Monday, January 25, 2010

Dialam yang berbeza..



Kini aku sudah masuk kealam yang amat berbeza dari dalam yang sebelumnya..

Alam ini membuatkan aku jadi lebih beremosi, tertekan, terhimpit, tersepi, terpaksa, dipaksa, dan ia juga membuat aku kehilangan masa untuk berfoya-foya diketika usia remaja ku ini. Aku tak boleh tahan untuk terus bergini. Aku tidak mahu diri aku ini terus diarah oleh orang lain. Dari pagi sampai kepetang, kadang terlajak sampai kemalam, dan kadang terlajak hingga ke lewat malam. Dan semakin gemok suda aku….

Kini aku didalamnya berenang-renang untuk mempelajari lebih lanjut dan mendalam, dalam bidang yang aku pelajari kini.. Ya, aku akui bahawa bidang ini bukan bidang kegemaran, kesukaan dan chenta hati ku.. tapi kini aku sudah hapir sampai ke kemuncak kejayaannya. Mampukah aku terus memperjuangkan apa yang aku pelajari selama 3 tahun ini?? Dan mencari serta menceburi dalam bidang chenta hati ku??

Mampukah?? Apakah yang perlu aku lakukan??

Tinggalkan bidang yang aku ceburi kini dan beralih kebidang yang aku inginkan, yang aku minat?? Tidak sia-siakah hidup*umur*masa*wang aku mempelajari bidang yang aku ceburi sekarang?? Pasti jawapannya YA kan??

Atau

Lupakan saja hasrat hati ini untuk menjadi apa yang aku inginkan*impikan*chentai*angankan?? Bukankah hidup ini hanya sekali? Tidak sia-siakah hidup ini jika tidak dapat melakukan apa yang diinginkan? Mestikah aku lakukan demikian?? Pastinya TIDAK kan??

Apakah kesudahan hidup aku kini??

Nak Kerja n Nak Belajar Malas, Duit Nak Masyuk Saja Selalu.. Siapa yang tak nak cam tuh?? Kawen je dengan anak Datok yang kaya tuh, mesti dapatnya,, itu pun kalo anak Datok tuh terhengen nak buat bini. Kalo tak posmen pon jadi err kan kan..??

Bosan gila aku hidup dalam alam ini.. Aku mahu pulang kesekolah.. jadi budak nakal, jadi seorang pelajar yang malas2 rajin, aku mahu menjadi seorang pelajar yang suka tido bila belajar owang puteh or sejarah.. aku mahu panjat pagar sekolah, lari asrama, menjadi pemain hoki sekolah.. huhh!! Rindu aku pada itu semua!! Walau sejahat mana aku ini masa sekolah, semua cikgu tetap sayang aku.. huhuuu… aku pon sayang semua cikgu aku.. setiap kali aku solat pasti aku mendoakan untuk mereka jugak… untuk boss aku sekarang aku anggap dia sebagai cikgu aku jugak, sebabnya dia juga mengajar aku, so kepada sesiapa yang pernah mengajar aku tak kiralah dari segi apa sekalipun korang juga cikgu bagi aku… halalkan dan berkatilah ilmu yang aku pelajari selama ini..semoga impian aku tercapai suatu hari kelak.. hope sangat..



No comments:

Post a Comment