Wednesday, April 29, 2009

~disEbAlik tAbiR~

short filem
"DIELADALILA"
Ini adalah cerita2 disebalik tabir short filem arahan
"NasrulHakeem"

yang dilakonkan oleh:-
"AmAr" = abg dieLa
"AmY" = bUdak sekOlaH n mAmA or Dalila
"eL" = oRg kAya or bOyfreN DaLila
"AzAn" = ketUa gEngstEr
"ApiT" =gEngsTer 2
"dIAnA" = diEla
"oNie" = ayAh dieLa
"fAriD" =gEngSter 3
"AdiE" =gEngSter 4




creW2 yang terlibat:-
"nasrulHakeem"=pengarah & idea asal & penyunting
"farissHedi"=ast & pengarah seni & olahan
"aimAnKhair"=penerbit bersekutu & bunyi
"kAmiLKahar"= papan cerita & kesan khas & pengarah seni
"fuad"= pembantu produksi


penerbit:cemetionteam
muzik:cetemionrians





klik sini kalo nak tengok video disebalik tabir
http://nasrulhakeem.cemetion.com/dieladalila.html

kasi comment2 yang baik2 taw.. ak dengan sedaya upayanya buat yang terbaik dalam cita nie..tp bagi ak, dalam cerita nie ak maseh belum cukup baik, dari expresi muka dan percakapan ak... ak maseh perlu banyak belajar utuk lakukan lebih baik dari ni.. ak yakin ak boleh buat lebih baik.. e2 pon kalo ak maseh berpeluang macam ni... kalo tak ini saja lah peluang ak.. lagi pon ak tak perlu kesal dan cerita ni pon da hampir siap.. so tengok je la hasil nya nnti...

disini ak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua crew2 yang terlibat sebab beri ak peluang dan kepercayan utuk ak lakonkan cerita ini... ak juga rasa gembira sebabnya impian ak utuk merasa menjadi seorg pelakon tercapai... walaupon hanya pelakon tambahan... tapi dalam cerita nie ak diberi watak utama, syukurrr.. alhamdulillah... dan kepada semua pelakon2 thnkz bebanyak sebab korang pon dapat support cerita ni dengan baik... korang belakon memang best... tampa korang tak terhasillah cerita nie kan abg nas...huhuu.. sampai sini jelah dulu ek.. jumpa lagii....

Tuesday, April 28, 2009

~mAsA utK b'tEka-tEki~

ini adalah gambar dua dimensi,
kalo korang sume bole jawab,
korang ada ciri2 seorang anak seni dan seorang yang berfikiran kreatif.
meh kita test..
tips: cari 2 maksud/2 gambar/2 rupa dalam setiap 1 gamabr..

GAMBAR 1
GAMBAR 2
GAMBAR 3

GAMBAR 4
GAMBAR 5
ha..cam mane ngn gambar2 tu bole jawab..??
kalo bole alhamdulillah...
kalo tak bole tanya sesapa yang dapat nampak gambar 2 dimensi ni ya..
all the best..









Thursday, April 23, 2009

~hAppY bEfdaY ApriL~

HAPPY BEFDAY! kepada semua yang telah dilahirkan pada bulan april ni, ak nak ucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. antara org2 yang befday nya bulan april ialah,
*#* abg akU (aNgah)= 23hb/04
*#* anak sedara akU (fAtin)=24hb/04
*#* anak sedara akU (nUruL)=14hb/04
*#* kawan akU (aZni)=13hb/04
*#* kawan akU (amY)=25hb/04
*#*hemm da tak ingat da...

ini ja yang mampu ak ingat, kalo yang mana ak tak ingat tu jagan kecik hati la ya.. nnti korang kasi tawu ak befday korang bila.. nnti ak edit semula post ni and letak nama korang gak.. e2 pon kalo nak inteprem gak errr... heheee.. tak pe ak hadiahkan ruang ni tok org yang lahir bulan 4 nie jek... yang lain tunggu err bulan korang lak ya...



