Thursday, July 8, 2010

*Dengar Kata Hati*

Dengarkan kata hati adalah novel yang telah ak baca setelah novel "MOMORI BERKASIH" novel ini ditulis oleh IFFA ZALIA terbitan alaf 21, bole tahan jgk cerita die nih... sebenarnya banyak lagi novel2 yang dapat kita lihat di LIST novel nih.. dah siap dengan sinopsis cerita.. if terhengen nk tawu keseluruhan cita.. g jek beli dekat mana2 kedai buku insyaallah ade buku yang kita nak...

kali nih pilihan aku adalah "Dengar Kata Hati". sbb dari sinopsisnye aku terasa adelah sedikit tempiasnya sama dengan ak, so aku teringin nak tawu ape kesudahan cerita ni, thats why buku ni menjadi pilihan aku..

SINOPSIS:
SINOPSIS : DENGAR KATA HATI
HARGA : RM 19.90

ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya.

Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.

Tanpa disangka, Erry hadir semula dalam hidup Allyza untuk membuktikan keikhlasan janji yang pernah dilafazkannya dulu. Gadis itu gembira dengan kehadiran Erry di sisi. Barulah dia tahu bahawa Erry tidak bersalah dalam kejadian hitam yang menghantui dirinya. Kebahagiaan yang diimpikan, tetapi keperitan yang diperolehi. Saban hari dirinya dilukai dan disakiti. Akhirnya dia membawa diri. Allyza redha dengan apa yang bakal terjadi...

Wednesday, July 7, 2010

*WorldCup*

WorldCup 2010 kali nih~
yang sentiasa diadakan 4 tahun sekali...
jiwa aku tercabar untuk menyokong salah 1 kumpulan yang ada...
kini~~


ARGINTINA menjadi pilihan hati..
dan~

Messi menjadi perhatian aku~
MessI oh Messi gOod luck!

Diakhir cerita tewas jua ARGINTINA ditangan GERMENy
4-0 oh! no!! gigit jari! kecewa! hampa! geram! retak! pecah bedarai!
BoM! jadilah Coco Crunch! (back to the track)
semua perasaan -tive yang ada timbul serentak..
bila menyaksikannya dikala itu...
setelah hancur luluh sudah hati ini bila dikecewakan...
SPAIN menjadi pilihan untuk menuntut bela atas keretakan hati ini..
Akhirnya spain berjaya!
mengubat hati ini..
dia telah mengalahkan GERMENy..
dan sekali gus menjadi "the WINNER!".
thas cool haa!

Befday Party for April

Sorry sebab terlambat post cerita pasal orang2 penting yang lahir pada bulan April nih...
tapi apa pon terjadi nk jgk ak postkan sweet memory nih...
antara sebab2 yang tidak dapat untuk aku postkan cerita nih kerana:

1st : aku sibunk mencari kerja dan bekerja..
2nd: gambar2 hari party nih takda dengan aku...
3rd: tenet mcm cipsmore...

dan antara aktiviti yang dilakukan pada petang 1 may 2010.
menjemput seramai 15 orang tahfiz untuk bacaan yasin dan doa selamat.
dan sedikit jamuan ringan.

dimalam hari selepas maghrib sesi memotong kek..
haa.. 4 orang nih punya befday laaa....
angah, anak sedara kak erna, nurul dan fatin..
semoga panjang umor dan dimurahkan rezeki...


aaiikkk... budak kecik!!
die pon melaram jugak...dah mcm befday die plak...
Iman,, befday cayunk same bulan ngn acu errr...
sibok jek nk melaram jugak,,,
baju die nih dari " Lovely Lace"
nice kan.. pakngah die yang belikan.. sbb nak kasi Iman nampak vOge!
memang Voge! tapi hanya 1jam..
lepas tuh mengamok kerimasan....


tengok lah riakmuka angah ak nih...
lawak gile... die yang excited nak buka benda tuh,,,,
die lak yang tekezut dengan bunyi Pom!! itu...
angah relex... hahahaaaa...

akhir sekali kami bertopeng..
tadaaa...

Happy ya!!!!!!!!


Wednesday, June 9, 2010

*Fobia Cinta*

Kali nih aku postkan lagu yang tak pernah disiarkan dimana-mana pon lagi...
kecuali "YouTube" and "Nasrin fB" jek.. tapi mesti ramai yang tertanya-tnya..
Nasrin?? sape tuh?? artis ke?? tak pernah dengar pOon..

