Thursday, June 23, 2011

Nor SyafiQah Helmi

Haii , berbicara lagi kita tentang perkahwinan, yep, kawan aku, kawan baik aku yang selalu tersenyum, dan sedikit sengal bila blur . . =)

Selalu lepak sama bila hujung tahun menjelma . . pergi pesta and lepak pantai . . tapi agak2nya hujung tahun ini and tahunTahun akan datang tidak lagi kot . . sebabnye die sudah pun menjadi Isteri orang . .

Aku tidak mempunyai masa untuk menghadiri hari bahagia dia 11 June 2011. Tapi aku sanggup mencuri sedikit masa lapang aku untuk dia, sebelum dia diijab kabul dan inai dijari belum pun pasangkan 10 June 2011. itulah kali terakhir kita bersua. hope kita maseh ada masa bersama nanti.

tengoklah bertapa berserinya dia ketika dia telah diijab kabulkan.
cantekkan, even sehabis simple majlis perkahwinannya, tapi tetap cantik, berseriSeri. dan merekaMereka yang dapat tengok secara live .
untung laaa. . .

ruginyee terasa, bila tak dapat jumpa mereka, mesti lagi meriah bila ak juga disitu kan?? miss you all . .

"to syafiqah helmi, maafkan aku cos tiada disisi mu ketika itu, tapi aku sentiasa mendoakan kebahagiaan mu selalu, hope kehadiran Suami disisi dapat membuatkan hidup mu lebih bermakna dan bahagia. Jadilah insan Isteri yang solehah ya. . doakan ak jodoh yang terbaik untuk ak jugak ya! =) "

eemm . . .tak sempat nak sediakan hadiah kawen untuk my sayang nih. postpone lah eh... nggeee...

Note:: jangan cari pasal eh kaw!

Thursday, June 16, 2011

Kerana Aku Sayang Mereka.

Aku harus membela diri agar aku tidak dipandang hina, dicaci dimaki mahu pun dikutuk kelak . Aku tak kisah sesiapa saja mahu menilai aku seperti mana sekali pun itu adalah hak masingMasing . Kalau suka, aku pun suka . Kalau tak suka aku buat la bagi suka . Kalau aku tak berjaya membuatkan orang suka . Up to you lah . If suka take it . if nop leave it .

Kini aku dikota yang penuh lupur (Kuala Lumpur, marah orang KL nnti.) Disini aku belajar banyak pekara . Bukan saja hanya belajar sebagai seorang Student . Tapi aku jagak belajar untuk mengenali hidup , berdikari , mengenali berbagai ragam manusia , belajar mencari duit poket sendiri , belajar menghargai masa dan belajar mencari mengenali tabah menghadapi dugaan. Jatuh aku , bangunlah aku sendiri dengan sokongan mereka yang sanggup membantu. Aku terharu dan menghargai itu . If buruk perangai aku disini . Buruklah aku tiada kaitan dengan sesiapa pun . Hanya aku yang menanggung baik buruk itu . Aku terima . Aku buat aku tanggung .

Bila aku di kampung halaman ku . Aku belajar tentang kasih sayang diantara family aku kerjasama bantu membantu . tapi tak begitu berkembang sebab ikut cara orang lama . ada baiknya jugak disitu . supaya aku tidak bertindak mengikut sesuka hati . kerana belajar dengan orang lama . Diorang dah hidup lama aku baru setahun jagung . susah nak melawan nanti termakan diri . Kalau buruk perangai aku disini . habis malu besar aku . bukan sekadar aku tapi satu family menanggung malu . bukan ditanya "Siapa itu?" , tapi "Anak siapakah itu?" Siapa yang menanggung malu yang lebih eh agaknya ? Family jugak . tak pasalPasal je . Siyan diorang .

Aku diumpamakan pengukur kebaikan dan keburukan pada family . If buruk perangai . buruklah mereka . if baik aku baiklah mereka . Jadi kini aku adalah penentu ia adalah baik atau buruk . Kini ditangan aku . Wajiblah aku menjadikan ia sebaikBaik yang boleh . Siapa yang mahu kelihatan buruk ? tak nak kan ? Siapa yang mahukan Mak Abah dia dipandang buruk ? Kalau ada . Memang buruk sungguh budak tu . Mati lagi bagus dari menyusahkan Mak Abah kaw .

Aku hanya mawu kasi tawu yang aku sayang Family aku jew . . =) and yang pasti mereka sayang aku jugak . cos aku sorang je anak perempuan diorang . dan untuk abangAbang aku . aku je sorang adik perempuan diorang . aku lah racun dan aku lah penawar . Sape tak sayang mak ayah kaw orang sila korek kubur dan tanam diri sendiri . nk buat cam ne ? hah! lu fikirlah sendiri .

Percutian hanya sehari itu memang sangatSANGATsangat singkat tapi dapat jagak melepaskan rindu dengan diorang . Yang paling best tido dengan mak . dapat Hug . Hug . Sayunk . Sayunk . Nih yang buat nak benti kerja awal nih . .

Dah laa..

Bye!

~sangat tidak best ending ini.

