Thursday, April 28, 2011

Memang ada hikmahnya~

haii lama tak menaip, biasalah dah semakin busy nak study untuk final dan alhamdulillah semua asignment and test sudah ku tempuhi dengan tabah . . . kena lagi tabah nak tempuhi final pulak nih nk kena hafal lebih dari biasa,, wahh... terpaksa rajinkan diri nih, supaya nanti tak kecik hati hati sendiri bila tengok resault..

title entry kali macam sedikit pasrah bunyinye, ye memang sedikit pasrah, siket je tak banyak pon. . . tawu tak kenapa? If korang ade baca entry sebelom nih ak ada cita yang ak ada join citra warna kan? ade kan? yup. . . ak dah pegi training 3 hari sudah okey. . . memang best, ramai orang yang ak jumpa, ada yang tua, ada yang muda, berbilang agama dan bangsa tak lupa juga yang bertukar-tukar jantina . . . aaww!!

first day :
lagu memang rancak, memang best juge, tapi terkiyal-kiyal ak nk ingat step, but its ok, maseh bole balik study . . . =)

second day :
lagu baru step baru, lagu citra warna . . . wah! lagi laju dari semalam, lagi beterabur nih, tapi orang-orang lain best je ak tengok diorang nih menari. . . menarik! ak kena usaha lagi nih . . .

third day :
agak-agak harini kena belajar lagu baru ke emm? ha'ah memang lagu baru lagi . . . emm. . . tapi ak dah sakit nih sakit seluruh urat sendi, upenye ak dah mula sakit pompuan sakit sangat cam ne nak teruskan dengan step baru, step lama pon beterabur, keras jek . . . katenye kena kuat otot kali dan sekitar lutut, serta pinggang . . . wah cm ne pulak stepnye nih . . . ok try je lah . . . pas je refresh lagu 2 hari lepas . . . masok step lagu baru memang lutut ak ketar memang dah tak kuat pening dah sebab step pusing banyak sangat, berbelit kaki sana sini . . ok sudah memang jauh lah ak kena tinggal cm nih. . .

baik je nk habis ade yang baik hati menyampaikan khabar angin yang mengatakan ade orang sedang memerhati ak dari jauh . . . mungkin ak akan disingkirkan katenya . . . dah ader err sikit terkedu nih tapi difikir-fikirkan balik, dan dicuba lagi membawa diri mengikut alunan irama yang berbunyi ternya ak tak terdaya dan tak mampu untuk teruskan. ye sebelum ak teruskan dari memalukan diri sendiri dan merosakkan event besar orang tuh. ak rela dan pasrah akan keadaan itu . . .

ape-ape pon, ak happy sangat dapat join, bole excersize at list ak sihat jugak . .
dan ak berterima kaseh pada yang memberi sedikit kepercayaan/peluang ini untuk ak menimba pengalaman, best oww...

ak tak kisah if ak tersingkir or tarik diri sendiri dari join event tuh sekurang-kurangnye ak bole balik kg. jumpa dengan family terchenta . . . rindu meh . . . lama tak balik, bole ambek berkat tok final, and ak juga ada masa lebih untuk fokus study . . . =) amin~

so now ak sedang prehoneymoon at PENANG . . . and wish me luck for final exam . . . target mahukan yang lebih baik dari last sem . . . amin~

Saturday, April 23, 2011

Ayat makan dalam~


Ak ade kenal sorang abg senior nih, die memang baik and pandai dalam bab configure network. Sir yang ajar ak network pon prefer ak dan kawan2 pegi belajar kat die, mintak die ajar and belajar dengan die. . .kata sir
"Abg senior kamu tu dah telan buku lab manual saya tu. . ."
Wah hebat.. Yup! ak mesti kenal degan abg senior nih, di sebbkan kawan ak sorang nih dh teradmire kat abg senior yang bijak pandai nih ak nih mengambil kesempatan mengenali abg senior nih melalu sahabat ak sorang nih. Niat ak nk curi ilmu die ajee . . at the same time ak dapat kawan baru =)

