Showing posts with label NOVELA. Show all posts
Showing posts with label NOVELA. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Semanis Coklat

Betapa manisnya coklat itu?
makan dulu baru tahu betapa manisnya dia . .
coklat nama lain, rasanya pon lain . .

nak tawu coklat apa yang manis hah! lu belilah semua coklat yang ada . .
then rasalah sendiri mana yg best . .
kerana aku bukan peminat coklat yg tegar. . .

tapi kalo nak dibandingkan ice-cream vanilla dan coklat . .
aku akan pilih coklat yang hitam dari vanilla yang putih . .

kalo nak dipilih cake berperisa vanilla dan coklat . .
sudah tentu cake coklat yang ku pilih . . .

dan kalo nak dibandingkan orang berkulit putih dan berkulit coklat . .
korang rasa mane yang aku akan pilih ??


ok, now bukanlah coklat yang aku nak ceritakan disini . .
ianya adalah tentang sebuah buku . .
tapi bukanlah buku "Cara-cara membuat coklat".
tapi tentang novel yang bertajuk "Semanis coklat".
buku nih baru saja ku habiskan.


Inilah rupa bukunya . .

Penulis :: Rizai Reeani

Sinopsis ::
NAWWAR hanyalah gadis biasa yang ceria. Hidupnya dikelilingi keluarga yang bahagia. Dia tidak pernah gusar akan pandangan orang sekeliling terhadapnya setelah berlaku satu kejadian yang memalukan di sekolah asalkan dia bersama-sama keluarga tersayang. Itu sudah cukup menggembirakannya. Sebagai seorang gadis, sudah tentu ingin merasa bagaimana mencintai dan dicintai. Apabila kali pertama melafazkannya, nyata hasratnya untuk merasa manisnya cinta tidak kesampaian. Dia ditolak mentah-mentah oleh jejaka pilihan hati. Walau apa pun, hidup tetap perlu diteruskan. Dia yakin, lambat-laun, akan ada putera raja siap dengan menunggang kuda akan menjemputnya juga.

“Saya faham, saya tidaklah secantik mana. Namun entah mengapa masih ingin mencuba memikat hati si dia yang nyata lebih tinggi kedudukannya dari saya. Saya lupa sebentar, masakan enggang, sudi terbang bersama-sama pipit,”

TARMIZI atau Ezzy menjadi bintang pujaan di sekolahnya. Ke mana sahaja lelaki itu pergi, pasti menarik perhatian. Dengan wajah persis model dan susuk tubuh ala seorang atlit sukan, memang mencairkan hati gadis-gadis yang melihat. Namun jauh di lubuk hati, dia kesunyian. Ada sepi yang menjalar di segenap urat nadi. Percaya dan mempercayai sukar untuknya. Semua adalah berpunca dari kisah hitam yang tidak mahu langsung dikenang.

“Orang melihat aku punya segala. Namun realitinya, hati aku merana. Bagi mereka hidup aku sempurna. Hakikatnya, kehidupanku tidaklah sebahagia yang mereka fikirkan,”

Persoalan hati dan perasaan memang sukar untuk ditafsir sampi bila-bila. Dalam ketawa ada terselit duka. Dalam ria ada tersulam derita. Hati mengata cinta tapi mulut tidak mengakuinya. Kisah cinta dan suka-duka remaja. Penuh dengan pesona!


mahukan lebih informasi tentang penulis atau tentang buku ini sila click.sini.


p/s:: tawu ke orang kulit ape yang akan aku pilih ? offcouselah cekelat. =)


Monday, November 8, 2010

Semarak~

Semarakkan jiwa mu, semarakkan kasih mu, semarakkan keyakinan mu, semarakkan semarakkan semarakkn . . . ape ak sedang menyeru tu?? mukadimah pon dah start dengan semarak..

sebenarnye nak cite ak da habis bace novel nih haa.. dah lama kan ak tak bace nOvel . . time sebelom ujung2 nk habis sem rajin jugak lah baca novel nih . . sekarang dah hujung sem sOrrylah entah bila laa agaknya kaan . . SEMARAK adalah yang paling lates . . apa yang lates? corak buku macam cOrak lama kan . . memang buku lama pon,, SEMARAK nih buku yang last sekali ak baca buat masa nih . . ini pon pinjam Ishak,, dia seorang lelaki . . dah lama kOt pinjam. . terpaksa habiskan jugak sebab nak pulangkan cepat. .

