Saturday, September 25, 2010

Maaf SangHati~

Lama tak bercerita tentang SangHati . .
Ak tahu kaw mesti sangat Sangat SANGAT . .
sedih kerana tibanya hari raya tahun ini kan . .

Aku juga sangat Sangat SANGAT! sedih!
telinga ini mendengar takbir raya . .
dan mata ini tidak melihat SangHati . .

bukannya tidak mahu . .
bukannya alasan . .
ak telah cuba sedaya yang mampu . .
tapi tak kesampaian . .

ak tahu SangHati sangat Sangat SANGAT!
rindukan dia yang melahirkan . .

dengarlah SangHati ak ingin berkata . .
bahawa si dia yang melahirkan berganda rindukan kaw SangHati . .
cuma ak tidak nampak dimana disimpan kerinduaannya itu . .
sangat kemas simpanannya . .

Maafkan aku SangHati . .
aku tahu kaw terasa . .

mana aku tahu . . ?
aku tahu bila tiada lagi panggilan telefon dari kaw SangHati . .
walau Missing Call sekali pon . .

dari segi pemikiran negatif kaw:
kaw terasa seperti tiada siapa yang menyayangi kaw lagi . .
tiada siapa yang mempunyai masa untuk kaw lagi . .

dari segi pemikiran positif kaw:
mungkin sibuk beraya nih . .
ramai sanak saudara datang rumah kot. .
tada transport agaknya . .
ada masalah kot . .
sabarlah sikit hari lagi . .

aku mengharapkan agar raya tahun hadapan . .
tidak sama seperti tahun ini . .
sama-samalah kita berdoa SangHati . .

:: Maaf SangHati ::

Tuesday, September 21, 2010

A.K.U & K.A.M.U

Kini ak bukan yang ke-2, ke-3, ke-4 mahupun yang ke-5.
Mungkin juga ak orang yang terakhir . .
dan . .
mungkinkah yang PERTAMA ?

sudah PASTI! TIDAK! jawapannya.

hanya kamu yang tahu . .
angka berapakah letaknya ak untuk kamu . .

hanya kamu yang tahu . .
dimanakah letaknya ak untuk kamu. .

hanya kamu yang tahu . .
berapa banyak kasih sayang kamu pada ak . .

hanya kamu yang tahu . .
siapa ak untuk kamu . .

ak tak kisah dimana letaknya ak untuk kamu . .
kerana itu hak mutlak kamu . .

walauapa pun yang terjadi antara ak dan kamu . .
kamu perlu tahu . .
dimana letaknya kamu pada ak . .

kamu sentiasa ada tempat dekat ak . .


DALAM INGATAN KEKAL ABADI SAMPAI MATI!


:: untuk semua yang mengenali diri ini ::
DIANA

Thursday, September 16, 2010

Tekesima~

Aku terdiam dan tekesima
selepas beberapa minit
peristiwa itu berlaku.

memory lalu kini bermain diminda,
owh! maseh segar memory itu rupanya,
ku sangka sudah terpadam segalanya . .

tak mudah untuk dilupakan . .dan melupakan . .
hanya Tuhan yang tahu .

Kini Janji Ditunaikan.

Mak Abah sedang menikmati urutan automatik.


Nah! hari ini ak telah tunaikan janji yang telah ak lafaz kan di hadapan
mak, abah, fatin, nurul dan sikecik iman . .
pada 11 september 2010 lalu . .
semasa kejadian wallet ak exsiden..

sanagt lega rasanya bila ak dapat lihat mereka tersenyum bila ak cakap . .
"Mak Abah cepat siap, sekarang jugak, orang nak bawak pi satu tempat.. "
"pi mana?"
"Ada lah, siap ja . . "
tanpa banyak tanya diorang pon siap je lah.. dah 2 hari mak abah duduk rumah ja sebab selama 2 hari jugak lah ak curik kereta . . beraya sana sini . . berjalan sana sini . .

sekarang ak terasa SANGAT sangat SANGAT sangat lega bila ak da tunaikannya.
ak sangat berharap agar mereka happy . .


::lega::
Nonena


Monday, September 13, 2010

Suka Semua Pon Tahu.. Malang Tak Berbawu.. Nasib Baik Siapa Yang Tahu..

Panjangkan tittle entry ak kali ni.. Suka memang suka suka sebab raya.. Ape yang malang tak berbawu tu? dan apa pula nasib yang baik orang tak tawu tu??

