Friday, January 15, 2010

~Air Mata Sang Lelaki~



Air mata yang tidak pernah mengalir kini tumpah jua,
apa yang menyebabkan Sang Lelaki ini mengalirkan air mata batunya??
aku pasti kini dia betul2 sangat2 tersentuh
dengan kehadiran seseorang.
Seseorang yang mempunyai pertalian darah diantara mereka,
sememangnya musibah yang datang menimpa Sang Lelaki
tidak dapat diterima akal, memalukan dan menjijikan
tetapi apakan daya Sang Lelaki ini
"nasi sudahpun menjadi bubur"
bukan niatnya untuk semua ini berlaku,
aku tahu, dia mempunyaai sebab musababnya tersendiri,
disebabkan mempunyai pertalian darahlah,
yang menyebabkan Sang Lelaki menanti kehadirannya ini.
hari demi hari dia menanti, yang jauh pertaliannya sudah muncul tiba,
tetapi yang dinanti ini maseh tidak nampak rupanya,
walau kelibat sekalipun.
jangan salah sangka Sang Lelaki,
dia bukan tidak ingin datang bersua, tapi,
masa dan keadaan yang menyebabkan perasaanmu rasa yang tidak2,
kau perlu tahu satu perkara ini Sang Lelaki
"air yang dicincang tidak akan putus"
walau sejauh mana dia pergi dia akan tetap kembali pulang.
kerana susah senang tetap akan dikongsi bersama.
berDOAlah Sang Lelaki
agar dirimu diberi kebebasan yang mutlak.
kami sentiasa menanti kehadiranmu itu Sang Lelaki.
kami menyayangi mu.
..PERCAYALAH..

No comments:

Post a Comment