Tuesday, October 30, 2012

Monday, October 29, 2012

Perempuan Memang Begitu..

Perempuan memang cepat marah dan cepat melenting..
Tapi kenapa dia marah? dan kenapa dia melenting?
Semua itu bersebab..

Perempuan diciptakan Tuhan dengan penuh kasih dan sayang..
Hatinya lembut dan sangat penyayang..
Sebab itu Tuhan jadikan perempuan seorang ibu..

Perempuan, Tuhan anugerahkan sekeping hati yang istimewa..
Dapat merasakan sesuatu yang telah terjadi pada orang-orang yang disayang..
Mudah kesan kecelakaan, mudah rasa keburukan..
Anugerah yang sangat istimewa..

Perempuan mepunyai hati yang sangat sensitive..
cepat terasa, cepat cemburu, mudah rapuh, mudah hancur..  
Kerana hatinya sangat halus..

Perempuan memang suka mencintai dan dicintai..
Dan harapan perempuan sangat tinggi..
setinggi yang boleh kita gapai.. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengapai..

Perempuan bila dah sayang, sayangnya sangat kuat,
kuat sehingga siapa pun tak boleh halang..
Sayangnya dia kepada Tuhan, begitulah sanyangnya dia kepada makhluk Tuhan..

Perempaun akan menghormati, andai dia dihormati..
Malah dia akan beri lebih lagi penghormatan itu kepada yang betul berhak..
penghormatan yang bisa diberi hingga dia menjadi hamba..

Perempuan juga sangat kuat, walau hatinya sangat halus, sensitive..
Tapi ia kuat mencantumkan semula bila hatinya telah hancur bekecai..
Serpihan hati yang berkecai itu ada pada yang menghancurkan ia..

Perempuan mudah suka bila memakan gula-gula yang manis..
kadang terselit semut pun, sanggup ia kesat, bersihkan..
Asal kemanisan itu tetap dia rasa..

Perempuan memang kuat menangis..
Menangisnya hanya sekejap.. tapi tangisan yang betul-betul tangisan..
Bila tangisan itu hilang, tak mungkin dia akan menangis lagi, kerana benda yang sama..


Perempuan anugerah Tuhan yang istimewa, perlu dijaga, perlu ditatang, perlu dimanja, perlu dibelai..
bukan untuk dipijak sesuka hati, bukan dicampak-campak bagai kain buruk, bukan dijadikan barang mainan.. Bukan mudah untuk menjaga perempuan.. Kuatkan iman, penuhkan ilmu, berikan kasih sayang, kuatkan diri jasmani dan rohani, supaya mudah menjaga insan yang bernama perempuan.


Tuesday, October 23, 2012

Sakit

Sakit. Lately ni aku rasa sakit saja..

rasa nak nangis..
rasa nak tak sedap badan..
rasa tak senang duduk..
rasa gelisah..
rasa resah..
rasa tak keruan..
rasa macam orang bodoh..
rasa habar..
rasa kecewa..
rasa nak marah..
rasa suka..
rasa perit..
rasa pahit..
rasa itu dan rasa ini..

hah! sakit.

Sakit, tapi tiada darah..
Sakit, tapi tiada luka..
Sakit, tapi tiada calar..
Sakit, tapi tiada lebam..

Sakit, mungkin sakit dalaman..
Sakit, mungkin sakit urat?
Sakit, mungkin sakit angin?
Sakit, mungkin sakit jantung?
Sakit, hati?

sakit apa sebenarnya ni?

eeeemmmm...

mungkinkah sakit rindu?
Tuhan kau berikanlah aku sedikit kekuatan..

T.T

Wednesday, October 17, 2012

Alhamdulillah...


Alhamdulillah, part presentation dah settle, tinggal part akhir saja, repot..
Aku agak risau jugaklah keputusan yang bakal keluar FYP project aku nanti, 
but aku harap ia berbaloi dengan apa yang telah aku usahakan..
Harapan aku mestilah nak markah yang baik.. tapi aku tak kisahlah asal lulus dengan baik pun tak pe..
Aku tahu kemampuan aku sampai situ saja untuk kali ini..

