Friday, September 23, 2011

Battery body low this week. . .

Heyyy! Lama sudah tak bercerita rasanya . Memang lama sangat . actually banyak cerita2 yang nak dipost . tapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan aku hanya postkan sekadar yang mampu, and tangkap muat jee .

This week ak rasa tak cukup rehat jee . balik rumah jumpa bantal dah . dah tak henggat dunia . makan minum pon entah kemana . tapi bila dapat makan hambek kaw! tak cukup 1 pinggan . tapi buat relex jee, sebab tak moh ikut nafsu syaiitoooon . tak baik punyeeee .

This week ak buzy dengan assignment aku dan assignment orang serta performance aku dan performance orang . sibuk dengan orang aku punya entah kemana . but its ok! . its fun ok! .

This week aku asyek jadi pelukis ja . entah mane diorang tawu aku hebat sangat dalam bab melukis pon tak tawu laaa . Hari-hari ak lukis . tapi aku sendiri tak paham apa yang aku lukis . biasalah pelukis yang tak diiktiraf memang macam tuh . asal jadi jeee . kira ok lah tu kan .

Yang paling aku peliknya . Kawan aku yang dulunya memang sebulu, sekepala . dan sekarang sudah kurang bulu antara kami pun tiba-tiba muncul mintak toolong aku lukiskan untuk dia jugak . pelik gila gila gila punya . tapi tak paa . aku fikir positif jaa . dia perlukan bantuan aku tu . nanti-nanti bila aku susah mana tawu dia boleh tolong aku pulakan ? yang dulunya tak cukup bulu . kita tambahkan lah balik bulu-bulu yang gugur tu . ye dak?
//tak senonoh sungguh cerita pasal bulu . takpe takpe yang patah akan tumbuh semula . relex sudah yang hilang akan berganti.|

Lepas settle menjadi pelukis yang pro . //perasan pro sebenawnye| mulalah aku pula menjadi kertas + pelukis + pereka dan pembentang dengan apa yang aku telah lukiskan . bukan aku yang pinta tapi mereka yang minta . tapi takpa aku suka . kerana itu adalah salah 1 dari impian aku . even tak seGah! mereka yang memang pro . semangnya 1000 kali lagi hebat dari aku . aku tak kisah atlist aku ada pengalaman aku merasa melakukannya dari A-Z untuk itu . kaw ada ?

Owh! meme battery body aku low gila . and battery phone aku pon kadang terlupa tok aku charge . kadang mata dalam keadaan tertutup pun aku bangon pergi charge jugak . ngok betol aku nih .

Membebel panjang jee kaw nih Dena . .
Mintak tengok siket ape yang kaw lukiskan?
ape yang kaw rekakan ?
ape yang kaw bentangkan ?
tunjuk laaa . .

Nak tawu keww ? nantilah surprissseeeee . . .

Friday, September 9, 2011

Syawal 2011

Salam Syawal semuaa . .
Lama tak berceloteh nih . .
rindu gile nak menaip nak bercerita . .
lately ni buzy je memanjang . .
yelah musim2 raya nih, buzy berayalah . .
open house sana sini . .
Tambah pulak class udah bermula,
so bermulalah and bertambahlah juga kebuzyan aku ini . .

Now nak share cerita fasal raya aku pulak . .

1st Syawal

Situasi raya rumah aku =)

Gambar diatas menunjukkan bahawa,
itu adalah sebahagian ahli keluarga aku yang terchenta. .
sebahagian lagi pergi beraya,
actually ahli keluarga ku ramai meh. .
si kecik Iman pon tak beraya dengan aku tahun nih. .
Its ok next year ada lagi . . =)
first day raya dekat rumah je and raya rumah opah sebelah abah. .


2nd Syawal
Menghabiskan masa raya ku dikampung sebelah mak, dekat Perak.
Dapat beraya dengan Opah, PakSu, MakSu and bala2 tentera mereka
(anak2 lelaki bujangnye itu).


3rd Syawal
Beraya dirumah mybest friends. Fatty || Izaini || Amy .
Dari Penang exclusive pergi Alor Star, Kedah.
Then turun Seberang Jaya.
Semakin Jauh perjalanan aku kan.
Syukuralhamdulillah akhirnya sampai jugak aku rumah diorang.
setelah 5 tahun yang lalu berniat nak pergi sana.
Nasib badanlah ada yang sudi bawak aku samapai kesana .
Love u muah! muah!
kalo tak entah bila laaa aku nak sampai agaknya.