selepas beberapa lama mengenali abg senior, dan selepas kerap kali jumpa abg senior untuk mintak diajar. . . siyes die tak kedekut ilmu and tahan je ajar ak yang malas belajar nih, nasib kawan ak ni ader jgak balajar sama, die je yang lebih fokus belajar dari ak. kalo tak memang dah kena piyat telinge ngn die sbb main2 je mase die mengaja. biasalah ak nih nak menceriakan keadaan kalo tak nanti study bajet nak siyes jek. ye ak suka ketawa dan tersenyum je. pelan2 abg senior cakap kat ak
" memang suke, suke2x macam ni eh? nanti2 mesti
akan menangis atau pon dah terjadi."
eemm..?? ape yang cuba dimaksudkan oleh abg senior? ak fikir sejenak . . .
hah! ak rase ak tawu ape . . .
"semuanya sedang berlaku, insyaallah dena tak akan jadi gila, maseh boleh berfikir dengan waras."
ke esokan jumpa lagi abg senior, nama penuh ape budak kecik?
"Nama saya Nur Diana Kamilah, cube teke apa maksudnye?"
abg senior "eemm. . . entah laa . . . " " haa . . . maksudnye Cahaya Keislaman Yang Sempurna , sedap tak maksud die?"
abg senior tengok je dari atas sampai bawah dari bawah sampai atas. isk! kenapa nih. mesti ak nk kena nih
"kenapa tak percaya ke?"
die senyum lebar je . . .dalam senyap2 lagi die tegur "bila nak pakai tudung nih?" telan air liur ak. . .
"Insyaallah nanti bila dah bersedia, bila cahaya tu dah terang."
die tunjuk lampu.
"tu cahaya dah ade, tak cukop ke." "blom cukop lagi laa..."
die pegi dekat switch lampu lalu buka semua lampu bilik lab tu.
"hah! cukup tak cahaya?"
huh!! dalamnye tertusuk . . . senyum je yang mampu . . . die datang sebelah untuk sambung ajar lagi. . . dan bila da habis belajar, die slow-slow die tanya
"haa. . .bilenye nak pakai?"
ak pon jawab dengan berhati-hati dah takot kena fire . .
"Insyaallah bila sampai masanya nanti."
die pon tanya lagi "kalo esok dah takde, bile nak pakainye?" huh!! telan liur terasa lagi lagi lagi . .
ak mula terfikir lagi, betul jugak kate die, huh! terasa kerdil sangat okey . . .
kalo tak sempat ak menghadapi hari esok macam mane?
abg senior nih memang bijak lewww..
bijak saiko ak an . . .
tapi kata-katanya semua ada kebenarannya. . .
ak sendiri dah mula takut jika ak tiada hari esok . . .
memang makan dalam kan. . .

setiap kejadian pasti ada sebabnya.

Saturday, April 16, 2011

Sudah kalut lagi nak sibukkan diri~


Laytop :
Dah lama tak berblog. Itu tandanya tiada masa nak berblog. Lagi pon laytop dah masok Hospital dekat 2 minggu dah. seminggu hidup tanpa laytop terCayunk. duduk rumah baca novel, study, tapi semua itu sekejap je. cos ak bukanlah jenis yang suka membaca. Tengok tV dah naik bengkak. Assignment tertangguh semua. Saba je lah.
agak-agak dah nak masok minggu ke 2 laytop tak balik jugak rumah. akhirnya melepaskan pekung didada. "Saya nak laytop, banyak kerja dah tertangguh nih". Dah siap format sume, tapi wireless still tak bole nk gune. sekejap bole sekejap tak bole. kalo tak bole nk guna cm ne nk curik wireless free yang bersepah nih. gue mane ada berokbend sume tuh.

akhirnya dapat lah jagak laytop, tappiii . . . bukan laytop keCayunkgan tuh. . . tapi digantikan degan laytop yang lain berWindowskan Linux Min 10 , wahh! tak penah2 ak buat kerja sume guna Windows Linux nih . . . dah advance dah skung ak nih . . pakai Linux senang. tak perlu nak letak antivirus berbagai. Windows Linux susah orang nak hack! windows vista or windows 7 or yang kebanyakan orang pakai skung nih mudah dapat virus . . =) mula-mula memang susah sket, kalo dah lama guna senanglah . . bersusah-susah dahulu. bersenang-senang kemudian. betol tak?


Desktop Linux Min 10

Assignment & Test & Quiz:
baki-baki assignment, test & quiz yang perlu dihadapi:
  • Selasa: Prezentation System Tools & Test Techno.
  • Rabu: Test Math semua chapter.
  • Sabtu: Skill base test.. (configure router mengikut kes yang diberi)
Fuhh! seminggu nih kena struggle study nak kena hafal command configure &
command system tools lagi, formula math lagi dan hafal fakta dalam business lagi..
=.='

Final Exam:
Now cita pasal final lagi lah mengerunkan ak lagi! nk buat preparation final nih, hanya tinggal lagi 2 minggu ja. Ape pon tak prepare lagi. Nasib ada test & quiz last minit at list ak ingat jugak. Target sem nih haruslah nak yang gempak. hope ak mampu.
  • 4th May : TECHNOPRENEURSHIP 2.00pm
  • 5th May : CYBER LAW 9.00am
  • 6th May : SYSTEM TOOLS AND ADMINISTRATION
  • 9th May : MATHEMATICS FOR TECHNOLOGIST 2
  • 14 May : CCNP1
"Ya Allah kuatkanlah semangat, berikanlah ak kesihatan yang baik, permudahkanlah segala urusanku, Kaw cucilah hatiku, Kaw terangkan hatiku, murahkanlah rezekiku dan berilah kebahagian dan kejayaan kepada ku dan orang-orang yang menyayangi diri ini."

