Tawu mahkota wanita kat ne??
kalo tak tawu tak yah hidop errr..
menyusahkan je..
kalo tak tahu jugak..
sini nak kasi tawu..
RAMBUT..
rambut la mahkota wanita,
kalo mahkota itu cantik,
cantiklah orang itu,
kalo tak.. paham2 jek lew..
tapi tak jugak...
kadang rambot serabot pon..
orang itu maseh nampak cantik..
kenapa ek..??
antara sebabnya ialah..
ini yang aku tawu la ek..
yang sebetol-betolnya jap g kita tengok..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
1. jaga pemakanan..
(semua aku sental..huhuu)
2. senaman..
(bersenam plak aku.. tapi buat krj2 rumah n solat..
kira bersenam la jgak tuh kan..)
3.tidur yang cukup..
(haa.. ini terlebih cukup.. sometime jek err..)
4. tak stress..
(buat tak ader err..huhuu..)
5. tak smoking..
(owhh memang tak pernah)
6. tak minum arak..
(no no no..sentuh pon tidak..tengok aku penah..
sumpah tak tipu!)
7. guna shampoo yang betol..
(aku pon tak tawu betol ke tak..)
8. guna sikat yg spacenye kecik..
(kalo rambot die lurus er..
kalo kinting tak perlu guna sikat..
guna jari pOn bole..hahahaa..)
9.tak perlu shampoo rambot setiap hari..
(e2 lah penyebab rambot cepat rosak..
kadang aku pon tak ikot gak..huhuu..
sekadar tahu..tak guna..)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
setelah rambot aku berpenyakit kronik..
(kronik kerrr?? agak err..huhuu)
baru pandai lak nak g beramah mesra..
dengan orang kedai gunteng rambot..
nak cari tips2 nieh..
haihh.. e2 lah maknusia..
masa senang tak nak cari..
masa susah jek baru nak carik..
ader yang terasa..?
hahaha.. aku agak terasa dengan kata2 ku sndiri..
hahaha.. aku agak terasa dengan kata2 ku sndiri..
MAAF.. dah melalut suda..
sini aku nak share skit ...
apa yang telah aku baca aNd dengar..
dari penasihat2 di luar sana..
cewahhh..!
cewahhh..!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
• Tabiat Mencuci Rambut Setiap Hari
Rambut akan kelihatan sangat cantik dan berkilau ketika minyak semulajadi dari kulit kepala anda menyentuh hujung rambut. Kerana itu lah kebanyakkan pakar rambut menyarankan untuk penjagaan rambut yang baik adalah dengan hanya mencuci rambut 2-3 hari sekali, kerana rambut anda akan kehilangan lembapan sekiranya terlalu kerap di cuci. Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum. Air panas akan mengakibatkan kelembapan asli rambut hilang.
• Tabiat Mencuci Rambut Setiap Hari
Rambut akan kelihatan sangat cantik dan berkilau ketika minyak semulajadi dari kulit kepala anda menyentuh hujung rambut. Kerana itu lah kebanyakkan pakar rambut menyarankan untuk penjagaan rambut yang baik adalah dengan hanya mencuci rambut 2-3 hari sekali, kerana rambut anda akan kehilangan lembapan sekiranya terlalu kerap di cuci. Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum. Air panas akan mengakibatkan kelembapan asli rambut hilang.
• Dawaan Bahawa Menyikat Rambut Membuatkan ia Bersinar
Memang benar.. Namun hanya dengan beberapa kali sikatan sahaja supaya dapat menyegarkan minyak semulajadi dari akar hingga hujung rambut. Jika rambut anda disikat berlebihan pula akan meyebabkan kerosakkan rambut dan rambut mudah patah.
• Sering Mengikat Rambut Di Tempat Yang Sama
Tidak salah mengikat rambut, namun cubalah ubah tempat-tempat ikatan rambut anda dengan menggunakan pengikat yang elastik dan tidak menyebabkan rambut terlekat padanya. Selain itu penjaagan rambut yang baik juga adalah dengan melonggarkan ikatan supaya tidak memberi tekanan kepada akar rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut terputus.