~uNtuKmu leLaki~

KISAH AWAN BIRU...
Tersebut la kisah ade satu tempat ajaib yg dinamakan awan biru.. kisah awan biru ni camni..kat dalam ni ade la benda yang menarik…. orang cakap kat awan biru ni ade lelaki handsome n pompuan cantik… sape2 yg masuk ke tempat ajaib ni akan dapat nengok lelaki/pompuan idaman diorang..
tapi masalahnya dah masuk kita tak boleh pegang awan biru ni.. sape2 yg terpegang awan biru.. akan dapat jodoh yg hodoh.. suatu hari tu ade tiga org budak lelaki ni gi tempat awan biru tu.. katekan la yg tiga org tu aku, usin dan ko yg tengah baca cite ni.. mula2 usin masuk.. pastu aku masuk.. kemudian ko yg masuk.. masa usin jalan2 dia nak terjatuh.. lalu terpegang awan biru.. aku pun gelak la pasal usin akan kawin ngan pompuan hodoh..
masa time aku gelak tu.. aku pun nak terjatuh jugak.. aku pun terus berpaut kat awan biru.. ah! sudah! aku ngan usin akan dapat pompuan hodoh la nampaknye.. kemudian giliran ko pulak yg lalu kat area tu.. tapi suma ok.. ko selamat.. ko tak pegang pun awan biru.. ok abis cite pasal awan biru..
seminggu lepas tu.. kite pun berpakat utk berkumpul kat kedai makan.. aku ngan usin pun bawak bini masing2.. bini yg hodoh.. nak buat camne.. dah memang kena kawin ngan org hodoh.. tiba2 ko datang.. bawak bini..
fulamak!! ko kawin ngan siti nurhaliza!!!!! perrghh!!! aku pun tanya la ko camne ko bleh kawin ngan siti.. tak sempat ko jawab.. siti bagitau yg dia pun pegi kat tempat awan biru tu.. dan dia pun terpegang awan biru.. pasal tu dia dapat ko! hehehehee…
Hodoh betul …. ko ni yek??


>>heheee, jgn mara nnti cepat tua...
>>kira bertuah gak tu an...
>>kalo da jodoh, terima je la kan...

Wednesday, April 22, 2009

~pEmbEsarAn buah dAda~

firstly, ak nak kasi tawu... sebenarnya ak malu nak postkan cerita ni... dia berkaitan dengan perempuan, korang pon tawu apa tajuknyakan.. da malu da ak nie... tapi dalam malu2 ak ni, nak jugak ak post cita ni, tak kire, nak jugak.... Tak perlu la aku jelaskan apa itu buah dada kan? sendiri mau kaji la, tak pun buka la buku sains sekolah menengah. jangan buka video bukan - bukan dah la ek. Ikuti la saat - saat mencemaskan pembesaran buah dada di bawah ini.. sebarang kemusykilan, boleh anda tinggalkan di ruangan komen ye!












ini lah hasilnya setelah proses pembesaran buah dada selesai... cantek ka tu..???
huhh!! macam2 dah jadi dalam dunia ni.. benda yang tak seatutnya terjadi dah pon terjadi..

dan benda yang kita tak jangka akan berlaku pon dah berlaku... korang tawu ke apakah tanda2 semua ni..?? sanggup jugak kew korang buat benda2 macam nie... ak harap takda la mana2 kawan ak yang sanggup sakit semata-mata benda2 macam nie... tak sanggup ak tenggok...
tapi ak terpaksa tengok sebab ak nak share ngn korang, and ak tertengok masa ak nak cari bahan yang bole ak postkan kat sini... so inilah yang ak jumpa.. ak harap korang bole la pk mana yang baik.. ak rasa korang pon tak sanggup nak buat cam nie gak an...
aahhh... da pening da ak tengok benda nie... okey lah daaaaaarrr...