Tuesday, June 14, 2011

Bikin Panas!! Pulangkan Hati Aku!!

Memang panas sangat rasa, berasap-asap telinga, macam nak sepak terajang semua yang ada, tangan mengigil gila vavi, macam nak tumbuk orang, kalau boleh nak buat daging salai, gila geram! . Semakin panas pulak hati bila semakin dibiarkan, semakin dibiarkan semakin sakit hati kau tawu tak, dah rasa lain macam sangat dah. Tolongglah bagi tahu kalau aku buat salah kat kau, kalau kau buat tak tahu saja, melayan aku seperti biasa , tapi riaksi kau seperti mahu lari jauh dari aku . Lari dan terus lari taknak pandang aku lagi . Aku tak kisah kalau itu yang kau mahu . cuma aku tak faham apa yang sedang kau fikirkan ketikan ini, sehingga sanggup buat aku begini . Kau tahu setiap masa aku hanya fikirkan ini ? Segala kelakuan aku kini semuanya palsu berlaka . Dari senyum aku . Dari gelak tawa aku . Dari tutur kata aku . Dari pergerakan aku . Kau tahu ke ape yang aku fikirkan ? kaw tahu ke kenapa aku sibukSibuk nak kerja, padahal ini adalah masa untuk aku rehat fulltime bukan kerja as fulltimer ? kaw tahu ke kenapa aku masih disini ? *Kini mengalir* Ya, pada dasarnya. tapi didalamnya kau tahu ? takkan ? Semuanya bersebab . . ini bukan masanya untuk aku berikan sebab . Dulu aku pernah katakan yang aku nih " Jahat . Tak berharta . Tak pandai . Tak hebat . Ramai Scandal sana sini " tapi apa kau kate " Itu semua tak pentingkan ? Yang pentig hati . " Aku kagum disitu tawu . Semakin hari semakin ingin aku kenali kekuatan hati kau itu . Totally you are difference . Yup aku didalam dunia aku, aku sebagai student off course nak have fun dengan life nih . Kau pun mesti nak macam tu kan . dan sekali lagi aku kagum kau faham aku adalah student . disebabkan ini "I just wat ape yg i ase patot i wat jaw, asalkan u always happy n bahagia dgn khidupan u . . " aku terharu! "ha'aa if U terharu I pon turut terharu . . :) dont think anythink . . cos i love u . ." aku macam tak percaya kaw tawu . Aku sangka kehadiran aku ini akan menyusahkan hidup kaw . tapi kaw kate "tak de pape u menyusahkan i . . bertambah senang lg ade lah . . selama i mula mengenali u. bertambah++ senag idop u . . kete baru, fone baru, idop baru and kerja baru . berbanding kehidupan i yg dulu . .kehadiran u dlm idop i , seperti memberi semangat baru tok i teruskan idop i . thanks so much dear ." kau tahu mengalir air mata aku bila kau cakap macam tu . tak pernah ada orang cakap aku membawa kesenangan dalam idop dia . gila terharu . tapi aku masih menafikan itu . itu semua rezeki kau . kau usaha kau dapat . aku tak beri apa-apa . hanya sokongan dan pendapat . kaw kata lagi " I terharu jgk cos u dah beri apa yang patot bagi. . rezeki datannya dari pada Allah . Usaha dari I and sokongan dari insan yang tersyg =) " kaw tahu berapa banyak air yang tumpah ? tak tahukan ? ok abaikan . itu tak penting . Yang penting sekarang aku tahu kau terasa dengan aku . mana aku tahu ? sebab hati aku ada sama kau lol . tak terasa memang saja la kan . Pada mulanya aku sangka kau ok . aku kagum lagi kau kuat . maseh dipihak aku . =)
rupanya sangkaan aku meleset . so kalau rasa hati aku tu tak sesuai ada dekat hati kau sila pulangkan sekemas-kemas yang mungkin supaya aku tak sakit disini tanpa hati aku itu . Sekurang-kurangnya aku boleh jaga hati aku supaya kehidupan ceria aku tetap berseri . If hati aku tak aman . tak selamat . sakit . semua perkara gila
sanggup aku lakukan kau tawu ? sanggup aku ambek balik hati aku ni walau jauh sekali pun . ok kau tak tawu itu , sebab kau baru nak tahu . If kau sakit bila mendengar sesuatu dari sebelah pihak, lalu menghukum aku begini . Ya, aku
sanggup menerima hukuman ini, jika itu memang kesalahan aku . Sekarang kau tak patut memberi sebarang hukuman sebelum kedua-dua pihak memberi penerangan . Ya, kau nampak, tapi kau tahu apa sebabnya ? Kenapa ? bagaimana ? buktinya ? tak kan ? so memang tak adil bagi aku untuk menerima hukuman ini tanpa sebarang penerangan . Aku cuba untuk face to face supaya ia lebih jelas . Tapi alasan kau bergitu padat untuk mengelak . ok fine! sampai bila kau mampu mengelak . Aku tak kisah kerana maseh ramai yang mahu menghulurkan tangan untuk aku terus berpaut dan sentiasa menjaga aku even mereka tiada disisi .
dan maseh ramai yang mahu memberi kata semangat untuk aku terus menghadapi kehidupan aku yang mendatang . kehidupan aku masih panjang untuk dihadapi dari memikirkan keadaan yang remeh temeh ini . aku dah biasa dengan orang yang sebegini mudah datang dan mudah pergi .
Thanks sebab menjaga hati ini hanya sekejap cuma , thanks juga dengan kerana pernah memberi sebutir harapan , thanks juga kerana pernah mengambil berat tentang diri ini . Thanks juga sebab membuatkan aku tersenyum . Thanks juga sebab penah menjadikan aku seorang permaisuri hati kau , thanks juga kepada semua peristiwa manis yang pernah dilalui bersama . Thanks for every think .

