Showing posts with label STUDY. Show all posts
Showing posts with label STUDY. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

The Five Love Languages

Assalammualaikum
Entry kali ni nak cerita pasal apa yang aku berlajar dekat sini.
Asyik cerita pasal berjalan-jalan dan bersuka-suka ria dan lepas tu shopping.
Ok, so entry ni nak cerita pasal belajar la pulak, nanti semua ingat wah! syok lah diana tu dapat jalan-jalan and cuti-cuti dekat korea. Yup! memang aku akui best! dapat jalan-jalan, travel tempat orang ni lain rasanya.

Sekarang ni nak cerita pasal bagaimana best nya belajar dekat sini.
Memang lain sangat dari apa yang aku belajar dari tempat sendiri.
Aku ni belajar engineering. Bila datang sini aku belajar pasal love, kasih dan sayang.
Hah! memalari bidangnyakan??!
Tengok tajuk pun tahu dah menyimpang dari apa yang aku sepatutnya belajar.

Apa kejadahnya semua ini?? apa kaitan belajar engineering dengan belajar bab kasih dan sayang semua ni??
!@#$%(*^%$#@^%$.

Bagi aku mudah saja.
"Kau ingat orang-orang yang belajar engineering ni takde hati dan perasaan?? kena mengadap buku ingineering 24/7?. Memang orang engineering ni keras sikit. Pentingkan diri! so memang baguslah belajar benda-benda kasih dan sayang ni, supaya lembut sikit hati yang keras tu."

"Sesungguhnya ilmu itu sangat luas." 

Bagi aku ini adalah subject yang semua orang harus tahu dan aku harus share sedikit sebanyak.
Supaya kita tahu kita lebih kepada perhubungan yang bagaimana.
Moh kita checkit out sikit.

 5 languages yang ada dalam perhubungan cinta, kasih dan sayang seseorang.


Tahu tak apa makna setiap satu language tu?
Moh! kita fahamkan sama-sama.

Words of affirmation
"Selalu mengucapkan kata-kata cinta, atau kata-kata manis, untuk mengambil hati pasangan yang sedang merajuk atau memberi pujian pada pasangan."

Hearing the reasons behind that love will make you happier.

Cotoh: "Sedapnya you masak sayang dah la you cantik pandai masak pulak tuh. Memang perfect women lah you nih! =) I love you! "


Acts of service
"Melakukan apa saja untuk pasangan supaya dapat menebus kesalahan atau memberi ganjaran."

Anything you do to ease the burden of responsibilities weighing on an "Acts of service" person can make him/her happy.

Contoh: "Harini biar I yang kemas rumah, cuci jamban, cuci pinggan mangkuk semua, you pergi rehat aje tengok cita drigon ball ke ok ape ke ya!."



Receiving Gifts
"Memberi ganjaran dengan hadiah bila pasangan merajuk atau ingin memberi pujian"

The perfect gift shows that you are known, you are cared for and you are prized. Materialistik

Contoh: "Sayanggg,, ni I belikan dimond besar punya untuk you. You suka kan? =)"


Quality Time
"Membuat aktiviti atau membusykan diri. Memberi sepenuh perhatian kepada pasangan atau tidak mengendahkan pasangan." 

Being there is important for this type of person, but really being there-with the TV off, fork and knife down, and all chores and tasks on standby-make your partner feel truly special and loved.

Contoh: "Ok, now i dengar you, cakaplah apa yang you nak cakapkan. Semua kerja penting I utuk tender yang berjuta-juta tu semua I tinggalkansemata untuk you."


 Physical Touch
"Memberi sentuhan mesra atau sentuhan manja, untuk memujuk atau memberi ganjaran. Belayan, pelukan etc."

Hugs, pats on the back, holding hands and thoughtful touches on the arm or face. - they can all be ways to show excitement, concern, care and love.

Contoh: "Please give me a hug, to make me stop crying."


Your love language is the way that you most feel loved and cared for.
The problem is that, for most people, how they want to be loved doesn't align with how their partner wants to be loved. People usually drawn to hose who speak a different love language.

we should to learn to speak your partner's love language.

