Thursday, April 16, 2009

~kEraNa tErlalu~




1. Terlalu lama berdiri
-merosakkan tulang.Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
(tp nk wat cm na kan klau dah keje 2 perlukan berdiri yg lama..haha)






2.Terlalu lama duduk
-Merosakkan lipatan daging.Akan mudah dihinggap penyakit tua.Tubuh badan menjadi kendur.


3.Terlalu lama berjalan
-Merosakkan urat.Dalam pada masa itu haid akan jadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4.Terlalu lama melihat.
-Merosakkan darah.





5.Terlalu banyak tidur
-merosakkan tenaga.Menjadi pemalas.Mudah murung & selalu berangan-angan.Mudah dijangkiti kemandulan.




6.Terlalu riang/gembira.
-Merosakkan usus.


7.Terlalu kerap marah.
-Merosakkan hati.Cepat kelihatan tua.



8.Terlalu banyak berfikir
-Merosakkan limpa.Kulit muka cepat berkedut.Haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan.Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.


9.Terlalu banyak bersedih
- merosakkan jantung.

10.Terlalu merana
-merosakkan paru-paru.

11.Terlalu takut
-merosakkan ginjal.pabila fungsi ginjal terjejas,boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12.Terlalu kerap terkejut
-merosakkan pundi hempedu.Gejala pening kepala kerap dialami.Haid jadi tidak menentu dan pendarahan yang tekadang terlalu banyak.


13.Terlalu banyak makan
-Merosakkan pencernaan.Mudah mengalami keletihan,malas dan selalu mengantuk.

14.Terlalu banyak minuman berais
-Merosakkan otot dan lambung.Berat badan meningkat.Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.


15.Terlalu banyak masa lapang.-merosakkan fikiran.Kelapangan masa terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa,kecuali masa lapang diisi denagn aktiviti hidup yang positif.

Wednesday, April 15, 2009

~akU sAgitArius~

ini hanyalah ramalan semata-mata.. kalo korang nak caya, cayalah... taknak pon tak pe...
ini just suka2.. bagi ak ianya boleh membuatkan kita tahu kelebihan dan kekurangan kita..
so tak salah kalau kita membacanyakan..

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.



khas untuk orang2 "SAGITARUS" mcm ak..

Umum: Ada sukses setelah melewati kesulitan. Akhir bulan lebih baik. Gunakan otak dan akal untuk hasil yang baik. Kewangan berkembang. Sabar dan semangatlah. Jangan ambil hutang jika boleh. Ada pengeluaran untuk masalah kesehatan. Ada perkara menyenangkan. Kerja keras dan jaduwal padat. Ada perselisihan dengan saudara. Invest di properti menguntungkan. Ibu mendukung. Minat menyumbang menurun. Pelajar harus lebih giat. Hindari berfikir negatif pada pasangan. Ada ketakpuasan pada anak. Rumah tangga tak harmonis, hindari berdebat dengan pasangan. Kesehatan baik. Minat pada agama meningkat. Wang yang hilang akan kembali dalam bisnis.

Asmara: Jika sabar dan pantang menyerah, akan mendatangkan hasil baik...

Hari Tidak Beruntung: 10,11,19,20

Hubungan dengan Zodiac lain:
Cocok: Aries, Leo, Libra, Aquarius
Perasaan kompleks: Gemini, Sagittarius
Hubungan aneh: Virgo, Pisces
Tidak cocok: Taurus, Cancer, Scorpio, Capricorn

Tuesday, April 14, 2009

~time sHoot~

sume gamba2 nie masa kat tempat pegambaran:-

diorang nie sume ni adelah budak skola yang bermasalah.. yang tengah tu ketuanye..




sume org dapat makan "ice-cream free" gangster pon layan gak... eemmm sodap...


aku pon salah seorg ahli gang ni gak... bila dah pakai baju sekola nie.. rindu lak ak nak g skola... tp apakan daya, ak bukan lagi budak skola...


inilah direktor ak yang agak sengaL.. die sporting gile... tak da banyak masalah pon untuk kerjasama dengan dia...


ini adalah salah satu babak dalam short filem nie.. aksi pukul memukul...

tunggu cite nie siap taw...
nnti bole tengok sesama taw...
bulan 5 nie taw...
jagan tak taw...
ngeee...



Saturday, April 11, 2009

~sHoot Start~


sabtu 11/04/2009 bermulanya pergambaran short filem aku yang pertama, yang bertajuk "DIELADALILA" aku kembali berpakaian sekolah setelah 3 tahun meninggalkan zaman persekolahan. rindu ya amat ak zaman sekolah and kawan2 aku zaman sekolah...
peranan aku dalam cerita ni adalah sebagai "DIELA" iaitu watak seorg budak remaja yang asalnya baik budi pekerti, hormat terhadap org tua... dan sekarang perwatakkan Diela telah berubah menjadi seorng budak yang bermasalah, bercampur dengan budak2 yang suke ponteng sekolah, merokok dan sebagainya... so kalo nak tawu bagaimana hebat and tak hebatnya ak belakon, tunggu lah sampai short filem pertama yang bakal aku lakonkan ni siap ya... doakan aku supaya feel ak dalam cerita ni menjadi... amin...

Wednesday, April 8, 2009

~kerja~kerja~kerja~

hemmmm.... banyak jek kerja aku minggu nie...
sape yang nak tolong buatkan semua asigment aku ni??
semua persoalan ini ada jawapan pada diri sendiri...
ianya ialah...
kalo rajin n sunguh2 mesti bole siap...
kalo malas n banyak alasan bile mau siapkan..??
heheheeee...
kalo ader sesape nak kasi cadangan lagi...
silakan lah..
jagan malu2 nak comment ya...
selamat pagiii....