Tuesday, April 21, 2009

~sifAt wAnitA meLalui UnsUr~

~ WANITA TANAH ~
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

~WANITA API~
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

~ WANITA ANGIN ~
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

~ WANITA AIR ~
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

*bagi pendapat ak, unsur2 ni bukan hanya utuk wanita saja, untuk lelaki pon boleh rasanya.. so bagi lelaki yang baca tentang bab ni.. korang rasalah sendiri ada tak pesamaan ngan korang.. nak ak tolong rasakan ke..huhuhuu.. takyah la.. sebabnya ak bukannya pandai nak rasa2 hati org nie.. ak sendiri pon tak reti nak rasa diri ak cam mane.. sbb tu la ak suka post benda2 cm nie.. nanti ak bole tawu ak ni jenis yang macam mana org nya.. and ak nak share ngan korang2 sume gak...

~uNtukMu wAnitA~

~ NASIHAT UNTUK WANITA ~
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Sunday, April 19, 2009

~testing "DielaDalila"~










ini adalah testing bagi cerita "DIELADALILA", kalo nak tengok lagi tunggu la...
sebnanya ak yang tak saba2 nak tengok cita nie siap... bile da tengok muke sendiri mcm malu pon ada gak...ak harap sngt muka ak betol2 feel and menjadi dalam cita nie...

Friday, April 17, 2009

~viDio cLip insOmnia~



inilah hasil dari percubaan pertama ak dalam menceburi bidang pegambaran,macam lawak jek..heheheeee..

~Rahsia Mata Wanita~



Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Mata juga mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata….


SAIZ MATA KECIL
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


SAIZ MATA SEDERHANA
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

MATA SELALU BERKEDIP
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

MATA CENGKUNG
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

MATA REDUP
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hatitidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

ak harap mata ak ni tergolong dari bentuk mata yang baik2 sket la...
heheheee... sebab ak ni baik gak sket org nye... weaaakk!! pasan boleh ak nie...
ape2 je lah... rahsia mata nie ak terjumpa dalam tenet ni ha... ak x pasti la pulak btol ke tak...
kalo korang nak tawu bole test sendr dekat akak korang ke mak ke awek ke, sesape je lah..
pasni ak nak g test err...huhuu.. kita test sesama ya..!!

untuk kaum hawa:- semoga mata korang juga tergolong dalam golongan yang baik2.. tp walau bagaimana sekalipon mata korang, korang tetap cantik and baik dimata boyfwen or husband korang, so dont wory ya..
untuk kaun adam:- pilih lah pasangan yang mempu buat anda bahagia...

Thursday, April 16, 2009

~kEraNa tErlalu~




1. Terlalu lama berdiri
-merosakkan tulang.Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
(tp nk wat cm na kan klau dah keje 2 perlukan berdiri yg lama..haha)






2.Terlalu lama duduk
-Merosakkan lipatan daging.Akan mudah dihinggap penyakit tua.Tubuh badan menjadi kendur.


3.Terlalu lama berjalan
-Merosakkan urat.Dalam pada masa itu haid akan jadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4.Terlalu lama melihat.
-Merosakkan darah.





5.Terlalu banyak tidur
-merosakkan tenaga.Menjadi pemalas.Mudah murung & selalu berangan-angan.Mudah dijangkiti kemandulan.




6.Terlalu riang/gembira.
-Merosakkan usus.


7.Terlalu kerap marah.
-Merosakkan hati.Cepat kelihatan tua.



8.Terlalu banyak berfikir
-Merosakkan limpa.Kulit muka cepat berkedut.Haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan.Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.


9.Terlalu banyak bersedih
- merosakkan jantung.

10.Terlalu merana
-merosakkan paru-paru.

11.Terlalu takut
-merosakkan ginjal.pabila fungsi ginjal terjejas,boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12.Terlalu kerap terkejut
-merosakkan pundi hempedu.Gejala pening kepala kerap dialami.Haid jadi tidak menentu dan pendarahan yang tekadang terlalu banyak.


13.Terlalu banyak makan
-Merosakkan pencernaan.Mudah mengalami keletihan,malas dan selalu mengantuk.

14.Terlalu banyak minuman berais
-Merosakkan otot dan lambung.Berat badan meningkat.Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.


15.Terlalu banyak masa lapang.-merosakkan fikiran.Kelapangan masa terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa,kecuali masa lapang diisi denagn aktiviti hidup yang positif.