Anak-anak cikgu semua macam mana? sudah faham?
Insyaallah faham semuanya. Kalau tak boleh faham jugaksila google search sendiri ya.
Harap-harap pahamlah ye, semua bijak pandai belaka kan?

 Boleh click 5lovelanguages untuk terus ke website die. Untuk buat test diri sendiri atau bagi yang nak buatkan untuk anak-anak pun boleh. Jum! ramai-ramai kita cuba, kita lebih kepada ketegeri love languages yang mana satu. Dan fleshback betul ke tak dalam perhubungan yang kita pernah jalinkan atau sedang terjalin.

Harap ilmu ini dapat membantu memperbaiki sedikit kekurangan dalam diri tentang perhubungan dengan orang-orang yang kita sayang. Semoga hidup kita lebih bahagia dan gembira bila kita tahu serba sedikit tentang sifat manusia yang kita jumpa.

so how about your love language?! ^^


Wednesday, March 6, 2013

Aku selamat dibumi Korea!

Assalammualaikum,
Sedar tak sedah dah seminggu lebih aku menetap di negara orang ni.
Sungguh aku tak sangka,, banyak benda baru yang aku belajar dekat sini dalam masa seminggu ni.
Betullah bak kata pepatah. "Jauh perjalanan luas pemandangan".
"Mencari ilmu biar sampai kena negara cina". 
Hah! korea sudah, oneday cina pulak. 

Atcually banyak cerita dan pengalaman nak cerita kat sini. Super excited! but aku ada sedikit masalah dengan laptop sendiri. So rasa tak sedap pulak nak mengupdate dekat lab ni.
So far, aku dekat sini Alhamdulillah good, but weekend haritu ja aku demam.
Demam aku dah jangka akan aku hadapi dekat sini,
itu disebabkan perubahan cuaca yang drastik. 
Kena hadap 5 hingga -5 darjah celcius setiap hari.
Asap keluar kat mulut jangan katalah. 
Hari-hari rasa, kalau tak nak kena naik Genting Highland baru dapat rasa.
Hahahaaa..

 Ini dulu yang aku dapat kongsikan.

Aku hidup dengan baik dekat sini.
Peace!

Untuk lebih lanjut tunggu next entry ya!!


Saturday, February 23, 2013

Preparation to Travel.

First of all, Syukur Alhamdulillah sangat-sangat. Aku bersyukur kerana Tuhan permudahkan segala urusan aku. Biarpun aku rasa sedikit terhimpit dan sedikit rasa perit.Tapi aku gagahkan juga untuk berdiri dan terus maju. Macam naik bukit Broga jugaklah. Mula-mula memang tak sampai, penat! tapi bila dah sampai kepuasan kita sendiri yang rasa, memang tak akan rasa kerugiannya.

Macam keadaan aku sekrang ni, aku berazam untuk travel jauh dalam jangka masa yang lama. Ia agak sukar untuk aku, sebab ini adalah kali pertama untuk aku travel jauh-jauh dan agak lama. Aku punya pelbagai rasa tambah-tambah semakin hampir tarikh untuk aku terbang. Excited! Suka! Gembira! Sedih! Sayang! Rindu! semualah!! semua aku rasa. Tapi inilah rasa-rasa yang perlu aku terima, baru ada pelbagai rasa, kalau tak bosan! hidup ini. 

So persediaan yang aku dah buat first sekali adalah: 

Fizikal dan Mental. 

Fizikal dan mental yang kuat. So aku rasa bab fizikal dan mental ni aku dah bersedia. sebabnya aku dah biasa merantau, dan aku pun suka berjalan-jalan dan buat aktiviti yang gila. dan yang pastinya aku belum lagi la, cuma kadang terlajak buat kerja-kerja gila. Untuk persedian awal untuk aku adalah, mencabar diri untuk menguji ketahanan aku bila dekat sana nanti. 
  • Perubahan Cuaca.
    • Seperti yang kita sedia maklum bahawa korea mempunyai 4 musim. Salji, Bunga, Luruh dan Panas. So, normally sejuk ja setiap masa, dan aku dengar cuaca sekarang dalam musim Salji sampai awal bulan mac nih, suhu dekat sana sekarang dengar citanya paling sejuk -3°. Makanya disini, aku akan menghadapi renjatan cuaca yang sangat teruk. 
Kajian cuaca yang bakal aku tempuhi.

