First of all, Syukur Alhamdulillah sangat-sangat. Aku bersyukur kerana Tuhan permudahkan segala urusan aku. Biarpun aku rasa sedikit terhimpit dan sedikit rasa perit.Tapi aku gagahkan juga untuk berdiri dan terus maju. Macam naik bukit Broga jugaklah. Mula-mula memang tak sampai, penat! tapi bila dah sampai kepuasan kita sendiri yang rasa, memang tak akan rasa kerugiannya.
Macam keadaan aku sekrang ni, aku berazam untuk travel jauh dalam jangka masa yang lama. Ia agak sukar untuk aku, sebab ini adalah kali pertama untuk aku travel jauh-jauh dan agak lama. Aku punya pelbagai rasa tambah-tambah semakin hampir tarikh untuk aku terbang. Excited! Suka! Gembira! Sedih! Sayang! Rindu! semualah!! semua aku rasa. Tapi inilah rasa-rasa yang perlu aku terima, baru ada pelbagai rasa, kalau tak bosan! hidup ini.
So persediaan yang aku dah buat first sekali adalah:
Fizikal dan Mental.
Fizikal dan mental yang kuat. So aku rasa bab fizikal dan mental ni aku dah bersedia. sebabnya aku dah biasa merantau, dan aku pun suka berjalan-jalan dan buat aktiviti yang gila. dan yang pastinya aku belum lagi la, cuma kadang terlajak buat kerja-kerja gila. Untuk persedian awal untuk aku adalah, mencabar diri untuk menguji ketahanan aku bila dekat sana nanti.
- Perubahan Cuaca.
- Seperti yang kita sedia maklum bahawa korea mempunyai 4 musim. Salji, Bunga, Luruh dan Panas. So, normally sejuk ja setiap masa, dan aku dengar cuaca sekarang dalam musim Salji sampai awal bulan mac nih, suhu dekat sana sekarang dengar citanya paling sejuk -3°. Makanya disini, aku akan menghadapi renjatan cuaca yang sangat teruk.
Kajian cuaca yang bakal aku tempuhi.
Persediaan aku untuk menghadapi cuaca sejuk adalah dengan pergi tempat sejuk juga lah..
Genting Highland 4 am.
Masa ini kawan-kawan aku yang tak pegi travel jauh pun turut diuji, hahahaa.. Dekat genting ni aku dah mengigil-gigil satu badan. Mungkin juga baju yang aku pakai tu nipis, tak tebal. tapi aku cuba jugaklah bertahan. selsema sebab kesejukan itu sedah pasti!
- Perubahan Komunikasi
- Sampai ja sana dah tentu-tentu semua orang koreakan? mostly orang korea ni tak pandai cakap mat saleh, so macam mana kau orang nak tanya "Excuse me, where is the toilet?". Soalan yang selalu kita guna tu pun diorang tak faham, dan ada jugak yang tak faham "left and right" haish! sebab diorang ni lebih utamakan bahasa diorang dari bahasa asing. So pandai-pandai la nak hidup kat sana nanti ya!
Dekat mana-mana pun orang korea saja.
Preparation untuk tak mengelabah bila nak bercakap dengan orang korea nanti mesti la kena belajar basic korean language.
First sekali, aku install application Learn Korean dalam android phone aku yang murah ni. Korang boleh pegi dekat Play Store, search Learn Korean Lite.install benda tu then belajar sebut, baca, dan maksud dengan betul. Kalau nak advance lagi kena belilah application die tu. Untuk yang biasa-biasa ni hafal ayat-ayat yang basic yang penting dan selalu guna saja lew. Ayat yang kita kena tahu bila sampai sana atleast;
- Dekat mana toilet? or toilet/tandas dalam bahasa korea.
- ATM? nanti sampai sana kita mesti akan cari ATM untuk keluarkan duit.