Wednesday, April 15, 2009

~akU sAgitArius~

ini hanyalah ramalan semata-mata.. kalo korang nak caya, cayalah... taknak pon tak pe...
ini just suka2.. bagi ak ianya boleh membuatkan kita tahu kelebihan dan kekurangan kita..
so tak salah kalau kita membacanyakan..

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia.
Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga.
Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini.
Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman.
Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.



khas untuk orang2 "SAGITARUS" mcm ak..

Umum: Ada sukses setelah melewati kesulitan. Akhir bulan lebih baik. Gunakan otak dan akal untuk hasil yang baik. Kewangan berkembang. Sabar dan semangatlah. Jangan ambil hutang jika boleh. Ada pengeluaran untuk masalah kesehatan. Ada perkara menyenangkan. Kerja keras dan jaduwal padat. Ada perselisihan dengan saudara. Invest di properti menguntungkan. Ibu mendukung. Minat menyumbang menurun. Pelajar harus lebih giat. Hindari berfikir negatif pada pasangan. Ada ketakpuasan pada anak. Rumah tangga tak harmonis, hindari berdebat dengan pasangan. Kesehatan baik. Minat pada agama meningkat. Wang yang hilang akan kembali dalam bisnis.

Asmara: Jika sabar dan pantang menyerah, akan mendatangkan hasil baik...

Hari Tidak Beruntung: 10,11,19,20

Hubungan dengan Zodiac lain:
Cocok: Aries, Leo, Libra, Aquarius
Perasaan kompleks: Gemini, Sagittarius
Hubungan aneh: Virgo, Pisces
Tidak cocok: Taurus, Cancer, Scorpio, Capricorn

Tuesday, April 14, 2009

~time sHoot~

sume gamba2 nie masa kat tempat pegambaran:-

diorang nie sume ni adelah budak skola yang bermasalah.. yang tengah tu ketuanye..




sume org dapat makan "ice-cream free" gangster pon layan gak... eemmm sodap...


aku pon salah seorg ahli gang ni gak... bila dah pakai baju sekola nie.. rindu lak ak nak g skola... tp apakan daya, ak bukan lagi budak skola...


inilah direktor ak yang agak sengaL.. die sporting gile... tak da banyak masalah pon untuk kerjasama dengan dia...


ini adalah salah satu babak dalam short filem nie.. aksi pukul memukul...

tunggu cite nie siap taw...
nnti bole tengok sesama taw...
bulan 5 nie taw...
jagan tak taw...
ngeee...



Saturday, April 11, 2009

~sHoot Start~


sabtu 11/04/2009 bermulanya pergambaran short filem aku yang pertama, yang bertajuk "DIELADALILA" aku kembali berpakaian sekolah setelah 3 tahun meninggalkan zaman persekolahan. rindu ya amat ak zaman sekolah and kawan2 aku zaman sekolah...
peranan aku dalam cerita ni adalah sebagai "DIELA" iaitu watak seorg budak remaja yang asalnya baik budi pekerti, hormat terhadap org tua... dan sekarang perwatakkan Diela telah berubah menjadi seorng budak yang bermasalah, bercampur dengan budak2 yang suke ponteng sekolah, merokok dan sebagainya... so kalo nak tawu bagaimana hebat and tak hebatnya ak belakon, tunggu lah sampai short filem pertama yang bakal aku lakonkan ni siap ya... doakan aku supaya feel ak dalam cerita ni menjadi... amin...

Wednesday, April 8, 2009

~kerja~kerja~kerja~

hemmmm.... banyak jek kerja aku minggu nie...
sape yang nak tolong buatkan semua asigment aku ni??
semua persoalan ini ada jawapan pada diri sendiri...
ianya ialah...
kalo rajin n sunguh2 mesti bole siap...
kalo malas n banyak alasan bile mau siapkan..??
heheheeee...
kalo ader sesape nak kasi cadangan lagi...
silakan lah..
jagan malu2 nak comment ya...
selamat pagiii....