begitu lega, begitu bahagia, begitu tenang aku rasakan walau mata sentiasa mengalikan airnya. Aku pasrah dan akur akan ketentuan Tuhan untuk hidup aku, yang begitu menguji hambanya ini untuk menjadi seorang yang sangat kuat dan tabah mengharungi segala ujiannya.
“Sesungguhnya Tuhan menguji hambanya setakat hambanya mampu mengharunginya.”
Ya! Siapa yang tak sakit bila patah hati, siapa yang tak sakit diinayai, siapa yang tak sakit bila tidak dihargai, siapa yang tak sakit bila tiada yang memahami, siapa yang tak sakit bila terluka dan siapa? Siapa? Yang tak sakit bila tiada tempat untuk diluah segala perit dihati??
Walaupun aku mempunyai masalah yang bertingkat-tingkat, akan aku jadikan itu satu pengalaman dan pemangkin hidup buat diri ini sungguh pun aku jelous gila vavi pada orang-orang yang senantiasa senang tampa masalah untuk ditanggung dan mempunyai kelebihan yang aku tiada. “Kenapa ya! Ak tak macam dia? Dia ada hand phone mahal, kecik lagi dah ada kereta sendiri, Wah pandainya dia, Wah! Sedapnya suara dia,Wah! Cantiknya dia.. pandai dia berfesyen, Wah! Dia ada boyfriend handsome, Wah! Dia ada boyfriend kaya, baik bla bla bla . . . .” aku ?? apa yang aku ada??
Memang aku tiada apa yang mereka ada, aku tak cantik seperti mereka tapi aku masih ada rupa yang maseh boleh dipuji, aku tiada hand phone mahal macam dia, tapi aku ada hand phone yang sentiasa berbunyi untuk bertanyakan khabar aku setiap hari. Aku tak pandai macam dia, tapi aku berusaha untuk mendapatkan markah macam dia. Meraka menyanyi sedap merdu aku kagum!, dan bila aku menyanyi taklah sangat seperti katak panggel hujan. Wah cantiknya dia berpakaian up.to.date , aku pun cantik . . . kalau aku ada duit boleh beli pakaian lagi lagi up.up.up.date dari dia, mesti lagi lagi lagi cantik aku dari dia. Wah! Handsomenya boyfriend dia, tapi aku tak hengen pon kalau perangai macam Setan. Wah! Kayanya dia, tapi apa gunanya dia kaya tapi dengan duit haram?
Aku bersyukur dan terima dengan apa yang aku ada, segala perit yang aku lalui, kerana
“aku percaya Tuhan akan menyediakan kebahagian yang mutlak untuk aku kelak”
dan dalam kesakitan ini Tuhan telah memberi aku sedikit kemanisan supaya tidak terasa akan kesakitan itu dengan menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang sangat memahami dan ingin berkongsi segala kesakitan ini. Kini aku tahu siapa? Siapa? Siapa? Sahabat yang sentiasa disisi even jauh dari pandangan mata. Kini aku tahu siapa yang sangup bersusah senang bersama aku. Aku bersyukur ~ ~
Aku bersyukur lagi kerana aku mampu sentiasa tersenyum, mampu menghiburkan hati orang-orang disekitar aku ini, aku mampu tidak menyusahkan orang-orang sekeliling aku ini, aku masih mampu memberi walaupun aku sentiasa menerima.
Aku bersyukur lagi kerana aku ada orang-orang sentiasa sayang aku yang nakal ini. Aku bersyukur aku mempunyai fizikal dan mental yang sempurna. Aku bersyukur aku bukan seorang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aku bersyukur aku tak jadi orang gila. Aku bersyukur aku mampu melanjutkan pelajaran sampai degree (hope I will finish my study very well.) Aku bersyukur aku mampu memijak dikaki sendiri dari aku sentiasa memijak kaki orang. Kasihan orang yang dipijak itu (kadang-kadang aku sendiri yang dipijak. Owcha! Sakit doh! Baik tolong jangan pijak orang.)
Sepanjang kehidupan ini mempunyai pelbagai kepahitan dan kemanisan hidup, kenalilah hidup ini kerana ia begitu indah kata orang tak kenal maka tak cinta. Kenalilah diri kita kerana diri kita begitu berharga. Peliharah diri sebelum menyesal kelak.
"Hargailah diri kerana orang lain juga menghargainya juga."
Carilah kebahagian jasmani dan rohani sebelum ia lenyap dari bumi yang nyata ini. Bukan mudah unutk kita mencapai kebahgian dan kejayaan dunia dan akhirat, yang penting kita ingat pada Maha Pencipta kita..
p/s :: kata-kata yang hadir untuk menenagkan diri sendiri dan maybe untuk anda juga..