Monday, February 18, 2013

3rd Time at Broga Hill


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hai!
Hah! bukan main lagi cuti raya cina haritukan.
Sambut CNY pum pang pum pang main bunga api sana sini.
Siap makan besar-besar sampai buncit. Itu alkisah orang yang sambut CNY lah.
Tapi aku sambuat CNY lain sikit. CNY aku disambuat dengan kawan-kawan terchinta hati ku. 
Mereka sentiasa buatkan aku tersenyum bahagia. 
Alhamdulillah.

Kami sambut raya di Broga Hill. 
Activity yang memang kami suka. Memanjat, mendaki, kah kah gelak.

Untuk nak broga ni yang pastinya bukan plan aku, tapi plan otak gila girlfriend aku sorang ni.
Aku pun layankan aje, sebab idea dia sangat ohsem!
Sebab dapat bersuka ria tanpa menggunakan duit!
itu sangat aku suka. bukanlah tak guna duit langsung.
guna jugak tapi tak banyak. habis dekat transport dan isi perut sendiri ja.

Kali ni adalah kali ke 3 aku naik Broga Hill ni.
Dan kali ni Misi nak naik sampai level 3 atas punjak!
sebabnya sebelum ni sampai level 1 ja. itu pun dah mengah.
Sebelum sampai destinasi aku siap makan sampai perut senang hati, dan hati pun bergembira.
hope sangat kali ni tenaga aku berganda.
Misi yang seterusnya adalah ambil gambar atas bukit tu.
view ofcouselah ohsem! lagi.
lepas tu masok insta-insta.

Eh! one more thing.
Kami mendaki petang pulak kali ni. pukul 4 petang.
selalunya orang akan naik Broga Hill ni pukul 2-3 pagi sebab nak tengok Matahari naik. 
Lepas tu pukul 8 pagi turun.
Tapi kali ni kami dapat tengok Matahari turun. Then pukul 8 malam kami turun.
Itu yang mencabar. kalau salah langkah, mau masuk lubang.
turun kena lebih berhati-hati, dah tak boleh layan nak lari turun bukit, kerana  ianya sangat gelap!

Memang ohsem! lagi lah.
lain dari yang lain. tapi itulah yang kami mahu.

ok moh! kita layan gambar yang terhebat dibroga.
hehehee..

Mari kita mulakan kawan-kawan. Naik pakai jeans ja ape adahal,aku nak pegi shopping ja atas tu.
Korang jangan tak tahu atas tu ada ECONSAVE. hahahaa..

Aku suka singgah main buai tali rafia dekat sini dulu, then baru sambung mendaki or turun bukit.


Ini lah kawan gue yang baru firstime naik broga! welcome bebee!

Hampir sampai, tapi rehat kejap penat naik bukit curam.

Lepak menyembang dengan uncle yang sambut CNY bersama kami atas Broga ni.


Yeeaahh!! dah samapai level 1 angin yang sangat terbaik!!!
rasa bagai diatas awan.

Sedang menikmati angin yang owhsem! 
sini kita rasa sama-sama angin dia.

nih video untuk korag rasa akan kenikmatan angin dipetang hari.
siap video lagi taw! haha.. terimalah..


Apa macam bole play tak videonya?
bestkan?!
kalau tak dapat nak play video tu maaflah ya! sila cuba lagi nanti. =)

sedap punya ambik angin dekat level 1 tu.
kaki aku dah rasa gedik-gedik mintak gerak panjat lagi.
so mari kawan-kawan kita naik lagi.
kita tunggu jaja n fatty suma dekat level 2 okyh.
tampak tak ada orang yang dah kena tinggal nun jauh dekat bawah tu.


Berjalan ditengah lalang!

selepas 5 minit.
Hah! berehat dibatu sambil layan perasaan.
Hah! layan perasaanlah sangat! layan phone insta-insta lew kerjanya tu.
sambil tunggu fatty, jaja and the gang sampai.

selepas 15 minit lebih kurang lew..

Akhirnya kami bertemu dilevel 2!
cayalah! rehat jap, then kita sambung naik sampai ke garisan penamat.

selepas 2 minit.

 Okey Jaja this is not good for you, batter you waiting us at level 2 with Yan and Azrin. 
Sorry to say my dear.

