Thursday, August 2, 2012

Jungle Tracking at Perkampungan Orang Asli

Haii, agak lama aku tak update blog ni,,
semenjak sibuk dengan short semaster yang padat dan ketat tu.
Syukur Alhamdulillah, aku sudah pon habis short semaster May 2012.
Aktiviti untuk melepaskan penat lelah yang dikerjakan untuk belajar tu, 
plan untuk jungle tracking menjadi pilihan kami untuk tenangkan jiwa raga yang agak terseksa itu.
Walaupun cerita ini udah agak lapok ditelan zaman. ada aku kisah?! aku nak cite jugak..
*______*
Actually aktiviti kalini bukan setakat jungle tracking saja, tapi di adventurkan dengan perkemahan didalam hutan tu jugak.. nampak tak keberanian diri aku disitu?

Tempatnya adalah di Perkampungan Orang Asli, Gombak jee.. senang, dekat lah nak menjejakkan kaki kat sane sebab rumah kami semua dekat KL.

Kami tidur hutan selama 2 hari 1 malam.

RM30 satu orang = Kemah + Makan Tengah Hari + Makan Petang + Breakfast + Tempat Bakar BBQ + Instructor tunjuk jalan dalam hutan.

Agak-agak mahal ke murah? 
  
Sekarang kita checkidout gambar-gambar suka suki kami yaa..


Sampai je kami tengah hari tu terus duduk dekat pondok Mak Ngah, ambik angin dan lepak-lepak jap..
dan terus dapat makan tengah hari sekali..
macam tawu2 je Mak Ngah ni perot kitorang tengah keroncong lagu k-pop..

Mak Ngah pon bagi kami makan nasi lemak buluh ni..
Menarikkan? Orang asli memang makan jenis-jenis macam ni..
Kalau nak terasa diri macam orang asli, silalah datang sini..
Apa yang pasti memang sodapppppp gileeee nasi lemah buluh Mak Ngah ni..
Rasa nak lagi lagi lagi dan lagii...

Lepas makan kami kena pergi ke tapak perkemahan..
tapi kena redah anak sungai dulu.. bukan kena tapi WAJIB..
cetek jee.. paras lutut if air sungai tak pasang..
kalau air sunggai pasang sampai pinggang jee..
~.~'

Sampai je tapak perkemahan untuk setup kemah and pilihlah nak tidur dalam kemana dan dengan siapa.. 

Pasang kemah sendiri okeh.. Ini adalah pengalaman pertaman aku pasang kemah..
Itu yang excited semacam tu.. 
nampak tak muka excited disitu?

hah! kemah dah siap! dan ini lah Lin yang bakal tidur sekemah dengan aku..
dekat rumah pon tidur sama dalam kemah pon tidur sama jugaklah.. 
nngeee..


Bawah tapak perkemahan kitorang adalah sungai, so kalau nak pergi pondok Mak Ngah tu mesti / WAJIB redah air sungai ni okh.. Untuk pengetahuan anda anda anda dan anda toilet dekat pondok Mak Ngah sane..
Andai kata nak tekucil, hah! paham-paham lah yee..

Ni pulak tempat nak bakar BBQ tu malam nanti.. 
Besau tak?

Lepas siap semua dekat tapak perkemahan.. 
Bersiap sedia kami untuk jungle tracking pukol 3 petang tu..

Disini kami bermulaa..


Ini baru sikit perjalanan kami.. Best!


Ini adalah tempat tok jerat komunis, pada zaman penjajahan dulu..

Hah! Jalan highway? Yeaaah! dah sampai kee?
Belum sampai lagi.. ini baru suku perjalanan..


Haaii kami di tepi highway karak.. 
Banyak je kereta dan kenderaan lain hon! hon! mane la tawu kami ada masalah ke kan..
sesat manelah budak-budak ni tepi highway..

Haii chomelkan mereka.. riang ria lagi tu..
semangat meredah hutan..

Berjalan dan terus berjalan.. Berjalan didalam terowong airr..
wah! teruja sedikit disitu..

Kami akan masuk dalam situ..


