Sunday, March 24, 2013

Hiking at Jecheon Mountain, South Korea

Assalammualaikum,
dikesempatan yang ada ini, dah ku yang dah lama rindu nak mengupdate blog terchenta ni, dengan cerita yang aku suka dulu,, actually nak cerita banyak benda. last week punya cerita, last 2 week and last 3 week punya pun nak cerita jugak. Tapi yang lebih excited nak cerita pasal this week! ia itu HIKING! 

Akhirnya dapat merasa hiking dekat tempat orang. Tenmpatnya adalah "Jecheon Mountain, South Korea" hah! macam gerun ja dengarr an an an??
Nak tawu kat mana mountainnya???

Mountain tu dekat belakang universiti yang aku tengah buat prektikal ni ajee..
hahahaa... 

Nak panjat gunung ni pun ambik masa 1 jam plus plus . . 
itu bak kata Master Kim lah.. 1 jam berapa kilomiter pun tak berapa nak pasti. Dengan apa yang sudah aku dan kawan-kawan rasai dan harungi. 

Kami mengambil masa selama 4 jam plus plus okeyh. Itu termasuk lepak atas puncak bukit 1 jam plus plus termasuk berhenti ambik gambar lagi. Bergambar itu sudah pasti untuk kenangan masa depan. Zaman sekarang ni kalau tak bergambar memang tak sah!

so moh kita layan cerita dengan gambar-gambar yang ohsem!


Mountain map. Yang bulat merah tu dimana tempat kami berada dimasa dan ketika itu.

Ini Nik, dia student from Malaysia so dia dah macam adik aku dah kat sini.
He is very open minded and very friendly.
Khusyuk dia belajar membaca dan memahami maksud tulisan.

Tanda arah menunjukkan ada 2 bukit yang boleh kami redah.
satu bukit 5km dan satu lagi 1km 

so anda pilih jalan mana yang anda mahu. 

Ok disini kami bermula!. Oh ini tidak adil aku takda dalam gambar ni.. 
by the way this my friends yang together naik dan turun. 
so apa yang penting kerja sama.

dari kiri: siti, nik, amir, lan dan Gao (Chaina friend).

Nak masok jugak dalam frame, hah! hambek kaw! bulat!!
sila abaikan si muka bulat besaaw kat depan tu yaa..
aku rasa tiada siapa yang dapat mengabaikan dia, kerana muka dia ja penuh frame. 
kalau kecik tersorot boleh terima lagi..
haiggoo.. ~.~'

Jalan untuk mendaki ke first mountain.
Jalan dia tak susah sangat, sebab dah terpampang jalan yang benar untuk lalu.
see siap ada tangga lagi. tapi itulah yang aku tak suka. Tangga!! bagaikan puaka. 

Check point pertama!
semua dah termengah, pakat-pakat cari air, cari makan.
ada yang sempat berasap lagi (smoking).
haaii kawan,perjalanan masih jauh, ini belom 1km lagi taw!


Hah! tangga lagi?????? *wth

Nak jugak taw masok frame. seday semua sibok mendaki, takdenya ada yang nak tolong ambik gambar. hahahaa..

Nampak tak bila tangga sudah berakhir siapa yang berada diatas sekali?!
hah! orang tu dah mula nak riak dan takaburr..
Astakfurullah.. isk isk isk..

Kepuasan itu terasa bila 1km telah berjaya kami harungi.. hoyehh..

Bila yang si gadis bergayut di tiang..

dan yang lelaki pulaa,,,

Si lelaki bergayut dipokok. 
Macam dah takde tempat lain nak bergayut.

Muka tak boleh belah, bila ada orang yang nak tangkap gambar kite..
dah macam pemburu hutan dah rupanya..
I'm Diana from Malaysia! hahaa..

Kami masih berkira-kira mahu ke 4km atau patah balik ke 1km??

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan"

jadi kami pilih untuk ke > 4km.

Ini check point seterusnya selepas berjaya redah 1km.


pehh! konon penat gila, muka bagai nk poyoo..

Nak posing laaggiii.. lepas ni dah tak boleh posing suda..
suka hatilah nak posing banyak mana pun.

Now, 3.6km menjadi pilihan kami, 0.8km exit ke bandar lain. 
Kami tiada pilihan lain lagi..

Disebabkan gue tertinggal dibelakang sekejap, sibok ambik gambar

diorang ni bagai muka tak bersalah tunggu macam tu.
konon bagi hint dekat aku diorang dah ready nak mintak aku ambik gambar diorang lah..
haiigoo.. ok, kan ku turutkan.. smileee.. =)


1 2 3 peace!

Haiii Gao! 

Memang mudah jalan ini untuk dilalui, itu kata mata yang memandang.
Namun hakikatnya jalan ini yang merbahaya, yups, kami tergelincirr..


Kami berhenti seketika untuk memilih jalan yang tepat.

Biar mereka survay jalan, aku mahu memberi senyum kepuasan. ^.^

Inilah tukang survaynya. akan memilih jalan yang lebih dekat dan mencabar. 

Yeaahh! berjaya melepasi halangan yang sangat mencabar, 
disebabkan itu no picture at that way.
Muka konon bangga dah berjaya sampai.

Yeaahh!!


 Jalan raya!


Inilah tasik SMU.

Jalan menamat.




 Dah sampai lepak tengok diorang baki ikan makan dikolam,,
Alhamdulillah..
Masing-masing perut berkeroncong.

Hensot, Kedai nasi yang selalu menjadi pilihan kami.
Asal kenyang perut senang hati.