Lepas saja beberapa hari aku dari hari presentation, dah dapat tawu pulak project aku kena ada dekat exhibition next week, nak kata seronok, agak seronok jugaklah, tapi aku lebih kepada sedih sebabnya niat untuk aku balik awal cuti raya haji, tak tercapai.. Agak sedihlah nii..

Mak dah mengharap anak perempuan dia sorang ni balik awal, sebab abang-abang yang duduk KL semua tak dapat nak balik raya.. Kalau aku pun tak balik, tak ke sedih mak aku tu.. Haritu mak call, mintak aku buatkan simpulan kasih, katanya boleh buat makan tok raya nanti.. So sekarang ia dalam pembikinan.. buat semata-mata untuk mak nak makan.. takpe untuk mak..

Aku rasa serbasalah sekarang ni, nak balik ke tak balik ke? final report FYP tak siap lagi, mana nak bukukan lagi, mini project pon tak jalan lagi.. nak kena stanbay untuk Exhibition lagi.. Aku harap aku mampu hadapi dengan baik benda nii.. dan aku dapat balik kg. secepat yang aku mampu. Actually rindu dekat mak jugak.. 

And satu lagi perkara, yang agak merunsingkan aku sekarang ni, tempat prektikal aku belum jumpa lagi.. next month dah nak kena pastikan dah ada tempat untuk prektikal next sem. Keputusan untuk dapat prektikal dekat korea pon belum ada jawapannya, tidur malam pun tak lena, handphone memang tak boleh tinggal jauh-jauh dah sekarang ni. Macam orang bercintakan? =)      


Inilah project aku yang tak seberapa tu, yang nak kena ada dekat loby unikL next week, if ada yang berminat nak jumpa dengan home sweet home aku ni, boleh datang next week ya!

peace! bye!

Sunday, October 14, 2012

Wish Me Luck!



Esok, pada 15/10/2012 akan terpaparlah ia di level 5 no.32.
Kalo rasa-rasa ada yang nak mencuba secara live demo yang comel ni,
boleh datang pada pukul 1pm-1.30pm sahaja okey.
Masa diperuntukkan adalah terhad.

Ceh! promote nampak.

Hope every thing OK soon..

Good luck for me and good luck for you all's too..


Saturday, October 13, 2012

Demam FYP

Macam teruk sajakan.. 
Apa boleh buat, apa yang nak datang tetap datang,
Macam mane pon kena jugak hadapi dengan tenang..
Hope sebelum final presentation aku boleh sihat..

Memang hangat sangat aku bercinta dengan FYP ni..
sayang dan cinta kamu sangat!

Final presentation 15hb/10/2012 Isnin.
Wish Me luck!

ok bye!

Retro Night - Grand Reunion Night

 Kad Jemputan ke grand reunion night.
Sekali lagi mengambil masa untuk berhibur, menghiburkan hati yang sedang resah dan gelisah.
Pada 05 / 10 / 2012 yang lalu..
Aku menghadiri sebuah majlis makan malam di hotel singgahsana, PJ.
Apa yang menarik hati aku dan kawan-kawan nak join dinner ni adalah..
Theme : Retro

Theme dia yang agak menarik dan meriah ala-ala fashion 60an-70an gitu..

Meja siap request lagii.. Dapatlah jugak meja VIP, tapi VIP yang duduk dekat belaaaakaaannggg sekali..
Haa'aah VIP sangatkan?!

Fikir punya fikir punya fikir,, nak pakai baju apa dan gaya macam mana yang aku nak buat untuk nampak ala-ala retro ni ehh? Selongkar beg baju semuaa cari yang sesuai, kalo nak kena beli baru,, emmm.. agak tak berapa nak mampu untuk masa ini.. At last, Jumpa 1 baju yang aku tak pernah pakai price tag pon ada lagi dekat baju tu.. so rasanya inilah masa yang sesuai kot! 

ok tunjuk rupa sikit!
 Chak! mata tu yang penting..
Orang kata dari mata turun ke hati.. sekarang dah tengok mata tu sampai tak kehati korang?
nnnggeeee...
Retro tak? Actually aku pon tak sure retro ke tak.. lebih kurang kira halal lah.. yang penting manis dan kecomelan ada disitu.. wewiiitttt...

