Sunday, July 24, 2011

Talk About Love.

Ehemm.. Hai all, lama ak tak bercerita bercelotehkan? biasalah buzy gile dengan Full Time job, sepanjang cuti ni, bangun tido pergi kerja, balik kerja penat tido sampailah jam kesayang berbunyi mengejutkan ak untuk pergi kerja. Siyes takde life ak. Life ak bila time cuti seminggu sekali tu je. so seminggu sekali je lah ak boleh layan life gila ak bersama kawan-kawan kesayangan. bila tak de kawan-kawan yang nak layan life gila ak. lepak rumah rehatkan diri itu pun more kepada tido huh! kurang feel life kan? Siyes rasa tak moh kerja sampai bila-bila boleh? saya nak jadi student je. ok tak? sbb time jadi student je ak rasa ak bole buat banyak kerja gila and senyum tanpa henti. =)

tapi sepanjang ak kerja kali nih, ak tertekan sangat. siyes ak tak suka kerja kali ini. attcully kerjanya ok, cuma yang tak boleh tahannya perangai perkerja kat situ, yang memang tak sebulu ngn ak, semakin berbulu pulak ak rasa ak kerja situ. dengan sorang yang jenis denkinya. tak boleh tengok ak lebih sikit. dengan yang sorang lagi asyek nak ikot baran die je. semua orang nak di babikannye. so for the first week memang menangis jagak lah untuk ak tahan and biasakan diri dengan keadaan sekeliling. lebih banyak bersabar even orang kianat ak dari belakang. nasib pesanan Acik sentiasa terngiang-ngiang ditelinga

"Sabar ja, biar ja depa nak buat apa pun, kalo depa nak rebut costemer pun biar ja, hang tu nak kerja 2 bulan ja. kalau ada rezeki hang ada ja tu nanti."

terima kasih acik kerana semangat itu, ak yakin rezeki ada dimana-mana, tanpa diduga ia akan ada, apa yang penting sabar dan usaha. dan tak lupa juga pada dia yang selalu mendengar luahan hati sepanjang ak kerja sini. segala tangisan, makian, dan juga kegembiraan ak kaw dengar. terima kasih sayang. terima kasih kerana sentiasa ada memberi sokongan disetiap suka duka ak ketika berperang untuk mengakhiri job ni.

Alhamdulillah berjaya tamatkan jua job ini dengan sokongan family, orang yang menyayangi diri ini, dan sahabat-sahabat terutamanya Fatty yang sama join ak untuk cari kerja dan support ak untuk kerja. banyak benda dia tawu tentang hati yang sekeping ini. thanks beb love you! . tak lupa juga pada Jie, Emira, Lin, Jut, Lan and Sir. yang sentiasa ada untuk melayan otak gila ak semasa cuti time. hehehee . . best selalu ak menyusahkan diorang untuk bersuka ria bersama, untuk ak melupakan, membuang segala tekanan yang menyerang sepanjang kerja nih. siyes ak tak penah rasa tegang urat bila ak bekerja, termasuklah urat kentut ak. huh! mahu melepaskan keluhan lega ketika ini. tersanagt-sangat-sangat lega.

tapi banyak jugak pengalaman ak dapat bila kerja jual accesoriss nih. macam ragam orang yang ak jumpa. bila pikir-pikir balik seronok pulak. cuma ketahan hati dan perasaan serta kawal emosi dalaman dan luaran yang sangat banyak. Iman dan hati maw kena kuat kalo nak kekal lama. kalo tak separuh hari ja dah cabot bai!.

21st July is my last day work at thare. Alhamdulillah . . malam tu jugak naik Genting H. untuk melepaskan segala-galanya. segala letih, bangga, syukur, cinta segalalah. senyum ak kembali terukir puas!


Thanks, Jut, Wa, Jie and Lan kerana sudi on untuk naik genting H.

Akhirnya merasa jua ak naik Genting H pagi-pagi buta on 1am-5am baru turun. this is my first time! before this pergi waktu siang bersama mereka2 sahabat yang tersayang termasuk dengan arwah topeq dulu. dah 2 tahun ak tak pergi genting H rupanya an. sepanjang perjalanan ak kesana memory lama kini kembali. terasa kehilangan sekejap =( . its ok now ak pergi untuk merialisasikan hasrat hati yang baru.