Citra Warna:

pernah tengok tak logo/gambar nih? mesti penahkan inilah dengan terkinja-kinjanya ak join benda nih, first time. menari beramai-ramai. dari ak sekolah menengah rendah lagi ak dah dengar benda nih and tengok tv je.. memang meriah. nk tawu cm ne meriahnye? tengok gamba nih. . .

hah meriahkan? mestilah.. dah lama teringin nak join. tapi ak bukanlah seorang penari yang hebat, letik melentik. sekali dalam hidop join pon jadi lah. so peluang ada depan mata takkan nk lepaskan. so ak perlu usaha lagi,lagi,lagi supaya ak tak mencacatkan even besar ini.

*Hope kuat.

tengoklah berapa banyak ak nak kena hadapi. kena bijak bahagi masa dan menepati masa agar yang di jinjing tak tercicir, yang dekendong tak terjatuh . . Huh! peribahasa apakah? ah! lantak! ok bayeee....


Saturday, April 2, 2011

Love Mia Sara =)


Suka! suka! suka!
kalo bole nak cite 1 kampong yang ak sangat suka!
sangat suka sebab dapat jumpa si chomel yang sangat petah berkata-kata...

ia itu Mia Sara Nasuha . . .
alaa kenal tak . . . alaaa si kecik chomel tu . . . yang belakon cite ADAMAYA tu . . .
hah! caye tak? pecayelah tolonggg laaa cayaa . . .
kalo tak caya nih buktinyaa . . .
yang penting ini . . .

wink! wink! gamba bedua ja . . .

hah! sekarang pecaya tak ??
mestilah dah percayakan . . =)

sangat chomel okey . . .

ayat membuatkan ak sangat geram dengan Mia lalu dicium banyak2 . . .
eeeeeeiiiii . . geram tawu . . .
ayatnye cam nih . . .

jie : Haii Mia . . . Mia umo berapa ?
Mia : 5 tahun .
jie : Mia jum pegi dekat kawan akak diorang nak salam, bole tak ?
Mia : Boleh. Nak tangkap gambar pon boleh . .
(ayat nih yang buatkan aku geram dan cium banyak2 . . kire wakil kepada sesiape yang tak dapat nak cium die lah. . . *_* ) . . . lepas begamba . . .
Aku : Mia tak ngantok ke . . .?
Mia : Tengok mata Mia merah tak ?
Aku : Ha'aa kenape tu ?
(ak pon tngoklah,manelah tawu masok habook ke, masok rambot ak ke kan sbb cium die banyk2 tadi)
Mia : Ini maknenya Mia dah nagantok . (ayah die dah panggel . . )
Aku : Owh ok . . babai Miaa . . .
Mia : Ta taaaa . . . (sambil lambaikan tangannya yang chomel itu)

*owh! tolong kasi Mia dekat sayaa!!!!! , Ya Allah, berikanlah ak anak yang chomel lagi bijak dan pengikut ajaran MU yang setia . Amin .

*gamba tak chantek sbb guna cemera phone je . . . ak pon tak bape nak chomel sebb baru lepas main badminton je. =)

Bukan Penasihat Yang Baik~

Lately ni aku sering saja mendengar masalah-masalah yang sering timbul dikalangan kawan-kawan ak sekalian, pelbagai masalah yang berbeza-beza dan harus ditangani dengan berbeza caranya. Sememangnya setiap manusia itu dicipta Allah s.w.t dengan berbeza rupanya, dan berbeza ujiannya. Termasuklah ak sendiri. Disini ak ingin serba sedikit menasihati sahabat-sahabat yang sedang dilanda masalah. Sesungguhnya ak bukan seorang penasihat yang baik ~ AKU BUKAN YANG TERBAIK tapi AKU MAHU BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA.

A :: Jangan biarkan CINTA menguasai diri sehinggakan mengabaikan sesuatu yang amat penting untuk masa hadapan. Gunakan kelebihan yang ada unutk kaw menguasai CINTA itu sendiri. (Ak percaya kaw mampu menangani dengan bijak.)

E :: Perasaan dan cita rasa manusia akan sentiasa berubah-ubah seperti ombak menghempas pantai. Sentiasalah bersedia untuk menghadapi Ombak yang pasang dan menikmati angin pandai yang damai. (Ku ada untuk mu.)