haaaaaaa . . . Ishak lah lelaki@kawan yang pertama ak jumpa yang kaki novel nih . . ak tak lah kaki sangt . . suka . . mengisi waktu2 kekosoongan@kesunyian@kebosanan . . aku baca 1 noveL pon dekat sebulan . . orang sume bace 2 or 3 hari ja da hbs . . itu maknanya ak adalah seorang yang tidak gemar membaca. . malas2 ak, setidak-tidak gemar ak pOn atlist ada gak baca novel yang tebaL nih kan . . korang ada?? allhamdulillah.. bagus2.. bagi kaki2 novel nih. . mesti jiwangkan orang yang baca nOvel ni . . bagi orang yg keras batu tu pon bole jugak if nk try baca novel tebaL2 nih . . alaa tak banyak pon dlm 5 - 6 ratus page . . sikit je kan . . =)

ini tentang noveL semarak . .


book infO:
Judul : Semarak
Penulis : Lamia Aimal
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
ISBN : 983-893-412-7
Edisi : 2001
Tema : Kehidupan / Romantik
Mukasurat : 492
Kulit Buku : Lembut
Harga : RM 25.90
Kod : NML0022LAAI001LR


Synopsis From Back Cover :
Peritnya mendidik anak bangsa menjadi manusia, perit lagi menahan sakit bila amanah dikhianati manusia-manusia hipokrit. Berbekalkan semangat yang bukan sedikit, diri seringnya dicabar dan tercabar. Lalu tertewaskah dia dengan prinsip sendiri dan menerima salam sayang walau penuh keraguan?

bagi ak cerita nih, dipermulaan macam sedikit bosan, tapi bila dipertengahan cerita dan hampir dipengakhiran cerita . . bestt jee... try laa . . if you all nk baca bole . . gi beli, rasenye dah tak dijual kOt buku nih.. kalo nak juga sila tanya penulis buku ni Lamia Aimal ada stock lagi tak..?? or bole gak if nak nengok buku apa lagi si pengarang nih dah tulis . . bole click disini untuk ke blog beliau.. okey babaii . .


SEMARAkan sifat membaca mu seperti akU~

Monday, August 16, 2010

Lagenda Budak Setan


Akhirnya habis jugak novel yang bertajuk Lagenda Budak Setan..
novel ni dah berabad dah dipasaran..cuma sekarang ja org tercari-cari semula..
disebabkan movie *Lagenda Budak Setan yang baru kelua wayang baru-baru nih..

aku nak tengok movie tapi tak berkesempatan sampai sekarang..dengar dari sahabat2 ku katenya best!

jadi aku hanya berkesempatan baca nOvel jek..untuk mengetahui perjalanan ceritanya..

bagi aku kurang impak nya pada diri aku,,
tapi aku tabik pada hero yang dalam watak cita nih,,
kasyah!
*seorang yang nakal..
*setia..
*tidak mengambil kesempatan..
*baik hati..
*penyayang..
*tabah..
*dan bijak mengambil tindakan..

boleh ke nak dapat orang macam tuh..ada tapi mungkin susah..
mungkin ini hanya khayalan si penulis cerita,,wallahualam.. hanya tuhan saja yang tahu..

so skung sesi mendownload movie
LAGENDA BUDAK SETAN..

taksaba nak nengok..suke!!


ini adalah sinopsis cerita:

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

hope sume pon suke..

Thursday, July 8, 2010

*Dengar Kata Hati*

Dengarkan kata hati adalah novel yang telah ak baca setelah novel "MOMORI BERKASIH" novel ini ditulis oleh IFFA ZALIA terbitan alaf 21, bole tahan jgk cerita die nih... sebenarnya banyak lagi novel2 yang dapat kita lihat di LIST novel nih.. dah siap dengan sinopsis cerita.. if terhengen nk tawu keseluruhan cita.. g jek beli dekat mana2 kedai buku insyaallah ade buku yang kita nak...

kali nih pilihan aku adalah "Dengar Kata Hati". sbb dari sinopsisnye aku terasa adelah sedikit tempiasnya sama dengan ak, so aku teringin nak tawu ape kesudahan cerita ni, thats why buku ni menjadi pilihan aku..