Nak naik ke level 3 ni kena naik dengan tali saja, agak susah untuk yang berbadan besar. 
Kami tak nak menanggung risiko itu.
but gambar ni yang aku sangat suka! style bukan?


So ini buktinya aku dan kawan-kawan berjaya samapai ke atas.
untuk yang baru first time memang agak pancit dan cungap lah.
bila dah biasa, alah bisa tegal biasa.
0_*

Dalam group ni kami je lah perempuan yang sampai puncak. 
muka bajet nak poyo je. belagak gila! ceh!

Kami yang telah berjaya! cheesssss.... 


Pasing balik dekat level 2 nih. tunggu masa nak turun lagi.

Okey guys get ready. matahari dah nak turun, kita pun dah nak kena turun.
nice kan?!

Kegelapan hampir tiba.


Posing untuk yang terakhir kali. 

Bye Broga Hill panjang umur kita jumpa lagi.

Turun kami semua dah tak ambik gambar lagi.
Takut tersnap gambar yang tidak tidak.
Kami berdoa agar perjalanan turun bukit dalam gelap selamat.
kami adalah team yang terakhir sekali yang turun dari broga ni.
dan kami lebih bekerjasama untuk turun bersama, yang lebih bahagia Jaja.
semua jaga dia baik punya. takut lah jadi apa.
Aku bangga ada team ni. 
Apa yang penting kerjasama.
terbaik!!

Alhamdulillah kami berjaya turun dengan selamat.

Thursday, February 7, 2013

Bukit Tinggi, Malaysia

Sapa pernah pergi Bukit Tinggi ? Sila angkat tangan! ahahaa..
saaaaayyaaaaa..
hah! aku lah orang yang baru pertama kali naik bukit tinggi ni, sebab tengok ramai kawan-kawan yang sudah pun menjejakkan kaki disitu, so aku pun simpan azam nak naik jugak one! 
bagi aku "Memang seronok dengar orang bercerita akan keindahan sesuatu, tapi lagi indah bila kita yang rasakannya sendiri". 

Rancangnya aku nak pergi dengan budak secampus ni, bila ada public holiday dan sedikit kewangan yang lebih. Tapi sebaliknya pulak yang jadi. Apa yang dirancang tak menjadi, sesuatu yang tak dirancang pulak yang jadi. 

Kebetulan sangat my bestfriends datang dari Penang, and my girlfriend baru datang dari Terengganu.
So aku pun harus dan wajib bekerja untuk melayani mereka sebaik yang mungkin.
Even my girlfriend and my bestfriends tak pernah kenal, bagi aku tak salah kita kenal mengenal orang baru.
Aku kenal kawan-kawan aku, dan aku kawan dengan orang-orang yang sanggup nak susah senang bersama. So bila aku senang kita senang la bersama ya dak?! =)

Ok now on, kita cerita pasal Bukit Tinggi pula ya!

Bukit tinggi letaknya di Pahang, kalau dari KL ke Bukit Tinggi perjalanannya lebih kurang 1 jam 30 minit kalau 100 - 120 km/j hahaa.. kalau lambat, lambatlah jadinya.. Google Map Bukit Tinggi akan tunjukkan jalan untuk anda kalau korang tak tahu jalannya. hahaa.. (Aku memang buta jalan, jalan dekat negeri sendiri pun sesat, inikan pula jalan negeri orang! huh!)   

Masa naik bukit tinggi biasalah jalannya macam ular, siyes bahaya bagi nak convoy naik moto. Sangat tidak digalakkan, tapi untuk perjalanan kami kali ni. Memang ada yang nak ride naik bukit tinggi ni. So berdoa ja lah diorang selamat. Yang laydis harus la naik kereta jadi ala-ala pricess gitu.. hahahaa..

Costing
Minyak: rm50 untuk pergi balik dari KL. kalau nak letak full tank lagi bagus.
Enterance ke bukit tinggi rm12/orang. Diulangi rm12/sorang. Bukan 1 kenderaan ya!
  
Dan sebenarnya moto memang tak lepas naik, tapi kita bodek baik punya supaya dilepaskan.
so kata laluan untuk lepas adalah "check in".
ok lepas! hahhaa..