Inilah gadis-gadis yang kepala senget dan otak gilaa..
Ada saja benda yang selalu direncanakan.. 
Rasanya yang bereben merah diatas kepala itu lebih gila dari semua yang ada.

 Belum makan lagi.. Dah dekat beratus gambar dah snap..
click.. click.. Inilah antara gadis yang hot!
hot sangat! melecur!

Ok boleh makan sudah, time makan tulah ada persembahan, cabutan bertuah dan kejutan..

Kejutan: tiba-tiba ada Didy Alyas jadi MC
Cabutan bertuah: Memang aku tak dapat, sebab aku tak pernah bertuah.
Persembahan dari artis youtube: Tasha Manshahar


Queen malam retro, my friend! Ika, dia sangat gorges malam tu, ala-ala primadona zaman dulu.
And makeup dia pun sangat cantik.
Tahniah my dear!





Sekali lagi berbangga sebabnya Queen and King pada malam tu adalah kawan-kawan aku sendiri..
Tahniah beb!


Sama tapi tak serupa..
Masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan sendiri.


Siapa lelaki dekat tengah-tengah tu eh?
Kenapa semua nak tangkap dengan die eh?
Sebab ape taw.. sebabnya dia comel dan kami-kami double comel.. (Tak nak kalah)
Sebenarnya lelaki ni muda lagi, agak-agak macam adik kitoranglah..
Dia datang as a pemain gitar + nyanyi untuk show malam ni dengan Tasha Manshar..
Nama adik ni Syed Shamim oky..

sebagai penutup bagi cerita Retro Night ni..
Moh kita layan sikit nyanyian dari artis YouTube ni..
Dipersembahkann...

Tasha Manshahar - Be Mine


Tasha Manshahar & Syed Shamim - I Love U like a Love song



ok bye! salam retro semua..

Friday, October 12, 2012

Makan ramai-ramai dapat murah!

Haii kawan-kawan, dah lama rasanya tak update aktiviti nih.. 
yang ada pon update pasal emosi, yupp memang sekarang ni agak beremosi,
beremosi dengan mood FYP, agak stresss jugaklah. Kawan-kawan aku semua pon sibuk beremosi.

Jadi untuk mengurangkan stress yang teruk disitu,, 
Aku telah direkemankan seorang kawan untuk lawati groupon untuk melepaskan stress selepas FYP nanti.
Bila dah buka segala kerja-kerja FYP aku tergendala seketika, sebabnya teruja dengan discount berpuluh %. Mulalah berangan macam-macam, nak kesana sini. haiisshh.. tup tup, roommate aku pun turut terjebak dengan benda ni sampai sekarang. Disebab stress dan teruja bergaul mesra, aku and roommate pun tak nak lepaskan peluang bila nampak makanan yang ada discount until 70%. Tambahan pulak rommate aku ni hantu makanan. so plan yang diaturkan menjadi, bila dah disebarkan kepada classmate yang lain.
Hahh! plan on!

Lagi ramai lagi murah. Nak tawu tak ape yang kitorang makan?
tengok voucer dibawah. 

MYR 108.70 ? Murah ke?
yee, memang murah pun, bila dia dah buat discount, set 4 orang hanya MYR 40 saja.
jadi sorang sepuluh ringgit saja. Apa macam murahkan?

Persoalan lagi..
Apa je yang kitorang makan tu?
Kami maaakannn... 


Alamak kabur pulak.. sorry..  hah! ape macam bestkan?

hahaaa.. itu hanya deco dinding jee lah..

Ini yang sebetulnyaa.. 
Kita boleh pilih nak makan buger apa.Teriyaki Beef OR Sausage, Chicken Katsu OR Black Pepper Beef Burger + Wedges + Drinks.