Kali ini merialisasikan tentang cinta diantara kami dengan pasangan masing-masing, bercerita kisah cinta dulu hingga kini, dan dapatkan matlamat dalam cinta untuk diri masing-masing kepada pasangan masing-masing. setiap orang sememangnya mempunyai kisah cinta yang sangat berlainan. ada yang bertukar-tukar. ada yang masih menanti cinta dulu even sudah ada yang sekarang. ada yang sedang tergantung tak bertali. dan ak lebih kepada berahsia. tapi rahsia ak dapat dihidu dengan pengalaman mereka yang sudah lali dengan pahit manis cinta nih. memang hebat. syukurlah even ak masih dengan pendirian ak untuk berahsia tapi ada jugak nasihat untuk ak dalam bercinta ini;

wa say: "you ni jenis yang suka berahsia, okey you ni bahaya sikit, tapi jenis you nih, mesti yang jenis romantik dengan bf you, you nih bertuah bf you terima you seadanya"

aku: "I hope so."

wa say: "if you yang sayang bf you more itu bahaya sikit. you kena kerja keras."

aku: "I thik he love me more."

wa say : "Wah! its good. you are lucky."

ak hanya tersenyum. lalu ak berfikir, memang ak sayang tapi ak tak pandai untuk menyatakan bagai mana ak sayang. berkata ak sayang memang mudah, tapi ak tak pandai meluahkan dari segi perbuatan, gerak tubuh, expresi. ak rasa ak sangat pandai untuk itu. tapi ak mahu simpan supaya ak tidak hanyut dengan perasaan cinta itu sendiri, ak takut ak lemas karam ditengah lautan dan ak menjadi mimpi ngeri untuk ak setiap hari. Tapi seyes ak setia pada apa yang ak ada. dan ak bersyukur kerana ada kamu yang menyayangi ak yang agak susah difahami ini. terima kasih sayang.

Ini pulak pesanan dari letcer yang sentiasa mengambil berat tentang studentnya yang bijak-bijak nakal nih. letcer saya ni bukan sahaja berpengalaman dalam Networking jer. Die pon hebat dalam cinta. biasalah die lebih makan garam dulu dari ak yang baru budak hinggusan dalam urusan cinta nih:


Thanks alot sir. Insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk orang yang saya sayang. =)

Nota: "Cintailah sederhana saja, jika kita mengangkat cinta terlalu tinggi takut jatuh nanti rasanya sangat sakit taw."

Monday, July 11, 2011

Rindu Sama Budak Rempit~

Dear Budak Rempit,

Aku disini rindu sama kamu, kamu yang banyak kerenahnya, suka menangis, gelak ketawa, jalan-jalan, shopping, even beli ikan turut bersama, bila menyanyi "Dadali-Disaat aku mencintai mu" kita alunkan, bila aku makan kamu pun nak jugak, jadi aku suapkan ke mulut mungil mu itu, bila aku tiada didepan mata kamu, berkali-kali kamu ulang memanggel aku, tersenyum aku mendengar bila kamu buat bergitu. Siyes rindu sama suara comel kamu. Mawu kiss kiss kamu banyak-banyak,,

Bila bertemu susah untuk berengang, kemana saja ak da
n kamu, tapi bila kita terpaksa berjauhan, ak terasa air mata ini ingin mengalir tapi ditahan kan saja, tapi kamu sudah pun mengalirkan air mata menangis, aku jadi sayu. Kemana saja pelosok ak pergi mahu saja ak pimpin tangan kamu dan bawa pergi bersama. tapi apakan daya ak, perjungan harus diteruskan demi masa depan ak dan kamu.

Walau berjauhan kita tetap berhubung untuk bertanya khabar. kadang kala masa mencemburui, kerana ak call saja kamu tidur, ak call kamu tiada, ak call kamu tiada ucapan untuk diluahkan, ak tak putus asa untuk call kamu, biar pun setiap hari, kerana ak mahu dengar suara kamu memanggil ak dan kita menyanyi dan kiss kiss bersama.

Kamu terlalu istimewa, hope kamu akan membanggakan ak kelak.. Sayang kamu ketat-ketat. Muah! Muah! tunggu ak balik yaa..

Moto lagi besar pada tuan. Besar nanti boleh la beli satu ya!

Siyess aku rindu dia sampai menitis . .

Tuesday, July 5, 2011

Perhimpunan Haram Akan Berlaku.