Maafkan aku andai aku bersalah . Take good care for your self . Hope U will be happy everyday . and take care for you PKA too . ape yang penting MAKAN. ada jodoh jumpa lagi . BYE!

Tuesday, June 7, 2011

Adakah ini dendam ?


Aku tak suka membenci . apatah lagi dibenci .
Aku tak suka menyakiti . apatah lagi disakiti .
Aku tidak suka menipu . apatah lagi ditipu .
Aku tak suka bermusuhan . apatah lagi mempunyai musuh.
aku tidak suka mengkhianati . apatah lagi dikhianati .
aku tidak suka memaki hamun . apatah lagi dimaki.
aku tidak suka memarahi . apatah lagi dimarahi.
aku tidak suka mengumpat . apatah lagi dingumpat .

tetapi keadaan membuatkan aku menjadi seorang .
pembenci . menipu . bermusuhan . mengkhianati . pemaki hamun . pemarah . pengumpat yang sangat pakar .
complete semua yang aku tak suka kini menjadi rutin harian .

aku semakin kusut dalaman dan luaran . bila keadaan sebegini terjadi . sentiasa busuk hati . semakin keras hati untuk menyuarakan sesuatu yang benar .

"Ya! Allah bantulah aku . keluarkan aku dari keadaan yang hina ini .dan. sentiasa kuatkan iman hamba Mu ini . "

aku tak rela keadaan ini terus menular dalam hidup aku yang sentiasa inginkan keamanan . kedamaian . keindahan . penuh warna . kecerian . serta senyuman
biar mati sekali pun aku hanya ingin tersenyum .

Persoalannya
Adakah keadaan ini berlaku disebabkan dendam ?
atau
Adakah keadaan ini berlaku kerana terpengaruh dengan masa dan keadaan ?

siapa yang harus dipersalahkan ? masa ? keadaan ? takdir ?
tiada siapa yang harus dipersalahkan .
ini semua adalah dugaan Tuhan buat hambaNya . supaya terus kuat menghadapi masaalah dunia ini .

Tahu bagai mana ujian diakhirat kelak
?
Wallahualam . hanya Tuhan saja yang tahu .

Penyelesaian
Larikan diri dari situasi ini terus mengekori diri . cari keadaan yang lebih sesuai dengan diri . itu lebih baik dari terus sebegini .

I Hate This Part Right Here !


~ ketenangan amat diperlukan ~


Friday, June 3, 2011

Work Never End !

Setelah sekian lama menyepi kini ak kembali, kembali dengan pelbagai story,
semakin hari semakin teruk ak rasa, tertekan mental dan fizikil mengalahkan putus cinta . streess tak terkata . .

asyek nak what the F... je selalu.
tak baik kan??

lepas sibokSibok bersusah payah degan final, bila cuti semester bermula,
ak bersusah payah cari kerja, untuk mencari duit poket sendiri.

ruginya bila orang bagi cuti tapi tak nak gunakan sebaik mungkin cuti tu.

tapii . . . ada ak kisah ??

bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian . . pepatah tu selalu kita dengarkan tapi percaya tak? haruslah percayakan. sebab ia ternya benar.

memang ak tengah susah, susah payah ak mengharungi saat-saat ak kerja sekarang. dengan gelagat dan perangai setiap orang pekrja situ, dengan costumer lagi, dengan boss lagi . .

huh!! ak sering melepaskan keluhan berat setiap hari bila ak terus ditempat ni. (letih la weh, letih sebab kena saiko, bukan letih buat kerja)

dah terasa "tobat tak maw dah kerja sini lepas nih!" tapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan . dah memang rezeki ak untuk dapat rezeki kat situ, sabar mesti selalu. Nasiblah insan-insan tersayang sentiasa ada disisi sanggup menadah telinga mendengar dan meringankan mulut, mendengar dan memberi semangat. Thank a lot!

dikala first my off day. . haruslah menggunakan masa itu sebaik mungkin . .
agak2 apa eh??

even off day ak tetap bekerja .
1. Basuh baju
2. sidai baju
3. kemas rumah
4. tidur sampai lebam
5. masak (pandai ke??)
6. hang out with my crazy friends
penatkan?

yup,, sangat!!

saba jelah . .

semoga ak sentiasa kuat harungi semua ini dan semoga Tuhan memberi kesihatan yang baik selalu . . .

apa yang penting saba jelah . . .