Monday, May 28, 2012

Ayat Bertulisan Hijau dalam Notes.

Nota yang berisi ayat-ayat entah jenis perasannya, sama ada sedih, pilu, resah or bahagia.
Anda tentukan sendiri. Ayat ini aku tulis sebelum nak tidur, selalu waktu malam ja ayat-ayat macam ni selalu keluar, kalau tidak ditaip, aku menulis seperti dalam notes dibawah.
Setelah ditenung diteliti, dibelek-belek, dizoom sampai tak boleh nak zoom lagi dah,
masih jugak tadapat nak bacakan? 
so sini aku translatekan. =)
Selamat Membaca dan Selamat Malam!!


Maafkan jika aku menyakitkan hati..
Kerna kita telah bertukar hati..
Kita sama-sama menjaga hati..
Agar ia tidak disakiti..
Tuhan telah menetapkan janji..
"Setiap yang hidup pasti akan mati.."
Kita merancang untuk hidup sama sampai mati..
Tapi kau jangan makan hati..
Andai aku pergi dulu nanti..
Tuhan juga berjanji..
"Setiap kehilangan pasti akan berganti.."
Dan Tuhan akan beri bonus lagi..
"Akan KU gantikan dengan yang lebih baik nanti.."
Bersyukurlah kita kehadrad Ilahi..
Kerna memberi kita peluang bersatu hati..
Walau apa yang dirancang tidak menjadi..
Andai kita tabah menghadapi..
Andai kita tidak bersama didunia ini..
Mungkin di Syurga nanti..
Jangan kita berhenti berdoa pada Ilahi..
Sampai impian ini jadi realiti..
Kita tidak pasti dengan apa yang akan terjadi..
Apa yang pasti kita berusaha jadikan ia realiti..
Jangan bersedih hati..
Tuhan juga mengerti..
Apa yang kita inginkan kini..
 Hanyalah bersatu hati..
Menyemai kasih suci..
Dan berjanjilah agar kau akan menyayangi..
Biar apa pun yang terjadi..
Kerna aku sentiasa disi..
"Walau Jauh Dimata, Namun Dekat Dihati!"

Diana
3/2/2012
2:39am



Saturday, May 26, 2012

Aku perlukan kesihatan yang normal!

Lately ni, aku rasa kesihatan aku semakin weak, nak buat kerja sikit, aku cepat letih, cepat penat. Aku pegang kaki rasa tulang, pegang tangan rasa tulang, pegang bontot sendiri pon rasa tulang, tengok jari rasa kurus runcing jee. Seluar yang selalunya aku pakai muat-muat pinggang, bontot dan kaki, sekarang dah longgar, kadang rasa melondeh jee, siap kena pakai tali pinggang lagi . . kalau tak steady je seluar tu, tak payah aku nak tarik-tarik betolkan. 

Persoalan: Adakah aku yang semakin kurus atau seluar yang semakin mengembang/membesar?

 Seluar longgar? atau besar?

Tangan kurus, Jari runcing . .

Aku cuba untuk kautkan tangan . . 
dengan harapan akan beketol-ketol tangan aku lepas tu . .

dan kadang-kadang jugak aku rasa malas gila nak berjalan pun, even beli makan dekat kedai depan rumah kritikal sangat dah tu kan? mungkinkah aku yang malas? nak exercise lagi lah aku rasa tak terdaya. Mungkin aku harus memulakan rutin untuk kesihatan badan aku, supaya mengembalikan tubuh badan yang sihat . . =) 

Apa yang aku perlu buat adalah:
  • Makan makanan yang berkhasiat. 
    • Minum susu suam. (aku tak suka susu ok!)
    • Makan buah-buahan. (Jangan buat hiasan sudahlah!)
    • Makan sayur-sayuran. (Makan pulak aku!)
  • Simple Exercise.
    • Buat worming-up sudah. (Jangan lupa sudah!) 
    • Lompat bintang 5-10kali. (Begegar rumah orang bawah!)
    • Rajin berjalan-jalan diwaktu petang. (cuci mata, cari bofwen, baru semangat!)
  • Ubat yanag baik untuk kesihatan.
    • Vitamin C. (untuk mencantikkan kulit yang tak cantik!)
    • InnerShine Pati Prun. dah lama aku stop makan InnerShine ni, so rasanya dah boleh start balik kot kalau ada $ lebih. Nak tawu kelebihan InnerShine? klick sini, aku rasa ia baik untuk menambahkan tenaga aku. Tak akan cepat penat/letih. 
    • Lain-lain belum ada yang memberi saranan untuk aku lagi. =)