Pak Guard tak kasi masok! hahahaa..

Sekarang nampak tak banggunannya macam mana? ok! aku agak teruja.

Begini jalannya setiap perjalannan mendaki ke Bukit Tinggi ni.


Sampai sudah kami yow!


Terasa seperti di negara orang putih rasanya.
Shuttle bus tu akan bawa kami ke negara jepun. 
Aligato khozaimas.


Blub! Blub! Blub! mulut mengikut situasi.


Bridge for the castle entrance. Welcome!

Kuda Malaysia!

Bunga sakura.

Baju besi!

View dari tingkap toilet. Singgah touch-up actually. Hahaa.

Bridge!

Hotel Reception!

Laydis sudah siap touch-up. Kami tahu, banyak gambar yang akan ada muka kami nanti. 


Keistimewaannya adalah banggunan yang sangat uniq.

Ini kawan-kawan yang aku sayang! Kami pemalas naik tangga. so kami naik lift! haha.. 
Terima kasih buat lift macam ni. Kalau lift transparent lagi syok!


Akirnya kena jugak panjat tangga, sebab lift tak sampai ke atas sekali. nasib baik 1 tingkat jaa.. 


Okey ini dia view dari naik lift tadi.
Aku terasa seperti disatu tempat yang amat berbeda!
Diamanakah aku!! 


Kami di banggunan yang paling tinggi.


Selamanya my body guard! 


Mari menari!

Kami suka!


Cak! 

Berasap! actually ini asap rokok camera man.

Nampak romantic ja kan? Padahal get ready nak lari. takot kena patok dengan swan tu.


Takut jadi macam ni! hahahahaa..
kan dah kena!


Left and Right!


Di sebalik tingkap.

Kami naik shuttle bus untuk ke negara jepun pula.. 

Sampai sudah ke destinasi. Japanese Villas.


Alikatohozaimasita!

Ikan koi adalah kecintaan aku!


Peace yow!

Berniat nak ambik air semayang.
Tapi malang takde air disitu.


Sila cari ahli kami sorang lagi. Dimanakah dia?! hahaha..


Gegar!


One two three ceeess!

Cool water!

Actually dekat Japanis village ni boleh bergambar dengan pakai baju Ninja dan baju-baju tradisional dari negra jepun tu. tapi kita tak sewa sebab agak tak berkemampuan sikit. but maybe next time.
kalau ada yang berminat, silalah.

Sewa satu baju rm20, tangkap gambar sendiri dan guna camera sendiri.
itu kata si penduduk rumah kat situ.  

Berehat sebentar. Dah penat bejalan nih.


Ready cepat! . Aku tu dah kenapa? dan yang belakang tu pulak? hah! spoil!


Kami semua dah penat bejalan. Naik balik shuttle bus tu. untuk kembali ke keretaa.


Mirror!


Are you ready to go?!


Riders!


Semasa perjalan pulang, seorang dari riders kami tergelincir masok longkang. 
Mungkin sedap sangat layan coner bukit-bukit yang ada. 
Nasib baik aku bawak bodyguard bole jugak membantu serba sedikit.
Sebab tu laa.. moto sudah tidak dibenarkan naik. 
Sebelum ni dah pernah ada kemalangan yang membawa maut.
so riders be care full and fine the another place to ride ok dear!
yang naik kereta pun drive care full jugak ok! 

Bukit tinggi mempunyai banggunan yang sangat unik, sebab tulah aku nak jugak naik atas sini.
Kerana akulah pencinta alam ciptaan Tuhan yang sangat indah ini! dan benda-benda yang unik.
simple but nice!




Pejalanan Hidup

Kita tidak akan pernah tahu bila suratan dan kebetulan itu akan berlaku. Kita hanya tahu menjalani hidup seperti biasa, tangani masalah sebaik mungkin untuk teruskan kehidupan kita sebagai manusia. Kita punya banyak rasa, kita punya erti. Tapi kadang kala kita sendiri tidak tahu bagai mana untuk terangkan. Biarlah, biar diri sendiri yang tahu apa yang kita rasa, apa yang kita tahu. Kalau diterang tapi tidak juga difahami apa perlu diungkapkan lagi? Tidak mengapa sekurang-kurangnya kita cuba untuk terangkan.

