Monday, August 23, 2010

L♥Ve stOry














This is one of the cute story..

Girl: i cantik tak?

Boy: tak.

Girl: u nak hidup bersama i tak?

Boy: tak.


Girl: u akan menangis kalo i tinggalkan u tak?
Boy: tak.


Girl mula menangis, boy tarik rapat girl dan kata.


Boy: u tak cantik tapi YANG TERCANTIK. i tak hidup dengan u tapi i hidup untuk u, if u tinggalkan i, i tak akan menangis tapi, tapi i akan Mati.

Girl pon mula senyum dan tenang...

Monday, August 16, 2010

Lagenda Budak Setan


Akhirnya habis jugak novel yang bertajuk Lagenda Budak Setan..
novel ni dah berabad dah dipasaran..cuma sekarang ja org tercari-cari semula..
disebabkan movie *Lagenda Budak Setan yang baru kelua wayang baru-baru nih..

aku nak tengok movie tapi tak berkesempatan sampai sekarang..dengar dari sahabat2 ku katenya best!

jadi aku hanya berkesempatan baca nOvel jek..untuk mengetahui perjalanan ceritanya..

bagi aku kurang impak nya pada diri aku,,
tapi aku tabik pada hero yang dalam watak cita nih,,
kasyah!
*seorang yang nakal..
*setia..
*tidak mengambil kesempatan..
*baik hati..
*penyayang..
*tabah..
*dan bijak mengambil tindakan..

boleh ke nak dapat orang macam tuh..ada tapi mungkin susah..
mungkin ini hanya khayalan si penulis cerita,,wallahualam.. hanya tuhan saja yang tahu..

so skung sesi mendownload movie
LAGENDA BUDAK SETAN..

taksaba nak nengok..suke!!


ini adalah sinopsis cerita:

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

hope sume pon suke..

Thursday, August 12, 2010

Kini RAMADAN tiba!!


Salam Ramadan buat semua...
haa! tawu tak time table ape kat atas nih??
aku pasti semua yang membaca adalah orang2 yang bijak pandai...
ya! time bebuka puasa bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
kenapa Kuala Lumpur?
kenapa tak Penang?

sebab sekarang nih aku kat Kuala yang penuh Lumpur nih..
huhuu.. marah kang org2 kL nnti.. sorry ya org2 kL..

Semua mesti tak sabar2 nak menantikan masa berbuka kan..??
so aku tolong semua temasuk diri aku sendiri..
untuk tawu waktu berbuka dan menghitung waktu berbuka...
hikhikkk... yang bold tuh penting...

hari first puasa aku bebuka dengan Angah and Kak Erna.
sebab kat kL nih hanya kami je keluarga yang paling rapat.
family nun jauh di Penang.
so tak mampu untuk berbuka bersama..
jadi mereka pon da cukup bagi aku..

Lawak pulak nengok Angah and Kak Erna asyek tnye..
*pukul berapa buka hari ni.
*dah pukul berapa nih..
*owwh.. lambat lagi nih..
*kalo tawu nih g pasar ramadan lambat sikit pon tak pe tadi..
*aii.. tak bole tahan dah nih...
dan macam2 lagi yang dizikirkannya..
hikhikkk.. lawak2..

Ape2 pon samalah kita memanfaatkan bulan yang mulia nih ya!
jangan curik2 makan.. kalo dapat cuti wajib bayar..
pon jangan disiasiakan cuti yang diberi kay..
sama2 lah juga kita menghitung waktu untuk berbuka..
SELAMAt BERPUASA..

Salam Ramadan
Nonena Namilah

Monday, August 9, 2010

Muka tembok yang remok!

Muka tembok ini telah remok hari ini,Angkara seorang kawan lama yang dulunya

  • Selalu makan semeja.
  • Selalu lepak setempat.
  • Selalu kelas sama.
  • Selalu merepek bersama.
  • Selalu ketawa bersama.

Kini sampai satu ketika kami tidak lagi dapat bersama,Kerana dek masa dan keadaan.Kini bila bertemu lagi disuatu masa yang tidak dijangka,,Hati rasa EXCITED gila bab*!Sehingga sanggup berlari mendekati dan kalo boleh hendak dipeluk cium,

Tapi kini bukan dulu

  • tidak semesra dulu,,
  • tidak seramah dulu,
  • tidak bertutur seperti dulu,,
  • tidak bertegur sapa seperti dulu, dan
  • tidak mengambil peduli seperti dulu,

dia hanya mengelak dari melakukan semua itu,kini ternyata hati ini sentiasa EXCITED seperti dulu,tidak lagi bagi kawan itu..Oh! Betapa remok muka tembok ini pada sahabat yang baru kini.Hati yang begitu mengembang EXCITED nya meletup!Seperti “ balloon” yang meletup terkena duri.

p/s: moral value pada muka tembok kali ini jangan terlalu EXCITED bila berjumpa seseorang yang dulu mahupun kini. Jika tidak ingin muka tembok diruntuhkan oleh tukul gajah pula. Pastikan besikap SEDERHANA.

Love muka tembOk!

Ketang! Keting! Ketung!

Bising gilak keybord kat library ni..
kena taip slow2 baru kurang bunyinknye..
Niat dihati nak post bende lain..
akhirnya bende lain yang jadinye..

Darindu gilak mawu update blog gue ni..
tapi sibok amat loh!

sok nak kene hantar assigmnt MODELING

and I-Electronic jumaat nih...
tapi 1 pon tak sentoh lagi..

hope I-E aku tak kena repet sampai 3 kali..
owwh! insaP!

agaknya memblog nih lagi penting kot..
bukan lah.. sebab aku tak da mood yang baik nak buat kerja skung...
and minggu nih jugak ada Test, PopQuiz itu dan ini..

kalo tak sibok belajar bukan student laa namanyakan..
so kena lah terima dengan hati yang terbuka,
walaupon dengan muka yang masam.

walaupon begitu aku rasa bersyukur sebab
aku maseh berkesempatan sambung study..

so skrang rindu ak pada blog ni dah terubat.
dan aku telah menyeludup fb seseorang..
oppsss! rahsia.. lalalaa..

wish me luck!
hope aku berjaya hantar assigment dengan jayanya esok...