Tajuk ingin menceritakan tentang Hati || Cinta yang sedang sakit || terluka , Hati sakit bagai dipijak-pijak seseorang. Bila Hati sakit mahu sahaja di pijak-pijak semula orang yang menyakiti || yang memijak-mijak Hati itu bukan?. Memang Sakit! Siapa yang belum rasa? Sila angkat kaki!
Kepada mereka yang mengangkat kaki.
*Insyaallah dengan Izin Allah S.W.T , kamu akan ras
a nanti. Berdoalah! (Kalaw naklah!.)
Hey! Si kaki pemijak Hati.
Tahukah kamu, Hati itu hanya ada sekeping?
Tahukah kamu, Hati itu hanya kecil?
Tahukah kamu, Hati itu mudah terkoyak || terguris || tercalar || terluka?
Tahukah kamu, Hati sangat sentitif?
Tahukah kamu, Hati itu perlu dijaga dengan rapi?
Tahukah kamu, Hati bukan barang mainan?
Tahukah kamu, Sekeras-keras Hati ada lembutnya?
Tahukah kamu, Kamu juga mempunyai Hati?
Hati bukanlah barang mainan, Kerana bila Hati terluka, kamu! Si kaki pemijak Hati tak mustahil kamu akan Mati di tangan Sang Hati yang sedang terluka.
Selamatlah kamu jika Sang Hati, dianugarahkan Tuhan Hati yang sungguh kuat && tabah && penyayang && pemaaf, reda dengan ketentuan Ilahi. Walaupun Sang Hati terpaksa menanggung kesakitan yang sangat lama || merawat luka di Hati || menyimpan parut sampai mati.
Aku kagum dengan Sang Hati jenis ini. Insyaallah Tuhan akan menganugerahkan kepada kamu seorang yang sangat pandai menjaga Hati kamu kelak, Percayalah.
Percaya jugalah kamu kepada hukum KARMA, ia akan kembali kepada kamu semula kelak, jika hari ini kamu disakiti oleh Si kaki pemijak Hati, kelak Si kaki pemijak Hati akan bertemu dengan Si comel pemijak Hati juga bila dia sudah mula ingin memiliki Hati Si comel pemijak Hati itu.
Jika itu tak terjadi, maka Tuhan belum mahu menduga kamu, kamu selamat Si kaki pemijak Hati!. Tapi kamu perlu tahu sesiapa pun tak akan terlepas dari menduduki ujian dariNya! Hanya Tuhan saja yang tahu bila dan dimana.
“Kenapa you berceritakan tentang Patah Hati? || Sakit Hati? || Putus Cinta? Untuk entry kali ni? Macam pelik je, sedangkan you bukan berada dialam itu. “ Tanyanya kepada aku.
Ini jawapannya; kerana semua sahabat-sahabat yang sekepala, sehati, dan sejiwa dengan aku, semuanya sedang berpatah hati, setiap hari ada yang mengadu kesakitan, kerana cinta dulu || cinta sekarang || cinta akan datang. Banyak orang banyak kisah cintanya. Aku juga terasa sakitnya || pedihnya kerana aku juga penah rasa apa yang mereka sedang rasa sekarang.
Jujur aku katakan memang ada sahabat sekepala, sehati, dan sejiwa kini jelous dengan keadaan aku kini. Kerana aku ada kamu yang memahami dan menyayangi. Tapi aku tak terus bangga kerana mungkin ini hanya sementara, siapa yang tahu? Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya. Ini adalah rezeki aku, setelah sekian lama aku merasa apa yang korang rasa.
Takpe sayang-sayang ku itu hanya sementara. Kuatkan Hati, Teguhkan Im
an, Insyaallah Tuhan sentiasa memudahkan segala urusan kita diatas bumi ini. Mengadulah padaNya agar Hati Mu tidak akan disakiti lagi.
Note: Aku bukanlah seorang penasihat yang terbaik, tapi aku cuba menjadi penasiha yang baik. Aku juga bukan sahabat yang terbaik, tapi aku cuba menjadi sahabat yang baik. Aku juga bukan kekasih yang terbaik, tapi aku cuba menjadi kekasih yang baik.
No comments:
Post a Comment