Wednesday, January 19, 2011

Inikah Cinta ?


Semua sedia maklum bahawasanya cerita ni sudah pun ditayangkan di astro channel 104, actually dah lama cerita ni dimainkan tapi ak hanya dapat tengok separuh then bersambung separuh lagi entah bila pulak ak dapat tengok . . tapi hari ini tv rumah ni milik ak 100% suka hatilah nak tengok cerita apa yang ak suka, oh! Itu hanya sementara . . hari ini saja . . esok2 belum tentu lagi . .

Cerita yang telah berjaya mencuri hati ini adalah Cornetto Inilah Cinta kali ni bukan separuh2 lagi, tapi dari mula sampai habis, 2 jam . . Seperti korang semua tahu cerita ni pelakon utamanya adalah Akim Af8 dan digandingkan dengan Juliana Evans. Suke sangat ak time Akim nak pikat Juliana , dengan muke Akim yang chomel itu . . huh! Ak pOn tergoda Uuuu . . . rase macam nak je gantikan Juliana dengan diriku ini . . . okeyh sudah mula perasan . . . tapi siyeess romantic gilak. . and the ending sangat sweet . . sehinggakan ak tersenyum sendiri . . dan dalam masa yang sama ak rasa sebak . . dan lalu air mata keluar sendiri . .

Oh! tidak kenapa air mata nih . . kenapa tetiba ja sebak sendiri ??? tolooooglah terangkan . . padahal cerita seiyees tak sedih pOn . . . happy ending jek okeyyy. . . oh! Hati! Kenapa kaw menangis!!!?? Adakah kaw mahu ak carikan Akim untuk kaw?? Oh! gila mana mungkin ak lakukan itu . . Akim itu siapa kaw itu siapa . . . bukan ke ramai je orang yang nak kan kaw wahai hati! Yang Hensom , tak hensom , yang gemok , yang kurus, yang chomel , yang sasa, yang kaya, yang miskin, yang pemalu, yang nakal, yang jahat . . semua ada . . pilih sajalah diorang tu. . .

Ak tahu kaw sunyi wahai sang hati, maafkan ak, kerana ak tidak membenarkan sesiapa memiliki kaw, kerana ak takut kaw akan melukai hati lain, setelah itu kaw sendiri yang akan terluka . . ak mahukan yang terbaik untuk kaw hati, supaya suatu hari nanti kaw akan bahagia, selesa dengan apa yang kaw miliki . . apa yang mampu untuk kita lakukan hanya menggunakan STRAIGHT CABLE supaya dapat membantu kita dalam memberi kita kebahagian dunia dan akhirat serta dipermudahkan dalam menjalani hidup ini . .

Insyaallah Dia dapat membantu kita.

Jangan risau ya hati! ak mintak dekat STRAIGHT CABLE supaya kaw together with Akim eh! Kalo tak pon yang terbaik yang memang sepadan gile dengan kaw ye hati, jangan nangis lagi ya . .

Ak sayang kaw sangat wahai Hati!!

P/s :: untuk mendapat kerja atau mendapat pakwe/makwe dengan mudah bukan dengan memakai orang tengah, kadang2 orang tengah itulah yang akan mengkhianati kita . . apa kata kita gunakan STRAIGHT CABLE, insyaallah semua permintaan akan ditunaikan dengan berdoa kepada-NYA. Insyaallah .

No comments:

Post a Comment