Semuanya untuk mengembalikan kesihatan badan aku, supaya aku lebih bersemangat waja untuk menjalankan tugasan harian aku sebaik mungkin. Kalau belajar pun aku tak delah malas nak mampus tok study or buat assignment. Sebab aku dah last year dah, time ni ja nak upkan pointer aku yang selalu up and down tu..

#bagi sesiapa yang nak ikot "cara untuk kembali sihat" cara aku ni, boleh! silalah . . kalau ada side effect yang positif Alhamdulillah . . bagi yang negatif side effect jangan salahkan aku yaa . . aku hanya cuba yang terbaik saja . . yang baik sila ikut, yang tak baik jangan ikut ok?! 



Wednesday, May 23, 2012

Impian Aku Tahun Hadapan Adalah??!

Mesti ada yang tak sabar nak tawu apa Impian aku tahun depan kan?! kali ni adalah entry sambunggan dari yang entry sebelumnya. Seperti yang telah aku katakan, berceloteh, melompat-lompat, gedik-gedik, dan sebagainya yang menunjukkan aku sedang terkinja-kinja untuk memastikan impian aku menjadi kenyataan. Serious tak main-main ni. 

Ok, sebenarnya tawaran yang diberikan aku dah lama dengar, ini berkaitan pelajaranlah. Kalau untuk budak-budak network UnikL (universiti yang aku tengah belajar sekarang ni) ada menawarkan tempat prektikal ke luar negara, dulu masa first time aku dengar, aku just ack like "ow, ye ke? ok." respond yang sangat tak berminat. Apa yang aku fikir masa tu adalah.. 

"Layak ke aku? aku belajar pun tak pandai, speaking tah apa-apa jaa.. kadang aku tak faham pun apa diorang cakap main ia kan aje lah, sampai orang pon pelik dengan aku. Faham ke tak budak ni.. tapi kalau orang puteh tu cakap slow-slow sambil menunjukkan lagak. aku rasa aku faham je apa yang dia cakap, cumanya aku rasa aku yang tak tawu nak replay apa dan macam mana." so sad! kan?

Tapi sekarang aku rasa speaking tu Insyaallah aku boleh belajar pelan-pelan, rasanya aku pernah memahamkan orang dengan speaking. Sebabnya aku pernah ada boss yang 100% speaking jaa, even aku tersasul BM pon dia tak kisah sebab dia tahu aku boleh bagi dia paham dengan mudah. Dia sentiasa bagi aku masa untuk bercakap. Walaupun dia sendiri cakap bukan main laju. kalau dapat, dapatlah, kalau tak aku tanyalah orang lain apa yang boss aku cakap tadi. Boss aku orang Filipin or Germen kalau tak silaplah, aku bekerja dengan dia dekat 5 bulan jugak laa. orang-orang yang datang beli barang-barang dia pon macam-macam orang. biasalah pelanggan kat kLCC kebanyakan orang luar. sooo speaking is important! on that time. Insyaallah Tuhan akan permudahkan urusan aku untuk itu. 

Poster International Mobilisation Programme 2012

Poster atas ni, universiti aku tawarkan 2 tempat ni untuk intra July 2012. Cambodia dan Korea. Agak-agak korang, korang nak pilih yang mana? aku rasa jawapan kita sama =) mestilah koreakan? Mingikut kabar angin insyaallah untuk Jan 2013 diorang nak buka lagi banyak negara untuk intra, itu aku tak sure negara mana lagi. so I hope sangat that Korea will available on Jan 2013, time aku intra nanti.

Orang yang pertama, aku selalu minta pendapat untuk kebaikan masa depan aku mestilah abang aku Angah. Dia dah support aku 100% untuk aku pegi intra luar negara. katanya..