4th Syawal
Beraya dikulim . .
jauh jugak perjalanannya nih . .
rumah ini pon first time menjejakkan kaki rumah diorang. .
Aty and Akma.
dapat jugak jumpa Mini, Apit and Wan . .
lama dh tak jumpa, yg masih bujang nih maseh sama, tiada perubahan. .
Aty is the best student in my class masa skolah teknik dulu. .
hebat programming nih . . tapi skung mesti lagi hebatkan. .
Akma pula kawan yang baik ngn aku bila ada aktiviti nakal . . =)
dulu kecik je comel je budaknye . .
but now dah jadi mama kepada Qaiyeem dah . .
Jodoh dah samapai terima je lah . .
so semoga berbahagia lah selalu yaa. . .


5th Syawal
Beraya dekatDekat rumah jaa..
beraya dengan Rehan my best friend and also mybody guard,
Azrin and Sepol.
Aku belom puas beraya dengan korang. .
tunggu aku balik, nnti kita beraya lagi okeh!
at 11p.m bermulah perjalanan aku ke Kuala Lumpur.


6, 7, 8, 9, 10, . . .syaawal semuanya beraya di Campus Kota KL,
so . . Cukuplah sampai situ cerita raya aku.
maaflah gambar raya sekeping je tahon nih. . =)
janji ade kan kan kan. .


eh! lupa nak wish raya untuk semua.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..
Andai tersalah kata, tergores hati nurani, tercuit dimana-mana.
tersentuh dimana-mana, termaki tak semena-mena.
Maaf =)


Note for U :: Hari-hari pun kita beraya bersama. Suka, suka, suka. Thanks for Hari Raya!

Wednesday, August 17, 2011

Patah Hati || Putus Cinta || Hati Terluka


Tajuk ingin menceritakan tentang Hati || Cinta yang sedang sakit || terluka , Hati sakit bagai dipijak-pijak seseorang. Bila Hati sakit mahu sahaja di pijak-pijak semula orang yang menyakiti || yang memijak-mijak Hati itu bukan?. Memang Sakit! Siapa yang belum rasa? Sila angkat kaki!

Kepada mereka yang mengangkat kaki.

*Insyaallah dengan Izin Allah S.W.T , kamu akan ras

a nanti. Berdoalah! (Kalaw naklah!.)


Hey! Si kaki pemijak Hati.

Tahukah kamu, Hati itu hanya ada sekeping?

Tahukah kamu, Hati itu hanya kecil?

Tahukah kamu, Hati itu mudah terkoyak || terguris || tercalar || terluka?

Tahukah kamu, Hati sangat sentitif?

Tahukah kamu, Hati itu perlu dijaga dengan rapi?

Tahukah kamu, Hati bukan barang mainan?

Tahukah kamu, Sekeras-keras Hati ada lembutnya?

Tahukah kamu, Kamu juga mempunyai Hati?


Hati bukanlah barang mainan, Kerana bila Hati terluka, kamu! Si kaki pemijak Hati tak mustahil kamu akan Mati di tangan Sang Hati yang sedang terluka.

Selamatlah kamu jika Sang Hati, dianugarahkan Tuhan Hati yang sungguh kuat && tabah && penyayang && pemaaf, reda dengan ketentuan Ilahi. Walaupun Sang Hati terpaksa menanggung kesakitan yang sangat lama || merawat luka di Hati || menyimpan parut sampai mati.

Aku kagum dengan Sang Hati jenis ini. Insyaallah Tuhan akan menganugerahkan kepada kamu seorang yang sangat pandai menjaga Hati kamu kelak, Percayalah.

Percaya jugalah kamu kepada hukum KARMA, ia akan kembali kepada kamu semula kelak, jika hari ini kamu disakiti oleh Si kaki pemijak Hati, kelak Si kaki pemijak Hati akan bertemu dengan Si comel pemijak Hati juga bila dia sudah mula ingin memiliki Hati Si comel pemijak Hati itu.

Jika itu tak terjadi, maka Tuhan belum mahu menduga kamu, kamu selamat Si kaki pemijak Hati!. Tapi kamu perlu tahu sesiapa pun tak akan terlepas dari menduduki ujian dariNya! Hanya Tuhan saja yang tahu bila dan dimana.

“Kenapa you berceritakan tentang Patah Hati? || Sakit Hati? || Putus Cinta? Untuk entry kali ni? Macam pelik je, sedangkan you bukan berada dialam itu. “ Tanyanya kepada aku.

Ini jawapannya; kerana semua sahabat-sahabat yang sekepala, sehati, dan sejiwa dengan aku, semuanya sedang berpatah hati, setiap hari ada yang mengadu kesakitan, kerana cinta dulu || cinta sekarang || cinta akan datang. Banyak orang banyak kisah cintanya. Aku juga terasa sakitnya || pedihnya kerana aku juga penah rasa apa yang mereka sedang rasa sekarang.