Ramai jugak yang datang berjungle tracking dekat sini..
time ni, time cuti sekolah, so itu adalah budak-budak sekolah yang datang buat aktiviti..
Aku jalan dekat atas konon tak nak bagi air masok kasot lah..


Last-last, lena jugak masok air, no chose! pasrah..
lepas tu asyek berhenti buang air dalam kasut..
sebab nak jalan berat, penat nak bawak kasut yang penuh dengan air..
fuhh!! yang si lelaki tu selumber ja masok hutan jungle tracking pakai selipar jee..
terbaik macam nak pergi pasar je kan? 

Jalan dan terus berjalan masuk dan meredah hutan lagi..
terjumpa dengan buah ape tah?!
Tapi aku namakan dia buah gasing..
lalalaaa..
suka suki aku jee lah..


Haii ini lah hutan yang aku sedang terokai..
Semakin laju dan laju lagi kami berjalan sebab terdengar sesuatu ciptaan Tuhan yang indah..
apakah itu?


Tadaaaa... Air terjun yang tinggi..
perrhh sampaii je terasa tejuknya peehh..
belum masok dalam air lagi dah rasa sejok dah masok macam mana lah agaknya tu?


Even sejuk aku dah tak sabaw nak buka kasut semua tok mandi..
tapi tu dah ada yang terjun dulu..
maaflah aku hanya teruja.. tapi aku agak takot air..
sebab aku tak reti nak berenang..
~.~' agak sedih disitu..

Asal dapat berendam pon ok lah kann..
Owh! syokkknyaa..



Peace!



 Okey dah habis bersuka ria mandi dekat air terjun tu sampai taham menggigil..
get ready tok meredah hutan semulaa..
owwhh! semakin berat lah nampaknyaa..

Ok dalam keadaan bertambah berat badan sekilo lagi disebabkan baju, selua, kasut dan stokin basah..
kena panjat tuh.. bukit yang agak curam dan tinggi keadaannya..
so take care lah.. tengah licin pulak lagi tu..

Bila dah sampai atas.. itu lah view dari atas air terjun yang kami mandi tadi..
terbaikk..


Malamnya pulak kami bersiap sedia untuk berBBQ..
tapi maaflah ini je gambar yang ada.. 
semua orang pon tak teringat nak ambik gambar..
semua sibok memasak dan makan je malam ni..

Dan sebelum tidur, kita sapu dulu krim mengelak nyamok gigit badan kitaa..
okk good niteee... 

Tepat pukol 3am hujan sangat lebat dan kemah pulak bocor..
kemah dah penuh air ok.. kau nak tidur kee? tambah sejuk pulak, rasa nak terkucil lagi..
kau nak redah sungai yang deras tu pukol 3 pagi semata nak pergi toilet??
Lu pikir lah sendir..

Esoknya mandi sungai last kopek, siap-siap simpan kemah kemas tapak perkemahan..
makan tengah hari dan baalik..
lepas tu barulah terasa lenguh kaki badan aku semua okeh..
jalan pon capit-capit sudah..

itulah akibatnya tak regang-regangkan otot kaki tangan semua dulu..
tak banyak excersice..

Balik ja rumah, terus aku bersyukur kerana aku mempunyai rumah yang lengkap dengan toilet, bumbung yang tak bocor, ada bantal, tilam, selumut.. walau ia tak seindah mana.. Aku sangat bersyukur dan menghargai apa yang aku ada setakat ini..

The moral of the story is:
Pastikan korang bersedia mental dan fizikal sebelum melakukan aktiviti extreme ala-ala macam aktiviti ini..
sebarang kemungkinan bakal berlaku.. Ingatlah dan sentiasa bersyukur.. Bagi aku ini adalah pengalaman yang baik untuk aku, mengenali kehidupan dengan lebih dalam. 

"Setiap kegembiraan pasti ada kesedihannya, setiap kesedihan pasti ada kebahagiaannya."



1 comment:

  1. Salam.. best2.. syukur Alhamdulillah atas pengalaman ni... hehe =)

    MAaf ye.. nk mnta tolong sikit... ade dua keping gambar lin nmpk lengan di situ.. leh tolong edit2 skit tk? maaf ye.. harap no hurt feeling =) kerjasama anda amat lin hargai macih... saranghae

    ReplyDelete