Tersenyum aku tau, tak kisahlah orang lain cakap apa pun, apa nak jadi sekali pun, Insyaallah mesti ada yang akan backup aku dari belakang. Atlist kalau aku down ada yang akan up kan balik semangat aku. Bab kewangan itu number dua, yang penting pastikan dapat dulu. Insyaallah rezeki ada mana-mana saja.

Orang yang kedua,  (kekasih hati aku) sahabat terbaik aku yang paling disayangi, dia pun dah kasi green light, katanya buat apa yang terbaik untuk hidup aku, yang penting kejar cita-cita baru kejar cinta. macam dalam filem pulak gamaknya. tapi aku tahu, ada sedikit keberatan dalam hati dia untuk lepaskan aku pergi. Apa yang penting sabar. kalau dah jodoh, lari beribu batu pun akhirnya bersama jugak. =)

Orang yang ketiga, Mak, ayat pertama yang keluar dari mulut aku, untuk mintak keizinan 
Aku: "Mak nanti orang nak pektikal kat korea." 
Mak: "banyak duit pulak nak pi kerja sampai sana, sini-sini takdak ka?" 
Aku: "Alaa mak, depa bagi tiket flight pergi balik."
Mak: "Berapa lama tu?"
Aku: "4 bulan duduk sana mak."
Mak: "Isk! Tak payah laaa.. nnti aku mati, mana nak cari duit tiket flight semua? bla bla blaa.. "
Aku: terdiam aku seketika...
Aku: "Mak janganlah mintak sampai macam tu,,"
Mak: "Bukannya mintak, kalau jadi macam tu macam mana?"
Aku: terdiam lagi . . mak ni macam tak bagi ja aku pegi . . memang mak tak bagi pon.. duduk KL 2 bulan tak balik pun dah tanya bila nak balik, inikan pula 4 bulan . . nantilah aku pujuk lagi . .

Orang yang keempat, kelima, abang-abang aku yang lain . . Abah? orang yang last aku akan tanya . . sebab abahkan ketua, kalau aku ada orang backup mesti on punya, kalau takdak backup, aku lumpuh lah jawabnya.. nak fight pon tiada daya . . kehkeh . . 

Antara sebab-sebab aku memilih korea sebagai tempat prektikal adalah:
1. Challenge myself to make a successful person.
2. Make a new experience.
3. Polish my communication in English.
4. I love to travel.
5. I use this opportunity to make my dream come true. =) 
6. Orang korea tak pandai sangat speaking English, so samalah macam aku, jadi kita sama-sama belajarlah.
7. Negara korea, teknology dia lebih upgrade dari cambodia.
8. Penggunaan mata wang lagi murah dari cambodia. belanja lebih kurang sama dengan KL jaa setiap bulan..
9. Lebih senang dapat makanan halal dari cambodia, tapi kena ada yang guide dulu lah, kalau tak susah jugak.
10. Korea lagi comel + romantic dari cambodia.
     

Sekarang ni, aku sedang bersiap sedia dari banyak segi, untuk membolehkan impian ini tercapai . . kalau aku tak dapat pergi tu, aku redha jee. mungkin bukan rezeki aku. rezeki ada ja dimana-mana. yang penting aku berusaha dulu. soo untuk anda, anda, anda, anda yang bersabar membaca impian aku sampai kesudah ni, hope korang doakanlah aku supaya impian aku yang satu ni tercapai. ok?! thanksss all . . love u lah! byeee..


#Restu mak ayah itu penting dalam apa jua yang kita ingin lakukan. 

      

Saturday, May 19, 2012

Adakah IMPIAN aku akan menjadi kenyataan?

Kini aku sedang berkobar-kobar untuk menjadikan impian aku tercapai. Tapi impian yang mana satu eh?! ye, sesungguhnya impian aku memang banyak, sampai aku sendiri tak tawu mana satu harus/mesti aku buat dulu . . bila difikir-fikirkan sangat, confuse aku dibuatnya . . apa pun terjadi, kita mestilah kena susun aturkan dengan baik perjalan hidup kita, supaya ia berjalan lancar . . baru nak susun jalan kehidupan kee diana?   tapi kali niii, tak kira apa pun jadi . . aku nak jugak capai Impian yang satu ni . . mesti jugak tahun depan, kalau tak, mungkin peluang ni takkan ujud lagi dalam hidup aku! selama-lamanya! . . tapiii rezeki Tuhan siapa yang tahu? Tuhan yang tentukan segalanya . .

dan impian aku . .

