Kita tidak akan pernah tahu bila suratan dan kebetulan itu akan berlaku. Kita hanya tahu menjalani hidup seperti biasa, tangani masalah sebaik mungkin untuk teruskan kehidupan kita sebagai manusia. Kita punya banyak rasa, kita punya erti. Tapi kadang kala kita sendiri tidak tahu bagai mana untuk terangkan. Biarlah, biar diri sendiri yang tahu apa yang kita rasa, apa yang kita tahu. Kalau diterang tapi tidak juga difahami apa perlu diungkapkan lagi? Tidak mengapa sekurang-kurangnya kita cuba untuk terangkan.
Rasa kasih dan sayang itu juga kita tidak akan pernah tahu, bila akan hadir, bila akan hilang. Kita sendiri yang rasa bila kita tiba-tiba sayang, bila kita tiba-tiba rindu. Sayang dan rindu itu memang membahagiakan, tapi kadang-kadang ia sangattttt menyakitkan. Itulah! rasa, kita tidak akan boleh lari.
Kehilangan memang membuatkan kita jadi marah! sedih! gila! sakit! semualah yang negatif. Tapi bagus juga rasa itu, kerna ia akan lebih mematangkan kita untuk melakukan keputusan untuk masa akan datang. Rasa ini juga tidak akan boleh lari. Bersyukur jugalah dengan akan hadirnya rasa ini, kerana kita akan letak Tuhan dihati.
Kebahagian sentiasa ada dimana-mana, yang akan sentiasa buat kita senyum, buatkan kita lupa akan masaalah buat seketika cuma. Kebahagian ini yang perlu kita cari, walau apa pun keadaan kita. Untuk apa kita terus bersedih berduka dengan apa yang menyakitkan kita, yang menyedihkan kita juga. Membuat sesuatu yang kita suka adalah lebih baik. Insyaallah kita akan menghapuskan rasa kesakitan itu.
Bersendiri itu lebih baik, kalau kita ingin bergerak kearah yang lebih baik.
Kita yang pilih jalan hidup kita sendiri!
No comments:
Post a Comment