• Mengikat Rambut Menggukan Gelang Getah
Getah sayur? Jangan sesekali melakukan perkara ini walaupun terdesak! ini lah penyebab utama rambut anda terputus.
• Tidak Menjaga Kulit Kepala
Jangan hanya mengambil berat hanya kepada rambut anda, Kulit kepala juga penting diberi perhatian.Urut lembut kulit kepala anda untuk kelancaran peredaran darah. Boleh juga menggunakan serum khusus untuk kulit kepala. Kulit kepala yang sihat membawa pada rambut yang sihat.
• Mengeringkan Rambut dengan Tuala
Perlu diingat! pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu sebelum memakai tudung. Ini bagi mengelakkan rambut bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.
Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok rambut anda dengan kasar!
• Blow Dry atau menggunakan Pelurus Rambut Ketika Rambut Basah
Mengeringkan rambut dengan menggunakan alat pengering rambut adalah tidak digalakkan. Walaubagaimanapun,s ekiranya betul-betul perlu, sebelum melakukan blow, letakkan foam, setting losyen atau volumizer pada rambut supaya ia mudah didandan. Tujuan foam dan setting losyen adalah sebagai lapisan penghadang di antara rambut dan alat pengering rambut. Ia juga berperanan untuk mengelakkan rambut dari mudah rosak akibat terkena bahang panas alat pengering secara terus ke rambut di samping memudahkan rambut dibentuk. Blow dry sepatutnya hanya mengambil masa diantara 20minit dan dengan suhu yang bersesuaian supaya rambut tidak terlalu lama terdedah kepada kepanasan melampau.
• Menghindari Penyembur Rambut
Sebenarnya penyembur rambut mengandungi polimer yang ternyata dapat menjaga kelembapan rambut. Jadi jangan takut untuk menggunakan penyembur rambut. Petua tradisional ada menyatakan bahawa, untuk mengembalikan kesegaran rambut, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali. (Pesanan perkongsian pengalaman penulis: santan sangat memberi kesan yang baik)
• Menggunakan Sikat Yang Tidak Sesuai
Pilihlah sikat yang sesuai untuk jenis rambut anda. Silap-silap boleh mematahkan rambut sahaja. Lebih panjang rambut, lebih diameter sikat yang diperlukan. Bagi menciptakan volume gunakan sikat bundar dan gunakan sikat biasa untuk rambut lembut.
• Menutup Kelumur Bukan Merawat Kelumur
Menggunakan pelambab seperti minyak rambut dan gel bukanlah jalan penyelesaian menutup kelumumur. Kelumur adalah penyakit radang kulit kepala yang tidak berhubung kaitnya dengan kekeringan. Cara rawatan rambut kelumumur adalah dengan menggunakan syampu yang mengandungi saliclic asis zinc, selendium sulfat dan tar untuk mengurangkan kelumumur.
• Makanan Untuk Rambut?
Anda mungkin mengalami masalah rambut jika pemakanan anda tidak mempunyai cukup sesetengah nutrien. Misalnya, rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin, iaitu sejenis nutrien yang didapati dalam kacang-kacang, buah-buahan, tomato dan susu. Kerosakan rambut yang drastik juga boleh berlaku jika anda mempunyai gangguan cara makan, seperti anoreksia atau bulimia. Jadi, makanlah dengan sihat untuk mendapat rambut yang cantik, berkilat dan sihat!
lepas nieh aku kena jaga baik2 lew ambot nie..
sbb aku da belajar banyak gak err sal rambot nie..
cuma color jek aku blom cuba and explore lagi..
huuhuu..
hidup sekali jek kan..
apa salahnye kalo kite cube sekali suda er..
nak merasa..
kalo tak kempunan lak nanti..
sampai sini jek la ek..
see yaa..
kalo da pape yang nak dikongsikan..
comment lew yew...
No comments:
Post a Comment