Impian aku sebenarnya, nak naik Kapal Terbang . . hehe . . persoalan: lol! itu je ke? sebab AirAsia ada offer seat flight free kalau book 14 May 2012 haritu ke? eemm . . mungkin itu yang korang fikirkan kan?! tapi sebenarnya . . tawaran yang lebih hebat dari tu tawu tak!! sangat teruja ni. . tapi ia mestilah bergantung pada kesungguhan diri aku sendiri jugak, untuk memiliki tawaran hebat ni . . nak tawu tak bende hapee ?! apa yang tawaran hebat itu? tawaran hebat, yang lagi hebat dari AirAsia kasi seat free tu adalah tiket FREE pergi dan balik . . owhsome kan kan kan kannnn?! sapa yang taknak weh?! tapii ada ja yang taknak tu . . tapi aku mestilah nak, sebab bukan senang aku nak pegang tiket flight, tambah-tambah pulak nak beli tiket fligt tu. Memang  taklah kan?! . Ini orang nak kasi FREE je tiket tu tak payah nak kelua duit sesen pon, kau taknak lagi ke? tapi bila dah sampai destinasi pandai-pandai la nak hidup kat sana eh! =)

dan impian aku lagi . . 

Impian aku jugak nak pergi oversea . . jalan-jalan negara orang . . bila dah naik kapal terbang mestilah nak pergi tempat yang jauhkan? oversea tuu bukanlah Pulau Piang or Pulau Langkawi ke eh! . . itu naik bus pon sudah cukup cukup sudah . . tak yah nak over sangatlahkan . . tapi itu hanya pendapat aku jee . . kalau orang lain teserahlah . . duit sendiri, cara sendiri, kemampuan diri sendiri  . . bagi orang macam aku ni . .yang tak berapa kaya dan mempunyai impian untuk kaya ni . . setakat yang boleh je lah dulu . . kalau ada rezeki insyaallah, impian-impian lain aku jugak turut akan tercapai nanti . . persoalan masih belum terjawab disini . .

dan Impian aku lagi . . 

Impian aku nak pergi tempat-tempat yang best! sweet! romantic! owhsome! , banyak je tempat-tempat yang best! sweet! romantic! owhsome! dekat luar negara sana . . pilih jeee . . tapii tawaran hebat sekarang ni hanya 2 negara ja yang ada untuk aku pilih . . PILIH salah satu saja! mana boleh pilih semua . . jangan nak tamak sangat ok?! dan tak boleh nak pilih dua-dua negara sebab ianya pada masa dan ketika yang sama  . . kalau ditawarkan lagi banyak tempat lagi lah pinaw-pinaw nak pilih mana satu nak pegi ni . . 

aku rasa aku tak nak cerita sekarang .. apa? kenapa? dimana? bagaimana? entah kenapa? etc. sekarang . .
aku nak tinggalkan persoalan dientry kali ni . .  If nak semua persoalan ini terjawab, tunggu next post ya! 

Muka jahat jee . . . 

Love you many-many! Bye! Bye!


Sunday, May 13, 2012

Fresh Anggur !

Haii, Lamanya terasa aku tak mengepost kat blog aku ni . .
bila buka blog sendiri jaa . . rasa kelam dan suram . .
mana taknye, tiada yang mengupdate kan?
kalau bukan aku sape lagi yang nak mengupdate . .

so, kini aku kembali dengan cerita cuti-cuti dan jalan-jalan . . .
jalan-jalan time study week . . kononnye lah! nak study sambil ambek ketenangan . . 
kononnye lah! tapiiii hareeeemmm . . 
1 note pon tak bawa, nak study benda hapenyeee . . ??
lepas tu bila nak jawab exam lagi sehari dua . . 
baru nak hegeh-hegeh baca itu dan ini . .
pada muka akuu . .

sem ni aku ambek 4 paper tok exam . .
3 sudah lepas, tinggal lagiiii satuuu ja lagi . .
lepas tu boleh cuti-cuti dan jalan-jalan lagi . .
kopak lagi dowet akuh! 
konon nak berjimat!
chooii!!

eh! banyak pulak membebel, biasalah . . dah lama tak menaip . .
banyak je lah yang nak di taipkan dan nak diceritakan . .

ok, ok, ok, kita teruskan dengan cerita cuti-cuti . . 
kali ni aku pergi bercuti tempat yang paling tenang, simple dan syok!
serta sertaaa . . romentik . .