Persediaan aku untuk menghadapi cuaca sejuk adalah dengan pergi tempat sejuk juga lah..
Genting Highland 4 am.

Masa ini kawan-kawan aku yang tak pegi travel jauh pun turut diuji, hahahaa.. Dekat genting ni aku dah mengigil-gigil satu badan. Mungkin juga baju yang aku pakai tu nipis, tak tebal. tapi aku cuba jugaklah bertahan. selsema sebab kesejukan itu sedah pasti!

  • Perubahan Komunikasi
    • Sampai ja sana dah tentu-tentu semua orang koreakan? mostly orang korea ni tak pandai cakap mat saleh, so macam mana kau orang nak tanya "Excuse me, where is the toilet?". Soalan yang selalu kita guna tu pun diorang tak faham, dan ada jugak yang tak faham "left and right" haish! sebab diorang ni lebih utamakan bahasa diorang dari bahasa asing. So pandai-pandai la nak hidup kat sana nanti ya!
Dekat mana-mana pun orang korea saja.

Preparation untuk tak mengelabah bila nak bercakap dengan orang korea nanti mesti la kena belajar basic korean language. 

First sekali, aku install application Learn Korean dalam android phone aku yang murah ni. Korang boleh pegi dekat Play Store, search Learn Korean Lite.install benda tu then belajar sebut, baca, dan maksud dengan betul. Kalau nak advance lagi kena belilah application die tu. Untuk yang biasa-biasa ni hafal ayat-ayat yang basic yang penting dan selalu guna saja lew. Ayat yang kita kena tahu bila sampai sana atleast;
  1. Dekat mana toilet? or toilet/tandas dalam bahasa korea.
  2. ATM? nanti sampai sana kita mesti akan cari ATM untuk keluarkan duit.
Kalau tahu lagi banyak lagi bagus, lagi terpuji. bhahaa. Untuk belajar bahasa aku dan kawan-kawan masuk kelas free dekat KTO (Korean Tourism Organization), banggunan die dekat Menara Hab Seng, bersebelahan Wisma KFC, daftar jadi ahli adalah PERCUMA, masuk kelas bahasa korea pun PERCUMA, yang harus dibayar hanyalah Nota-nota dan buku untuk belajar bahasa sahaja, jangan risaulah buku dan nota-nota tu tak mahal pun, dalam 2,3 hengget saja. dan ini apa yang aku sudah belajar. 

Belajar mengenal huruf dan sebut dengan betul.

Belajar menulis dan tahu maksudnya. Macam budak tadika belajar tu.
Banyak lagi yang nak kena belajar.



Belajar berkawan dengan orang-orang korea.

Ini adalah budak-budak korea yang exchange dengan aku dan kawan-kawan. So bila berkawan dengan  dioarang dengan tidak sengajanya kita pun akan tercakap dalam 3 bahasa iaitu, Bahasa MatSaleh, Bahasa Malaysia dan Bahasa Korea. Ya! memang tidak dinafikan kami cakap macam ayam dan itik, sebab diorang lebih utamakan Bahasa diorang dan kami utamakan bahasa kami. tapi takpe asalkan kami saling faham apa yang nak disampaikan, itu sudah cukup! dan diorang sangat comel ok!. Nanti bila dah sampai sana kena mengadap Profesor diorang pulak entah la macam mana. Hope aku bole! chaiyok! 

  • Perubahan Budaya
    • Belajar budaya orang korea, siapa-siapa pergi pun akan kena belajar Budaya mereka. Dan aku harap aku dan kami mampu tunjukkan juga budaya kita (Melayu/Islam), dekat sana. 
 Google Picture.

Budaya dekat Malaysia juga harus kita tunjukkan dekat diorang, sepuya diorang bangga dengan negara Malaysia kita. holah! 

Inilah model baju kurung Malaysia. Nice dah pakai baju kurung dekat sana.

Cumanya jangan over sangat sudah lah! macam ni.

