broga Hill ni.
Dan kali ni Misi nak naik sampai level 3 atas punjak!
sebabnya sebelum ni sampai level 1 ja. itu pun dah mengah.
Sebelum sampai destinasi aku siap makan sampai perut senang hati, dan hati pun bergembira.
hope sangat kali ni tenaga aku berganda.
Misi yang seterusnya adalah ambil gambar atas bukit tu.
view ofcouselah ohsem! lagi.
lepas tu masok insta-insta.
Eh! one more thing.
Kami mendaki petang pulak kali ni. pukul 4 petang.
selalunya orang akan naik Broga Hill ni pukul 2-3 pagi sebab nak tengok Matahari naik.
Lepas tu pukul 8 pagi turun.
Tapi kali ni kami dapat tengok Matahari turun. Then pukul 8 malam kami turun.
Itu yang mencabar. kalau salah langkah, mau masuk lubang.
turun kena lebih berhati-hati, dah tak boleh layan nak lari turun bukit, kerana ianya sangat gelap!
Memang ohsem! lagi lah.
lain dari yang lain. tapi itulah yang kami mahu.
ok moh! kita layan gambar yang terhebat dibroga.
hehehee..
Mari kita mulakan kawan-kawan. Naik pakai jeans ja ape adahal,aku nak pegi shopping ja atas tu.
Korang jangan tak tahu atas tu ada ECONSAVE. hahahaa..
Korang jangan tak tahu atas tu ada ECONSAVE. hahahaa..
Aku suka singgah main buai tali rafia dekat sini dulu, then baru sambung mendaki or turun bukit.
Ini lah kawan gue yang baru firstime naik broga! welcome bebee!
Hampir sampai, tapi rehat kejap penat naik bukit curam.
Lepak menyembang dengan uncle yang sambut CNY bersama kami atas Broga ni.
Yeeaahh!! dah samapai level 1 angin yang sangat terbaik!!!
rasa bagai diatas awan.
Sedang menikmati angin yang owhsem!
sini kita rasa sama-sama angin dia.
nih video untuk korag rasa akan kenikmatan angin dipetang hari.
siap video lagi taw! haha.. terimalah..
Apa macam bole play tak videonya?
bestkan?!
kalau tak dapat nak play video tu maaflah ya! sila cuba lagi nanti. =)
sedap punya ambik angin dekat level 1 tu.
kaki aku dah rasa gedik-gedik mintak gerak panjat lagi.
so mari kawan-kawan kita naik lagi.
kita tunggu jaja n fatty suma dekat level 2 okyh.
tampak tak ada orang yang dah kena tinggal nun jauh dekat bawah tu.
Berjalan ditengah lalang!
selepas 5 minit.
Hah! berehat dibatu sambil layan perasaan.
Hah! layan perasaanlah sangat! layan phone insta-insta lew kerjanya tu.
sambil tunggu fatty, jaja and the gang sampai.
selepas 15 minit lebih kurang lew..
Akhirnya kami bertemu dilevel 2!
cayalah! rehat jap, then kita sambung naik sampai ke garisan penamat.
selepas 2 minit.
Okey Jaja this is not good for you, batter you waiting us at level 2 with Yan and Azrin.
Sorry to say my dear.
Nak naik ke level 3 ni kena naik dengan tali saja, agak susah untuk yang berbadan besar.
Kami tak nak menanggung risiko itu.
but gambar ni yang aku sangat suka! style bukan?
So ini buktinya aku dan kawan-kawan berjaya samapai ke atas.
untuk yang baru first time memang agak pancit dan cungap lah.
bila dah biasa, alah bisa tegal biasa.
0_*
Dalam group ni kami je lah perempuan yang sampai puncak.
muka bajet nak poyo je. belagak gila! ceh!
Kami yang telah berjaya! cheesssss....
Pasing balik dekat level 2 nih. tunggu masa nak turun lagi.
Okey guys get ready. matahari dah nak turun, kita pun dah nak kena turun.
nice kan?!
Kegelapan hampir tiba.
Posing untuk yang terakhir kali.
Bye Broga Hill panjang umur kita jumpa lagi.
Turun kami semua dah tak ambik gambar lagi.
Takut tersnap gambar yang tidak tidak.
Kami berdoa agar perjalanan turun bukit dalam gelap selamat.
kami adalah team yang terakhir sekali yang turun dari broga ni.
dan kami lebih bekerjasama untuk turun bersama, yang lebih bahagia Jaja.
semua jaga dia baik punya. takut lah jadi apa.
Aku bangga ada team ni.
Apa yang penting kerjasama.
terbaik!!
Alhamdulillah kami berjaya turun dengan selamat.
No comments:
Post a Comment