Suka Semua Pon Tahu . . .
Semua pon tahu kita semua sedang bergumbira dihari raya, dan tidak lupa pada yang tidak.. apa2 pon hidup perlu diteruskan . . jangan biarkan kesedihan menyelubungi diri . . nnti rugi . .
Raya first lagi ak da sampai kg at PERAK . . tapi sampai pon da lewat . . mak 50 - 50 nak balik or tido kg. abah selamber cakap . . "suka hati". ak pulak macam malas nak balik sbb da mlm sangt dah . . lagi pon paksu and family ada . . bukan selalu nak berkampung ramai2 kat umh opah ramai2 . . opah pon suka . . So tidO kg . .

Pagi raya ke-2 . .
Siap2 mandi , makan , lepak gi beraya umah tok cik . .(adik opah) pastu . . mak cakap nak g berjalan Tiping pastu balik laa . . mak ak nih haa . . dah lama tak berjalan-jalan di kg halaman sendiri . . abah ikotkan aje . . kalo ikot ak nak je balik cepat2 . . sbb ramai lagi kawan2 yang menanti kedatangan ak kat rumah diorang . . . tpi tak pe lah mak punya pasaL . . sok je lah . .

ini baru betol jalan2kan . .
singgah sekejap taman ditasik taiping . .

Malang Tak Berbawu..
Suatu hari dihari raya ak menangis tiada siapa yang tahu . . . . . .
(nyanyi muzik raya taw..)
aikk.. nangis? tak lah mane ade nangis gimik jaa . . ini adalah hari yang sama, masa otw balik penang . . abah drive ikot jalan lama . . owh! sangat lambat . . banyak trafik light . . abah suka balik jalan lama sebab nak sep tOl.. aduh abah ku . ."abah ikOt highway je lah . . cepat siket . ." aku kata. abah pon jawab " sama ja jem nya . .". banyak cita best raya2 ni . . abah akur dengan anak kesayangan die nih. . sampai je jawi die pon masok highway . . lepas ja ak cakap camtu kat abah . . tetiba ja jalan dah tak jem abah mula nak memecut laju . . tiba2 Fatin (anak sedara sulung ak) yang sedang bancuhkan susu tOk Iman (anak sedara bongsu ak) mencerit. . waann!!! bonet terbukak . . ak pon apa lagi pegang la barang2 yg ada kat belakang tuh . . takot terbang pulak . . bah pon berhenti g tutup rapat . .

Abah mula berleter "Kenapa tak tutup rapat ? haish hampa nih .. lain kali check betol2.. bla bla bla bla.." . dengar la sekejap .. abah beleter jap ja tak lama .. lain la mak .. tapi mak tengok ja .. sebab dia tngah pening . . tido tido tido dan tido . .

Dari jauh ak nampak tOl juru, disebabkan ak yang bagi idea yang bernas kat abah supaya ikot highway . . ak terasa bertanggung jawab tOk bayar tOl masa tu . . ak cari wallet kat berlakang tempat speaker radio tuh . . pas g kedai kat kg tdi ak letak situ . . raba2 . . terkapai-kapai . . tak dpt2 jgk . . dah sudah!! jangan kata dia dah lompat keluar masa bonet terbuka tadi . .
"Nurul Fatin cari sat beg duit acu kat belakang nih . . "
nurul "nurul nampak acu letak situ tadi . . tpi tak dak dh.." muka nurul pulak yang nampak cuak . . "
Abah berhenti sat . . nak cari wallet sat . . tadi ada skarang dah tak dak . ." .. sekali lagi abah beleter
"Apa ni , benda penting macam tuh bole lalai , letak merata . . kan penting benda tu semua iC, lesen . . . . bla bal blaa .." aduh . . dah err bnda hilang, doit raya pon ada dlm tu.. alaa doit raya ada la dlm Rm berapa belas hengget jaa . . yang penting dOit sendiri ada Rm100 dlm tuh iC, lesen , tiket bus.. aduh . . cari lagi dena . . cari lagi . . dah sah tak da..
abah dah tak simpati "Jumpa?? habis tu nak buat apa nih? patah balik tempat tadi?" . . ak pandang ja muka mak . . bia mak yang buat keputusan . . sbb mak pening kalo bole dia nak balik terus . . abah dah penat drive . . tpi ak nak wallet aku . . mak bersuara "jumlah patah balik laa.. kat atas bukut tadi tu kat jawi . ." mak tak cakap banyak . . Iman dah buat perangai, tak diam nangis2 ja . . ak pon da naik rimas . .