F :: Jangan dilayan terlalu lama perasaan yang akan menyakitkan hati, kerana ia akan membinasakan diri. Percayalah kaw mempunyai insan yang sanggup berkongsi susah senang bersama. Sememangnya payah untuk seseorang berubah menjadi baik dan betapa senangnya seseorang itu berubah menjadi jahat. Tidak salah berubah untuk menjadi yang terbaik dari baik. (Sama-sama kita berusaha untuk bergumbira ya!)

FT :: Sabarlah kalau jodoh tidak kemana, lebih baik membusykan diri dari tidak berbuat apa-apa, ia akan menyebabkan diri sendiri seperti orang bodoh yang tidak bergaul, tidak bersuka ria, tidak membuat aktiviti yang akan membuatkan diri lebih sihat, makan mengikut waktu yang betul. (Beb ak akan buat kan kaw busy selalu even tampa ak disisi!)

L :: Jangan diulang lagi kesalah yang lalu, jadikan kesalahan itu satu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup. Pengalamanlah yang akan mematangkan diri. Bijaklah dalam membahagikan masa. (Ak tahu kaw boleh!)

M & M :: Perasaan kasih dan sayang sememangnya susah untuk disatukan jika hanya sebelah pihak yang menginginkannya, jangan terlalu cepat berubah hati juga . Takut termakan diri . Berfikirlah secara matang dalam mengatasi masalah ini. Jangan biarkan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. (Semoga cepat matang!)

Y :: Pastikan keputusan yang dilakukan adalah tepat. Jangan terburu-buru dan mengikut perasaan. Carilah sesorang yang bijak dalam memberi pendapat dan bijak juga dalam menyimpan rahsia. (Ak bukan pemberi pendapat yang baik).Pastikan juga keputusan yang dibuat tidak akan membuatkan kaw berkata “Menyesalnya ak buat macam ni dulu . . ” . Percaya pada diri itu yang penting. Andai itu takdirnya tabahlah menempuhinya. (Maafkan ak kerana tiada disisi kaw diwaktu ini. Terima kasih kerana menjadi sahabat ak. Harap kita akan jumpa lagi!)

Itulah kehidupan wahai sahabat setiap manuasia tidak akan lari untuk memikul masalah.

“Tuhan akan menguji umatnya setakat mana umatnya mampu memikulnya sahaja”

Percayalah bahawa setiap masaallah pasti akan ada jalan penyelesaiyannya. Cuma kita sendiri yang harus bijak mencari jalan penyelesaiyannya. Insyaallah . Sabar dan Doa adalah jalan yang terbaik.

Cara untuk melupakan segala masaalah dengan tenang.

  • Duduk ditempat yang tenang, damai sunyi dan sepi.
  • Pejamkan mata kosongkan minda. Seperti ini.
  • Bayangkan ada sebuah kotak kecik didalam ruang yang kosong itu.
  • Kumpulkan semua kenangan manis dan pahit yang sentiasa berada didalam ingatan itu.
  • Dengan Mengikut alunan yang lemah gemalai, seperti ditiup angin . .
  • Masukkan semua kenangan pahit manis yang dihimpun didalam kotak itu.
  • Tutup dengan kemas. Dan biarkan ia didalam kotak itu.
  • Kemudian jauhkan kotak itu dari pandangan, atau sorokkan kotak itu, atau letakkan disatu tempat yang memang susah untuk dilihat.
  • Buka mata dengan tenang. Rasailah ketenangan itu.

Yang berlalu biarkan berlalu. Yang mendatang hadapilah dengan tenang dan matang.


Ps: Thank you for the information En. Roslan. Hope we can share more latter.


Kepada semua sahabat yang disayangi maafkan ak andai terkasar dalam bertutur kata, sesungguhnya kadang kala mulut ini terlezerr dan halalkanlah segala makan dan minum ak jika ada. Terima Kasih kerana sudi menjadi sahabat terbaik ak selama perkenalan kita. Ak bangga mempunyai sahabat seperti kalian.Yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari ak sendiri.

Love you all!


Friday, April 1, 2011

Gila di Starbucks (^_^)

Hari nie turn Fetty pulak update blog Nonena..

Oleh kerana kebosanan tunggu Dena surf internet, last-last Fetty ajak Dena amek gamba..

Tapi aksi kteorg xde la keterlaluan sgt..

Cuma pakcik depan kteorg pown asyik tengok-tengok je..

BWAHAHAHAHAHAHA~

Aksi pertama :


Aksi kedua :



Aksi ketiga :



Aksi keempat :


Kalo dengan Dena..mmg jadi mcm nie la..giler je..

THE END~