Rasanya dah lama aku tak mengadu domba sendiri. Bila diselak-selak, banyak aktiviti yang sudah pun aku lakukan tapi tak terupdate. Entahlah kenapa kebelakangan ni, mood aku jadi tak menentu asyik nak marah stress mungkin aku dah kurang sedikit diberi perhatian dari orang-orang yang aku sayang dan orang yang sayangkan aku. Mak aku pun asyik sakit jaa, risau sangat, tapi apakan daya aku. Aku mesti ada dekat KL untuk aku teruskan perjalanan hidup aku sebagai seorang student. Aku dah ditahun akhir. Hanya doa yang mampu aku kirimkan untuk orang-orang yang aku sayang, sesungguhnya aku tak mampu, tak mampu memberi kemewahan dan kesenangan kepada mereka. Aku hanya mampu berserah pada-Nya untuk membantu aku dalam mempermudahkan segala urusanku. YaALLAH kau kuatkanlah hati hamba mu ini. Jauhkanlah aku dari segala musibah yang diingini berlaku disaat-saat genting sebegini. Kau eratkanlah ikatan sesama kami. Aku pohon KAU berikanlah kesihatan yang baik untuk ibu ku, janganlah kau ambil dia YaAllah..
No comments:
Post a Comment