Yup.. memang pOn dia seorang artis.. tapi dia tak berapa terkenal pon,, tak macam Mawi, Adam, Stacy sume tuh.. bagi yang selalu mengikuti program rialiti tV.. iaitu mayStar LG,, mesti mengenali beliau.. and honestly ak pon tak tengok MyStar LG tuh.. setelah diajak oleh sahabat baik ku suatu ketika dulu, untuk joind konsert akhir beliau.. but sorry ak tak dapat joind err.. cos ada masalah tertntu...
so I just know from them,,, it's ok lah kan.. maybe one day ak akn jumpa jgk ngn Wan kan..

and the end ak jumpa jgk dgn Wan nih at Qb penang.. thankz for my friend Fauzan,, cos ketemukan gue dngn die ya.. even die bkn lah seorng yang sangat terkenal.. ak tetap rasa bertuah sbb ada lah jgk kawan yg bergelar seorang artis.. haa'a lupa lak nk bergamba mase first time jumpa awituh kan.. emm.. maybe next time lah,, nnti ak tangkap gamba bebanyak,,, and 1 jep ak letak dlm blog nih... hikhikk.. ape2 je lah dena...and one more think.. dengar cite ader lagu yang lagi best dari nih, coming soon katenye... so just wait lah!

bukan ak nak membanggakan akan seorg kawan artis nih.. tapi just nk kasi tawu ak agak sedikit teruja dengan keadan nih,, but this is my first time in mylife.. rasanya tak salah kann? and for Wan I hope u will success in your life and carer ya.. and enjoy first song Wan Nasrin = "Fobia Cinta".

Memori Berkasih,,


Aku baru sudah selelsai baca novel yang satu nih,,, yang bertajuk "MEMORI BERKASIH" direka or ditulis oleh "YUHANNA ALEEYA". Aku tak kenal pon sapa gerangannya.. yang aku tawu dia lah penulis kepada novel yang aku baru sudah baca nih... KENAPA? kenapa? dan kenapa? aku nk post sal novel nih..?? sbbnya bagi aku cerita dia membuatkan aku "tertanya-tanya" apakah agaknya lepas nih?? rasanya tak saba nak habiskan novel... nak tawu apa ending nya.. dan aku juga hambir2 menitikkan air mata.. hhahaaa.. lawak lak rasa nye cover2 aku bila da tersedut hingus sndiri..(opss! terkotor lak..) nasib baik tak da orang nampak... sbbnye aku curik2 baca masa aku sedang bekerja di bookstor tuh... buku nih pon aku beli dekat bookstor tuh jugak.. ader la diskaun 25% tapi bukanlah guna atas nama aku,,, huhuu... curik supervisor aku punye.... hahaaa... jahat ann,, huhuuu.. kena jagak buat cam tuh cos sv aku tu kedekot orgnya,,, hope die x pat detect aku... huhuureeee... sume nih cadangan si ZizOL lah... but thnkz jiJoL.. kalo tak,tak dapat lah aku diskaun banyak tuh,,, dan ini adalah sinopsis bagi novel nih,,


Alliana Shafika, seorang pembuat kek yang disukai oleh majikannya, Harry. Di balik perasaan suka, timbul sedikit rasa cinta di hati mereka. Namun ia menemui jalan buntu setelah Harry ditunangkan dengan gadis pilihan keluarganya, sahabat zaman persekolahan Fika suatu ketika dahulu.
Risha hilang seorang adik, terpaksa pula jadi mangsa ketamakan keluarga tiri sendiri. Dia menghadapi kematian bapanya sendirian dan terpaksa menghadapi pahit getir hidup di usia muda. Dendam terhadap seorang lelaki yang suatu ketika dahulu pernah disukainya menambahkan lagi beban kehidupannya.

Khairi, pengawas sombong yang amat dibenci oleh Fika. Perasaan marah membuak-buak terhadap pengawas itu sehinggalah kemunculan gadis plastik putih yang perlahan-lahan melembutkan hati Fika. Perlahan-lahan membuka ruang di hati Fika dan perlahan-lahan membenarkan hubungan itu terjalin.

Dhani menyimpan perasaan rindu kepada kakak angkatnya. Dia mendambakan kasih sayang kakak angkatnya dan yang menyimpan perasaaan cinta. Salahkah kalau seorang adik jatuh sayang kepada kakak angkat sendiri? Tidak bagi dia, namun bagaimana pula dengan kakak angkatnya itu?

Siapa Dhani di hati Fika? Siapa pula Khairi untuk Fika? Dan, gadis plastik putih itu… siapa pula dia? Sebuah dendam… adakah harga sudahnya?

ISBN 978-983-3880-50-8
Sem. Malaysia RM20.90
Sabah/Sarawak RM23.90

siapa yang rasa berminat bole laaa pegi beli... and harapan aku, ak nak kumpol seminggu 1 buah novel.. eeemm.. mampukah aku?? insyaallah..