Nasib Baik, Siapa Yang Tahu..
Tampa tunggu banyak abah pon terus memecut kebukit yang kat jawi tu . . tapi sblom tuh isi minyak lu . . kang kang lain lak jadi kan susah . . dekat stesen minyak. . ak pon buka calender nak nengok bulan melayu berapa hari bulan, bulan melayu hari ini = 2 syawal... ha'aa la harinikan hari ke-2 raya . . abah pon intai apa yang ak buat . .
"ha! buat apa tuh.. tengok bulan melayu?". abah pon mula berkira-kira jarinya..
"ha'aa.. mana la tawu nasib baik .." . ak pon tengok ja tangan ..
"hari ni hari kanak2, ada la kot, nasib lah, kalo ada lagi kat situ, buatnya orang curi . ."
hati ak sedikit lega . . mengikut ramalan insyaallah dapat jumpa . . tapi apa akan jadi pada wallet ak tu, wallahualam . . dah bertekat if ak dapat balik wallet ak tu . . nak bawak mak abah g kerusi urut . .

abah menjadi driver yang baik malam tuh . . pecut selaju yang boleh . . iman tak henti2 nangis . . penat ak n mak memujuk . . ubat nya abah saja yang tawu nak kasi die diam . . tapi tak bole sekarang. . abah kan tngh drive laju2 tuh . . bak kata abah "wallet tak dapat budak pulak sakit.. berdoa la sikit.. baca apa yang patot . . " semua pon diam Iman ja jap senyap jap nangis..
"tu bikit tuh.. kat situ tadi bonet terbuka.." abah pown slowkan keta dan rapat kanan . . "haaaaa!!! tu tu tu tu.. ada kat situ . ."
"mana?" abah pon tercari2..
"tu, tu, tu, yg syaining2 kat tepi jalan tu .."
abah kelua terus lintas g ambek, niat nak kelua keta g ambek terbantut sbb pintu belakang time tu lah nak jemmed . . owh tensen!!
dapat ja kat tangan aku wallet tuh .. terus ak buka and check semua harta benda yang ada dlam tu..

berasa syukur bila::
*Ic ada ..
*Lesen ada ..
*touch n gO ada ..
*ATM card ada ..
*Duit seratos RM yang di selit tu ada..
alhamdulillah.. tak yah la susah2 ak nk g buat benda2 tu semula semula..
nak g buat report la, itu lah ini lah..

kerugian::
*Syiling suma tak da..
*duit raya belasan ringit tu pon tak da..
*tiket bus penang - kL tak da.. cm ne nak KL nih?
*student id hancur.. nasib id masa dip dulu..
*ring tok note ak pon die kebas..
*wallet ak chomOt dah terkoyak rabak dh macam 10 tahon dh jadinya..
(Amy perjanjian tok jaga wallet yg putih itu sentiasa kekal puteh tah dpt den nk tunaikan.. die da exsiden terok .. baru 3 minggu beli kot.. =( )

alhamdulillah kerugian yg tak begitu teruk berlaku ..
SedeY kan.. sape yang nk belajar pasal ramalan yang telah dibuat ak and abah tadi?
tunggu lah next post . .dan niat murni ak untuk bawak mak n abah g kerusi urut akan ku post kan nnti . . selepas ak tunaikannya .. 2 hari ni tak kelua mana2 pon. . keta tak da . . lepak umah je.. niat nk g beraya terpaksa ak padamkan . . maaf kawan2 .. hope diampunkan segala salah silap ak terhadap korang..dan halalkan segala makan minum ak ya.. if ak termakan or terguna harta benda korang suma.. tahun depan insyaallah ak sampai umh korang. .

bubbaaiii =)

::salam lebaran::
Diana

Tuesday, September 7, 2010

Kueh Raya...

Heeeyy selamat pagi sekali lagi..
dah lama teringin nk buat kueh raya yang bernama..
Love EmO..
best tak namanya..
mcm menarikkan...
dari sebelum puasa lagi dah niat nak buat..
akhirnya arini siap juga..
Love EmO yang ak idam2 kan..

wallahualam rasanya cm na..
ak rasa ok jek...
anak2 buah gue pon suke..
x pe kite nengoklah raya nnti laku ke tak ke
Love EmO nih..


ini lah rupanya serabOt x?
serabOtkan?


kalo agak teringgin tu jemputlah dtg rumah..
raya nnti...

Selamat Hari Raya...


Tertarik ... Menatik ...

tink tink tink... mata da kuyu-kuyu.. tapi tangan sibok gak nak menaip.. nak gk buat post arinih,, kalo bole nk post bnyk-bnyk.. nengoklah berapa banyak yg bole post.. wahh!! polok pulon gelojoh sume ade... relex sude nena,,,

Sejak 2 menjak nih ak asyek melawat blog sorang adik nih..walau tangan tngh sibok buat kueh raya.. mata nih sekejap-sekejap melirik kat letop nih.. ada masa ja msti nak bace... nak nengok... haissh.. mane mak tak marah.. ngee..

