Dengarkan kata hati adalah novel yang telah ak baca setelah novel "MOMORI BERKASIH" novel ini ditulis oleh IFFA ZALIA terbitan alaf 21, bole tahan jgk cerita die nih... sebenarnya banyak lagi novel2 yang dapat kita lihat di LIST novel nih.. dah siap dengan sinopsis cerita.. if terhengen nk tawu keseluruhan cita.. g jek beli dekat mana2 kedai buku insyaallah ade buku yang kita nak...
kali nih pilihan aku adalah "Dengar Kata Hati". sbb dari sinopsisnye aku terasa adelah sedikit tempiasnya sama dengan ak, so aku teringin nak tawu ape kesudahan cerita ni, thats why buku ni menjadi pilihan aku..
SINOPSIS:
SINOPSIS : DENGAR KATA HATI
HARGA : RM 19.90
ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya.
Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.
Tanpa disangka, Erry hadir semula dalam hidup Allyza untuk membuktikan keikhlasan janji yang pernah dilafazkannya dulu. Gadis itu gembira dengan kehadiran Erry di sisi. Barulah dia tahu bahawa Erry tidak bersalah dalam kejadian hitam yang menghantui dirinya. Kebahagiaan yang diimpikan, tetapi keperitan yang diperolehi. Saban hari dirinya dilukai dan disakiti. Akhirnya dia membawa diri. Allyza redha dengan apa yang bakal terjadi...
No comments:
Post a Comment