3 benda ni dengan harga RM10 jee.. Buger boleh tahan besar, rasa lebih kurang macam ala-ala buger bakar, tapi bukan buger bakar ya,, ia adalah buger Jepun. Mood jepun gitu..

 hah! terbeliak mata dapan makan!


Inilah classmate aku yang ikut serta! meriah gitu..

 Tempatnya adalah di Tokyo Street Pavilion..
Memang mood die ala-ala jepan habislah..


Last but not least;
tetiba saja..

Mungkin satu hari nanti.. Tetiba rindu!

bye!

Monday, October 8, 2012

Sayang.

Sayang,

Maafkan aku, andai aku tidak pernah jadi yang terbaik dalam hidup you.
Sayang, aku tak tahu mana lagi hendak aku luahkan rasa ini.
Mungkin disini. disini saja aku mampu luahkan rasa hati.
Kerana bibir ku ini tak mampu lagi mengeluarkan kata-kata.

Hati selalu kata aku RINDU!
tapi apakan daya aku untuk sampaikan?
Adalah rasa rindu itu terubat jika aku melaungkannya keseluruh alam.
Aku kecewa bila rasa itu tak sampai untuk aku sampaikan.

Hati selalu kata, aku mahu kamu selalu!
Tapi aku tak terdaya untuk lakukan itu.

Hati selalu kata, aku mahu akan perhatian dari mu!
Tapi aku rasa hampa, tiada apa yang aku rasa.

Hati selalu kata, aku perlukan kata semangat dari mu selalu!
kerana aku selalu alpa dan leka didalam setiap langkahku.
sebab itu aku perlukan kamu selalu.
Aku tunggu sentiasa, setiap masa dan setiap saat ku!
Akhirnya aku sendiri mencari kata-kata untuk menaikkan semangat sendiri.
"You can do my sweet heard, I always with you for ever and ever!"

Tapi hati selalu memahami you sayang.

Katanya lagi..
Takpe sweet heard, keadaan dia tak normal lagi, sabar ok..

Katanya lagi..
Takpe sweet heard, jangan ganggu dia nak rehat, nanti dia dah betul-betul ok, ok lah nanti.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, kalau rindu hantar je message selalu.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, kalau tiada replay message panjang sikit. mane tahukan.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, jangan ambil hati, smile =) rindu dia sederhana saja ok. mungkin akan terubat penyakit rindu tu.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, call bila perlu saja.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, jangan call die ok, bimbang dia akan bertambah sakit.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, nanti dia sihat dia akan call selalu.

Katanya lagi..
Tape sweet heard, munggkin dia akan kembali.

Katanya lagi..
Aku tak tahan lagi,,

*calling...

Me: "Haii sayang.. baibai sayang.."


You: "ok sayang, bye.. I text u letter"

*end call

tanpa aku sedari air mata mengalir di pipi.
Apakah tandanya itu?
suka? gembira? sedih? mungkin teluah sedikit rasa rindu?

Katanya lagi..
Aku nak call lagi..

*calling...

Me: "I tak sihat =( "

You: "Rehat ok.. makan ubat eh."

Me: "eeeemmm, ok. bye."

You: "Love you."

Me: "Love you too"

You: "Miss you."

Me: "Miss you too."

*end call

Air mata mengalir tanpa aku sedari..

Setelah sekian lama aku menunggu kata-kata itu, sehingga aku binggung ayat pakah yang diungkap itu benar atau atau palsu. pelbagai rasa yang berputar-putar.

Geram! Marah! Suka! Gembira! Benci! Jemu! Bosan!

Semakin lama, semakin tiada kata untuk aku luahkan. Kenapa ia begini..
eerrrhhh!!
Rasa mahu bunuh diri. Nanti Tuhan yang sangat mencintai aku melaknat aku pula.
Aku memohon hanya pada Tuhan membersihkan hati aku dari merasakan sesuatu yang tidak baik.

semakin hari semakin aku lemah menghadapi situasi begini..

mengapa kita jadi begini sayang?
mungkin aku adalah punca utama kita begini.
Maafkan aku sayang.