SINOPSIS:
SINOPSIS : DENGAR KATA HATI
HARGA : RM 19.90

ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya.

Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.

Tanpa disangka, Erry hadir semula dalam hidup Allyza untuk membuktikan keikhlasan janji yang pernah dilafazkannya dulu. Gadis itu gembira dengan kehadiran Erry di sisi. Barulah dia tahu bahawa Erry tidak bersalah dalam kejadian hitam yang menghantui dirinya. Kebahagiaan yang diimpikan, tetapi keperitan yang diperolehi. Saban hari dirinya dilukai dan disakiti. Akhirnya dia membawa diri. Allyza redha dengan apa yang bakal terjadi...

Wednesday, June 9, 2010

Memori Berkasih,,


Aku baru sudah selelsai baca novel yang satu nih,,, yang bertajuk "MEMORI BERKASIH" direka or ditulis oleh "YUHANNA ALEEYA". Aku tak kenal pon sapa gerangannya.. yang aku tawu dia lah penulis kepada novel yang aku baru sudah baca nih... KENAPA? kenapa? dan kenapa? aku nk post sal novel nih..?? sbbnya bagi aku cerita dia membuatkan aku "tertanya-tanya" apakah agaknya lepas nih?? rasanya tak saba nak habiskan novel... nak tawu apa ending nya.. dan aku juga hambir2 menitikkan air mata.. hhahaaa.. lawak lak rasa nye cover2 aku bila da tersedut hingus sndiri..(opss! terkotor lak..) nasib baik tak da orang nampak... sbbnye aku curik2 baca masa aku sedang bekerja di bookstor tuh... buku nih pon aku beli dekat bookstor tuh jugak.. ader la diskaun 25% tapi bukanlah guna atas nama aku,,, huhuu... curik supervisor aku punye.... hahaaa... jahat ann,, huhuuu.. kena jagak buat cam tuh cos sv aku tu kedekot orgnya,,, hope die x pat detect aku... huhuureeee... sume nih cadangan si ZizOL lah... but thnkz jiJoL.. kalo tak,tak dapat lah aku diskaun banyak tuh,,, dan ini adalah sinopsis bagi novel nih,,


Alliana Shafika, seorang pembuat kek yang disukai oleh majikannya, Harry. Di balik perasaan suka, timbul sedikit rasa cinta di hati mereka. Namun ia menemui jalan buntu setelah Harry ditunangkan dengan gadis pilihan keluarganya, sahabat zaman persekolahan Fika suatu ketika dahulu.
Risha hilang seorang adik, terpaksa pula jadi mangsa ketamakan keluarga tiri sendiri. Dia menghadapi kematian bapanya sendirian dan terpaksa menghadapi pahit getir hidup di usia muda. Dendam terhadap seorang lelaki yang suatu ketika dahulu pernah disukainya menambahkan lagi beban kehidupannya.

Khairi, pengawas sombong yang amat dibenci oleh Fika. Perasaan marah membuak-buak terhadap pengawas itu sehinggalah kemunculan gadis plastik putih yang perlahan-lahan melembutkan hati Fika. Perlahan-lahan membuka ruang di hati Fika dan perlahan-lahan membenarkan hubungan itu terjalin.

Dhani menyimpan perasaan rindu kepada kakak angkatnya. Dia mendambakan kasih sayang kakak angkatnya dan yang menyimpan perasaaan cinta. Salahkah kalau seorang adik jatuh sayang kepada kakak angkat sendiri? Tidak bagi dia, namun bagaimana pula dengan kakak angkatnya itu?

Siapa Dhani di hati Fika? Siapa pula Khairi untuk Fika? Dan, gadis plastik putih itu… siapa pula dia? Sebuah dendam… adakah harga sudahnya?

ISBN 978-983-3880-50-8
Sem. Malaysia RM20.90
Sabah/Sarawak RM23.90

siapa yang rasa berminat bole laaa pegi beli... and harapan aku, ak nak kumpol seminggu 1 buah novel.. eeemm.. mampukah aku?? insyaallah..