Lately ni aku sering saja mendengar masalah-masalah yang sering timbul dikalangan kawan-kawan ak sekalian, pelbagai masalah yang berbeza-beza dan harus ditangani dengan berbeza caranya. Sememangnya setiap manusia itu dicipta Allah s.w.t dengan berbeza rupanya, dan berbeza ujiannya. Termasuklah ak sendiri. Disini ak ingin serba sedikit menasihati sahabat-sahabat yang sedang dilanda masalah. Sesungguhnya ak bukan seorang penasihat yang baik ~ AKU BUKAN YANG TERBAIK tapi AKU MAHU BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK MEREKA.
A :: Jangan biarkan CINTA menguasai diri sehinggakan mengabaikan sesuatu yang amat penting untuk masa hadapan. Gunakan kelebihan yang ada unutk kaw menguasai CINTA itu sendiri. (Ak percaya kaw mampu menangani dengan bijak.)
E :: Perasaan dan cita rasa manusia akan sentiasa berubah-ubah seperti ombak menghempas pantai. Sentiasalah bersedia untuk menghadapi Ombak yang pasang dan menikmati angin pandai yang damai. (Ku ada untuk mu.)
F :: Jangan dilayan terlalu lama perasaan yang akan menyakitkan hati, kerana ia akan membinasakan diri. Percayalah kaw mempunyai insan yang sanggup berkongsi susah senang bersama. Sememangnya payah untuk seseorang berubah menjadi baik dan betapa senangnya seseorang itu berubah menjadi jahat. Tidak salah berubah untuk menjadi yang terbaik dari baik. (Sama-sama kita berusaha untuk bergumbira ya!)
FT :: Sabarlah kalau jodoh tidak kemana, lebih baik membusykan diri dari tidak berbuat apa-apa, ia akan menyebabkan diri sendiri seperti orang bodoh yang tidak bergaul, tidak bersuka ria, tidak membuat aktiviti yang akan membuatkan diri lebih sihat, makan mengikut waktu yang betul. (Beb ak akan buat kan kaw busy selalu even tampa ak disisi!)
L :: Jangan diulang lagi kesalah yang lalu, jadikan kesalahan itu satu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup. Pengalamanlah yang akan mematangkan diri. Bijaklah dalam membahagikan masa. (Ak tahu kaw boleh!)
M & M :: Perasaan kasih dan sayang sememangnya susah untuk disatukan jika hanya sebelah pihak yang menginginkannya, jangan terlalu cepat berubah hati juga . Takut termakan diri . Berfikirlah secara matang dalam mengatasi masalah ini. Jangan biarkan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. (Semoga cepat matang!)
Y :: Pastikan keputusan yang dilakukan adalah tepat. Jangan terburu-buru dan mengikut perasaan. Carilah sesorang yang bijak dalam memberi pendapat dan bijak juga dalam menyimpan rahsia. (Ak bukan pemberi pendapat yang baik).Pastikan juga keputusan yang dibuat tidak akan membuatkan kaw berkata “Menyesalnya ak buat macam ni dulu . . ” . Percaya pada diri itu yang penting. Andai itu takdirnya tabahlah menempuhinya. (Maafkan ak kerana tiada disisi kaw diwaktu ini. Terima kasih kerana menjadi sahabat ak. Harap kita akan jumpa lagi!)
Itulah kehidupan wahai sahabat setiap manuasia tidak akan lari untuk memikul masalah.
“Tuhan akan menguji umatnya setakat mana umatnya mampu memikulnya sahaja”
Percayalah bahawa setiap masaallah pasti akan ada jalan penyelesaiyannya. Cuma kita sendiri yang harus bijak mencari jalan penyelesaiyannya. Insyaallah . Sabar dan Doa adalah jalan yang terbaik.
Cara untuk melupakan segala masaalah dengan tenang.
- Duduk ditempat yang tenang, damai sunyi dan sepi.
- Pejamkan mata kosongkan minda. Seperti ini.
- Bayangkan ada sebuah kotak kecik didalam ruang yang kosong itu.
- Kumpulkan semua kenangan manis dan pahit yang sentiasa berada didalam ingatan itu.
- Dengan Mengikut alunan yang lemah gemalai, seperti ditiup angin . .
- Masukkan semua kenangan pahit manis yang dihimpun didalam kotak itu.
- Tutup dengan kemas. Dan biarkan ia didalam kotak itu.
- Kemudian jauhkan kotak itu dari pandangan, atau sorokkan kotak itu, atau letakkan disatu tempat yang memang susah untuk dilihat.
- Buka mata dengan tenang. Rasailah ketenangan itu.
Yang berlalu biarkan berlalu. Yang mendatang hadapilah dengan tenang dan matang.
Ps: Thank you for the information En. Roslan. Hope we can share more latter.
Kepada semua sahabat yang disayangi maafkan ak andai terkasar dalam bertutur kata, sesungguhnya kadang kala mulut ini terlezerr dan halalkanlah segala makan dan minum ak jika ada. Terima Kasih kerana sudi menjadi sahabat terbaik ak selama perkenalan kita. Ak bangga mempunyai sahabat seperti kalian.Yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari ak sendiri.
Love you all!
like this sooooooooooo much!!!! :)
ReplyDelete