Rasa kasih dan sayang itu juga kita tidak akan pernah tahu, bila akan hadir, bila akan hilang. Kita sendiri yang rasa bila kita tiba-tiba sayang, bila kita tiba-tiba rindu. Sayang dan rindu itu memang membahagiakan, tapi kadang-kadang ia sangattttt menyakitkan. Itulah! rasa, kita tidak akan boleh lari.

Kehilangan memang membuatkan kita jadi marah! sedih! gila! sakit! semualah yang negatif. Tapi bagus juga rasa itu, kerna ia akan lebih mematangkan kita untuk melakukan keputusan untuk masa akan datang. Rasa ini juga tidak akan boleh lari. Bersyukur jugalah dengan akan hadirnya rasa ini, kerana kita akan letak Tuhan dihati.

Kebahagian sentiasa ada dimana-mana, yang akan sentiasa buat kita senyum, buatkan kita lupa akan masaalah buat seketika cuma. Kebahagian ini yang perlu kita cari, walau apa pun keadaan kita. Untuk apa kita terus bersedih berduka dengan apa yang menyakitkan kita, yang menyedihkan kita juga. Membuat sesuatu yang kita suka adalah lebih baik. Insyaallah kita akan menghapuskan rasa kesakitan itu.

Bersendiri itu lebih baik, kalau kita ingin bergerak kearah yang lebih baik. 
Kita yang pilih jalan hidup kita sendiri!

Tuesday, February 5, 2013

Aku Bekerja Mengenali Kawan Baru

Haii Assalammualaikum W.H.T semua . . 
Terasa macam lama giiillaaaa tak mengupdate ni. .
Sejak 2013 ni hadir, aku terasa diri aku sangatttt sibuk. . 
Mungkin aku mula sedar yang MASA itu sangat beharga dan penting. .
dan bagi aku sekarang MASA adalah WANG /  DUIT !
behargakan? memang sangaaattt beharga.

Dalam 2013 ni jugalah boleh dikatakan banyak aktiviti yang aku buat . .
Kalau boleh tak nak tidur. . Nak berjaga setiap masa untuk buat apa yang aku nak buat untuk hidup aku ni. .
First thing adalah kerja aku: sejak masuk kerja as a staff dekat kampus tercinta ni. Banyak benda baru yang aku dapat, ia itu international friends, Korea and France student. Ahak! akhirnya aku ada kawan mat saleh dan minah saleh, dan dan dan juga aku punya aweks korea dan oppa2 korea.. 
Yang syoknya disini, aku boleh memberanikan diri untuk berkomunikasi dengan diorang.
If cakap dengan Antoine aku hembus ja speaking (even tunggang langgang pun takpe, asal dia paham aku dan aku faham dia, that's it!). Gue lupa nak gambar dengan Antoine Pikadat tu.

Ramai student France yang datang untuk semaster kali ni..

Diorang memang sporting . .

 Macam student korean pulak, tak ramai yang datang Malayasia.. 6 orang saja. Diorang ni memang comel-comel ja, sebijik jerawat pun sesah nak nampak okeh! kulit licin bersih! after 2-3 weeks diorang dekat Malaysia ni, kemungkinan besar akan tooiiiinngggg naik sebijik 2 . . hahaaa . .
Actually bukan nak membandingkan ape, cuma nak membandingkan akan kebersihan udara, alam sekitar di Korea dan Malaysia ni saja . . Paham-paham je loh! KL ni macam mana keadaannya . .

Semasa campus tour dijalankan, fokus sungguh diorang ni degar taklimat pasal library.

Ladies from korea: Seolhye, Jiyeon, Princess and Yunjung.
ahahaa,, Princess tu yang tak boleh belah!

Korean group . . Peace yow!

Suka sangat aku bila dapat belajar dan cakap bahasa korea life dengana orang-orang korea nih . .
Bagi aku ini adalah pendedahan yang baik untuk aku dan kawan-kawan untuk lebih mesra alam dengan semua orang. . So cukuplah sampai disini dulu ya! rasanya ini aktiviti yang best sepanjang aku berprektikal, mengenali dan dikenali . . Banyak lagi aktiviti yang tengah queue untuk next entry..

 Jal Gayo! and oh rer-vwahr!