Jujur aku katakan memang ada sahabat sekepala, sehati, dan sejiwa kini jelous dengan keadaan aku kini. Kerana aku ada kamu yang memahami dan menyayangi. Tapi aku tak terus bangga kerana mungkin ini hanya sementara, siapa yang tahu? Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya. Ini adalah rezeki aku, setelah sekian lama aku merasa apa yang korang rasa.

Takpe sayang-sayang ku itu hanya sementara. Kuatkan Hati, Teguhkan Im

an, Insyaallah Tuhan sentiasa memudahkan segala urusan kita diatas bumi ini. Mengadulah padaNya agar Hati Mu tidak akan disakiti lagi.


Note: Aku bukanlah seorang penasihat yang terbaik, tapi aku cuba menjadi penasiha yang baik. Aku juga bukan sahabat yang terbaik, tapi aku cuba menjadi sahabat yang baik. Aku juga bukan kekasih yang terbaik, tapi aku cuba menjadi kekasih yang baik.

Sunday, July 24, 2011

Talk About Love.

Ehemm.. Hai all, lama ak tak bercerita bercelotehkan? biasalah buzy gile dengan Full Time job, sepanjang cuti ni, bangun tido pergi kerja, balik kerja penat tido sampailah jam kesayang berbunyi mengejutkan ak untuk pergi kerja. Siyes takde life ak. Life ak bila time cuti seminggu sekali tu je. so seminggu sekali je lah ak boleh layan life gila ak bersama kawan-kawan kesayangan. bila tak de kawan-kawan yang nak layan life gila ak. lepak rumah rehatkan diri itu pun more kepada tido huh! kurang feel life kan? Siyes rasa tak moh kerja sampai bila-bila boleh? saya nak jadi student je. ok tak? sbb time jadi student je ak rasa ak bole buat banyak kerja gila and senyum tanpa henti. =)

tapi sepanjang ak kerja kali nih, ak tertekan sangat. siyes ak tak suka kerja kali ini. attcully kerjanya ok, cuma yang tak boleh tahannya perangai perkerja kat situ, yang memang tak sebulu ngn ak, semakin berbulu pulak ak rasa ak kerja situ. dengan sorang yang jenis denkinya. tak boleh tengok ak lebih sikit. dengan yang sorang lagi asyek nak ikot baran die je. semua orang nak di babikannye. so for the first week memang menangis jagak lah untuk ak tahan and biasakan diri dengan keadaan sekeliling. lebih banyak bersabar even orang kianat ak dari belakang. nasib pesanan Acik sentiasa terngiang-ngiang ditelinga

"Sabar ja, biar ja depa nak buat apa pun, kalo depa nak rebut costemer pun biar ja, hang tu nak kerja 2 bulan ja. kalau ada rezeki hang ada ja tu nanti."

terima kasih acik kerana semangat itu, ak yakin rezeki ada dimana-mana, tanpa diduga ia akan ada, apa yang penting sabar dan usaha. dan tak lupa juga pada dia yang selalu mendengar luahan hati sepanjang ak kerja sini. segala tangisan, makian, dan juga kegembiraan ak kaw dengar. terima kasih sayang. terima kasih kerana sentiasa ada memberi sokongan disetiap suka duka ak ketika berperang untuk mengakhiri job ni.

Alhamdulillah berjaya tamatkan jua job ini dengan sokongan family, orang yang menyayangi diri ini, dan sahabat-sahabat terutamanya Fatty yang sama join ak untuk cari kerja dan support ak untuk kerja. banyak benda dia tawu tentang hati yang sekeping ini. thanks beb love you! . tak lupa juga pada Jie, Emira, Lin, Jut, Lan and Sir. yang sentiasa ada untuk melayan otak gila ak semasa cuti time. hehehee . . best selalu ak menyusahkan diorang untuk bersuka ria bersama, untuk ak melupakan, membuang segala tekanan yang menyerang sepanjang kerja nih. siyes ak tak penah rasa tegang urat bila ak bekerja, termasuklah urat kentut ak. huh! mahu melepaskan keluhan lega ketika ini. tersanagt-sangat-sangat lega.

tapi banyak jugak pengalaman ak dapat bila kerja jual accesoriss nih. macam ragam orang yang ak jumpa. bila pikir-pikir balik seronok pulak. cuma ketahan hati dan perasaan serta kawal emosi dalaman dan luaran yang sangat banyak. Iman dan hati maw kena kuat kalo nak kekal lama. kalo tak separuh hari ja dah cabot bai!.

21st July is my last day work at thare. Alhamdulillah . . malam tu jugak naik Genting H. untuk melepaskan segala-galanya. segala letih, bangga, syukur, cinta segalalah. senyum ak kembali terukir puas!


Thanks, Jut, Wa, Jie and Lan kerana sudi on untuk naik genting H.