Kalau tahu lagi banyak lagi bagus, lagi terpuji. bhahaa. Untuk belajar bahasa aku dan kawan-kawan masuk kelas free dekat KTO (Korean Tourism Organization), banggunan die dekat Menara Hab Seng, bersebelahan Wisma KFC, daftar jadi ahli adalah PERCUMA, masuk kelas bahasa korea pun PERCUMA, yang harus dibayar hanyalah Nota-nota dan buku untuk belajar bahasa sahaja, jangan risaulah buku dan nota-nota tu tak mahal pun, dalam 2,3 hengget saja. dan ini apa yang aku sudah belajar.
Belajar mengenal huruf dan sebut dengan betul.
Belajar menulis dan tahu maksudnya. Macam budak tadika belajar tu.
Banyak lagi yang nak kena belajar.
Belajar berkawan dengan orang-orang korea.
Ini adalah budak-budak korea yang exchange dengan aku dan kawan-kawan. So bila berkawan dengan dioarang dengan tidak sengajanya kita pun akan tercakap dalam 3 bahasa iaitu, Bahasa MatSaleh, Bahasa Malaysia dan Bahasa Korea. Ya! memang tidak dinafikan kami cakap macam ayam dan itik, sebab diorang lebih utamakan Bahasa diorang dan kami utamakan bahasa kami. tapi takpe asalkan kami saling faham apa yang nak disampaikan, itu sudah cukup! dan diorang sangat comel ok!. Nanti bila dah sampai sana kena mengadap Profesor diorang pulak entah la macam mana. Hope aku bole! chaiyok!
- Perubahan Budaya
- Belajar budaya orang korea, siapa-siapa pergi pun akan kena belajar Budaya mereka. Dan aku harap aku dan kami mampu tunjukkan juga budaya kita (Melayu/Islam), dekat sana.
Google Picture.
Budaya dekat Malaysia juga harus kita tunjukkan dekat diorang, sepuya diorang bangga dengan negara Malaysia kita. holah!
Inilah model baju kurung Malaysia. Nice dah pakai baju kurung dekat sana.
Cumanya jangan over sangat sudah lah! macam ni.
Macam ni tak sesuai kita nak pakai tunjukkan dekat diorang. Kalau nak pakai cam ni tunjukkan diorang,
mintak diorang je datang Malaysia, tengok enko kawen. hahahaa..
- Perubahan gaya.
- Satu yang aku suka tentang korea ni adalah fashion. Fashion diorang simple tapi stylo!. Nampak comel, cute-cute je tapi menarik. Orang-orang korea memang sangat kreatif ok. Sangat kreatif kadang-kadang benda yang kita taksangka itulah yang diorang buat sesuatu yang akan kita katakan waw!!
Semuanya gaya simple tapi nampak menarik.
Ini lagi stylo!! menarik bukan Simple but nice.
Ini?! toooo simple! hahahaa.. Mungkin aku akan lebih banyak belajar tentang fashion simple but nice lagi dekat sana. =) Harus!
- Perubahan masa.
- Perubahan masa ni biasa saja. Korea cuma cepat 1 jam saja. so takda masaalah sangat untuk itu. Cuma yang penting, Menghargai masa yang ada. Kumpul ilmu, pengalaman dan pengetahuam sebanyak yang mungkin. Sebab ini adalah masa aku yang sangat beharga disana. Insyaallah semua akan ok nanti.
- Perubahan makanan.
- Bab makanan ni adalah salah satu masaalah yang agak besar buat kami. Makanan Halal. Dekat sana memang susah nak dapat makanan Halal. Tapi yakin bahawa dekat sana mesti ada makanan Halal dan Restoran Halal. Cuma kita kena bijak dan pandai mencari dan memilih. Mereka banyak yang dah pernah pergi sudah tentu banyak pengalaman, so boleh juga kita layan blog-blog mereka dan tahu sendiri apa yang diorang rasa.
- Info yang sangat berguna untuk makanan Halal yang berdaftar, yang bawah diserba sedikit yang saja untuk lebih lanjut boleh pergi tengok dekat Blog Akak Shinta Rini , untuk senarai makanan yang Halal dekat korea sana tu.
