Tuesday, October 30, 2012

Monday, October 29, 2012

Perempuan Memang Begitu..

Perempuan memang cepat marah dan cepat melenting..
Tapi kenapa dia marah? dan kenapa dia melenting?
Semua itu bersebab..

Perempuan diciptakan Tuhan dengan penuh kasih dan sayang..
Hatinya lembut dan sangat penyayang..
Sebab itu Tuhan jadikan perempuan seorang ibu..

Perempuan, Tuhan anugerahkan sekeping hati yang istimewa..
Dapat merasakan sesuatu yang telah terjadi pada orang-orang yang disayang..
Mudah kesan kecelakaan, mudah rasa keburukan..
Anugerah yang sangat istimewa..

Perempuan mepunyai hati yang sangat sensitive..
cepat terasa, cepat cemburu, mudah rapuh, mudah hancur..  
Kerana hatinya sangat halus..

Perempuan memang suka mencintai dan dicintai..
Dan harapan perempuan sangat tinggi..
setinggi yang boleh kita gapai.. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengapai..

Perempuan bila dah sayang, sayangnya sangat kuat,
kuat sehingga siapa pun tak boleh halang..
Sayangnya dia kepada Tuhan, begitulah sanyangnya dia kepada makhluk Tuhan..

Perempaun akan menghormati, andai dia dihormati..
Malah dia akan beri lebih lagi penghormatan itu kepada yang betul berhak..
penghormatan yang bisa diberi hingga dia menjadi hamba..

Perempuan juga sangat kuat, walau hatinya sangat halus, sensitive..
Tapi ia kuat mencantumkan semula bila hatinya telah hancur bekecai..
Serpihan hati yang berkecai itu ada pada yang menghancurkan ia..

Perempuan mudah suka bila memakan gula-gula yang manis..
kadang terselit semut pun, sanggup ia kesat, bersihkan..
Asal kemanisan itu tetap dia rasa..

Perempuan memang kuat menangis..
Menangisnya hanya sekejap.. tapi tangisan yang betul-betul tangisan..
Bila tangisan itu hilang, tak mungkin dia akan menangis lagi, kerana benda yang sama..


Perempuan anugerah Tuhan yang istimewa, perlu dijaga, perlu ditatang, perlu dimanja, perlu dibelai..
bukan untuk dipijak sesuka hati, bukan dicampak-campak bagai kain buruk, bukan dijadikan barang mainan.. Bukan mudah untuk menjaga perempuan.. Kuatkan iman, penuhkan ilmu, berikan kasih sayang, kuatkan diri jasmani dan rohani, supaya mudah menjaga insan yang bernama perempuan.


Tuesday, October 23, 2012

Sakit

Sakit. Lately ni aku rasa sakit saja..

rasa nak nangis..
rasa nak tak sedap badan..
rasa tak senang duduk..
rasa gelisah..
rasa resah..
rasa tak keruan..
rasa macam orang bodoh..
rasa habar..
rasa kecewa..
rasa nak marah..
rasa suka..
rasa perit..
rasa pahit..
rasa itu dan rasa ini..

hah! sakit.

Sakit, tapi tiada darah..
Sakit, tapi tiada luka..
Sakit, tapi tiada calar..
Sakit, tapi tiada lebam..

Sakit, mungkin sakit dalaman..
Sakit, mungkin sakit urat?
Sakit, mungkin sakit angin?
Sakit, mungkin sakit jantung?
Sakit, hati?

sakit apa sebenarnya ni?

eeeemmmm...

mungkinkah sakit rindu?
Tuhan kau berikanlah aku sedikit kekuatan..

T.T

Wednesday, October 17, 2012

Alhamdulillah...


Alhamdulillah, part presentation dah settle, tinggal part akhir saja, repot..
Aku agak risau jugaklah keputusan yang bakal keluar FYP project aku nanti, 
but aku harap ia berbaloi dengan apa yang telah aku usahakan..
Harapan aku mestilah nak markah yang baik.. tapi aku tak kisahlah asal lulus dengan baik pun tak pe..
Aku tahu kemampuan aku sampai situ saja untuk kali ini..

Lepas saja beberapa hari aku dari hari presentation, dah dapat tawu pulak project aku kena ada dekat exhibition next week, nak kata seronok, agak seronok jugaklah, tapi aku lebih kepada sedih sebabnya niat untuk aku balik awal cuti raya haji, tak tercapai.. Agak sedihlah nii..

Mak dah mengharap anak perempuan dia sorang ni balik awal, sebab abang-abang yang duduk KL semua tak dapat nak balik raya.. Kalau aku pun tak balik, tak ke sedih mak aku tu.. Haritu mak call, mintak aku buatkan simpulan kasih, katanya boleh buat makan tok raya nanti.. So sekarang ia dalam pembikinan.. buat semata-mata untuk mak nak makan.. takpe untuk mak..

Aku rasa serbasalah sekarang ni, nak balik ke tak balik ke? final report FYP tak siap lagi, mana nak bukukan lagi, mini project pon tak jalan lagi.. nak kena stanbay untuk Exhibition lagi.. Aku harap aku mampu hadapi dengan baik benda nii.. dan aku dapat balik kg. secepat yang aku mampu. Actually rindu dekat mak jugak.. 

And satu lagi perkara, yang agak merunsingkan aku sekarang ni, tempat prektikal aku belum jumpa lagi.. next month dah nak kena pastikan dah ada tempat untuk prektikal next sem. Keputusan untuk dapat prektikal dekat korea pon belum ada jawapannya, tidur malam pun tak lena, handphone memang tak boleh tinggal jauh-jauh dah sekarang ni. Macam orang bercintakan? =)      


Inilah project aku yang tak seberapa tu, yang nak kena ada dekat loby unikL next week, if ada yang berminat nak jumpa dengan home sweet home aku ni, boleh datang next week ya!

peace! bye!

Sunday, October 14, 2012

Wish Me Luck!



Esok, pada 15/10/2012 akan terpaparlah ia di level 5 no.32.
Kalo rasa-rasa ada yang nak mencuba secara live demo yang comel ni,
boleh datang pada pukul 1pm-1.30pm sahaja okey.
Masa diperuntukkan adalah terhad.

Ceh! promote nampak.

Hope every thing OK soon..

Good luck for me and good luck for you all's too..