Akhirnya merasa jua ak naik Genting H pagi-pagi buta on 1am-5am baru turun. this is my first time! before this pergi waktu siang bersama mereka2 sahabat yang tersayang termasuk dengan arwah topeq dulu. dah 2 tahun ak tak pergi genting H rupanya an. sepanjang perjalanan ak kesana memory lama kini kembali. terasa kehilangan sekejap =( . its ok now ak pergi untuk merialisasikan hasrat hati yang baru.

Kali ini merialisasikan tentang cinta diantara kami dengan pasangan masing-masing, bercerita kisah cinta dulu hingga kini, dan dapatkan matlamat dalam cinta untuk diri masing-masing kepada pasangan masing-masing. setiap orang sememangnya mempunyai kisah cinta yang sangat berlainan. ada yang bertukar-tukar. ada yang masih menanti cinta dulu even sudah ada yang sekarang. ada yang sedang tergantung tak bertali. dan ak lebih kepada berahsia. tapi rahsia ak dapat dihidu dengan pengalaman mereka yang sudah lali dengan pahit manis cinta nih. memang hebat. syukurlah even ak masih dengan pendirian ak untuk berahsia tapi ada jugak nasihat untuk ak dalam bercinta ini;

wa say: "you ni jenis yang suka berahsia, okey you ni bahaya sikit, tapi jenis you nih, mesti yang jenis romantik dengan bf you, you nih bertuah bf you terima you seadanya"

aku: "I hope so."

wa say: "if you yang sayang bf you more itu bahaya sikit. you kena kerja keras."

aku: "I thik he love me more."

wa say : "Wah! its good. you are lucky."

ak hanya tersenyum. lalu ak berfikir, memang ak sayang tapi ak tak pandai untuk menyatakan bagai mana ak sayang. berkata ak sayang memang mudah, tapi ak tak pandai meluahkan dari segi perbuatan, gerak tubuh, expresi. ak rasa ak sangat pandai untuk itu. tapi ak mahu simpan supaya ak tidak hanyut dengan perasaan cinta itu sendiri, ak takut ak lemas karam ditengah lautan dan ak menjadi mimpi ngeri untuk ak setiap hari. Tapi seyes ak setia pada apa yang ak ada. dan ak bersyukur kerana ada kamu yang menyayangi ak yang agak susah difahami ini. terima kasih sayang.

Ini pulak pesanan dari letcer yang sentiasa mengambil berat tentang studentnya yang bijak-bijak nakal nih. letcer saya ni bukan sahaja berpengalaman dalam Networking jer. Die pon hebat dalam cinta. biasalah die lebih makan garam dulu dari ak yang baru budak hinggusan dalam urusan cinta nih:


Thanks alot sir. Insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk orang yang saya sayang. =)

Nota: "Cintailah sederhana saja, jika kita mengangkat cinta terlalu tinggi takut jatuh nanti rasanya sangat sakit taw."

Monday, July 11, 2011

Rindu Sama Budak Rempit~

Dear Budak Rempit,

Aku disini rindu sama kamu, kamu yang banyak kerenahnya, suka menangis, gelak ketawa, jalan-jalan, shopping, even beli ikan turut bersama, bila menyanyi "Dadali-Disaat aku mencintai mu" kita alunkan, bila aku makan kamu pun nak jugak, jadi aku suapkan ke mulut mungil mu itu, bila aku tiada didepan mata kamu, berkali-kali kamu ulang memanggel aku, tersenyum aku mendengar bila kamu buat bergitu. Siyes rindu sama suara comel kamu. Mawu kiss kiss kamu banyak-banyak,,

Bila bertemu susah untuk berengang, kemana saja ak da
n kamu, tapi bila kita terpaksa berjauhan, ak terasa air mata ini ingin mengalir tapi ditahan kan saja, tapi kamu sudah pun mengalirkan air mata menangis, aku jadi sayu. Kemana saja pelosok ak pergi mahu saja ak pimpin tangan kamu dan bawa pergi bersama. tapi apakan daya ak, perjungan harus diteruskan demi masa depan ak dan kamu.

Walau berjauhan kita tetap berhubung untuk bertanya khabar. kadang kala masa mencemburui, kerana ak call saja kamu tidur, ak call kamu tiada, ak call kamu tiada ucapan untuk diluahkan, ak tak putus asa untuk call kamu, biar pun setiap hari, kerana ak mahu dengar suara kamu memanggil ak dan kita menyanyi dan kiss kiss bersama.

Kamu terlalu istimewa, hope kamu akan membanggakan ak kelak.. Sayang kamu ketat-ketat. Muah! Muah! tunggu ak balik yaa..

Moto lagi besar pada tuan. Besar nanti boleh la beli satu ya!

Siyess aku rindu dia sampai menitis . .