nape eh ak jadi cm tuh,, nk tawu tak nape.. and cm ne bole ak tertarik blog si adik nih... haa.. citenye gite,,, pada suatu hari.. di terminal bus Duta.. semasa ak sedang menunggu ketibaan bus ak yg tak sampai2.. van Sinar Harian berhenti betol depan kaunter tempat org beli tiket... then org2 sinar tu jerit2... 'Mari2 majalah free.. sempena hari raya... mari2 jgn malu dan jangan segan' ujOo bia betol diorng nk kasi majalah free.. ak buat selamber jek lagi.. lepas dekat 10+ org serbu.. ak pon x lepaskan peluang... nak gak lah g nengok ape yg best...

setelah sampai.. ceh.. wahh... macam2 ada.. rambang mata ak.. ak ape lagi... bedal ape yg smpat.. Remaja, Rapi, Keluarga, Media, Yezz, Majalah Lelaki.. dari ringan beg ak terus berat.. terasa menyesal pon ada.. tapi tak pelah kejap je.. sementara bus nk sampai..

seperti biasa menjadi pilihan pertama ak adalah remaja... owhh patotlah diorang x kisah bagi majalah free.. bagi pon majalah yg bulan july punye.. tak pelah ak pon x baca lagi majalah bulan tu.. ak suka nengok bahagian blog yang jadi pilihan remaja.. tetiba ak tertarik dgn blog itu,, dah nekat nih,, balik nk teros on9.. tawu ape yg menyebabkan ak tertarik tu??

Pic2 die yg sweet2..
Die pOn sweet sangat..
Ada Style..
Baju2 die sume uptodate..
bagi wanita bertudung bole buat die sebagai idola or inspirasi untuk mengayakan tudung dan baju dan seluar dan kasut..

cuba la melawat kat sini http://irinenadia.blogspot.com g lah nengok sendiri.. insyaallah korang pon mesti suke...

ak pon dah mula berangan2 nak bertudung.. ngeee.. mcm sweet lak rasenye... insyaallah suatu hari nanti... bila Nurrr terpancar diwajah.. doa-doakanlah ak berubah eh..
amin~

Sunday, September 5, 2010

Hanya aku yang tahu.

Kaki sentiasa lincah bergerak..
Tangan tak reti duduk diam..
Bibir sentiasa mengukir senyum..
Mata sentiasa sepet..
Pipi selalu Up..
Dahi Jarang berkedut..
Rambut sentiasa begitu..
Otak pikir gumbira sahaja..

itu hanya luaran~


Hanya aku yang tahu..
Hati didalam menjerit!!

mengatakan tidak! tidak!
aku didalam tidak! seperti diluar!!
tolong! buat sesuatu...
agar aku dapat bersama seiring dengan yang diluar!!















Ya ALLAH,
berilah hambamu ini kekuatan..

Wednesday, September 1, 2010

Corn flakes Madu.

Mak anak mak dah berjaya buat kueh...
kueh yang simple..
makan sekali pasti nak lagI...

mak.. mak nak tawu tak anak mak baut cam ne??
nengok eh..

bahan-bahannye:
*corn flakes 1 kotak besar..
*buttercup 1/2 + suku..
*madu 2 1/2 sudu..
*gula 2 sudu..
*cup kertas 150 keping

cara-cara:
*panaskan butter + madu + guna..
gaul sebati dan biar hingga suam-suam kuku..
masokkan corn flakes sekotak..
pastikan bekas yang digunakan
mampu memuatkan 1 kotak corn flakes dan
gauL sehingga sebati..
masokkan adunan dalam cup dengan chomel dan
hiaskan dengan bijan dan charry merah atau hijau..

panaskan Oven 150 darjah..
masokkan adunan yg telah dichomelkan kedalam Oven tadi..
panaskan selama 4-5 minit..

keluarkan dan sejukkan..

tadaaaaa.... !!
maakk chantek x??
tak sabarnya nak bawak balik nk mak rasa..
nnti raya sume org pon bole rasa...

mesti mak saya bangga kan??

Merdeka!!

Tanggal 30 bulan 8 2010..
aku dan sahabatku bersepakat untuk menonton bunga api..
sebelum sampai.. udah terbayang kecantikannya...
bayangannya seperti~~~

Chantekan??!!
waaaahh!!!
bestnyeee!!!
chanteKnyeee!!!









Tanggal 31 bulan 8 2010..
tadaaaaa.....
waahh!!
banyak nye lampU!!!
merak ade..
bintang ade..
tanglong ade...
waaahh!!
tadi nk nengok bunga api..
cm ne bole nengok...
lampu lak niH..??





merdekakah akU pada tanggal ini..??
huhhh!! penat tunggu sampai 4 pagi...













paperr pon sangt besH lepak ngn diorang..
thnkz naQib n Amir sebb bawak kitorang sampai ke i-citi..