Friday, June 29, 2012

Kenangan Ramadhan Contest!



Haii and Assalammualaikummm.. Harini aku dah bertekat nak buat Contest untuk semua para bloger yang disayangi sekalian. Kenapa aku bertekat nak create Contest ni? sebab aku selalu join contest dan dah tak ramai yang create contest. So now apa salahnya giliran aku pulak create contest untuk korang.. oritee tak? Bila difikir-fikir, direnung-renung, digodek-godek, diseru-seru, bertanya-tanya contest yang bertemakan apa yang best dan sesuai untuk permulaan ni. Disebabkan Ramadhan hampir tiba, teruslah tema "Kenangan Ramadhan Contest!" hadirrrr..

Sooo mari-mari, adik-adik, akak-akak, ibu-ibu, bapa-bapa punya anak bilang aku, aku yang telah create contest niii.. mari join contest dekat sini.. so bagi yang berminat, yang terbekenan, yang tertarik dengan contest ni boleh ikut syarat-syarat yang seperti dibawah ini.. dan hadiah 'Misteri' sempena Hari Raya Aidilfitri kini menannttiiii....
     
Syarat-syaratnya adalah:
  • Cerita tentang "Kenangan Ramadhan Saya".
  • Follow blog "missdiarena.blogspot.com", memudahkan untuk followup keputusan contest nanti. Tak nak follow pun tak kisah boleh je join or
  • Tinggalkan link cerita anda di comment entry ini.
  • Tag entry ini kepada kawan-kawan anda yang lain, supaya diorang pon boleh join contest ni and berpeluang dapat hadiah "Misteri" Sempena Hari Raya nanti! (sekurang-kurangnya 3, lebih pon boleh!)
  • Tarikh tutup: 6 August 2012 


Apa macam syarat-syaratnya best tak? if best jangan tunggu lagilah.. Kenangan Ramadhan sape yang paling best! simple! nice! kreatif! akan saya pilih nanti.. dan bawah ni adalah Kenangan Ramadhan Saya! as contoh untuk cerita korang nanti.. 


----------------------------------------------------------------------------------------------------
#                                                  Kenangan Ramadhan Saya!                                            #
----------------------------------------------------------------------------------------------------


Umur: 7 tahun. darjah 1 sekolah rendah.
Ketika: Baru balik dari sekolah.
Bulan: First ramadhan.

Mak: Puasa tak harini?
Aku: Puasa. (Sambil senyum panjangggg..)
Mak: Kat sekolah tadi makan tak?
Aku: Makan! Makan nasi tadi.
Mak: Kira tak puasalah tu..
Aku: Puasalah mak, pagi tadikan dah niat, tadi bukak puasa, lepas tu tutup balik laa.. (puasa balik?!)
Mak: Puasa mana boleh makan 1 hari.
Aku: Nanti lapar macam mana?
Mak: Sebab tu lah kena tahan, tak boleh makan dan minum. kalau nak maka or minum tunggulah tengah hari sikit, itu dikira puasa separuh harilah..
Aku: Ow, boleh puasa separuh hari ka?
Mak: Tak boleh..
Aku: Habis tu? (muka dah tak paham dah, mak ni sekejap boleh sekejap tak boleh)
Mak: Puasa yang lengkap, tak boleh makan dan minum 1 hari, maghrib nanti baru boleh makan dan minum, kalau puasa separuh haritu boleh bagi budak yang baru nak belajar puasa. =)
Aku: Ooww.. kira adik tengah belajar berpuasalah..... =) Mak! nak makan.. 

Disebabkan dekat sekolah dah makan, alang-alang tu, makan ja laahh.. =)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

GOOD LUCK!! 
^_^

No comments:

Post a Comment