Makanan yang Haram dan Diragui.
Makanan Halal di Korea.
Makanan korea yang dimasak dekat Malaysia.
Kini tiba masanya untuk aku mencuba makanan korea yang ada jual dekat Malaysia ni, bukan apa nak tengok jugak lidah aku ni boleh terima tak makanan-makanan korea ni supaya senang untuk aku sesuaikan diri nak makan makanan korea. Bak kata Prime makanan korea yang dimasak dekat Malaysia ni banyak yang adjust mengikut lidah orang-orang Malaysia. Kalau yang the real one punya, agak lebih pekat lagi lah. I really really hope that lidah aku boleh terima makanan korea dekat sana nanti. Sebab sekarang ni aku sangat kuat makan! nyaaammmm! kalau kat sana nanti mesti lagi kuat makan sebab cuaca sangat sejuuukkk!!!
Kewangan.
- Untuk persediaan kewangan pula, aku sudah prepare dari 5 bulan yang lalu lagi, dengan mula kerja partime. Memang agak penat! penat sangat tapi hanya Tuhan saja yang tahu. Tuhan bagi aku tenaga lebih untuk aku kuat dan bertahan. Sebab aku sedang berusaha untuk sesuatu. Alhamdulillah. Walau tak banyak tapi Tuhan tak pernah kurangkan rezeki yang aku ada. Syukur sangat. Aku tak kisah aku kena bekerja, sebab aku boleh dapat kawan-kawan baru, aku dapat tersenyum kembali, aku dapat hidup tanpa fikirkan orang lain buat masa itu, aku dapat pengalaman baru dan juga gaji, boleh jugak aku shopping barang-barang penting untuk aku travel nanti.
Aku rasa happy gila!! sebab jumpa diorang ni. hahaa..
Dokument-dokument penting.
- Document-document penting yang nak kena prepare adalah Passport, Visa, Insurance, Surat tawaran, Kesihatan, dan lain-lain lagi lah. sangat penting taw. Nanti sesat ke hilang ke cam mane?
Detail's ini semua mesti kena ada okey.
Sorry ini bukan detail aku, ini detail rakan seperjuangan yang bakal sama-sama berangkat.
hehehee..
Sorry ini bukan detail aku, ini detail rakan seperjuangan yang bakal sama-sama berangkat.
hehehee..
Yang paling pentingnya ini!! Flight ticket! Kalau takde benda ni, mane pun kaw tak boleh pergi okeyh!!
Padan dengan muka kaw!! hahahaa..
So cukuplah sudah, rasanya banyak betul cerita yang aku nak cerita, sehingga dicompress untuk jadikan satu entry. so sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana beri aku satu peluang yang amat besar ini. Insyaallah aku takkan lepaskan, yup! takkan. Terima kasih Tuhan.
Terima kasih dekat kawan-kawan aku yang banyak bagi support, banyak bagi nasihat, banyak bagi keyakinan dan terima kasih pada yang sudi membaca.
Aku rasa hampir titis, kerana masanya sangat dekat! sangat! aku pasti akan rindukan semua yang ada dekat Malaysia ni. Kenapa aku rasa macam tu, sebab aku akan travel dalam jangka masa yang agak lama, 4 bulan untuk pertama kalinya aku pergi jauh dengan jangka masa yang lama. Pasti aku rindu nasi lemak, nasi campur, masakan mak!, family rakan-rakan dan orang-orang yang sayang aku.
Semoga perjalan aku ini berjalan dengan lacar dan diberkati. Insyaallah. Doakan aku selamat semuanya. Amin.
bila nak p further kt sana
ReplyDeletehi diana.. =) bagusnya..banyak research pasal korea diana dh buat..student exchange ye..bestnya..diorang kat sna memang xbanyak yg guna english...memang diorang utamakan bahasa diorang..diana dah belajar sket2 bahasa diorang tu, okla =) semoga selamat semuanya =) good luck
ReplyDelete