Macam ni tak sesuai kita nak pakai tunjukkan dekat diorang. Kalau nak pakai cam ni tunjukkan diorang,
mintak diorang je datang Malaysia, tengok enko kawen. hahahaa..

  • Perubahan gaya.
    • Satu yang aku suka tentang korea ni adalah fashion. Fashion diorang simple tapi stylo!. Nampak comel, cute-cute je tapi menarik. Orang-orang korea memang sangat kreatif ok. Sangat kreatif kadang-kadang benda yang kita taksangka itulah yang diorang buat sesuatu yang akan kita katakan waw!!
Semuanya gaya simple tapi nampak menarik.

Ini lagi stylo!! menarik bukan Simple but nice.

Ini?! toooo simple! hahahaa.. Mungkin aku akan lebih banyak belajar tentang fashion simple but nice lagi dekat sana. =) Harus!

  • Perubahan masa.
    • Perubahan masa ni biasa saja. Korea cuma cepat 1 jam saja. so takda masaalah sangat untuk itu. Cuma yang penting, Menghargai masa yang ada. Kumpul ilmu, pengalaman dan pengetahuam sebanyak yang mungkin. Sebab ini adalah masa aku yang sangat beharga disana. Insyaallah semua akan ok nanti.

  • Perubahan makanan.
    • Bab makanan ni adalah salah satu masaalah yang agak besar buat kami. Makanan Halal. Dekat sana memang susah nak dapat makanan Halal. Tapi yakin bahawa dekat sana mesti ada makanan Halal dan Restoran Halal. Cuma kita kena bijak dan pandai mencari dan memilih. Mereka banyak yang dah pernah pergi sudah tentu banyak pengalaman, so boleh juga kita layan blog-blog mereka dan tahu sendiri apa yang diorang rasa. 
    • Info yang sangat berguna untuk makanan Halal yang berdaftar, yang bawah diserba sedikit yang saja untuk lebih lanjut boleh pergi tengok dekat Blog Akak Shinta Rini , untuk senarai makanan yang Halal dekat korea sana tu. 
Makanan yang Haram dan Diragui.

Makanan Halal di Korea.



Makanan korea yang dimasak dekat Malaysia.

Kini tiba masanya untuk aku mencuba makanan korea yang ada jual dekat Malaysia ni, bukan apa nak tengok jugak lidah aku ni boleh terima tak makanan-makanan korea ni supaya senang untuk aku sesuaikan diri nak makan makanan korea. Bak kata Prime makanan korea yang dimasak dekat Malaysia ni banyak yang adjust mengikut lidah orang-orang Malaysia. Kalau yang the real one punya, agak lebih pekat lagi lah. I really really hope that lidah aku boleh terima makanan korea dekat sana nanti. Sebab sekarang ni aku sangat kuat makan! nyaaammmm! kalau kat sana nanti mesti lagi kuat makan sebab cuaca sangat sejuuukkk!!!


Kewangan.
  • Untuk persediaan kewangan pula, aku sudah prepare dari 5 bulan yang lalu lagi, dengan mula kerja partime. Memang agak penat! penat sangat tapi hanya Tuhan saja yang tahu. Tuhan bagi aku tenaga lebih untuk aku kuat dan bertahan. Sebab aku sedang berusaha untuk sesuatu. Alhamdulillah. Walau tak banyak tapi Tuhan tak pernah kurangkan rezeki yang aku ada. Syukur sangat. Aku tak kisah aku kena bekerja, sebab aku boleh dapat kawan-kawan baru, aku dapat tersenyum kembali, aku dapat hidup tanpa fikirkan orang lain buat masa itu, aku dapat pengalaman baru dan juga gaji, boleh jugak aku shopping barang-barang penting untuk aku travel nanti. 
Aku rasa happy gila!! sebab jumpa diorang ni. hahaa..

Dokument-dokument penting.

  • Document-document penting yang nak kena prepare adalah Passport, Visa, Insurance, Surat tawaran,  Kesihatan, dan lain-lain lagi lah. sangat penting taw. Nanti sesat ke hilang ke cam mane? 