Haii, disini ak nak cerita fasal perhimpunan haremm yang bakal berlaku nanti.. Siyess ak memang tak tahu pape pasal perhimpunan nih. Yang ak tawu pergi kerja, buat kerja and balik kerja. kerja.. kerja.. kerja.. itu je yang ak tahu. Tapi sekarang ak sudah tahu pasal perhimpunan ni, mana ak tahu? kerana mereka yang sayangkan ak lah yang kasi tahu.Balik je kerja. Jie : "Dena jumaat sabtu and ahad jangan kelua umah taw. Ada perhimpunan nanti." hah! perhimpunan ape pulak? lantak diorang la diorang nak buat perhimpunan pun, ak nak kelua pegi kerja ja pon, bukan nak pegi join perhimpunan tu. "Perhimpunan nih, perhimpunan haram, perhimpunan yang dirancang ia akan mengancam orang lain jugak, bahaya lew. Sir pon suroh jie ingat kan Dena sebab awak tu selalu balik sorang2 Sir risau kat awak tu je." lol ak kua pegi kerja je, tak kan dalam mall tu pon diorang nak buat kacau? "Maybe lah tak buat kacau dalam mall tu, tapi masa awak kelua nak pegi kerja tu bakan ke awak gune jalan dekat masjid tu? dengar citenye diorang akan start dari situ sampai
dataran semue." huh! nih untuk ape nih diorang nak buat perhimpunan sume nih? ape motif sume nih? mesti fasal politik nih.. dah er politik sume nih ak
paling lemah gemalai, malas gile nak ambek tahu. tapi bende nih sampai nak menyusahkan ak nih, nih yang nak kena ambek tahu jugak nih, "Jumaat sabtu ahad nih jie nak balik Negeri nak ikot tak, Sir kate kalo boleh bawak DEna balik sekali, or kalo boleh Dena pegi je balik Penang." aduh! kalo ak balik penang kang malas lah ak nak balik kL balik,, susah lah cm nih!!

Ok cerita Jie maseh tidak meyakinkan ak untuk percaya akan perhimpunan ini akan diadakan okeyh.

Malanye pule lepak makan sama Jut juge, Jut pon sibok berceritakan pasal perhimpunan nih, ak lagi lah berkedut seribu dahi ak mendengar dan cuba memahami, even ak tak faham! dan kalo boleh ak tak nak faham, ko faham tak! tapi ak kena ambek tahu, tanya itu ini dekat Jut, mampos ko lah , ko nak kate ak bengap ke hape ke, asal ko cite kat ak, tapi sampai akhir ak tak paham jgk! shiitt~
Pesan Jut "Dena baik ko lupekan jap lah ko punye kerja tuh, pegi ambek MC, dudok dalam umah senyap2, sebab perhimpunan nih, bukan RELA and POLIS je yang ada, KOMANDO pon ade! diorang nih bukannye ade perasaan belas kasihan, even ko terlangar diorang sikit pon, ko dah poleh kena makan penampo diorang. diorang kalo nak tembak bila2 masa po
n bole, ko jangan buat main, baik ko hilang gaji dari hilang nyawa" OMG,
OMG, OMG . . ak keliru lagi serabut memikirkan ini semua okey!

Matlamat: Balik nih ak nak research siketlah fasal perhimpunan yang bakal menganggu kehidupan ak nih.

Online 1 : Facebook, kenape eh facebook jadi yang pertama? entahlah pk lah sendiri!
Hah! nih buktinye, Sir Ezra sudah memberi pesanan untuk student2nye yang tersayang termasoklah ak! so ak meseh lagi tak berapa nak percaya, sebab ak tak nampak lagi buktinye, huh! tolong lah, jangan gugat ak cam nih,, kok ye pon nak buat perhimpunan yang akan menyusahkan ak nih, tunggulah ak benti kerja dulu!


Blog online : Kereta Mayat pun bercerita tentang perhimpunan ini! adei memang sudah meluas lah eh benda nih, memang betol-btol akan berlakulah nih eh?


Utusan Malaysia Online : Utusan Online hah! see memang dah tersebar meluas dah kalo perhimpunan dirancang nih, lain jadinye, kalo perhimpunan tak dirancang nih lain jadinye . ~.~'

Ha'ah now keyakinan ak kini memuncak bahawasanya benda ini akan berlaku kelak,, hope sangatSangat benda ini tak akan berlaku! merugikan semua pihak, menyusahkan semua orang, termasok diri anda sendiri, ye ak berkata-kata tanpa berfikir kepada mereka yang inginkan keadilan untuk diri mereka yang nak buat kekecohan, perhimpunan bebagai, siap bom buatan sendiri segala, jagan bom tuh makan diri sendiri sudah, so ak pun nak keadilan untuk diri ak jugak . TOLONGLAH PERGI BERBINCANG BAIK2, AKU TAK SUKA PEPERANGAN ATAU BERMUSUHAN, SETIAP MASALAH PASTI ADA PENYELESAIANNYA, TOLONGLAH FIKIR KERUGIAN YANG AKAN BERLAKU NANTI DAN INGATLAH ANAK-ANAK KECIK YANG MASEH MEMERLUKAN IBU BAPA MEREKA. BERSYUKURLAH KERANA NEGARA KITA SEMANGNYA SUDAH AMAN, KENAPA PERLU ADA PEPERANGAN???

p/s: maaf jika orang yang taka suka berpolitik nih cakap manyak salah!, tapi die nak jugak terjebak dalam politik nih, tanpa di sengajakan. ok bye!