---------------------------------------------------------------------------------
Bertolak : 10.00am
Sampai : 02.30pm 
Tahap bahaya : Average
Tahap kebersihan : Terbaik
Feeling : Romantik
---------------------------------------------------------------------------------

Itulah bukit yang kami redah tu.. dari kanan ke kiri kami rempuh.

Siapa yang nak datang, selamat datang!
Ini pengalaman yang sangat menarik..

Where is the next mountain???!!
^.^

Sunday, March 17, 2013

Insan yang Jahil disisi Tuhannya memberi nasihat.

Aku punya kawan, yups! ramai kawan dan aku sayangkan mereka.
Biar seburuk mana perangai dan kata-kata mereka.
Untuk aku, bila dah kawan tetap kawan.
Yups, dan yups juga even dia pernah buat taik dengan aku sekali pun.
Kerana kawanlah mengajar aku lebih banyak tentang kehidupan.

Family tak ajar?

Yups, family memang ada. Family ajar aku macaaamm-macam.
Macam mana nak masak, hormat orang tua,
cakap benda baik-baik, jangan keluar malam, jangan buat itu dan jangan buat ini.
tapi kenapa family tak bagi aku buat itu dan ini?
Yupss, setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya.

Tapi apa sebabnya???

Bila aku ada kawan, dan bila aku berkawan.
Bila aku lihat dan hadapi sendiri dunia luar, luar dari family sendiri.
Kini aku tahu apa sebabnya bila family aku cakap,
Belajar ini, Belajar itu, Jangan buat itu dan Jangan buat ini.

Bila berkawan aku rasa apa itu relationship yang sebenar.
Susah senang kita tetap bersama.
Berkongsi suka duka tangis dan tawa.
Kita semua serupa, punya masa silam yang berbeza.
Aku dengan masa silam aku, mereka dengan masa silam mereka.
Tak siapa yang tahu, hanya kita! yup hanya kita!
dan hanya mereka yang sudi mendengar apa yang kita hadapi dan apa yang kita rasa.

Masa silam memang akan sentiasa bersama kita selamanya.
Selamanya dalam hati dan fikiran kita.
Pendek kata SAMPAI MATI ia akan tetap bersama.

Mahukah kita bawa bersama masa silam itu SAMPAI MATI??!
Bagi aku, aku akan tinggalkan masa silam itu,
biar tertinggal jauh dibelakang.
walaupun aku tahu ia sentiasa ikut dari belakang,
kadang-kadang kita tak pernah sedar yang ia sedang mengejar kita dibelakang.

Wahai kawanku yang ku sanyangi.
Dengarlah nasihat ku ini.
Walaupun aku tahu, aku manusia lemah lagi jahil disisi Tuhan dan sentiasa melakukan dosa.
Aku tak layak mengatakan dan menasihati.
Tapi percayalah yang kita semua serupa, cuma cara kita berbeza.

Ini nasihat dari aku wahai kawanku.

Manusia memang macam tu, memang cepat berubah,,
tak kisahlah, dari sayang jadi benci, dan dari benci jadi sayang,,
kadang-kadang dari segi warna pun, harini suka warna buru esok lusa kita suka warna pink.
Pelik manusia ni memang pelik. Jadi jangan kita pelik bila sesuatu yang tak pernah kita sangka jadi,
tapi ia terjadi. Pelik tapi itulah sebenarnya itulah kenyataannya,
kita kena bersedia dengan apa saja yang bakal belaku,
kerana sesuatu yang berlaku memang kita tak akan pernah sangka.

Ulang lagi.. Kita tidak akan pernah sangka!
Bersedialah dari semua segi.
Fizikal dan mantal.
Kadang-kadang memang kita sakit bila ditinggalkan atau dipulaukan atau dilupakan.
tapi diri kita sendiri punya cita-cita yang menggunung tinggi.
sanggupkah kita tinggalkan cita-cita kita?
biarlah yang lalu terus berlalu,
Jangan biar kisah silam menghantui diri.
Banyakkanlah bersolat dan berdoa.
Mohon Tuhan beri kita kekuatan.
Insyaallah dalam masa yang sama Tuhan akan beri kita kebahagian yang tak pernah kita sangka.
Percayalah Tuhan itu Maha Adil dan Bekuasa.
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

Carilah cahaya kebahagian, demi masa depan yang sempurna.

Untuk kamu.
-Diana

Wednesday, March 6, 2013

Aku selamat dibumi Korea!

Assalammualaikum,
Sedar tak sedah dah seminggu lebih aku menetap di negara orang ni.
Sungguh aku tak sangka,, banyak benda baru yang aku belajar dekat sini dalam masa seminggu ni.
Betullah bak kata pepatah. "Jauh perjalanan luas pemandangan".
"Mencari ilmu biar sampai kena negara cina". 
Hah! korea sudah, oneday cina pulak. 

Atcually banyak cerita dan pengalaman nak cerita kat sini. Super excited! but aku ada sedikit masalah dengan laptop sendiri. So rasa tak sedap pulak nak mengupdate dekat lab ni.
So far, aku dekat sini Alhamdulillah good, but weekend haritu ja aku demam.
Demam aku dah jangka akan aku hadapi dekat sini,
itu disebabkan perubahan cuaca yang drastik. 
Kena hadap 5 hingga -5 darjah celcius setiap hari.
Asap keluar kat mulut jangan katalah. 
Hari-hari rasa, kalau tak nak kena naik Genting Highland baru dapat rasa.
Hahahaaa..

 Ini dulu yang aku dapat kongsikan.

Aku hidup dengan baik dekat sini.
Peace!

Untuk lebih lanjut tunggu next entry ya!!