Detail's ini semua mesti kena ada okey.
Sorry ini bukan detail aku, ini detail rakan seperjuangan yang bakal sama-sama berangkat.
hehehee..

Yang paling pentingnya ini!! Flight ticket! Kalau takde benda ni, mane pun kaw tak boleh pergi okeyh!!
Padan dengan muka kaw!! hahahaa..

So cukuplah sudah, rasanya banyak betul cerita yang aku nak cerita, sehingga dicompress untuk jadikan satu entry. so sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana beri aku satu peluang yang amat besar ini. Insyaallah aku takkan lepaskan, yup! takkan. Terima kasih Tuhan.

Terima kasih dekat kawan-kawan aku yang banyak bagi support, banyak bagi nasihat, banyak bagi keyakinan dan terima kasih pada yang sudi membaca. 

Aku rasa hampir titis, kerana masanya sangat dekat! sangat! aku pasti akan rindukan semua yang ada dekat Malaysia ni. Kenapa aku rasa macam tu, sebab aku akan travel dalam jangka masa yang agak lama, 4 bulan untuk pertama kalinya aku pergi jauh dengan jangka masa yang lama. Pasti aku rindu nasi lemak, nasi campur, masakan mak!, family rakan-rakan dan orang-orang yang sayang aku.   

Semoga perjalan aku ini berjalan dengan lacar dan diberkati. Insyaallah. Doakan aku selamat semuanya. Amin.



Wednesday, October 17, 2012

Alhamdulillah...


Alhamdulillah, part presentation dah settle, tinggal part akhir saja, repot..
Aku agak risau jugaklah keputusan yang bakal keluar FYP project aku nanti, 
but aku harap ia berbaloi dengan apa yang telah aku usahakan..
Harapan aku mestilah nak markah yang baik.. tapi aku tak kisahlah asal lulus dengan baik pun tak pe..
Aku tahu kemampuan aku sampai situ saja untuk kali ini..

Lepas saja beberapa hari aku dari hari presentation, dah dapat tawu pulak project aku kena ada dekat exhibition next week, nak kata seronok, agak seronok jugaklah, tapi aku lebih kepada sedih sebabnya niat untuk aku balik awal cuti raya haji, tak tercapai.. Agak sedihlah nii..

Mak dah mengharap anak perempuan dia sorang ni balik awal, sebab abang-abang yang duduk KL semua tak dapat nak balik raya.. Kalau aku pun tak balik, tak ke sedih mak aku tu.. Haritu mak call, mintak aku buatkan simpulan kasih, katanya boleh buat makan tok raya nanti.. So sekarang ia dalam pembikinan.. buat semata-mata untuk mak nak makan.. takpe untuk mak..

Aku rasa serbasalah sekarang ni, nak balik ke tak balik ke? final report FYP tak siap lagi, mana nak bukukan lagi, mini project pon tak jalan lagi.. nak kena stanbay untuk Exhibition lagi.. Aku harap aku mampu hadapi dengan baik benda nii.. dan aku dapat balik kg. secepat yang aku mampu. Actually rindu dekat mak jugak.. 

And satu lagi perkara, yang agak merunsingkan aku sekarang ni, tempat prektikal aku belum jumpa lagi.. next month dah nak kena pastikan dah ada tempat untuk prektikal next sem. Keputusan untuk dapat prektikal dekat korea pon belum ada jawapannya, tidur malam pun tak lena, handphone memang tak boleh tinggal jauh-jauh dah sekarang ni. Macam orang bercintakan? =)      


Inilah project aku yang tak seberapa tu, yang nak kena ada dekat loby unikL next week, if ada yang berminat nak jumpa dengan home sweet home aku ni, boleh datang next week ya!

peace! bye!

Sunday, October 14, 2012

Wish Me Luck!



Esok, pada 15/10/2012 akan terpaparlah ia di level 5 no.32.
Kalo rasa-rasa ada yang nak mencuba secara live demo yang comel ni,
boleh datang pada pukul 1pm-1.30pm sahaja okey.
Masa diperuntukkan adalah terhad.

Ceh! promote nampak.

Hope every thing OK soon..

Good luck for me and good luck for you all's too..