Tahukah anda . . Adanya Ladang Anggur dekat Malaysia ni ?
Mungkin sesetengah orang tahu dan setengah orang mesti tak tahu . .
jadi disini, aku nak bagi tahu lah! 
memang ada Ladang Anggur dekat Malaysia ni . .

Gambar bawah ni, adalah buktinyaa . . =)
Sign board Ladang Anggur Tasik Beris, sik kedah . .
Mungkin ramai yang dah tawu, cuma aku yang lambat bagi tawu . .
mane taknyaa, ini kali pertama pergi Ladang Anggur . .
Ladang Strawberry pon aku tak pernah pergi lagi . .
seday betol . . oneday mesti pegi jugak !
Impian!

Ladang Anggur Tasik Beris . .


Sebelum masuk, sila beli tiket dulu . . 
jangan main redah je yee!
Dewasa/Adult: RM4.00
Kanak-kanak/Children (7-12 tahun): RM2.00
sudah naik hargadah nii .. 
dulu Dewasa RM3.00 dan Kanak-kanak RM1.50
mungkin barang dah naik kot..



Pintu masuk ladang . . 
Tengok ada akak dah tunggu kat dalam, nak check tiket . .
aku pulak dah tak sabar-sabar nak masok nih . . 







 Aku dan Anggur, pastikan tak gugur anggur itu . .
kawasan die memang luas . .
4 ekar, kata pekerja ladang ni . . tapi yang 4 ekar ni untuk melawat jaa . .
ada lagi 130 ekar atas bukit sana . .
waaww!! lagi besar . . lagi banyak!!
Anggur memang kena duduk tempat-tempat sejuk . .
baru menjadi-jadi . . 

Tengoklah abg ni, bukan main lagi begambar . . .
teruja dapat tenggok Anggur fresh dari ladang lah katakan . .
0.~


Kolam ikan koi, hiasa di depan ladang . . 
cantikkk!! 
nanti aku ada rumah, aku nak buat kolam ikan depan rumah . .
impian !
tenang tau tengok ikan renang-renang . .
tambah-tambah tengah strees . . hilang sekejap jee . .


Apa yang tersirat pada gambar ni ? =)


 Ladang Anggur ni letaknya ditepi tasik . .
Seriousss . . Sangat sangat sangat tenang dan cantik . .
Tak jemu mata memandang . .

Ini apa yang aku lihat . .
Kerusi tu, tempat dating yang owhsem!
romantik habislah . .

Cantikkan rumah ni? Rumah inddah ini pemilik Ladang Anggur nilah!
En. Iqbal dari Pulau Pinang . .
bangga sekejap aku sebagai orang Pulau Pinang . .
Rumah ni dibelakang ladang ni jaa . .
Style kan?
Nak jugak rumah macam ni . . impian lagi!
Semua kau nak dena . . 

Antara pengunjung yang datang melawat . .
sambil berekriasi . .
uncle and makcik-makcik . .
nanti kalau aku dah tua, aku pon nak datang sini . .
datang dating masa tua pulak . .
mesti lagi romentik !
impian lagi lagi lagi dan lagi!
-_0


Jum! pegi ladang anggurrrr . . .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekangan / Error
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mesti ada yang tercari-cari dan tertanya pasal entry ni . .
haritu bukan dah post ke? tetiba takde pulok . .
itu maknanya aku terpost . . padahal belom lengkap lagi . .
banyak lagi gambar-gambar yang aku tak lekat dalam ni . .
so now sudah lengkap cerita yang ingin disampaikan . .
dan
syukuralhamdulillah, aku dah pun selesai final exam untuk semaster ini . .
sempat lagi aku sambung cerita . . yang atas itu cerita semalam . .
sekarang ni cerita harini . . nggeee . .
Alhamdulillah . .
Doakan keputusan aku cemerlang, Gemilang dan Terbilang . .
kononnye!

Sekian,
Diana.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------