Monday, November 12, 2012

12/11/12

12/11/12

It's nice date right?

Our story..




I'm waiting for a long time! to get the answer, but today I get it!
Thanks a lot!
but for me this is not the exact answer for my question!

I can't stop waiting for the exact answer..

Saturday, November 10, 2012

Lucky Day

7 November 2012

Entah kenapa aku rasa hari ni rasa bahagia dan gembira sangat, 
walaupun hati aku sentiasa terasa tak pernah gembira..

Aku bersyukur dengan berita dan aktiviti harini...
Terima Kasih Tuhan!

Benda-benda yang buat tersenyum sepanjang hari adalah . . .

1. Dapat call dari UnikL sebab dapat tawaran untuk aku terbang lebih jauh.. One off my dream will come true and akhirnya dapat naik flight for the first time in my life.. wehoo..

2. Sebabkan kegembiraan itu aku rasa nak reward diri dengan belikan hadiah yang dah lama aku nak beli, tapi aku tak termampu lagi, dan tak terbeli.. so harini jugak aku dapatkan.. Allhamdulillah.. 
 Novel yang dah lama nak beli.. =)

3. Diwaktu malamnya pulak pergi sambut birthday party my roommate, dinner with nasi arab.. thanks untuk birthday girl punya boyfriend sebab sponser dinner harini.. Syukur, moga dimurahkan rezeki kalian berdua..  
Nasi arab untuk 4 orang..

4. Lepas saja dinner kami terus cari 7E untuk dapatkan sebanyak yang boleh slurpee.. 
Nasib tak bawak baldi.. Sebelum keluar rumah lagi dah prepare bawak bekas besar-besar..
1 bekas besar hanya rm2.20 jee.. rugi kau kalo tak pegi serbu..
so inilah hasilnya..
Minum ramai-ramai baru meriah.. =)


5. Lepas dapat slurpee, pergi midnight movie pulak, cite James Born - Skyfall aksi habis citanyaa.. 
Itu pun kitorang pergi, sebabnye, dah dekat 2 bulan tak layan wayang.. mane taknye semua sebok dengan FYP masing-masing + mini project lagi.. so bila banyak kerja da siap.. inilah masanya..

6. Sementara nak tunggu time masok hall wayang tu.. ternampak pulak tempat game kat sebelah beli tiket tu.. Apa lagi semua serbu masok situ jap, layan game.. yang paling excitednya aku lah! lagi-lagi nampak game misen kat bawah nii.. lama gila tak excersize tangan ni.. bila dah dapat main.. memang tak sedar diri.. tapi aku agak seday sebab prestasi markah aku semakin jatuh.. sooooooo sad!  
129 ja score?

Balik rumah ja terus tumbang.. Penat sangat okeyh! 
Tapi aku rasa ia sangat berbaloi untuk hari itu..
but banyak habiskan duit jugak!
huh! 
ok takpe berusaha cari duit lagi..
okbye!


Tuesday, November 6, 2012

Saturday, November 3, 2012

Orang kuat!



Mukadimah dengan muka sendiri, tak tahu nak cakap apa maksud muka sendiri..
Muka kesian ada, muka nak senyum ada, nak nangis ada, nak mintak disepak pun ada..
confuse dengan diri sendiri..

Sebenarnya aku cuba untuk kuatkan diri sendiri untuk menjalankan kehidupan harian aku yang semakin berterabur, bersepah, berserabut.. !@#$$#%@#%^%$

Report FYP yang sekangkang kera saja lagi pun tak siap-siap,, abik masa gila vavi punya lama..
padahal, boleh je siapkan 1 hari.. tapi aku tak mampu.. otak dok merapu, meroyan, menulis then padam, tulis dan padam.. tak tentu hala..

memikirkan, menangis, fikirkan lagi, menangis lagi..
inilah orang yang sedang dilanda masalah dalam percintaan.. 
mulanya dulu indah berlaka.. kini diam seribu bahasa..
banyak sangat persoalan seperti dientry sebelum aku persoalkan click sini .. 
sehingga aku penat sendiri, tidur pun termimpi-mimpi, mengigau-ngigau..

aku sendiri dah malas nak fikir, banyak lagi kerja aku perlu lakukan..
lebih penting dalam hidup aku dan penting untuk masadepan serta keluarga aku..

aku memang suka berfikir, tapi aku lambat sikit bertindak, aku takut tersalah langkah..
tapi aku juga degil, degil nak buat jugak if aku fikirkan ia bagus untuk aku,, 
sebelum aku berdegil, aku lebih suka mintak sumbangan pendapat dari kawan-kawan, dan abang-abang aku.. merekalah penggerak semangat aku..
Terima Kasih!

Untuk November yang tiba ini, aku mengharapkan kekuatan dalam diri..
Melupakan sesuatu yang indah dulu tu, menjadi indah dimasa depan aku..
disebabkan kekuatan itulah aku terpaksa jumpa penasihat dan menerima hadiah yang tak terhingga..

tadaa!


Semoga aku lebih berbahagia dan berjaya dalam hidup dan masa depan aku, serta diakhirat sana..



Friday, November 2, 2012

Persoalan..

Persoalan?

Persoalan yang sedang bermain dalam fikiran,
hinggakan aku tak tahu apa yang aku fikirkan,
apa yang orang cakapkan,
apa yang orang cuba sampaikan..
apa yang aku cuba sampaikan,

kemana pun aku berjalan, aku tak pernah terfikir akan keselatan diri..
aku hanya pasrah andai apa-apa saja musibah yang akan menimpa aku..
mungkin aku takkan sakit, walau ia berdarah sekali pun..
kerana abagi aku, sakit hati yang aku sedang tanggung kini, lebih pedih lebih tersiksa sakitnya..

persoalan yang bemain diminda, seperti menghantui diri ini..
persoalan ini, mungkin tiada jawapan, entah lah sampai bila aku harus tunggu jawapan ini..
persoalan ini, seperti menghukum diri aku ini..

aku tak tahu dimana salah aku..
aku tak apa yang aku boleh lakukan..
aku tak tahu sama ada kesetian aku ini masih belum cukup..
aku tak tahu sama ada kasih sayang aku ini masih belum cukup untuk dihargai..
aku masih tak tahu banyak tentang kehidupan ini..
aku masih belum cukup jujurkah?

aku sering berfikiran posotif, sedangkan aku nampak pengakhiran ceritanya bagaimana..

aku dah semakin malas untuk memikir,
aku dah semakin malas mahu menaip,
aku dah semakin malas mahu bercakap,

dan tapi aku tahu, aku masih belum cukup untuk bertindak..
aku akan bertindak, tindakan aku tidaklah sedrastik orang lain..
yang pastinya, aku akan bertindak..

sekarang aku hanya bersabar dan terus bersabar,,
aku tahu Tuhan sentiasa bersama aku, tak kira dimana jua aku berada..